SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS)
SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS) - click la kalau nak dengar...
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Monday, 8 June 2015
WAWASAN 2020: LAGI 5 TAHUN, SEMPAT KE?
Hari ni adalah hari yg sgt penting utk negara kita. PM akan bentang budget terakhir sbelum 2020 iaitu RMK11. This is the last budget and the next 5 years are the last years sebelum apa yg dimomokkan kpd kita sejak kecik (aku form 2 umur 14) iaitu kita akan menjadi negara maju akan jadi kenyataan atau tidak.
Dan sedar tak sedar dah RMK11 dah. RMK yg aku ingat dalam keadaan "sedar" adalah RMK7 sbb Prof Karim atau Prof Mahmood bayar elaun aku waktu di STC as RA in 1999 guna baki grant dari budget ini.
So lagi 5 tahun nak 2020 dan persoalannya, dgn keadaan sekarang, boleh tak rasanya WAWASAN 2020 dicapai?
Maaf tapi tulisan aku kali ni mungkin bunyi pessimistic sikit. Sebab selepas duduk di UK 3 thn lebih dan dari pembacaan dan pengamatan aku, definisi negara maju lebih merujuk kpd tatacara kehidupan rakyat negara itu. Negara maju pada definisi aku adalah apabila:
1. Rakyatnya kurang bertelingkah dan cepat bersetuju lalu progress dan perancangan senang di capai.
- Bandingkan negara2 maju dgn kita, kerap tak kita dengar diorang bergaduh sesama sendiri macam kita? Kita sesama Islam bergaduh, sesama kaum bergaduh, antara parti bergaduh, sesama parti pun bergaduh. Bila asyik bergaduh, tiada kesatuan dan ketumbukan untuk buat kerja.
2. Rakyatnya bijak.
- Aku rasa rakyat kita belum lagi mencapai kebijakan rakyat negara maju. Graduannya belum lagi, pensyarahnya belum lagi, industrinya belum lagi dan ini terserlah apabila masih tiada lagi teknologi2 yg betul2 kita hasilkan dan pasarkan di seluruh dunia sedangkan untuk negara maju inilah trademarknya. Korea dgn Samsungnya, Jepun dgn Toyotanya, German dgn BMWnya, US dgn Levisnya, Miscrosoftnya, dll lah. Itu belum cakap lagi ranking universiti di waktu Spore dah berada di top 10. Pemimpin kita belum sepandai pemimpin negara maju, team sukan kita pun belum hatta artis dan hiburan kita pun belum. Bandingkan je lah Gag Concert Kpop dgn Maharaja Lawak dan Kpop idol dgn Akademi Fantasia.
3. Rakyatnya hidup dalam quality kehidupan yang tinggi pada kos kehidupan yang murah.
- Secara relatifnya, kehidupan kita susah. Handphone yg kita beli sama dgn harga sebulan gaji. Di UK minimum gaji waktu aku di sana GBP1k sebulan tapi Mercedes C200 yg baru GBP18k dan hp yg habis canggih baru GBP100. Tapi ini puncanya berbalik kpd point 1,2 iaitu kita tak cukup pandai utk hasilkan teknologi menyebabkan kita kena beli teknologi dari orang lain. Bila kena "beli" lagi mahal la. Tapi kenapa tak pandai? Sebabnya rakyat kita bergaduh aja dan susah bersetuju. Susah nak bersetuju dgn silibus dan kaedah pendidikan, susah bersetuju dgn perlaksanaan dasar2 negara dll. Takda progress, takda pencapaian, takda kecemerlangan.
4. Rakyatnya berdisiplin dan polite.
- Di UK, rakyatnya pembersih dan percakapan dan tingkah laku mereka penuh dgn politeness. Mereka amat menepati masa, lambat sikit cancel appointment untuk tidak ganggu appointment dgn orang yg seterusnya. Mereka berhemah di jalan raya dan sgt kurang kemalangan. Tapi kita sangat berbeza. Kita senang2 buang sampah tepi jalan. Kita selalu lambat dalam berjanji temu dan bila dah lambat itu yg bawak kereta laju2 dan merbahaya. Kita jarang bertegur sapa orang yang kita tak kenal.
5. Rakyatnya bersungguh2 (beriltizam) dalam melakukan sesuatu.
- Perasan tak banyak aktiviti2 "pelik" dan "power" hanya berlaku di negara2 maju? Moutain bike contohnya, diorang boleh buat big drop dan lompat segala bukit pusing2 semua. Boleh terbang pakai glider dan terjun bungee, jalan atas tali dari gunung ke gunung dan lain2. Benda ni walaupun nampak mcm tak berfaedah tapi itu represent sifat masyarakat mereka yang kalau dah minat satu benda, mereka akan bersungguh untuk jadi terbaik dan berfikir macamana nak majukan dan hebatkan lagi pencapaian mereka. Jadi kita boleh bayangkan la juga sifat ini didalam professsor mereka, pemain bola mereka, pemain gitar mereka, ahli saintis mereka, ahli perniagaan mereka dll. Kejayaan hanya datang dgn kesungguhan kerana Allah akan bagi kejayaan pada mereka yg bersungguh.
So banyaklah lagi yg boleh aku cakap tentang ciri2 rakyat negara maju hence definisi negara maju tapi cukuplah yang ini sebab aku rasa korang got the point already.
Jadi berbalik semula kpd persoalan kita, boleh tak kita capai ini semua dalam masa 5 tahun lagi kerana ia melibatkan perubahan sifat, pandangan, carahidup, norma masyarakat kita.
Ingat tak lagi 2010? Berbeza tak keadaan msykt kita sekarang dgn waktu itu?
Ingat tak lagi 2000? Berbeza tak masyarakat kita skrg dgn waktu itu?
1995? 1991?
Kalau tidak ketara perubahan msyrkt kita waktu15 thn dulu dan 20 tahun dalam aspek2 yg aku senaraikan diatas, apakah kemungkinan perubahan akan berlaku dalam hanya 5 tahun?
So macamana? Entah lah. Tapi yg aku tau something is always better than nothing. Masyarakt mungkin tak boleh berubah dalam 5 tahun tapi kita boleh. So pastikan kita berubah jadi masyarakat maju dgn cuba develop sifat2 yg tersenarai di atas. Dan bawa juga mereka yg dekat dgn kita berubah bersama2, kita mesti cuba tunjuk contoh yg baik dan cuba menpengaruhi adik beradik, kawan2, students2 agar mereka bersama2 dgn kita.
Yang lain kita serahkan lah pada Allah.
wallauhualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment