SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS)
SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS) - click la kalau nak dengar...
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Monday, 8 June 2015
TRIBUTE TO JOHN NASH: NASH EQUILIBRIUM (sempena kematian beliau dan isteri)
John Nash menang Noble Prize untuk equilbrium yg dia proposed dalam PhD dia, kemudiannya dikenali sebagai Nash equilibrium. Aku tahu ramai yg ingin tahu dan ingin faham equilibrium ini, yg telah digunakan dipelbagai bidang, ekonomi, politik, teori evolusi, pertahanan dll. SO kat sini, aku cuba explainkan dalam cara yang paling ringkas dan mudah utk difahami. Aku dapat idea ni waktu Teambuilding UTP di Lumut dulu, waktu kitorang main pembelian saham UTP. Aku cuba explained waktu tu tapi aku tak rasa ramai faham. So kat sini aku cuba simplekan lagi.
Macam dalam movie tu, Nash equilibrium kata,
"The best result will come when everybody does the best for themselves and for the group"
Maksudnya, akan ada satu point (hence the equilibrium point) yang semua pihak dalam satu pakatan (ingat ini berdasarkan assumption cooperative players) akan medapat keuntungan yang paling optimum.
Macam ni, katakan ada dua pihak A dan B. Pihak A diberi 3 chips, 2 merah (M) dan 1 hitam (H), dan pihak B juga diberi 3 chips tapi 2 hitam (H) dan 1 merah (M). Dan undang2 permainan ialah, apabila dipanggil untuk keluarkan chip, jika A dan B keluarkan warna yang sama, mereka masing2 akan dapat +10 markah tapi kalau warna yang berbeza, mereka kena tolak - 10 markah.
Jadi sebabkan mereka boleh berpakat, dan jika pakatan mereka bijak, mereka akan keluarkan chip mereka seperti berikut:
Panggilan pertama, M+M = +10
Panggilan kedua, H+H = +10
Panggilan ketiga, M+H = - 10
So berdasarkan kpd diatas, setiap pihak iaitu A dab B dapat markah (untung) +10.
Tapi katalah mereka tak berpakat, atau pakatan diaorang bodoh sngt, diorang mungkin keluar chip seperti berikut:
Panggilan pertama, M+H = -10
Panggilan kedua, H+M = -10
Panggilan ketiga, M+H = - 10
Hambik, semula kena tolak markah (rugi) - 30.
SO kesimpulannya, akan ada point of equilibrium yg semua pihak yg berpakat boleh dapat keuntungan yg paling possible tingginya (the highest possible).
OK ini hanya untuk bagi gambaran ringkas kpd Nash equilbrium kerana yg sebenarnya, Nash's equilibrium bermaksud lebih dari ini. Aku buat kat sini yg paling simple utk korang dapatkan idea nya.
Kalau kita tambahkan lagi player, kata C dan D dan katakan kita banyakkan lagi jumlah chips, kita akan saksikan yang akan ada pihak dapat keuntungan lebih dari yg lain berdasarkan "kelebihan"nya dan akan ada pihak yang kurang keuntungan nya berdasarkan "kelemahan"nya. Tapi apa2 pun, jika semua pihak terima hakikat masing2 (Kelebihan dan kekuatan), akan ada satu arrangment yg mana ia akan memberikan the highest possible keuntungan kepada semua pihak berdasarkan kpd apa yg patut pihak itu dapat.
Dan jika ada pihak yg cuba mengelat (menipu) iaitu cuba dapatkan keuntungan lebih dari apa yg sepatutnya dia dapat, bukan saja dia takkan dapat keuntungan lebih itu, sebaliknya dia akan rugi dan keseluruhan pakatan akan rugi juga.
Ini la yg aku selalu cakap, "measurement of smartness of a society is based on how quick they come to an agreement, the quicker the smarter", kan aku selalu cakap kan?
Dan ini juga menjadi asas kepada banyak pandangan dan keputusan aku. Contohnya dalam PPSMI, walaupun ramai yg menentang kononnya ia akan menjatuhkan martabat bahasa Melayu, aku pula berpendapat kita kena terima hakikat yg:
1. Orang lain belajar sendiri so kita pun kena belajar sendiri
2. Belajar sendiri kena dengan baca buku
3. Buku2 dan paper2 ilmiah dan sains almost kesemuannya dalam English
4. Kita kena teruskan PPSMI supaya kita boleh kejar kelajuan belajar org lain
Opposite kepada pandangn aku, yang pada aku totally berlawanan dgn Nash's equilibrium adalah apabila ada segolongan cendiakawan Malaysia yang tidak berpijak di bumi nyata yang hendak menulis hinggakan hendak menukar prosa kata sains kedalam bahasa Melayu dibawah slogan kata "membumikan ilmu".
1. Tindakan ini bukan sahaja melambatkan proses pembelajaran dan progress even dalam bahasa Malaysia (ye lah kena spend lebih tenaga dalam promote prosa kata dan pembiasaan pembaca dgn prosa2 tersebut)
2. Menghalang integrasi dalam paradigm sains dan dgn masyarakat sains so tidak dapat buat "pakatan" dgn komuniti sains antarabangsa lalu tidak dapat progress bersama2 di waktu tidak mungkin, tidak mungkin dgn ilmu sains yg sgt luas, kita boleh buat kerja sendiri
3. Melambatkan terus pembelajaran kerana setelah habis baca tulisan2 sains yg sgt limited dalam bahasa Malaysia, bila hendak panjangkan lagi pembacaan dan kajian, terpaksa baca buku dan paper berbahsa INggeris yg kompleks dan advanced, lalu kita tergagau gagau.
4. Akibatnya, bahasa tah kemana, bangsa tah kemana.
Dan dengan Nash equilibrium juga aku asaskan framework kerja aku dgn student2 aku.
Nash's eqilbrium juga asas kepada pegangan politik aku, i.e. kerajaan banyak salahnya tapi pembangkang is worse as a Pakatan and on top, banyak permasalahan kerajaan itu dtgnya dari masyarakat.
And many more, kalau korang perasan. Kan aku selalu kata juga sampai berbuih mulut, SCIENCE IS A MENTAL CONSTRUCT.
Finally, kata lain utk Nash'equilbrium kalau boleh aku usulkan adalah
"know and accept first the facts and realities then progress".....
Thanks Dr Nash and wife Alicia, thanks so much.
Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment