SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS)
SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS) - click la kalau nak dengar...
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Monday, 8 June 2015
JISIM (MASS) TU APA SEBENORNYA?
Kelmarin, diweekly seminar dkt Dept, waktu bagi talk ttg beam dynamics (forced vibration), teman selitkan pertanyaan, jisim (mass) tu apa sebenornya?
Haa, kome cer pikior, apa benda sebenornya jisim tu?
Cer kome pegang benda depan kome. Mcm teman, skrg ni teman tgh pegang mobile phone teman. Apa jisim yg kita pegang ni?
Lighter yg teman pegang ni pulak plastic (polymers), kepala nya besi (ferrum campur carbon), so mana jisim nya?
Sebenarnya (teman cakap standard le pulok yak sbb ramei nok baca)..sebenarnya jisim atau mass adalah property (sifat) sesuatu entity (benda) dalam motion.
Definisi SEBENAR jisim cuma boleh difahami secara saintifik (itu pun kalau nak betul2 faham le).
Jisim didefinisikan sebagai daya (force), F yg dihasilkan, apabila sesutu benda (entiti) dipecutkan oleh satu pecutan (acceleration), a. Simbol utk jisim ini diberi huruf m. Secara matematiknya,
F = ma dan ini dipanggil Newton's 2nd Law.
Ini le jisim. So utk lighter yg aku pegang ni, kalau aku nak tau jisimnya, aku kena baling dia dan ukur daya inertia dia (F) dan ukur juga pecutan sewaktu lighter tu "terbang" hasil dari balingan tu, (a) dan bahagikan kedua2nya seperti berikut:
Jisim lighter, m = F/a.
Tapi kat sini ramai yg konfius. Bunyinya macam kita cuma ada jisim kalau kita bergerak atau "terbang". Kalau kita duduk diam macamana, kita takda jisim lah kan?
Haa, disinilah kita lupa atau tak pernah tahu. Kita sentiasa dalam pecutan!
Kalau kita duduk diam atas kerusi, itu tak bermakna tiada pecutan. Kita sentiasa dipecutkan oleh gravity bumi. Pecutan gravity bumi (9.81m/s^2 diseragamkan utk 45 drjh latitude) adalah pecutan yg sentiasa kita alami tapi, instead of guna simbol a, kita guna simbol g, dan daya yang terhasil dari pecutan ini lah berat kita dan, instead of guna simbol F, kita guna simbol W. Jadi matematiknya,
W=mg
dan kalau nak tahu jisim kita,
m=W/g
Itu le jisim kita. Ini lah caranya kita tahu jisim sesuatu benda. Jisim bukannya material yg make up benda tu. Jisim bukan plastik atau besi utk lighter yg aku pegang ni. Sebaliknya jisim adalah property (sifat) jisim lighter tu bila dalam motion.
SO APA PENGAJARANNYA?
1. Inilah sains. Ramai dari kita salah faham dengan ingat sains dan matematik itu hanya kiraan2 dan nombor2 sahaja. Tak, sains adalah cubaan memahami dan mengenali alam. Dalam konteks kita pagi ini, memahami kewujudan sesuatu benda dengan memberikan definisi jisim sesuatu benda itu. Dan kemudian, dengan kefahaman ini, ia akan dieksploit untuk "kesejahteraan" sejagat melalui teknologi2 yg terhasil selepas itu.
2. Pemahaman sebeginilah yg membezakan antara ilmuan2 negara maju dan kita, scientist2 mereka dan kita, teknologi2 mereka dan kita hatta negara mereka dan kita.
3. Kerana pemahaman yg sebenar terhadap sains (atau faham bagaimana sepatutnya sains difahami) lah yang menentukan quality dan framework kerja2 reaearch kita. Kerana tak betul fahamlah (ingatkan sains dan matematik tu hanya kiraan2 dan nombor2 sj) banyak kerja2 kita senonong merapu2 dan tak kemana lantas gagal menghasilkan ilmu dan teknologi terkini.
4. Tapi macamana nak mendapat kefahaman "sebenar" yg macam ni? Itu lah, kena lah baca buku teks. Penerangan yang bersifat philosophical dan conceptual ini hanya ada dalam buku2 teks. Ia takda di dalam lecture2 note dan takda dalam bahagian examples. Ia terkandung dalam bahagian yg penuh dgn ayat. Perasan tak, buku2 teks engineering lebih banyak ayat dari nombor? Tapi dah jadi tabiat (sebenarnya kelemahan) kita untuk skip tulisan2 ni sbb susah nak faham lalu kita skip terus ke bahagian nombor2 dan kiraan. Ye lah, bukan shaja ayat2 ini susah difahami tapi kita juga telah diMOMOKkan sejak kecik yang sains dan matematik hanyalah kiraan2 dan nombor2. Kita dah di MOMOK kan yg ayat2 dalam buku teks ni tak penting.
5. So macamana nak buat? Haaa itu la pasal! Sebab ini la dulu Tun M nak PPSMI. Sebab Tun sedar akan perkara ini. Dan aku juga. PPSMI tu bukan pasal English tapi pasal perkara ini lah dan hakikat yg almost tiada buku2 teks Bahasa Malaysia yg masih mampu memberi penerangan berbentuk falsafah, prinsip dan concept sebegini. Yg ada sedikit tu pun hanya dipenuhi dgn nombor dan kiraan. Dan nak buat buku2 ini sapa yg mampu? Aku sorang je tapi berapa banyak buku aku boleh buat diwaktu perkembangan ilmu exponential kadar perkembangan nya. So PPSMI was about being realistic and objective. Aku wonder, mana peginya hero2 dan penentang2 PPSMI dulu? Dah berapa banyak dah agaknya buku2 teks maths dan sains yg diorang dah tulis?????
Ok, ok tapi skrg macamana? Macamana? Macamana apa, kena teruskan jugak lah. Life must go on, show must go on. Kita yg sedar ni kena baca buku2 teks tu, lambat pun lambat lah, apa nak buat. Apa2 pun, kefahaman yg sebenar ttg sains dan maths kita kena perolehi juga, by hook or by crook. Kalau tak, sampai sudah lah kita tak kemana as people and as a nation.
*dalam fahaman sains, duduk diam itu bukan bermakna tiada pergerakan tapi sebaliknya, ia adalah special case (reduced case) kpd pergerakan. Haa, faham apa aku cakap ni? Tu la, kan aku dah cakap....
**kalau nak detailed lagi, inertial force (F) yg aku cakap kat atas aku dah assumed takde force2 lain seperti friction dan drag force dari udara dan body force lighter bertindak waktu tu. Kalau nak consider ni semua, F adalah hasil tambah semua force2 terhasil dr pengaruh2 ini.
***Inertial force, F dan berat, W, walaupun dua2 nya force tapi F (dgn assumption aku di atas **) adalah convection force sementara W adalah reaction force kerusi tu atau reaction force yg dibaca oleh penimbang kita. Wajib faham ni kalau nak pemahaman yg lebih dalam.
****dgn pemahaman tentang jisim macam ni lah, baru kita boleh faham knp scientist dunia bina Large Hadron Collider (LHC). Sebab nya, diaorang nak cuba dapatkan pula jawapan kpd KENAPA JISIM NI BOLEH ATAU PERLU WUJUD???? Kata lainnya, jisim ni definisi yg manusia berikan, so diorang nak tahu kenapa definisi ini BETUL??? Macam biasa, kita mungkin rasa ini tak penting kan? Tapi esok, bila dgn knowledge ini, diaorang berjaya hasilkan quantum computing, baru la time tu kita salahkan diorang sbb buli dan perhambakan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment