Monday, 8 June 2015

GENIUS: WE ARE LUCKY NOT BEING ONE




Genius pd aku adalah sorang yg punya kadar kepandaian terlalu tinggi berbanding org lain.

Dan kadar kepandaian pula ialah:

1. Berapa cepat otak dia proses maklumat dan kemudian exploit maklumat. Lagi cepat lagi pandai.

2. Berapa banyak maklumat otak dia perlukan utk mendapat a given "kefahaman". Lagi sedikit lagi pandai.

So orang genius adalah orang YG TERAMAT cepat proses maklumat dan memerlukan TERAMAT sikit maklumat utk sesuatu kefahaman (tapi masih, secara relatifnya, "betul" kefahaman itu)

So based on ini, kita boleh nampak kepandaian bergantung kpd struktur otak maka jelas lah utk kita sedar akan ini semua diluar control kita sebaliknya Allah yg tentukan, Allah yg anugerahkan struktur otak apa yg ada dalam tengkorak kita.

Allah tentukan sapa yg genius sapa yang kurang. Kalau kita faham ini, kuranglah sikit kekaguman kita kpd org genius sbb bukan usaha Einstein, Gauss, John Nash utk mempunyai struktur otak yg mcm tu. Allah yg bagi.

Having said this, sepatutnya kurang jugalah kekaguman kita kpd ahli athlete yg boleh lari laju sbb struktur tulang dan ototnya Allah dah shaped kan laju.

Maka, dgn tahu ini kurang lah kekaguman kita pada seseorang tapi sebaliknya kita harus kagum dgn ciptaan Allah yang bervariasi level kemahiran dan kemampuannya.

Selain itu, apa yg sebenarnya patut kita kagum ttg manusia ialah:

1. Kesungguhan dia melakukan sesuatu
- Einstein sendiri bagitahu, kepandaian lantas kejayaan lebih bergantung dgn jumlah usaha yg dilaburkan. Maksudnya, jika Einstein baca buku 5jam sehari dan seorang lain bernama En A yg turut membaca 5 jam sehari, kekaguman kita terhadap Einstein dan En A patut sama. Begitu juga kekaguman kita terhadap Ronaldo yg training sungguh2 5jam sehari patutnya sama dgn Safee Sali, jika Safee pun turut training sungguh2 mcm tu.

2. Sumbangan seseorang kpd manusia sejagat. Einstein dikagumi krn sumbangan nya tehadap ilmu pengetahuan manusia dan mengubah hidup manusia. Tapi katalah jika orang itu genius tapi gunakan hanya utk sendiri contohnya hanya ingin kaya sendiri atau bangga diri sendiri, takda guna geniusnya itu, takda apa yg perlu dikagumkan ttg geniusnya itu.

SO APA KESIMPULANNYA:

- jgn lah risau jika kita tidak genius sbb yang dinilai adalah usaha dan sumbangan kita kpd masyarakat.

- so teruskan usaha dan menyumbang kpd masyarakat.

- teruskan membaca, belajar dan bekerja dan insyaAllah, jika otak genius itu Allah yg tentukan, mana tahu, atas usaha dan semangat kita, Allah "adjust" otak kita real time. Lagipun, otak ni mcm komponen2 badan kita yg lain, lagi banyak kita "exercise" kan lagi kuat jadinya. Dan utk otak, exercisenya utamanya adalah membaca.

- dan percayalah bukan seronok sgt jadi orang genius atau org pandai sgt sbb remember, mereka ni "cepat nampak" dan "cepat perasan". Maka mereka cepat nampak yg cantik dan juga yg buruk. Nampak yg buruk diwaktu org lain tak nampaklah menyebabkan ramai org genius dalam depression sehingga ramai yg bunuh diri atau hidup dalam kesedihan. Tapi ramai juga yg kuat semangat krn dia orang tahu they are destined to make changes so they live through the sorrow for the future of human kind.

Haa...now we are lucky not being so genius, aren't we?

No comments: