Hujung semester dan tahun pengajian macam sekarang ni, ramai
la students UTM post kat FB yang diorang dah dihubungi dan ramai dah ditawarkan job
as an engineer. Aku senyum sebab aku tau perasannya bila dah belajar sikit
punya lama akhirnya dapat jadi engineer.
Aku senyum sebab aku
tau dalam hati tu mesti berbunga-bunga sebab nak melangkah ke dalam satu hidup yang
baru, hidup yang berduit, hidup yang berkerjaya, hidup yang boleh membuat
keputusan sendiri, hidup yang berteman (dgn
bakal isteri) dan yang paling penting hidup yang boleh menyenangkan mak
bapak dan buatkan diorang bersyukur ada anak macam kita.
Dan aku senyum juga sebab sekarang ni mesti diorang rasa
amazing giler sebab belum habis belajar lagi dah dapat offer. Aku senyum.
Tapi lepas tu aku tak senyum, in fact aku rase sedih (may be
the best word kot) sebab keadaan ini, keadaan dimana ‘belum habis kerja dah
dapat offer’ di ‘taken for granted’ oleh kita semua. In fact, all the stability atau kestabilan,
keamanan, peluang mobility dalam hidup, semua nya kita dah taken for granted.
Disebalik bersyukur dengan ‘keamanan’ ini dan disebalik cuba
untuk mempertahankan keadaan ‘belum habis kerja dah dapat offer’ ini, kita
ghairah untuk memomokkan diri kita secara berlebih-lebihan (exaggerate) dengan
aduan dan ketidakpuasan hati. Kita memomokkan dan menyemarakkan api ketidakpuasan
hati dengan menyamakan keadaan negara kita dengan negara-negara Arab, kononnya kita patut bangkit seperti kebangkitan rakyat-rakyat Arab.
Sedangkan kebangkitan rakyat- rakyat Arab bermula apabila
Abdelwahab Zaydoun (Morocco), Mohamed Bouazizi (Tunisia), Hichem Gacem
(Algeria), Mohsen Bouterfif (Algeria) dan ramai lagi membakar diri kerana
kecewa tiada pekerjaan walaupun mereka kelulusan universiti. Ulang, MEREKA
BAKAR DIRI SEBAB TIADA PEKERJAAN WALAUPUN BERKELULUSAN UNIVERSITI.
Sedangkan, students kita belum habis belajar lagi dah dapat
offer kerja. Itu yang aku sedih tu. Ulang, STUDENTS KITA BELUM HABIS BELAJAR
DAH DAPAT OFFER KERJA.
Berkali-kali aku katakan, bukanlah sistem negara kita
perfect, memang banyak kepincangannya cuma aku masih rasa belum sampai lagi ke
tahap teruk sangat macam di negara-negara Arab sehinggakan terpaksa menukar kerajaan.
Apatah lagi, alternative yang ada iaitu PR jauh lagi ber’serabut’nya. Kalau keadaan
politik negara kita macam Labour Party dan Conservative Party di UK tak pe
jugak, mana-mana pun kita boleh confident.
So, dalam keadaan:
1) yang tak de la teruk sangat lagi dan boleh diperbaiki ‘dari
dalam’ dengan semua orang bekerja
bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa dan tanahair
2)
Tiada parti alternative yang betul-betul solid,
jelas kerjasama dan persefahamannya serta prinsip-prinsipnya
I SIMPLY DON’T THINK IT IS WORTH THE RISK!
21 comments:
salam doc;
menarik entry kali ni. cuma dalam 2 keadaan tu, saya terfikir;
1) itulah dia sifat / sikap yang pemimpin hebat macam tun M pun gagal nak ubah pada orang melayu, bukan sekejap, tapi lama, hampir 20 tahun. lagi 8 tahun kita nak masuk tahun 2020, perlukah kita menunggu lagi untuk orang yang bukan kita untuk ubah sikap?
2) setiap yang solid itu bermula dengan yang tak solid. kalau kira nak tunggu solid, umno pun tak bermula dengan sesuatu yang solid. wealthy management yang fail oleh pentadbir sehandal tun razak dan tun dr. ismail yang tak solid mungkin boleh jadi bukti.
pokoknya, info mesti benar untuk buang mitos dan mistik kemajmukan.
muroza: of course semua benda tak certain dan concept 'cuba dulu baru tau' selalunya apply...tapi aku pasti ko juga tahu tentang intelligent guess atau calculated risk atau only fool rushes in...solid tak solidnya PR, table out dulu shadow cabinet, kalau itu pun diorang tak mampu nak buat, the rest is self-explanatory. Tapi aku pelik jugak, kenapa orang Malaysia tak kesah sangat tentang shadow cabinet ni ek?
by the way, waalaikumsalam Muroza (sorry tak perasan hehe).
thanks doc. rasanya, most of the silent majority pun banyak fikir pasal calculated risk yg doc ckp tu.
in the end, kesanggupan seseorang itu untuk menerima a certain degree of risk jugak yang menentukan jalan. ada org rasa risiko ubah kerajaan tu ringan, ada orang rasa berat.
shadow cabinet dalam pr ni paling taboo sekali kerusi TPM, hahaha. hadi ke kit siang?
i believe this country need a independent, strong and solid pressure group.
you got it right Muroza, brilliant!!!
Request: kami diminta utk berusaha utk mengembalikan sejarah zaman kegemilangan islam.walupun usaha itu sedikt tp Allah tidak memandang kuantiti, Allah lebih suke yg sikit tp konsisten.saya ni byk kelemahan, kelebihan saya akn sy gunakan utk membntu Islam kembali bangun spt di zaman kegemilangan Islam. saya minta Dr. tlg buat satu entry tntg sejarah kita (Islam). bagaimana semasa zaman Islam kita jatuh, org barat meruntuhkan masjid yg ada dan menggunakan batu2 binaan masjid utk bina A'Famosa dsbg dan mrk juga membakar semua kitab2 yg ditulis oleh ilmuan Islam dan menggantikan dgn nama mrk. saya tak reti nk cerita kat Dr. tp dlm hati saya, saya yakin Dr. lah org nya yg boleh mengajak ramai org Islam utk faham tntg sejarah islam kita. sy ad rujukan utk dikongsi or mungkin Dr. boleh suggestkan buku utk sy baca.apa yg kita buat ni utk memenuhi impian Rasulullah, utk menyambung perjuangan Rasulullah spt apa yg Baginda impikan sebenarnya adalah supaya semua umatnya sehinggalah bayi yang terakhir lahir ke dunia ni memeluk islam dan menyembah tuhan yang satu.
(youtube-Dr. Tariq Suwaidan – The Future Of Our Religion)
Anonymous 21:02, insyaAllah nanti saya tulis ttg isu tu dlm next entry
Salam Dr , it has been sometime !
I am please to share with you and your readers briefly about an institution that has detached and disengaged itself from being of an accountable body . A sense of thankfulness was in containment .
In the views of many , the inclusion of the Bar Council in Bersih to walk the street for cleaner and fairer election is in justification . It defines the constitutional rights to freedom of speech and expression , to assembly peaceably and without arms . These are some of the constitutional rights , constitutionally granted !
As someone remarks that the , " Bar Council's democratic pretensions " in which I think as pretension as such . More to that , I come to terms it is an incendiary body nonetheless the provocateur to Peace and Harmony . The Bar Council must concede by acknowledging the provision stipulated for the security of the Federation , public order or morality are equally owned the constitutional rights too .
I am in harmony with the Bar Council that it is the integral part of the juridical , which is striving to be a constitutional institution in the premise for an account of the given laws for Peace and Harmony . But the gravity to uphold was put to vain . I have come to believe indefinitely it is not going to be so . The Bar Council has turned out to be a ' Movement ' which has gone beyond the perimeter of its fundamental function for justice .
What ' they think right is just their construction of ' code of injunction ' and also their misrepresentation proverb to defend the fundamental rights and freedom from those they think have abused the rule of law . At the same time , the others prevailing stipulated rights are totally ignored .
It seems exclusive , the movement has been told that it requires more of just being lawyers . They are required to march to the streets in order to uphold their brand of constructed justice . They are summoned to actively play broader roles for social conscience and more sense of responsibility because it is their democratic rights to do so . This is an affirmed affidavit underlined the broadening of their new ' code of injunction ' for the Movement . It smells mental anarchy to me .
They forget that they are also physiologically bound by their unconsciousness prejudice, bias and naive in the meaning of upholding ' justice' . The social and political conscience of justice fall into a thin line of dissent and bone of contention among them . As a result , the things that they are rightly believe are not what they rightly behave and yet they are not even aware of their rightly values and beliefs .
Continue.......
Continue.....
The rightly shepherd who is trapped in and under unconsciousness phenomenon is Dato' Ambiga Sreenevasan , an ex-president of the Bar . Her unconsciousness bias could deliberately manipulate her sheep to walk against their own interest and the laws .
Of no doubt that she , the woman , was seen to have had led the movement but the peaceful march had gone berserk and beyond the pale . It seems to me she has not able to break her created three glasses ( Bersih 1,2 and 3 ) but has tainted her glasses into a darker black .
Further , the deficiency and adversity of the 'Movement ' is when it becomes a partisan body in its advocacy by leadership . She has tarnished the integrity of our Democracy and rule of law by not being impartial . In conjunction and as mentioned , the rights of the majority peace-loving Malaysians are ignored .
Advocating the march under Bersih is an act beyond the function of its jurisdiction . It jeopardizes its position and function as an advocator for justice and not being prejudice in our democratic system . We can smell again that the political motive of street demonstration is at large , to con brio the masses to overthrow undemocratically the present Administration .
It is unfortunate , Amiga and the Bar Council have sucked themselves into being a political mercenary for social and civil liberty with their new ' code of injunction ' as the guidance principal for ' their constructed justice by misrepresentation ' . She calls for a place that Bersih be part of the political evolution for a ' radical ' change in the Malaysian democracy .
Bersih is her constructed cage for the sake of love , for her birds .
God loved the birds and invented trees. Man loved the birds and invented cages. ~Jacques Deval, Afin de vivre bel et bien
Saya tak bersetuju langsung dengan artikel Dr ni.
Pada pendapat saya, kalau ianya berada di course yang kritikal mungkin dapat peluang pekerjaan sebelum tamat belajar.
tetapi tidak semua mendapat peluang sebegitu. course finance, marketing, international business yang sama waktu dengannya tidak mendapat peluang sebegitu. malah kalau ditawarkan pekerjaan sekalipun, gajinya cukup rnedah dan percayalah, kalau duduk di kuala lumpur sudah pasti tidak mencukupi.
itu belum lagi kalau barkahwin.
pokok pangkalnya, kalau saudara mahu menyokong bn tidak menjadi masalah. malah saya meraikannya. tapi janganlah cuba menjustifikasikan, disebabkan saudara belajat di uk, top university, jadi pendapat saudara tentang politik semasa berasaskan fakta yang kuat dan solid.
mungkin saudara tidak berniat sebegitu, tapi itulah gambaran yang diberi.
hakikatnya, kalau berlaku pertukaran kerajaan, ianya tidak menjadi masalah, malah ianya perkara yang normal berlaku di mana mana negara. saudara belajar di uk, saudara lebih maklum dari perkara ini dari saya.
cuma, pandangan saya, janganlah disebabkan saudara belajar di uk, scholar kerajaan, menyebabkan saudara rasa tidak perlu untuk menentang kerajaan yang semua maklum terkenal dengan rasuah, poltik kekeluargaan dan semangat perkauman yang sangat tinggi.
saya menghargai pendapat saudara tentang ilmu kejuruteraan, tetapi apabila membicarakan tentang politik, rasanya saudara bersikap pentingkan diri sendiri atau saudara sendiri sudah terpisah jauh dengan realiti kesusahan masyarakat sekaarang.
to anon 23:13;
saya selalu cakap dengan kawan-kawan DAP saya, mereka kena buktikan sanggup berkongsi EKONOMI dulu dengan orang melayu, sebelum beria-ia hendak berkongsi KUASA dengan orang melayu.
dan selalunya mereka akan membisu.
sampai sekarang, DAP / MCA / GERAKAN atau mana-mana industrial community tak pernah nak keluar satu economy sharing planned yang boleh menggantikan dasar DEB, sebab samada diorang tak nak atau sudah selesa dengan business environment sekarang, wallhu'alm.
it is konown secrets, trading prices between chinese is much cheaper than trading prices between chinese and malay. kalau ini bukan kornisme dan penindasan, apa lagi namanya?
itu, yang gaji murah tu, selalunya kalau tokeynya chinese. anak tokey belajar lebih kurang pun pakai mercedes jugak. dan chinese business culture kita kena akui unsur gambling dan bribery itu diterima pakai. dalam konteks ali baba, i believe yg bagi rasuah ni tokey-tokey inilah.
rasuah adalah masalah individu. kalau PR memerintah pun, belum tentu rasuah ni hilang 100%.
akhir sekali bangsat sungguh jadi orang melayu, kerja kerajaan ada kronisma melayu, kerja swasta ada kronisma tokey dengan anak tokey.
Abang Ghab: I am going to make a special entry for your writing, I hope you don't mind.
Anon 23:13: Komen saudara membayangkan yang saudara cuba dan telah menilai saya. Jika saudara tidak pernah mengenali saya secara peribadi, saya harap saudara akan terus mengikuti penulisan-penulisan saya yang terdahulu dan akan datang agar pernilaian dan persepektif saudara akan bertambah tepat mengenai saya dari masa ke semasa dan moga diakhir nanti, saudara akan lebih memahami pemikiran dan pendirian saya.
Tetapi jika saudara memang telah mengenali saya, mungkin kita pernah berkawan suatu masa dahulu contohnya....hmmm... mungkin payah kot perspektif saudara nak berubah, sebab kalau betul ia boleh berubah, dah lama dah patutnya ia berubah..hehe
Tentang komen saudara, tak perlulah saya ulas kot sebab saudara Muroza telah memberikan satu ulasan yang baik dan bernas terhadap komen saudara itu.
saudara muroza,
saya sedikit terganggu apabila saufara men generalizekan bahawa,
"it is konown secrets, trading prices between chinese is much cheaper than trading prices between chinese and malay. kalau ini bukan kornisme dan penindasan, apa lagi namanya?"
saudara yakin, SANGAT YAKIN YANG SEMUA CINA SEBEGITU? SEMUA BERBANGSA CINA SEBEGITU?
boleh saudara yakin yang semua berbangsa melayu akan tolong melayu? SEMUA MELAYU?
inilah pemikiran yang berjaya dipropagandakan oleh pemerintah terhadap saudara.
saya tidak pernah kata PR perfect. malah ia bukan perfect pun. tapi ianya satu alternative kepada pemerintahan sekarang. saya tinggal di selangor. saya rasa pemerintahan di selangor jauh lebih baik dari sekarang. lainlah, kalau sumber bacaan saudara utusan malaysia. :)
saudara kata dasar DEB.. Saya rasa suadara sedia maklum yang PM sekarang memperkenalkan NEM yang mahu mengantikan DEB. Kalau saudara rasa DEB membantu melayu, mungkin saudara patut menyuarakan pendapat saudara dekat Dato Seri Najib kerana memandai mandai mengantikan DEB kepada NEM. :)
boleh saya tahu siapa kawan DAP saudara tu? :) saya pernah dijemput oleh DAP untuk menjadi ahli. dan oh ya, saya berbangsa melayu. :) tetapi saya tidak berminat kerana bagi saya amat penting saya menjadi kritis kepada kedua dua belah pihak.
saya sekali menegaskan bahwa PR tidaklah sempurna and memang boleh dipersoalkan pun.. tetapi sekurang kurangnya ianya menjadi satu alternative kepada pemerintah sekarang. dan disebabkan pembangkang kuatlah, kita boleh lihat kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas isu isu rakyat.
kalau sebelum ini, IT IS KNOWN SECRET THAT UMNO MEMBERS ARE USING THEIR POLITICAL POWER TO MAKE THEM RICHER AND RICHER. and by the way, they are not helping malay either. they will help their umno members. umno branch, umno divisions.
saya tidak ada masalah kalau saudara penyokong bn ker tidak. tetapi saya ada masalah kalau melihat PR semuanya salah dan BN semuanya betul.
hakikatnya, kalau saudara ingin memperkatakan tentang isu bangsa, race or ethnicity, sama ada PR atau BN, kuasa melayu tidak akan sama sekali terjejas. itu saya boleh bagi jaminan. :)
wan.
saya juga anon yg lepas. gunalah wan lah lepas nih. :)
Wan (previously known as Anon 23:13),
Saudara terganggu apabila Muroza meng'generalize'kan tapi sedar tak yang saudara:
1) mulakan komen pertama dengan 'saya tak bersetuju langsung dengan artikel Dr ini'- perkataan LANGSUNG adalah satu bentuk generalization
2) yang sebenarnya muroza bukanlah penyokong kerajaan sebaliknya adalah pro pembangkang. Cuba baca semula komen muroza yang pertama di atas sekali - sekarang siapa yang meng'generalize' siapa?
Ini ditambah pulak pernyataan saudara yang berikut "saya tidak ada masalah kalau saudara penyokong bn ker tidak. tetapi saya ada masalah kalau melihat PR semuanya salah dan BN semuanya betul."
Siapa yang lihat BN semuanya betul? Muroza tidak sebab dia adalah pro-pembangkang. Saya pula, dah terang-terang saya tulis dihujung artikel yang saya akui BN tidak sempurna (saudara pun ada gunakan mode penulisan yang sama). Kalau saudara tak perasan biar saya turun kan penulisan itu disini sekali lagi seperti berikut.
“Berkali-kali aku katakan, bukanlah sistem negara kita perfect, memang banyak kepincangannya cuma aku masih rasa belum sampai lagi ke tahap teruk sangat macam di negara-negara Arab sehinggakan terpaksa menukar kerajaan. Apatah lagi, alternative yang ada iaitu PR jauh lagi ber’serabut’nya.” (untuk selebihnya sila baca semula artikel di atas)
Sejak komen saudara yang pertama lagi saya dah menghidu yang saudara adalah seorang yang contradictory dan emosional. Saudara adalah orang yang hanya akan merasakan sesuatu tulisan atau pandangan itu adil apabila ia menepati citarasa saudara.
Sedar atau tidak, di dalam komen yang pertama saudara to the extend, menghalang saya dari menulis dengan bebas di dalam blog saya sendiri.
Saya cuma berharap saudara boleh lebih berfikiran terbuka selepas ini. Wasalam.
maaf dr. airil, saya kena jawab sdr wan punya response...hehehe
sdr wan;
1. saya yakin tak semua bangsa cina begitu, tapi 88% majoritinya begitulah dan sangat signifikan pula pada survival malay SME . sebab, pemilikan premis business sekitar lembah kelang sudah membuktikannya. tanpa network, competitive costing dan business alliances yang padu, sukar rasanya untuk bertahan lama dalam business sekitar lembah kelang, dengan rate sewa commercial business pun mencecah RM 1,500 per square feet untuk lokasi emas. I don't think malay business yang duduk dekat end of supply chains boleh survive, even dari segi costing.
2. pasal tolong melayu. i don't know about other malays, tapi saya yakin saya memang support business melayu. walaupun kadang-kadang pergi tukar tayar, kedai melayu tu kata takde stok tayar saiz 185, saya minta jugak dia cari walau terpaksa beli kedai cina jugak akhirnya. takpalah dia mark up saya 20-30 inggit, at least saya bayar pada business dia. saya jugak banned kopi tiam old town, sebab PPIM kata dia banned malay franchise. saya tak makan KFC, tapi saya support KFC kuala kangsar, sebab dekat kampung saya ada reban ayam commercial ayamas yang diusahakan penduduk kampung saya (kg. senggang, kuala kangsar) dan saya pasti, KFC kuala tu amik supply dari reban ayam kampung saya tu. banyak lagilah yang saya praktikkan, sebab kalau saya tak belanja dekat business SME melayu siapa lagi nk belanja? ceramah pas pun kalau saya pergi (dan saya sangat heavy pegi ceramah pas) memang kira dinner ngn supper campur vcd mmg jadi bekalan balik rumah. i don't know about other malays, but i do support malay SME.
3. saya tak perlu makan propaganda, sedang realitinya ada depan mata. saya ulang sekali lagi, kalau mereka was-was nak berkongsi kek ekonomi yang mereka ada (pulun lagi ada), kenapa kita pulak nak beria-ia hendak berkongsi kuasa dengan mereka?
apa yang saya maksudkan dengan berkongsi ekonomi ni? contoh, kalau digi lantik 100 agen distributor pre-paid kad, pecahannya distributor sepatutnya, agen melayu 50 sykt, cina 25 sykt, india 25 sykt (atau apa-apa varians yang dipersetujui, dengan syarat semua kena setuju melayu mesti lebih). luar bandar reserved untuk distributor melayu, barulah mikro-economics melayu luar bandar boleh jalan, dan golongan muda ada jalan nak buat business.
ini bukan racism. saya menentang ekonomi-pulun, tak kira bangsa apa.
(inilah ekonomi shared palnned yg saya nak tengok execute from top-to-bottom).
sambung..
sambung...
4. DEB. apa ultimate goal DEB? to allow 20%-30% bumiputera economic share. maknanya, kalau ada 10 point supply chain, 3 daripadanya mesti own by malay SME. realiti? tak payahlah saya ulang. DEB atau NEM rohnya sama, agihan dipecah-pecahkan oleh insentif / keputusan kerajaan. kalau kerajaan korup, pecahannya juga korup. itu sebab saya cakap the next economics policy mesti well-shared, well proposed and well-accepted by all racial based businesses, tak kiralah berapa julatnya. ini menandakan kita matang and beyond racial economical block.
nanti ada yang tanya kenapa melayu dapat lebih? sebab melayu majoriti! dalam graf buncit, kita kena tolak extreme, dan naikkan skala buncit tu supaya jadi flat. atau yang extreme kena turun join yang flat.
5. pasal rasuah. SPRM tak boleh duduk bawah PM office. kena duduk setara dengan law-maker, federal executive dan judiciary. baru power, baru boleh tangkap jerung dan jaws. nak buat ini semua, tak perlu tukar kerajaan. ada kumpulan pendesak yang kuat pun dah cukup.
rasuah bukan masalah kerajaan, ianya masalah individu. macam rasa nak berzina. kalau dah nak berzina sangat, dalam longkang pun jadi. osman jailu dalam PR dia dah amik rasuah. hassan ali pun ada jugak report kronisme masa dia dalam pr.
yes, it is known secrets umno members using the political power to get rich. kalau tahu, buatlah sesuatu nak halang benda ni.
buatlah pressure group supaya orang ini tak jadi calon, tak jadi leader dan siasat dia. kenapa sampai nak ubah kerajaan? dia jadi kaya sebab dia boleh influenced sesetengah orang / business to support him. kalau org tak support, dia setakat ada kuasa jer la. dia kaya pun sebab nak buy votes, for money politics. kalau perwakilan tolak money politics, dia tak ke mana pun.
6. last point. saya duduk subang. saya rasa pun sama jer masa umno memerintah ke, PR memerintah. sebab isu metropolitan bukan politics macam kat luar bandar, sebab tekanannya lebih pada kos sara hidup yang tinggi. kalau ada balance diantara middle-income (monthly paid & SME businesses) i think it it will cool down the burden.
saya pun nak tengok PR menang. tapi, overall PR masih bergelut dengan isu kecil yang mudah dijentik oleh umno, contoh...pas dengan masalah muzakarah / UG dan sangat lembap dalam permainan politik, PKR dengan masalah disloyalty dan DAP dengan sentiment anti-islam.
memang bunyi mcm utusan, tapi semua tu quote dari pimpinan plus orang yang takde hak bercakap dalam parti. dah tahu utusan / umno memang spin cakap korang, yang pegi keluar statement tu apasal? kan biro penerangan ada, bagi biro penerangan handle sudahlah. ini tidak, semua nak bercakap..semua nak political mileage masing-masing. bila orang misquote, tuduh musuh nak jatuhkan korang. deii..dah kerja musuh memang nak menjatuhkan korang lah.
saya tak boleh bagi jaminan kuasa melayu tak terjejas selepas PRU 13 samada ianya kekal pada umno atau PR, sebab saya bukan tuhan. apa nak jadi sesaat dari sekarang pun saya tak tau, so saya tak boleh bagi jaminan. semua tu dalam rahsia ALLAH jua.
cuma, kalau melayu terpinggir economically di penang sampai nak beli rumah pun tak mampu, saya takkan benarkan ianya berulang dekat negeri lain. kalau umno salah tadbir 55 tahun dulu, this is the time to make the correction.
namun, nak kongsi KUASA dengan KEK EKONOMI yang belum pasti dapat, itu saya kena fikir masak-masak.
itulah orang melayu kena buat sekarang, fikir masak-masak dan bertindak secara pintar. bukan secara membabi-buta.
sorry doc, panjang pulak saya komen.
terima kasih atas komen.
saya tak sempat membacanya lagi, sebab ianya terlalu panjang. bukan malas untuk membaca, tapi rasanya ruang komen hanyalah untuk kritikan/pujian yang ringkas dan padat. sebab itulah sya cuba buat dalam beberapa perenggan ringkas agar mudah untuk dibaca. :)
apa pun, saya menghargai pendapat semua, kalau kita teruskan sebegini, sampai pajang berjela jela komen ini. bukan saya tidak mahu membalas balik ya, tapi saya dah sampaikan apa yg UMUM apa yg saya fikirkan.
kalau nak give in details.. wah.. panjang sangat nanti..
apa pun, saya menghormati pendapat dr ariel, dan beliau berjaya meyakinkan saya tentang isu penggunaan b.i dalam mata pelajaran. so, we can agree on something. :)
apa pun, terima kasih. saya amat menghargai pendapat semua. :)
wan.
Salam. Saya cuma nak support Bro Muroza kat atas tu. I think the 'economy sharing plan' said by bro Muroza is so brilliant. They should have come out with that to replace DEB. Even Dr. Airil pun tak sentuh tentang ni (seingat saya spjg mengikuti blog dr ni la, tak tau la kalau ada terlepas).
Tp skrg dah ada 2 benda penting yg PR perlu buktikan kat masyarakat yg diorg boleh buat iaitu :
1. Shadow cabinet
2. Economy sharing plan
Tambah sikit. saudara Wan kata Pemerintahan di Selangor lebih baik?
Saya sedang bekerja sebagai c&s consultant di Selangor dan semua projek adalah projek swasta. Sebagai consultant kami adalah orang tengah antara authorities dan pemaju.
Terus terang cakap bersepah masalah rasuah dikalangan pegawai2 authorities di Selangor ni. Ada yg berani mintak dgn sms je. Macam mana tu??
Oleh itu, saya berpendapat bahawa masalah corruption ni tak dpt dibendung walau kerajaan bertukar tangan, tetapi hanya boleh dibendung dengan memperkasakan sistem pencegahan rasuah seperti yang dijelaskan oleh saudara Muroza di atas.
Saya setuju dengan komen Dr Airil,
Didalam peruntukan kerajaan yang terlalu berbillion untuk menjadikan Melayu bersaing dengan bangsa Cina untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam hal pelajaran dan ekonomi. Ramai Melayu yang hanya berangan-rangan boleh jadi kaya raya dengan sekelip mata.
Saya ingin memberitahu kepada pelajar pelajar yang mirip menyokong pembangkang supaya duduk memikirkan:
1. Jika UMNO tidak membena Sekolah asrama penuh untuk orang orang Melayu adakah anda atau ayah/ibu anda boleh menikmati kemewahan ilmu seperti sekarang.
2. Jika UMNO tidak memberi biasiswa kepada anak anak melayu, mampu kah anda atau bapa /ibu anda berada ditempat dia berada sekarang?
3. Jika UMNO tidak membena pelbagia agency kerajaan yang bertujuan membantu peniaga Melayu mendapat kontrak lihatlah mampuke anda atau ibu /bapa ada berada ditempat yang dia berada sekarang?
Jasa UMNO terlalu banyak kepada MELAYU, jangan runtukkan sesuatu yang unik dan baik tetapi haruslah berusaha untuk terus tambah baikan UMNO.
maaf dr.. saya graduan universiti awam Malaysia, hampir 68% pelajar masih belum mendapat tempat untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta termasuklah saya. Pelbagai cara telah digunakan namun, jawapannya kekal sama.. adakah negara kita di ambang kemelesetan ekonomi yang ketara sehinggakan tiada lagi tempat buat kami (graduan) untuk bekerja ?
Post a Comment