Sunday, 22 March 2009

ON PPSMI: Kerisauan Yang Berbeza

Sejak bermulanya penulisan aku berkenaan PPSMI, banyak respon dan maklumbalas yang aku dapat dari kawan-kawan dan juga para pembaca; ada yang menyokong dan ada yang sebaliknya. Di antara kedua-dua pendapat ini, adalah secara semulajadinya atau ‘natural’nya untuk aku lebih ‘concern’ dengan yang tidak menyokong pendapat aku. Setelah mengamati hujah-hujah yang mereka berikan, aku dapati sebahagian besar penentangan mereka terhadap PPSMI lebih berkisar kepada ‘kerisauan’ mereka kepada ketidakcekapan sistem PPSMI itu sendiri dan bukan pada dasarnya. Mereka ‘risau’ akan tahap kecekapan guru-guru dalam melaksanakan PPSMI dan kemampuan murid-murid mengadaptasi sistem tersebut. Untuk hujahan sebegini, ingin aku nyatakan yang aku memahami ‘kerisauan’ mereka dan aku akan kembali membincangkan perkara ini sebentar lagi. Tetapi, ada juga sebahagian kecil penentang yang memberikan alasan-alasan yang langsung tidak dapat aku persetujui, antaranya:

i) PPSMI akan melenyapkan/melemahkan Bahasa Melayu
ii) PPSMI adalah untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris
iii) Pencapaian sains dan matematik kita sudah cukup terkehadapan
iv) Bahasa Melayu sudah cukup untuk kita menguasai Sains dan Matematik

Aku tidak dapat bersetuju dengan alasan-alasan di atas kerana persetujuan keatasnya hanya bermaksud PPSMI mesti dihapuskan. Bukanlah aku tidak bersetuju semata-mata untuk tidak bersetuju (not agreeing for the sake of not agreeing) tetapi secara ‘genuine’nya aku merasakan alasan-alasan di atas adalah tidak terpakai (invalid) dan telah terkeluar dari konteknya.

Berbalik kepada ‘kerisauan’ yang lebih realistik dan lebih berasas tadi, pada pendapat aku, ‘kerisauan’ ini walaupun amat nyata tetapi tidaklah sehingga melayakkan PPSMI untuk dihapuskan. Ia adalah satu permasalahan yang wajib kita hadapi dan tangani bersama. Dan pada pendapat aku lagi, adalah jauh lebih efisyen jika dilaungkan slogan-slogan yang berbunyi “PERKASAKAN PPSMI” atau “PERBAIKI PPSMI” atau “PERBETULKAN PPSMI” pada ‘telinga’ para pemimpin berbanding “HAPUSKAN PPSMI” yang pada aku bukan sahaja ortodok, bahkan ia menutup terus laungan-laungan yang lebih ‘moderate’, lebih ‘realistik’ dan lebih berasas tersebut. Buatlah konferen dan seminar tentang bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Tulislah pendapat-pendapat kita di akhbar-akhbar dan jadikanlah ia perdebatan nasional. Lagipun, selepas enam tahun, memang ia masa yang sesuai untuk kita menilai setiap sistem yang ada, mengolah pada keperluan dan perbetulkan pada kesilapan. Cuma beringatlah, penilaian sesuatu sistem tidak semestinya diikuti dengan penghapusan sistem tersebut.

Tetapi, ingin juga aku nyatakan, walaupun aku memahami ‘kerisauan’ ini, darjah ‘kerisauan’ aku secara relatifnya tidaklah begitu tinggi. Kata lainnya, aku tidaklah ‘risau’ sangat. ‘Ketenangan’ aku ini, yang akan aku senaraikan asas-asasnya, diharapkan dapat memberikan alasan (reason) kepada responden-responden yang ‘tidak bersetuju’ dengan aku agar terus berjuang dalam mood yang moderate dan realistik serta memberikan harapan kepada mereka bahawa konferen-konferen dan seminar-seminar yang akan mereka jalankan, insyaAllah ‘akan menjadi’ (going to work).

Aku agak ‘tenang’ dengan permasalahan ini berdasarkan asas yang utama iaitu bahasa Inggeris dalam perantaraan Sains dan Matematik sepatutnya tidaklah ‘sesusah’ bahasa Inggeris untuk pertuturan harian. Melalui pemerhatian dan pengamatan aku, ayat-ayat saintifik dalam BI adalah berulang-ulang dan atas sifat inilah ia mudah dihadam oleh murid-murid kita selepas satu jangkamasa atau over time. Percayalah, jika terus ‘diulang-ulang’ sejak darjah satu, insyaAllah, murid-murid kita akan mahir dengan keadaan ini macam ‘belakang telapak tangan’ mereka sahaja.

Pernah seorang kawan baik aku menghujahkan secara analogi, tentang betapa susahnya nanti untuk seseorang murid itu menghuraikan proses fotosintesis dalam bahasa Inggeris (hujahannya agak panjang untuk aku berikan di sini). Memanglah terserlah kepayahannya jika kita bayangkan pelajar itu mempelajari proses saintifik tersebut terus pada tahapnya yang tinggi dan serentak dengan pembelajaran bahasa Inggerisnya. Tetapi ingatlah, proses pembelajaran adalah terkumpul sifatnya (accumulative). Secara anologinya, biarlah aku hujah-balaskan perkara ini seperti berikut. Pada darjah satu kita ajarkan, daun itu ‘leave’, hijau itu ‘green’, pada darjah dua kita ajarkan, we need oxygen to breath, pada darjah tiga kita ajarkan chromosome makes the leave look green dan pada darjah empat kita ajarkan chromosome within the leave which makes the leave look green uses sunlight to produce oxygen that we breath dan insyaAllah, pada darjah lima, kita akan dapat seorang Einstein (yang ini aku cuma bergurau). Apa yang aku cuba sampaikan adalah, sifat pembelajaran yang accumulative inilah faktor kenapa PPSMI boleh dilaksanakan.

Sebenarnya, hujahan analogi kawan aku itu jugalah anti-thesis kepada penghapusan PPSMI. Kita tidak boleh menghapuskan PPSMI kerana anologi yang diberikan oleh kawan aku itu tidak boleh dibiarkan berlaku kepada murid-murid kita apabila mereka melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi kelak. Kita tidak mahu mereka terhegeh-hegeh dalam membaca, menulis dan menerangkan fakta-fakta saintifik dan matematik, semata-mata disebabkan oleh kelemahan mereka melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dalam bahasa Inggeris.

Satu lagi sifat bahasa Inggeris dalam perantaraan sains dan matematik yang sepatutnya ‘menenangkan’ kita semua ialah sifatnya yang ‘straightforward’ dan ‘trivial’. Apa yang aku maksudkan di sini ialah bentuk atau pattern ayat yang sama boleh digunakan untuk menerangkan pelbagai keadaan. Ini kerana, dalam sains dan matematik, tiada merit untuk ayat-ayat yang cantik, apa yang wajib ialah fakta-fakta penting mesti disampaikan. Sebagai contoh, satu graf lelurus boleh digunakan untuk menggambarkan peningkatan katakan pendapatan keluarga, ataupun pengambilan pelajar ataupun halaju kenderaan. Perhatikan, untuk setiap keadaan-keadaan ini, satu pattern ayat bahasa Inggeris boleh sentiasa digunakan:

i) the income per family increases linearly
ii) the student intake increases linearly
iii) the velocity of the vehicle increases linearly

Ayat-ayat di atas, bukan sahaja ringkas malah difahami dan diterima oleh seluruh masyarakat saintifik dunia. Dalam buku-buku sains dan matematik yang terkini, disebalik fakta-faktanya yang terbaru, penggunaan bahasa Inggerisnya tidaklah jauh berbeza dari bentuk-bentuk ayat di atas. Bak kata pepatah Inggeris, “It can’t be harder than this”.

Dan atas sifat-sifat bahasa Inggeris yang berulang-ulang dan ‘straightforward’ inilah aku yakin guru-guru kita akan mampu untuk mengajar ‘adik-adik’dan ‘anak-anak’ aku. Dan atas sifat-sifat ini jugalah aku yakin ‘adik-adik’ dan ‘anak-anak’ aku mampu untuk ‘menelan’ semua ini over time. Susah tentulah susah, tapi tidaklah susah ‘sangat’. Lagipun, tidak ada perkara yang senang sekarang ini.

Ada yang mendakwa aku tidak arif tentang keadaan sebenar yang berlaku di sekolah-sekolah kerana aku bukan seorang guru sekolah. Mungkin juga benar dakwaan ini. Tetapi ada satu perkara yang aku tahu tentang sekolah-sekolah kita. Aku tahu dan yakin,ada ramai guru-guru kita yang berhati waja dan bersemangat juang yang sanggup pergi kursus berkali-kali semata-mata untuk memperkasakan diri mereka agar bersedia dalam mendidik anak bangsa kita. Aku tahu dan yakin, ada ramai guru-guru kita yang sanggup bersekang mata di malam hari untuk mentelaah buku-buku ringkasan pengajaran semata-mata untuk ‘mengubah dunia’ esoknya. Guru-guru aku di Sekolah Tun Dr. Ismail, di Sekolah Kebangsaan Talang, di Sekolah Menengah Clifford dan di Sekolah Tuanku Abdul Rahmanlah yang ‘melahirkan’ aku. Jadi, kepercayaan aku dan keyakinan aku pada guru-guru di Malaysia tidak boleh digugat lagi.

Dan untuk anak-anak kita, janganlah dimanja dan dikhuatirkan sangat, bak pepatah aku sendiri “kalau sejak kecil diberi makan rumput, sampai besarlah dia makan rumput”. Hehehe…untuk pepatah yang last ni sure aku kena bambu punye…..

28 comments:

hensem boy said...

1st of all, yr pepatah ntah apa2 ntah...hahahaha

2nd, tentu kawan ko tu hensem orang nya.

last, terima kasih untuk jawapan ko "ya, kawan aku tu mmg teramat hensem"

gaban hensem said...

prof,
cikgu2 yg hanya berbekalkan semangat dan berhati waja tahap "gaban" sekalipun tidak cukup untuk menjamin kecemerlangan PPSMI.
ingin aku sebut semula pendapat aku pasal PPSMI ni:
1) Objektif dan tujuan nya:- masyaAllah, bagus sekali.

2) Permulaan PPSMI pd 6 tahun lepas:- tindakan yg agak gopoh.

3) Persedian guru/pendidik:- agak longgar

4) Perlukah PPSMI dihapuskan sekarang?:-
Tidak Perlu, cuma:
i- kembali kpd sistem soalan dwi bahasa dlm peperiksaan.
ii- mula menetapkan syarat kelayakan yg tinggi utk menjadi guru matematik dan sains (sama dgn kelayakan utk mengambil kursus kejuruteraan atau perubatan)....so gaji pun kena mcm gaji engineer jgk la...barulah org tertarik nak jd cikgu...huhu
iii- revisit the improvement program/system on existing math and science teachers.
iv- track/pantau setiap tahun, peratusan pelajar yg menjawab dalam BM vs dalam BI dlm peperiksaan besar(UPSR,PMR,SPM)

5. pastu, bila nak berhenti pakai dwi bahasa dan apply dalam BI sahaja?:-
- bila item (ii) diatas berjaya, dgn kata lain, terlahirnya barisan guru2 baru dlm math dan science yg mempunyai latarbekang akademik yg lebih cermerlang (mungkin akn mengambil masa 3 atau 4 thn dr skarang)
- bila item (iii) diatas berjaya mencatat 90% existing math and science teachers in malaysia, lulus cemerlang ujian penilaian yg ditetaptan dlm "improvement program/system "
- bila item (iv) diatas berjaya mencatat sekurang2nya 85% pelajar menjawap peperiksaan dlm bhs inggeris. (jgn ambil kira STPM sbb peratusan pelajar melayu yg amik STPM adalah rendah, semestinya peratusan yg menjawab dlm BI akan jd tinggi)

diatas, hanyalah pendapat akusahaja, mungkin ada diantara nya telah dijalankan dan cuma aku jer yg tak tahu...
sekurang2 nya aku excercise otak aku ni skit.

tapi yg paling penting, kawan prof tu mmg hensem....muahahahaha

assalamualaikum

-gaban hensem-

Anonymous said...

hai Dr.
(amboi,amboi, over ni)

saya bercakap atas pengalaman. saya taknak cakap yang macam berapi sebab ilmu saya tak penuh sangat di dada.

kawan-kawan saya yang pergi periksa PTP (exam khusus untuk guru-guru PPSMI) hanya 2 orang yang dapat band 4, belas-belas yang dapat band 3 dan berpuluh-puluh yang dapat band 2

disediakan laptop untuk ajar PPSMI tapi disimpan dalam bilik kebal. reason: takut rosak dan hilang (there u go)
if hilang memang banyak prosedur dia. (report polis, kementerian, JPN, PPD)

bukan tak sokong, tapi nak buat apa sediakan kemudahan yang buat orang takut-takut nak pakai dan peperiksaan yang tak berkait langsung dengan PnP. membazir sangat duit kerajaan.

kesian cikgu yang veteran tu. nak sebut pun tak berapa betul dan kurang pasti maknanya. sedangakn dah pergi kursus juga.

kalau cikgunya pun tak berapa sure macam mana dengan muridnya?bukan salah cikgu tu taknak belajar lagi. mungkin tahapnya hanya sampai situ je.

eh eh. kenapa nak mengadu ni. bukan mengadu. tapi, sebab prob kecil-kecil anak ni la yang jadikan PPSMI kurang berkesan.

byk lagi keluh kesah kak esah yang boleh Dr. dengar di sekolah-sekolah. cuba Dr. turun padang (eh, tak payah turun padang, bukan subjek PJ pun) maksud saya pergi ke sekolah berdekatan (SKTU2 contohnyalah) dan bertanya secara realistiknya.

mohd nazril said...

We should thind ahead.In my opinion, if we want to ugrade malays and attitude, we have to sacrifice.. benda dah berjalan, so better teruskan. nanti jadi macam jambatan bengkok yang merugikan. last2 kena bayar pampasan kat kontraktor dan jambatan pun tak dpt. At last rakyat singaporean mengejek malaysian.. BI is very important for us to compete internationally.. memang orang jepun dan korea mengutamakan bahasa dia orang dan maju. tapi depa maju bukan sebab bahasa tetapi sikap rajin, disiplin dan masyarakat sensitif yang ada patriotisme yang tinggi. ego depa ni tinggi.. sebab aku pernah keje dgn korean.. memang rajin giler.. satu hari 12 jam kerja. tapi kelemahannya BI hancus.. tapi kalau depa boleh kuasai BI, dia orang akan jadi no 1 kat dunia ni. so conclusionnya, jgn berfikiran sempit and think positif.. kalau tak melayu akan jadi bangsa mundur dan ditindas oleh cina, india dan mana tau bangsa bangla dan indon sendiri sebab kita tgk indon pun dah mengatasi peniaga melayu kat sini (hhehe.this statement tak relevan sgt)..

ahlil nujum said...

puan anonymous,
anda guru bahasa melayu kan?

pada mulanya saya respect semangat anda memperjuankan penghapusan PPSMI.
tapi, apabila saya membaca tulisan2 pendapat anda dlm blog ni beberapa kali, saya nampak perjuangan anda lebih cenderung kpd perasaan dengki terhadap guru2 m3 dan sains...mungkin kerana diorang mendapat elaun kritikal dan anda tidak.
saya mintak maaf la kalau sangkaan saya ni sma sekali tidak betul.
tapi jika ianya benar, walaupun sebesar zarah niat tu terdetik dihati anda dan menyebabkan anda berjuang utk penghapusan PPSMI, maka saya tarik balik "respect" saya tu.
tapi jika sangkaan saya ni salah, tolonglah maafkan kesilapan saya ini.
kalau boleh saya nak tahu jawapan yg jujur drpa anda.

tq

Anonymous said...

ahlil nujum

saya bukan cikgu Bahasa Melayu yang selalu bagi pendapat tu.

saya baru sekali bagi pendapat.

saya tak kata saya tak sokong pon.

saya cik matematiklah. bukan Puan Bahasa Melayu. saya bercakap berdasarkan penglaman macam mana susah nak mintak guna LCD (salah satu kesusahan dari beribu kesusahan yang lain)

kenapa lah yang saya nak pergi dengki orang dapat elaun tu.

orang tgh cite psl PPSMI. kau nak cite pasal elaun pula

kau ni main petik je ye. tak baik buat fitnah.

kami cakap berdasarkan pengalaman sendiri. meh sini kau datang sekolah kalau nak tahu macam mana.

ahlil nujum said...

sebab tu aku dah utara kan maaf, jika aku tersilap.

Nazrul Hilmi said...

http://tunfaisal.blogspot.com

Kekeliruan terhadap PPSMI banyak dijawab di sini. Pembohongan anti-PPSMI juga banyak dibongkar.

Nazrul Hilmi said...

@ Anonymous 24 March 9.08am

kawan-kawan saya yang pergi periksa PTP (exam khusus untuk guru-guru PPSMI) hanya 2 orang yang dapat band 4, belas-belas yang dapat band 3 dan berpuluh-puluh yang dapat band 2.

Kalau lemah, berusahalah sedaya upaya perbaiki kelemahan itu. Bukannya mencari alasan demi alasan untuk kekal lemah di takuk lama. Kalau tak mahir berlatihlah berulang kali hingga mahir.

disediakan laptop untuk ajar PPSMI tapi disimpan dalam bilik kebal. reason: takut rosak dan hilang (there u go)
if hilang memang banyak prosedur dia. (report polis, kementerian, JPN, PPD)
bukan tak sokong, tapi nak buat apa sediakan kemudahan yang buat orang takut-takut nak pakai dan peperiksaan yang tak berkait langsung dengan PnP. membazir sangat duit kerajaan.


Bagus... point yg valid nih... Pada saya, ini lebih kepada masalah birokrasi melampau, dan bukan salah dasar PPSMI at the 1st place. Saya tak faham kenapa perlu pihak sekolah bersikap paranoid dgn begitu keterlaluan sekali. Selama ni tak pernah pun kedengaran kes perompak serbu masuk bilik darjah nak rompak laptop dan LCD projector. Lagipun semua sekolah ada pasukan pengawal keselamatan, soalnya cuma sama ada jalankan tugas atau tidak. Bab kunci-mengunci tak bagi cikgu guna kemudahan ni bukan perkara baru. Kenapa pentadbiran sekolah dan PPD (tak semua) bersikap bagai kera dapat bunga. Bab sekat-menyekat kemudahan/peralatan ni bukan cerita baru. Kadang-kadang kemudahan yg dah ditetapkan utk sekolah2 akan sampai dlm bilangan yg kurang dari jumlah yg sepatutnya, selebihnya tu tersekat di PPD bahkan di JPN – sebab staf-staf di situ “nak merasa dulu”. Saya dah lama dengar perkara2 macam ni tinggal lagi takde bukti. Tapi kawan-kawan dan saudara-mara yg jadi guru ramai bercerita hal ini. Cikgu math&sc sepatutnya dibenarkan bawa pulang laptop ke rumah (dgn syarat korang jaga elok-elok macam korang jaga gelang & rantai emas korang tu) supaya boleh ambil masa di rumah utk berlatih menggunakan teaching courseware yg disediakan sebelum sesi mengajar keesokan hari. Pihak kementerian kena beri perhatian kepada masalah birokasi melampau dan isu sekat-menyekat kemudahan/peralatan kalau tak mahu PPSMI ini terganggu. Dan mestilah ada peruntukan utk maintenance/spare part peralatan mengajar eg. backup CD, spare projector bulbs, etc etc.

kesian cikgu yang veteran tu. nak sebut pun tak berapa betul dan kurang pasti maknanya. sedangakn dah pergi kursus juga.
kalau cikgunya pun tak berapa sure macam mana dengan muridnya?bukan salah cikgu tu taknak belajar lagi. mungkin tahapnya hanya sampai situ je.


Maaf, ini bukan alasan yg boleh diterima. Kalau lemah, berusalah perbaiki kelemahan. Bukan cari alasan. Dah 6 tahun sejak PPSMI dimulakan (utk cikgu2 yg start mengajar PPSMI sejak 2003), takkan tak mahir-mahir lagi mengajar dalam berbahasa Inggeris? Nampak sangat sengaja cari alasan. Kalau nanti pangkat & pergerakan gaji anda pun “hanya sampai situ je”, pandai pulak marah, pandai pulak tak puas hati. Tapi bila nak kena tambah kemahiran, perbaiki kelemahan, tak mahu. Macam-macam alasan. Please la... dunia berubah, keperluan terhadap kemahiran pun berubah... siapa-siapa pun, bukan guru saja, mesti tingkatkan skill (selain daripada skill merungut & skill cari alasan). Tiada alasan “hanya sampai situ je”.

Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar, tetapi juga membangkitkan minat pelajar utk belajar. Bagaimana caranya, anda sendiri patutnya lebih tahu. Kerana anda sudah dilatih untuk itu.

Saya tengok segelintir guru-guru nih (tak semua, segelintir aje) kuat benar merungut. Walaupun ada yg berasas, banyak juga yg sekadar alasan yg dibuat-buat. Please la... ingat guru saja ke yg payah kerjanya? Try la letak jawatan n cari kerja lain yg “senang”... itu pun kalau ada.

Kalau nak mengadu boleh jugak mengadu kat blog En. Tun Faisal. Beliau nih Pegawai Khas Menteri Pendidikan. Biar sampai terus kat pak menteri tu.

hati said...

cakap mmg senang.....

Nazrul Hilmi said...

@ hati

tak dinafikan, cakap memang senang. tambah-tambah pulak kalau bercakap dalam bentuk merungut, memberi alasan yg dibuat-buat, dan membangkang membuta tuli. itulah yg maha senang!

Anonymous said...

ehem ehem (betulkan tekak sebelum berhujah)

En. Nazrul Hilmi (sorry kalau awak Dr. Prof. Datuk. Datuk Seri. Dato' etc)

saya nak kata, saya bukan membangkang, merungut, membebel, nak pergi tuka kerja ke hape. bukan!

awak ni kena fahamlah yang budak-budak itu basic dia belum kukuh. BELUM. baru nak belajar 1+1=2. lepastu, kita nak ajar dia 2 benda sekali, faham makna in english dan solvekan math problem. (sbb saya ajar math, science saya tak tahu how). kira pakai jari pun sumtymes miscalculate lagi la dia nak catch up benda-benda lain.

bila dah masuk darab, kita use words product. dalam ujian soalan takde nak bagi direct 2x2=? kita mesti bagi dia soalan yang akan keluar what is the product bla bla bla. jangan cakap kami tak ajar. setiap kali wat latihan kami akan repeat the same vocab utk tajuk tersebut.

cth sekarang tgh ajar subtraction. setiap kali buat latihan, mereka mesti sebut dan salin terms yg relate e.g: take away, minus, how many left, subtract supaya bila mereka nampak words tu mereka akan tahu, oh! kena tolak. tapi, dah namanya pun budak-budak.

sebelum ujian bagi soalan sebijik sama macam ujian. (kira soalan bocorlah)sebagai ulangkaji. esok kau ujian (mati hidup balik mesti salah)memang ada a few yang boleh. yang berjaya tu, oky, dia dah selamat berjaya. kita mesti fikir juga yang belum selamat neh. takkan nak berbangga dengan 4 orang yang berjaya yang lagi 30 orang.. lantak kau?

jadi, jangan lah kata kami tak berusaha ke hape segala tohmahan yang ada lemparkan. anda memang kata kena berusaha. yes, saya diantara yang berusaha juga lah, tapi, kesiankan murid-murid.

nak suruh ngadu dengan pak menteri pun, apalah yang kita dapat. suara kami ni macam suara nyamuk je. dia takda peduli la. dia punya urusan lagi penting.

ini takda kaitan dengan elaun ke, gaji ke, malas ke, taknak usaha ke, merungut ke, TAKDA KAITAN.

anda cubalah fikirkan. mungkin anak anda diantara yang terhebat. baguslah, tak perlu bimbang. fikirkan anak-anak pinggir bandar dan orang asli.

pernah anda fikir En. Nazrul Hilmi?(sorry kalau awak Dr. Prof. Datuk. Datuk Seri. Dato' etc)

Anonymous said...

sikit lagi penambahan untuk En. Nazrul Hilmi. sorry Dr. Airil, izin laluan

awak cakap suruh kami mahirkan diri, tingkatkan minat pelajar bla bla bla.

saya nak tegaskan disini. cikgu sekarang kerja dia bukan masuk 7.45 mengajar sampai keluar anak tekak dan balik pukul 1. BUKAN

cikgu sekarang lah cikgu, teacher, ustazah, nurse, Dr., tukang sapu, kerani. semuanya KAMI. saya rasa bangga sebab dapat buat semua kerja-kerja tu. tapi nak diingatkan yang kami tak boleh lah nak duduk menghadap buku nak belajar kemahiran menyebut sepanjang dekat sekolah tu

banyak lagi tuntutan yang perlu dilunaskan kau tahu. kejap lagi ada program sekolah selamat, sekolah sihat, etc. dah tak boleh mengajar.

buku nak kena tanda juga, lesson note nak kena buat, kerja sampingan seperti kokurikulum nak kena attend juga. nak kena rancang aktiviti.

kejap lagi nak camping, sukan sekolah, kem solat bestari, program nilam.

memang ini semua kerja kami. saya tak merungut. tapi nak terangkan yang kami bukan datang duduk bilik guru sembang-sembang, masuk kelas ajar lebih kurang, rehat pergi makan, kemudian balik. bilik guru jarang berpenghuni, sebab terlalu banyak tugas. kalau cuti ada periksa, kursus, jaga sekolah

jadi, kamu jangan nampak kerja ini terlalu senang. deal dengan beribu budak, nak jaga keselamatan dan kebajikan mereka. dengan ibu bapa yang tak kurang songehnya juga.

so, jangan igt cikgu suka merungut. i love my job. anda kena faham kami punya tugas yg lain juga. yes! mengajar no 1. tapi benda lain pun JPN, PPD nak suruh laksanakan juga, nak cepat. kami hanya yang menurut perintah. so, nak taknak kena la berbagi-bagi.

tq,tq sebab sudi baca

-CIK anonymous yang Bijak Sifir-

Emak budak sekolah rendah said...

Assalamualaikum,
Seperti yang dr Airil tulis pada blog ini iaitu kerisauan yang berbeza. Maka seperti tajuk ini kita dapat lihat kerisauan yang berbeza antara Cik Anonymous dan En. Nazrul Hilmi. Walaubagaimanapun Cik Anonymous, ada diantara apa yang dikatakan oleh En Nazrul ada benarnya. Dan Untuk En Nazrul, janganlah diambil mudah kerja-kerja yang dilalui oleh Cik Anonymous. Walaubagaimanapun, saya juga mempunyai kerisauan yang berbeza, dan kerisauan saya atas landasan saya sebagai penyokong PPSMI, saya risau atas perjuangan ingin menghapuskan PPSMI, saya juga merasakan masalah yang Cik Anonymous katakan bukan masalah dasar PPSMI tapi dasar silibus yang dibuat oleh kementerian pendidikan malaysia. silibusnya terlalu dalam, apa kata jika soalan exam untuk darjah 1-3 dimudahkan ayatnya, dan darjah 4-6 barulah ada soalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Tapi apa yang saya cakap disini tak guna sebab menteri pelajaran kita yang tidak berpendirian tegas tu dah meletakkan dirinya dalam keadaan mudah, berada ditengah-tengah untuk menyelesaikan masalah ini. PPSMI akan dimulakan di sekolah menengah, dan percayalah ini juga tidak akan berjaya dan 6 tahun dari sekarang akan ada suara-suara penentangan.. sbb budak yang dari darjah 1-6 kenal tambah, tolak bahagi dan darab masuk sekolah menengah terus demam sejuk sebab perkataan-perkataan itu tak ada dalam kamus matematik di sekolah menengah. Nanti kita kembali ke asal, PPSMI hanya diajar diperingkat Universiti.

terima kasih... sekadar nak mengeluarkan pendapat. tapi org kedil cam saya sapa nak dengar.

sepit kuku said...

betul...betul...dan betul....

en nazrul, sorry...saya kurang berstuju dgn awak...

Puan Anonymous,
anda berjaya membawa saya mengembara ke alam perguruan....saya dapat bayangkan kesukaran yg anda cuba sampaikan.
dlm ramai2 yg membuat coretan kat blog ni(termasuk Dr Airil) anda la yg paling realistik. Anda yg menghadapi nya...kami yg lain sekadar berfikir dan merumuskan pendapat...mmg kami semua pernah bersekolah, tapi kami tak pernah mengajar disekolah, seperti anda.
sepatutnya kalau kerajaan nak buat seminar atau diskusi pasal PPSMI ni, kena jemput guru yg terlibat, bukan pengarah2 PPD, Dr falsafah, prof2....barulah dapat gambaran yg sebenar....silibus tak sesuai utk dikurangkan, takut nanti terkebelakang pulak...seeloknya padatkan lagi silibus, tp ngajar dlm bhs melayu...rasanya lebih berkesan kot.
PPSMI diperingkat university jer? ya saya setuju.
Dr Airil pun berjaya dapat PhD. Dia pun produk m3 dan sains dlm bhs melayu. Maknanya takder masaalah la. kalu dia boleh, kenapa org lain tak boleh? nak atau tak nak jer.
rasanya ramai lagi org malaysia yg belajar m3 dan sains dlm BM, berjaya buat PhD diluar negara.
susah mmg susah la...namapun buat PhD.
masalhnya skrang, kenapa nak suruh bebudak skolah mengalami kesusahan yg sama?
sian kat anak2 aku nanti.
tapi aku lebih cenderung utk antar anak2 aku ke aliran agama...jadi tahfiz. insyaallah...tatau lebih bagus masuk sek tahfiz sains di kelantan.

apa2 pun, all d best la semua ya.

Chiow.Assalamualaikum.

student phd said...

Assalamualaikum,

saya di sini ingin nak menyatakan pendapat, saya tidak setuju dengan sepit kuku. dari pembacaan saya pada blog dr airil ini dia memang menyatakan dia hasil dari m3 dan sains dalam bm. atas pengalaman beliaulah dia ingin menegaskan kenapa PPSMI bagus diteruskan. Saya yang sedang membuat Phd, jadi saya tahu apa kesusahan yang dimaksudkan. Bukanlah nak buat Phd tu susah sangat tapi nak faham buku tu yang susah sangat. lepastu tak confiden nak cakap english sebab segan takut salah, org tak faham. Jadi memang cikgu rasa susah sekarang nak ajar, tapi jasa dia org akan dikenang sampai bila-bila. Lagi pun tempat cikgu tu dalam islam pun tinggikan. jadi apa salahnya bersusah sedikit untuk anak bangsa, agama dan negara. Lepas tu bukan cikgu je yang boleh bagi pendapat mengenai PPSMI, tapi ahli akedemik dari technical sains pun boleh macam dr airil sebab dia dah biasa dengan buku-buku rujukan matematik. kalau nak maju kenalah berubah. kalau org tuanya tak nak berubah kita ubahlah org muda nya. kalau nak melentur buluh biarlah dari rebung.

Anonymous said...

hai all..

hurmm..

sebenarnya, nak cakap disini bahawa cikgu sikit pun takda susah nak ajar budak. bagi saya, kami dah dilatih. kami tahu apa kami buat. kami kasihankan pelajar kami. kesian mereka.

kami boleh saja mengajar ikut suka kami, sebab gaji kami jalan tiap-tiap bulan, siap dapat elaun lagi. tapi tu semua tak bagi kepuasan dekat kami. kami nak student berjaya. takkan lah hati jadi puas bila tanda kertas exam, semua dapat 'D'.

jadi, anda kena faham, fikirkan anak-anak dan budak-budak. cikgu-cikgu gembira je kalau kami hati jahat. buat apa nak fikirkan budak-budak? kami tetap buat kerja dan dapat duit. tapi, tiada kepuasan kalau anak didik takda pandai langsung.

boleh nampak kan?kan?kan?

~cik Anonymous bijak sifir~

sepit kuku said...

betul tu cik anonymous...

tah apa2 student pdd tu....masalah besarnya bukan cikgu susah nak ngajar....bebudak tu susah nak paham....
student phd,
namapun amik phd, mestilah susah...tu kamu belum lagi ceburkan diri dlm alam pekerjaan sebenar, lg la byk kesusahan yang kamu akan hadapi....ketahuilah belajar adalah jauh lebih senang drpd bekerja. kamu amik phd untuk diri kamu, gagal atau berjaya kesannya pd org sekeliling kecil jer berbanding org yg bekerja, dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sesuatu projek yg kadang2 mencecah ratusan juta ringgit.
So, ketahuilah dlm hidup kita mesti menghadapi kesukaran atau dugaan untuk mencapai sesuatu. Tapi kita boleh sentiasa berusaha untuk mengurangkan/menghindar kesusahan yg mungkin akan menimpa.
begitu juga dgn hal PPSMI ni, kenapa nak disusahkan budak2 tu semua? kita (generasi hari ini) dah buktikan, tanpa belajar m3 dan sains dlm BI, ramai dah dpt phd, ramai dah jd bisnes man berjaya, kepakaran2 ahli profesional setanding dgn ngr2 maju....
berapa kerat jer profesional2 dr negara luar yg bekerja di malayisa skarang, berbanding 10 tahun lepas....anak malaysia dah boleh buat sendiri dah...malah profesional2 malaysia ni dah diterima dan dibayar dgn lumayan oleh negara2 besar dunia/international company...bersepah dah mereka kat serata dunia.
mereka semua, produk m3 dan sains dlm BM.

chiow.assalamualaikum

Anonymous said...

salam

~~sepit kuku-> thanx

~~student PHD~~

-1st saya nampak masalah awak tu segan nak ckp dlm BI.

-jd, awak nmpk tak solution dia.
1. belajarlah BI dgn bersungguh-sungguh dan sepenuh hati
2. kena yakin diri. dah boleh buat PHD tapi xde yakin diri. macam mana?

- jadi, takda kaitanlah dgn M3 dan sains dalam BI

-perkasakanlah BI dulu. baru yakin boleh

-ok?

-Cik Anonymous bijak sifir

Anonymous said...

saya dah tanya budak budak sekolah menengah dan rendah...

semua ok je.. yg saya tanya pun budak budak kampung.. tak banyak masalah bila naka belajar sains & matematik dlm BI.

mungkin ada la jugak yg bebal skit.. tapi ada jugak budak kamung yg bijak..

biasalah.. mana mana pun ada jugak kes macam ni..

yg penting, guru2 sume kena bijak dan berdedikasi..

pa pe pun, saya rasa sesiapa yg anti ppmsi ni sebenarnya nak mengelat je..

sy baca blog ni - http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/03/04/anti-ppsmi-a-cover-up-for-ineptitude/


mmg banyak persoalan dpt dijawap.

abu bin ali

sepit kuku said...

abu bin ali,
setakat awak tanya beberapa org budak jer pastu nak buat kesimpulan mcm tu rasanya tak layak lansung untuk membidas hujjah serta pengalaman yg dilalui sendiri oleh puan anonymous(guru maths).

hehehe...abg abu ni kelakar laaaa.

Average Joe said...

@ sepit kuku

then what?

Ms. Anonymous tu sorang aje ke cikgu Math/Sc???

let say kalau katakan someone yg mengaku dia cikgu, menceritakan pengalaman yg positif tentang PPSMI, kamu akan kata itu belum tentu mewakili kebanyakan. dan samalah juga, Ms. Anonymous sendiri belum tentu mewakili pendapat kebanyakan guru math/sc hanya kerana dia menceritakan segala masalahnya di sini.

And for everyone, please read ALL PPSMI-related articles in the following blog:

http://tunfaisal.blogspot.com

aku said...

that right,

bukan cik anonymous sorang je cikgu kat malaysia nie. ramai lagi cikgu kat malaysia nie yang menyokong PPSMI. Emak aku pun cikgu gak. tapi dia kata bagus ajar budak2 math dalam BI. Senang. wordsnya pendek dan bagus untuk masa depan budak tu. dia kata memanglah ada yang tak leh bawak. tapi masa ajar dalam bm pun ada budak tak leh bawak. yang tak leh bawak tu ajar dalam bahasa apa pun memang tak leh bawak. tapi mak aku tak complain pun. dia ajar gak malah sayang dia pada murid dia sama cam dia sayang kat aku. dia kata apa yang dia buat untuk masa depan budak. walaupun susah sebab dia dah tua tapi untuk budak yang kecik-kecik tu dia kata tak palah. janji depa nanti bila dah besar boleh maju.

thanks

Anonymous said...

eh eh eh

malas nak cakap dengan org tak faham neh. tolong baca komen saya dr awal ye.

baca betul-betul anda tak payah nak salah-salah faham

okek

kalau anda rasa anda paling betul, terpulang la

jgn la baca pendapat org laen

okek

pawn(joined calculus war) said...

salam...

nk join bole? (tumpang lalu..)

aku sgt faham akan perasaan cik anonymous tentang kesian nye bdak2 tu nk adapt dalam keadaan sekarang.

tp.. (jeng..jeng..jeng..)

"berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian"

percaya lah!(cam siti nyanyi) bahawasanya bdak2 tu nnt akan sedar betapa penat lelah they all amat berbaloi bile masuk u nnt.

memang kesian bile tengok markah bdak2 tu 'D' tapi kita kene faham satu perkara. sebagai seorang islam, aku percaya dengan konsep "setiap dosa yang dilakukan perlu di bayar/tebus" dan hanya tuhan berhak utk menentukan jenis dan masa pembayaran.

kita (masyarakat malaysia), berdosa kerana selama ini telah gagal untuk menakluk dunia dan terus membiarkan agama kita ditindas. zaman sekarang ni kalu nk takluk dunia kene pki teknologi cik.. nk cipta kapal perang pun kene ade teknologi tau.

so, kita yang salah sebab masa kte bdak2 dulu kite xnk tanggung kesalahan ini dan bayaran nya sama ada suka atau tidak anak2 kte yg terpaksa tanggung. kalu kte biarkan sebab kesian, nnt cucu kte plak yg kne tanggung dan ikut cara mana pun kte x bole lari dr dosa kte.

then, ape nk buat? jangan risau, skrg kte cuba sebaik mgkn utk mengurngkan beban anak kte dan aku sure yg kalu anak kte dapat 'D', nnt anak kte akan make sure yg cucu kte akan dapat paling tidak 'C'. selepas beberapa cycle dengan rahmat tuhan menerima pembayaran dosa kte ini, insyaallah, cicit kte bole dapat 'A'.

tidak guna untuk kita menuding jari sesama sendiri mencari siapa punya dosa.. sbb dosa ni kte dan generasi-generasi terdahulu yg patut sama-sama bertanggungjawab. yg penting skarang adalah solution nya dan lg lambat kte bertindak makin kronik la penyakit ini.

jd cik anonymous.. teruskn usaha mnjd cikgu yg berjaya!

to sepit kuku!

come on bro.. jgn igt wat phd tu skopnye kecik je.. lpas dapat phd nnt tanggungjawab lg besar. semakin byk ilmu semakin besar tanggungjawab.. x kurang jugak kalu nk compare dgn orang yg bekerja kt lua. ko kne igt.. tanpa dunia academia ini teknologi x akan ade dan ko pun x keje cam skarang.. even dunia academia ni lg suci sbb terhindar dr segala gejala-gejala tidak sihat seperti rasuah dan mengulat.

sape ckp kte da mampu nk hasilkan tenaga mahir setanding negara yg telah membangun??? nk buat klcc pun x mampu smpai tun mahathir kne pggl engineer lua negara.. xde sorang pun rakyat malaysia dapat nobel prize.. asik2 nk bangga dgn sheikh muszhapa (btul ke aku eja ni) yg pergi ke angkasa ntah buat ape ntah. aku sgt malu bkn bangga kerana nk pegi angkasa pun kte kne tumpang orang. aku akan bangga ble kte pegi angkasa utk buat kajian yg bermanfaat dan guna teknologi sendiri.

skarang idup aku ke arah memperkasakan islam, melayu dan negara.. semoga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk berjuang!!! ni br nama nya jihad.. bukan beguling2 kat jalan mcm segolongan org2 kat perak tu..

tq.

Anonymous said...

Salam,
saya kenal Dr.Airil,
sebab itu saya berani kata,
saya taklah begitu bagus macam dia,
tapi adakah itu membuatkan saya tak layak untuk membuat sebarang komen?

panjang artikel2nya, sama macam orangnya ketika bercakap..

cuma sedikit pandangan,
dalam nak berhujah tentang PPSMI,
saya rasa perbincangan Dr. sepatutnya lebih jauh dari itu,
kerana PPSMI secara matlamatnya memang bertepatan dengan apa yang dibincangkan,

tetapi bagaimana dengan pelaksanaannya? strategi mengimplimentasikan..
secara sikologi penerimaan pelajar2, di peringkat sekolah rendah, menengah & universiti, secara pembangunan insan, perkembangan minda kanak2, umur berapa yang sesuai untuk diajarkan SnM dalam BI, ataupun dari sudut sosial setempat, bagaimana menyantuni bahasa ibunda kita..

kan cantik kalau Dr. dapat membahaskannya dengan pelbagai sudut, tidak tertumpu dengan masalah 'bahasa' & SnM sahaja..

sebab saya rasa ade dua isu disini,
tentang pentingnya BI dan ilmu SnM..
dan yg kedua cara pelaksanaan PPSMI di Malaysia dan kesannya..
dan saya rasa ramai yg tidak bersetuju kepada isu yg kedua..

sebab itu saya mohon Dr.Airil lebih berhemah, walaupun saya sedar tentang barannya Dr.Airil dalam penghujahan, tapi biarlah perbincangan itu molek bila dibaca, dan kalau boleh dimasukkan sekali dengan analisis2 tentang sejauh mana PPSMI ini terlaksana dgn jayanya di negara kita..

dan janganlah dilayan sangat dengan komen2 yang bersifat ejekan atau ugutan.. buang masa aje..
Wasalam..

old acquaintance said...

Lin,

My deepest apology to greet you not with the title that you have acquired through hardship and perseverance during your Imperial days; not of envy but as it dissolute my recollection of you during our younger years and of previous bond of fellowship long forged and even forgotten. Humour me for awhile; even if it offends your very belief to defend of what is rightfully yours.

A pleasure to read such amazing insights from an old acquaintance of mine. Acquaintance it may seem we are now for I have lost the privilege to call you a friend. Long we have drifted apart after your graduation - for I did not - and further still even after your return.

It has been 16 years since we first met. You have bloomed from the loquacious Talang boy that we all learned to love to become a renowned academician, full-spirited and enigmatic that you are now. I salute you, my acquaintance, for I am proud to claim that I knew Airil Yasreen once, you have followed your heart and stay true to your cause. I on the other hand, was not blessed to seek what I could have been, for I have chosen a different path, and make peace with what I have become.

I have gone through your well composed insights and even heartfelt ramblings and found myself wanting. How I miss to sit with you and argue fiercely from the smallest things such as the ‘Bunga2 Matahari’ chords to higher plane of debate of moral beliefs and theology. And my craving runs deeper facing the facts that your have acquired greater understanding of life and have read volumes to support your arguments. How I wish. Maybe one day, my old acquaintance, maybe one day.

You are now a pillar for the younger generation, my acquaintance. Two counsels I freely give even if it is not freely taken by such a great man as yourself. Yet, I believe, for you are a man of logic, reason and facts, you will at least take heed to what I have to offer.

Rein your anger for I know your bursts really well.

and


Yob, apa kamu dah buat ni yob. Kamu jangan instigate pergaduhan Yob. Habis bertelagah semua orang dalam blog kamu ni. Satu Talang tahu habis kena kerrap kereta kamu tu nanti..

LOL,

Regards to your wifey (my dear and lovely Lin Kecik) and all the little Einstein of yours.

lin said...

any counsel from you, Min, would be an honour, indeed, an honour...