Monday 8 June 2015

BUTTERFLY EFFECT


Aku sentiasa cakap benda ni pada students iaitu, apa yg kita buat disaat ini akan affect manusia sejagat. Apa yg kita buat disaat ini (at this very moment) akan affect orang di "Brazil".

Contohnya, sebab aku tulis post ini dan sebab korang baca post ini ada orang "Brazil" yang terus hidup.

Sebab alternatifnya mungkin, KALAU aku tak tulis post ni, korang tak baca post ni.

Dan bila one of you guys tak baca post ni, at this very moment, dia (katakan namanya Ahmad) akan call sepupunya di KL.

Sepupunya kerja courier hantar barang ke seluruh dunia. Disebabkan dia received a phone from Ahmad, dia tersalah tulis alamat satu bungkusan ubat ke Brazil.

Disebabkan tersalah alamat, pesakit yg perlukan ubat ini menunggu ubat yg sepatutnya tiba pada tarikh yg ditetapkan. Tapi kerana terlewat dia pun mati.

Tapi sebabkan aku tulis post ini, Ahmad tak call sepupu dia dan sepupu dia tak tersalah tulis alamat dan orang di Brazil itu dapat terima ubat pada waktunya dan alhamdullillah terus hidup.

So pengajaran,

NOW, BY REALIZING THAT WHATEVER WE DO, NO MATTER HOW MINISCULE IT IS, WILL AFFECT THE REST OF HUMAN KIND, WE ARE THEN LEFT WITH NO OPTION BUT TO DO ONLY GOOD THINGS AT ALL OUR CAPACITIES AND POTENTIAL.

Antara aplikasi penting dari pengajaran ini:

Pensyarah yg terus baca buku dan berusaha utk jadi pandai sgt2 akan membangunkan ketamadunan masyarakat dan negaranya.

Pensyarah yg tak baca buku dan tak berusaha utk menambah kepandaian dgn kadar yg laju akan menghancurkan ketamadunan of his and her people.

*tp of course, kita ni hanya penyebab, yang menentukan Allah. Tapi at least, cubalah sentiasa jadi penyebab yg baik. Itu je yg kita boleh buat.

1 comment:

Unknown said...

Really inspiring