Monday, 8 June 2015

QUANTUM COMPUTING DAN KITA




Ada student tanya tentang teknologi quantum computing. Teman takde ler terer sbb tak pernah lagi work dgn quantum mechanics. Tapi dah ditanya, teman explain le based on apa yg teman dah baca and lecture2 yg teman attended waktu kat Imperial dulu.

Quantum computing adalah teknologi yg exploit quantum mechanics. Quantum mechanics pula adalah teori iaitu sebenarnya event/kejadian sebenar boleh berlaku serentak. Contohnya, sebelum "being measured", kita ni sebenarnya berada kat sini dan kat sana serentak.

Dalam quantum mechanics, ini dinamakan quantum state. Utk satu particle, boleh ada lapan quantum state iaitu up,down dan enam lagi yang teman tak ingat.

Dalam konteks ini, quantum computing exploit binary state komputer iaitu 1,0. Dan kita tahu information dalam komputer adalah kombinasi binary number ni. Contohnya, 01000001 merujuk alphabet A dan 01000010 merujuk B. Jadi teknologi sekarang akan "running"kan secara turutan binary ni untuk membentuk maksud dalam komputer. Kalau tak turutan pun, iaitu secara parallel hence parallel computing, walaupun "serentak" tapi masih diruang yang lain.

Tapi quantum computing tak macam tu, ia jauhx10 lebih advanced. Quantum quantum operate serentak possibility untuk 0,1 iaitu pada "saat" yg sama dan "ruang" yang sama. Ingat aku cakap tadi tentang dalam quantum world, kita ni sendiri boleh berada (wujud) di banyak tempat pada waktu yg sama?.

Kelebihan ini iaitu kelebihan membuat banyak operasi serentak menyebabkan quantum computing adalah teknologi manusia yang tehebat yg akan dihasilkan. Contohnya, quantum computing boleh buat proses dalam masa beberapa saat saja untuk sesuatu yang computer sekarang perlukan berjuta tahun untuk selesaikan.

Dengan kiraan yg "laju" ini kita boleh boleh kenderaan terlaju, senjata terkuat, predict ekonomi dan saham dan lain2. Kita boleh pecah kod2 rahsia dan password2 bank, bayangkan.

Negara mana dan sesiapa yang dapat hasilkan teknologi ini dulu, dia akan control seluruh dunia. Pasal tu scientist seluruh dunia termasuk Google, Microsoft dan giant2 computer yang lain tengah berlumba2 berfikir, buat kajian dan research tentang perkara ini.

Kita macamana? Pada pendapat aku, dalam keadaan kita skrg, sgt susah untuk kita bersama2 dalam hal ini kerana masyarakat kita sangat lemah dalam matematik, fizik, mekanik dan engineering fundamental.

So habis lah kita? Tak, cuma apa yg perlu adalah kesedaran masyarakat kita ttg betapa perlunya kita lihat balik cara kita belajar, silibus kita dan persepektif kita.

Untuk dapatkan balik semula asas2 yg perlu tak susah. Pensyarah2 baca balik buku2 teks tapi betul2 punya baca, insyaAllah dua tahun boleh khatam.

Dan kalau betul2 kita adjust balik silibus kita, satu kohort undergrad kita (kohort bermaksud satu batch degree) akan capai level kohort Cambridge, Oxford, Imperial, MIT, Caltech dan mereka2 yg tengah study ttg quantum computing ni.

Dan bila undergrad kita dama level dgn undrgrad Cambridge, dan pensyarah2 kita sama dgn Cambridge (kan aku cakap 2 thn pun dh cukup utk khatam), bila mereka ini buat research PhD, insyaAllah akan ada peluang dan kemungkinan utk kita juga menguasai bidang quantum computing ini dan bidang2 advanced yg lain.

Sempat lagi sebab utk quantum computing ini untuk establish mungkin dalam 5-10 tahun lagi.

Tapi ye lah, aku tak mampu buat banyak sgt sebab aku bukan Perdana Menteri. Kalau aku PM mmg aku akan oversee sendiri transformasi universiti2 kita. aku akan paksa uni kita ikut silibus IC, Cambridge and alike. aku akan "paksa" pensyarah2 khatam buku2 teks diorang.

So since aku bukan Perdana Menteri, aku buatlah apa yg dibawah jangkauan dan capaian aku. Aku cuba terapkan apa yg aku "percaya" ini pada student2 aku dan aku ajak2 kawan pensyarah yg dekat dan bersetuju dgn aku untuk bersama2 berusaha as a group.

Selebihnya, aku serahkan pada Allah apa nak jadi.

No comments: