Monday, 2 February 2009

JANGAN JADIKAN JERMAN ALASAN UNTUK TIDAK LAKSANAKAN PPSMI

Saya telah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri walaupun selama ini saya mengikuti perbahasan samada kita harus meneruskan PPSMI ataupun tidak. Ini kerana saya mempunyai prinsip, “adalah tidak efisien untuk mengubah masyarakat sedia ada, bentuk sahaja masyarakat yang baharu.” Sebagai seorang pensyarah, saya berusaha membentuk masyarakat Malaysia yang baharu melalui pendidikan tetapi sebagai rakyat biasa, saya menghalang diri daripada terlibat secara aktif dalam isu-isu kontemporari. Walaubagaimanapun, prinsip ini terpaksa saya pecahkan selepas menonton rancangan Point of View yang ditayangkan di NTV 7 pada 9 Januari 2009 lalu. Lantas saya mengambil inisiatif untuk menulis artikel ini.

Saya mempertimbangkan dengan serius soalan yang diajukan (dalam bahasa Inggeris) oleh hos rancangan tersebut kepada Puan Noor Azimah Abdul Rahim, Pengerusi PAGE, yang dalam Bahasa Melayu berbunyi “kenapa tidak kita mencontohi masyarakat Jerman dan Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka didalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah (merujuk kepada subjek sains dan matematik)”. Jika ia hanyalah satu soalan, sudah tentu tidak mengapa, tetapi hakikat yang sebenar ia lebih daripada itu. Saya mendapati, ia sudah menjadi hujah dan alasan yang menjadi pegangan dan kepercayaan ramai masyarakat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang menentang perlaksanaan PPSMI . Ini bukan yang pertama, tetapi sudah berkali-kali saya mendengar hujah yang sama digunakan di pelbagai lokasi dan perjumpaan termasuk peringkat universiti. Saya akan tunjukkan dalam penulisan ini bahawa hujah tersebut tidak sah dalam konteks PPSMI, maka saya tegaskan, janganlah digunakan hujah ini lagi.
Kita tidak sama dengan masyarakat Jerman dan Jepun

Saya mulakan dengan pernyataan, masyarakat Jerman dan Jepun tidak seperti yang kita sangkakan. Mereka bukan pengikut dan pelajar ilmu sains dan matematik seperti kita, sebaliknya mereka adalah golongan antara pencipta ilmu-ilmu tersebut. Sebagai pencipta, mereka yang pertama dan paling berautoriti dalam menentukan lenggok bahasa, terma-terma, simbol-simbol termasuk cara pemahaman. Mereka juga adalah penulis buku yang tebalnya banyak mencecah beribu mukasurat. Maka, layaklah mereka mengunakan bahasa ibunda mereka sebagai medium perantaraan dan penyebaran ilmu-ilmu tersebut. Dalam erti kata lainnya, mereka yang menentukan segala peradaban dan peraturan. Kita yang masih belajar, suka atau tidak terpaksa mengikutinya sehinggalah ke tahap kita mampu mencipta ilmu-ilmu kita sendiri. Dan seperti kata Tun Mahathir (cendiakawan yang mencetuskan idea PPSMI ini), perlaksanaan PPSMI bukanlah untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris seperti yang difahami ramai, tetapi sebaliknya, ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pemahaman sains dan matematik itu sendiri.

Sebelum kita pergi jauh dengan perbincangan ini, ingin saya nyatakan bahawa, walaupun saya amat teruja untuk mengulas kedua-dua masyarakat, tetapi disebabkan faktor waktu dan ruang, saya memutuskan untuk membincangkan mengenai masyarakat Jerman sahaja.
Pencapaian ahli sains dan matematik Jerman

Ramai antara kita tidak mengetahui pencapaian dan sumbangan sebenar ilmuan Jerman. Sebagai contoh, ramai antara kita merasakan kalkulus adalah ciptaan seorang Inggeris bernama Isaac Newton (1642-1727). Sebenarnya, cuma kalkulus berbentuk perbezaan (differential calculus) sahaja ciptaan beliau, kalkulus berbentuk kamiran (integral calculus) adalah ciptaan ahli matematik Jerman, Gottfried W. Leibniz (1646-1716). Sehingga kini, masih lagi didebatkan siapa sebenarnya yang pertama mencipta kalkulus, kerana ada khabar angin yang mengatakan Newton mendapat idea tentang kalkulus selepas membaca tulisan Leibniz. Selain itu, Newton sendiri pernah mengatakan bahawa jika dia dapat melihat lebih jauh berbanding dengan orang lain, ini adalah kerana dia berdiri di atas ‘gergasi - gergasi’ dan salah seorang ‘gergasi’ yang beliau maksudkan ialah Johannes Kepler (1571-1630), seorang ahli astronomi dan matematik Jerman. Jika ditanyakan pula soalan pada ahli-ahli matematik, siapa yang lebih penting antara Newton ataupun Carl Friedrich Gauss (1777 – 1855), saya yakin, lebih ramai ahli matematik yang akan memilih Gauss. Beliau adalah pencipta teori nombor ketika berumur 24 tahun. Beliau juga adalah orang yang pertama mencadangkan konsep nombor kompleks. Jika masyarakat Inggeris berbangga dengan George Gabriel Stokes (1819 – 1903) dengan teorem penukaran kamiran luas kepada kamiran garisan, Gauss jauh lebih awal tampil dengan teorem penumpuan (convergence theorem) iaitu teorem penukaran kamiran isipadu kepada kamiran luas. Bagaimanapula dengan Georg Friedrich B. Riemann (1826 – 1866), ahli matematik Jerman yang mencipta kalkulus tensor, geometri pembezaan, geometri bukan Euclidian, teori manifold dan pelbagai lagi? Bukankah hipotesis beliau yang dipanggil fungsi zeta Riemann adalah hipotesis yang paling ingin dibuktikan kebenaran atau kesalahannya oleh ahli-ahli matematik seluruh dunia dewasa ini selepas pembuktian Teorem Terakhir Fermat oleh Professor Wise daripada Cambridge pada tahun 1994.

Ada ramai lagi ahli matematik dan sains Jerman yang tidak saya bincangkan dan saya hanya menyenaraikan nama mereka seperti di bawah. Tanyalah pada mana-mana saintis Malaysia, mereka pasti mengenali nama-nama di bawah walaupun masyarakat am di Malaysia mungkin tidak mengenali.

i) Karl Gustav Jacob Jacobi (1804 – 1851)
ii) Gustav Robert Kirchhoff (1824 – 1887)
iii) Hermann Von Helmholtz (1821 – 1894)
iv) Karl Theodor Wilhelm Weierstrass (1815 – 1897)
v) David Hilbert (1862 – 1943)
vi) Karl Ernst Ludwig Marx Plank (1858 – 1947)
vii) Albert Einstein (1879 – 1955)
viii) Werner Heisenberg (1901-1976)
ix) Max Born (1882 – 1970)
x) Werner Magnus Maximilian Freiherr Von Braun (1912 – 1977)

Mungkin ada yang perasan, Albert Einstein yang amat terkenal itu hanya saya selitkan di dalam senarai di atas. Tujuan saya adalah untuk menegaskan betapa masyarakat Jerman bertuah mempunyai terlalu ramai tokoh-tokoh intelek sehinggakan, Einstein terlihat seperti hanyalah seorang dari ratusan yang lain.
Kegemilangan Universiti Gottingen

Daripada persepektif yang biasa bagi rakyat Malaysia untuk mengenali universiti-universiti seperti Cambridge dan Oxford di United Kingdom serta Harvard, Yale dan Princeton di Amerika Syarikat sebagai yang terbaik di dunia. Ini adalah benar, tetapi dalam konteks zaman sekarang, tahukah kita bahawa, sebelum peperangan dunia kedua, universiti-universiti di Jerman jauh lebih maju. Bukti pernyataan saya ini boleh dilihat dengan membincangkan petikan di bawah:

“Of all the papers read at the Congress, I recall the brilliant one by Von Karman…That work, done in Gottingen at Prandtl’s laboratory, is probably the very best…Karman was disputed by Lamb…that old man was displeased that such brilliant work had been done in Germany not in England…Germany, owing to the better contact there between pure and applied science, was appreciably ahead of England” – Timoshenko (1968)

Petikan di atas adalah catatan biografi Stepan P. Timoshenko (1878-1972) yang dikenali sebagai Bapa Mekanik Kejuruteraan. Beliau begitu terkenal sehinggakan anugerah medal Timoshenko telah dianggap sebagai anugerah Nobel dalam bidang kejuruteraan. Walaupun beliau berbangsa Rusia, tetapi beliau menjalankan penyelidikan PhD di Universiti Gottingen di Jerman. Theodere Von Karman (1881-1963) pula, walaupun berbangsa Austrian – Hungary, adalah professor yang amat terkenal di Gottingen. Sementara itu, Sir Horace Lamb (1849-1943) adalah professor berbangsa Inggeris di Universiti Manchester berpendidikan Universiti Cambridge. Dalam petikan di atas, terdapat tiga fakta untuk kita pelajari, yang pertama, sebelum perang dunia kedua, Universiti Gottingen telah jauh kehadapan berbanding Cambridge. Yang kedua, di Jerman, sains tulen dan sains applikasi tidak dipisahkan malah dikaitkan antara satu sama lain sehingga menjadi faktor kemajuan yang mereka kecapi. Ketiga, persaingan antara ahli intelek Inggeris dan Jerman telah berlanjutan sejak zaman Newton dan Leibniz sehinggalah ke hari ini.
Keagungan Gottingen diserlahkan lagi apabila 44 pemenang anugerah nobel boleh dikaitkan dengannya. Di sini, saya cuma senaraikan sebahagian pemenang Nobel dalam bidang fizik.

1) Max Born (1954)
2) Max Plank (1918)
3) Paul A. M. Dirac (1933)
4) Enrico Fermi (1938)
5) Wolfgang Pauli (1945, 1989)
6) Otto Stern (1943)
7) Eugene P. Wigner (1963)
8) Werner Heisenberg (1932)

Universiti Gottingen dan Heidelberg begitu hebat sehinggakan, dalam peperangan dunia kedua, pihak Bersekutu telah bersetuju untuk tidak melancarkan serangan bom ke atas universiti-universiti ini. Pihak Jerman pula bersetuju untuk tidak menyerang Universiti Cambridge dan Oxford.

Kesimpulannya, apa yang telah saya hujahkan di atas adalah bukti-bukti kemajuan bangsa Jerman khususnya dalam bidang sains dan matematik sebagai pelopor dan pencipta ilmu-ilmu tersebut. Saya berharap hujah-hujah ini dapat menyokong pernyataan saya iaitu, dalam konteks PPSMI, kita tidak seperti Jerman, kita belum lagi mencapai status pencipta, sebaliknya kita masih lagi berstatus pengikut dan pelajar ilmu-ilmu sains dan matematik. Tetapi ini hanya separuh dari keseluruhan hujahan. Sepatutnya, saya perlu terus berhujah kenapa, dengan berstatus ‘pengikut’ atau ‘pelajar’, kita sebagai sebuah masyarakat perlu meneruskan PPSMI. Tapi selepas dua hari saya mencuba, saya dapati usaha untuk menulis hujahan ini amat sukar kerana masyarakat kita, pada pendapat saya terlalu ketinggalan dari aspek akademik aliran perdana. Selain dari itu, masyarakat kita sudah terlalu tegar dengan sifat optimistik yang berlebihan. Ketidakmuafakatan kita dalam isu PPSMI, sebagai contoh, adalah disebabkan kejahilan kita dalam memahami hakikat sains dan matematik dalam konteksnya yang kontemporari meliputi aspek kemajuannya, pemahamannya, pengajarannya, aplikasinya dan masa depannya. Berani saya nyatakan, sains dan matematik bukan seperti yang ramai sangkakan. Ia bukan setakat kemahiran mengira. Ia adalah semua yang berkaitan dengan idea. Kemajuan dan penggunaan sains dan matematik terlalu mendalam sehinggakan tiada cara untuk saya sampaikan kepada umum dalam penulisan ini. Dakwaan saya ini, jauh dari meredakan keadaan, pasti mengundang lebih banyak kontroversi. Saya arif akan keadaan ini dan inilah sebabnya, seperti yang saya nyatakan diawal penulisan, saya lebih ingin berdiam diri dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam perkara-perkara sebegini. Mungkin, saya akan kembali semula pada prinsip saya yang asal. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin membuat pernyataan terakhir, sains dan matematik hanya boleh difahami, dikuasai dan dimanipulasi oleh masyrakat kita jika kita terus melaksanakan PPSMI. Wallahualam.

20 comments:

zamz said...

well said bro..totally agree with u

Anonymous said...

betol bro..
xperlu bandingkn dgn jepun o jerman.kita terlalu jauh..aku sokong PPSMI..
aku dak UTM gak.ko batch mana?tp aku mekanikal...

nimo

Anonymous said...

wa sokong lu bro

jalak lenteng said...

mmg betul ape saudara hujah kan..saya sokong..

Anonymous said...

Aku tak sokong.

Bangsa Jerman tidak muncul sebagai bangsa maju sehinggalah Leibniz menyuruh kesemua aspek pendidikan dibuat dalam bahasa Jerman.Apabila diubah bahasa,barulah Jerman muncul sebagai bangsa pencipta.Baca di sini:
http://www.pkpim.net/v2/info/laporan-khas/gerakan-anti-ppsmi/380-bangsa-jerman-juga-pernah-diperbodohkan-oleh-bahasa-latin-dan-perancis.html

Huh??Budak UTM je??Aku pula bekas pelajar Fachhochscule dari negara Jerman.Dan aku bantah PPSMI.Hanya budak yang result sains dan matematik yg cukup-cukup msakan saja yg sokongPPSMI ni.Ptuihh..

bekas student dr airil said...

Salam,

kepada bekas pelajar jerman, kalau lah ko duk belajar jerman tu n bawak balik ilmu yang berguna, buktikanlah pada bangsa agama dan negara. tapi kalau ko duk kat jerman tapi tak bleh nak bawak perubahan pada bangsa tak payahlah berlagak. Aku sokong dr airil cause he know what he talking. nak tau dia the best man in engineering mathematic yang ada kat malaysia. Dia lecturer yang cuba menghasilkan bangsa yang baru dan sering menyatakan bahawa "tak guna nak ubah bangsa yang sedia ada, tapi kita kena cipta bangsa yang baru untuk maju". and as student dia aku setuju. dia yang menyebabkan aku nak sambung belajar dan pergi ke negara org untuk benar-benar belajar.. bukan makan angin. Tapi aku percaya ko pun sama macam budak-budak yang kononnya bekas pelajar yang pandai diantar ke oversea tapi balik hampeh.. belajar untuk diri sendiri buat apa?????

Student MIT said...

Fachhochscule ?? Peh, giler gempak, SETARAF ngan cambridge, oxford, MIT, imperial college tu..gua respect lu bro..mmg terkenal Fachhochscule ni.smua org tau..gua salute..otai2..giler otai..mmg ko ar paling pandai dalam Malaysia..nnti balik malaysia ko translate ar semua buku sains ngan math dalam BM k.x lama nak translate smua buku2 tu..kite ade byk lagi masa.x de halnyer..bukan byk pun buku sains ngan math dlm dunia ni..berapa kerat je pun buku2 tu dalam BI.so x kesah ar..we have all the time that we need..HIDUP BAHASA MELAYU DALAM SAINS DAN MATEMATIK !!!!! aku mmg sokong btul ar orang2 yang memperjuangkan BM dalam konteks yang BETUL ni..yes !! kite memang menolong MEMBANGUNKAN anak2 kite untuk diorang BERJAYA bile masuk U nnti..ye ar..kite ajar diorang sains ngan math dlm BM pastu masuk u diorang kene baca plak buku sains ngan math dalam BI..giler BIJAK kite kan? dengan buat camni, kite menolong MEMPERCEPATKAN diorang digest ilmu diorang.btul x? BYK GILER buku sains dan math yang kite dapat paham kalau kite blaja sains ngan math dalam BM..satu LANGKAH BIJAK yang menjadikan bangsa kite (Malaysian), bangsa berjaya, kalau kita ajar sains dan math dlam BM..apa-apa hal pun kite SENTIASA ADE CUKUP MASA untuk blaja benda ngan slow and steady, tngu orang translate then baca, translate then baca,translate then baca..best woo..macam baca komik ar plak kan..ingat, sentiasa SLOW and STEADY..kite berada dalam dunia yang sentiasa tunggu orang yang SLOW and STEADY.

pawn (who joined the calculus war between liebniz and newton) said...

As'kum bdak jerman (kalu igt lg la nk jawab salam)...

blaja mane td?? fa? fac? fachho? wutever...

first of all aku bole respect ko sbb ko blaja kat oversea.. but.. i dun respect u as a person at al..

y?

1. no phd (u didn't mention it)
2. ko same je mcm org lain yg pndai kondem org tp x wat pape (at least i've heard that dr.airil have suggest a new mathematics syllabus for matriculation but.. have been rejected by the same people as u(refer no 2 please)).
3. lastly, cara ko accuse bdak2 utm sounds like u r very good in mathematic. tp, based on ape yg ko komen aku jd skeptical dan bermacam2 arguments bermain di benak fikiran aku i.e. betul ke bdak ni powr? bdak ni blaja matematik songsang ke? sbb yg aku tahu mathematic is always exact and this kind of attitude always affects those who understand mathematic purely. jelas dr komen ko proved that yg even ko sendiri pun x phm ape masalah negara (especially org melayu) and then main sebat je nk bg solution. (bacalah malay dilemma bro!!!)

but its ok.. aku rasa org macam ko ni pun diperlukan oleh negara utk dijdkan contoh supaya jgn ade yg ikut atau jdkn tauladan..

kawan yg bodoh lg x bernilai dr musuh yg pndai kn..

thats all from me..
i'll end my comment for u with a quote from einstein..

" two things are infinite: the universe and human stupidity, and i'm not sure about the universe"

JackSparrow said...

to ex-student Fachhochscule,

aku sokong apa yg ko cakap pasal "Hanya budak yang result sains dan matematik yg cukup-cukup msakan saja yg sokongPPSMI ni"... ko tau sbb apa, sbb diorg blaja dlm bahasa melayu sbb tue la diorg "cukup-cukup msakan"... sbb tue diorg sokong ppsmi, diorg taknak adik2 diorg, sedara2 diorg, melingkup cam diorg.. diorg tau, kalau nk blaja math & sains dgn baik, kena blaja dlm BI.. banyak buku rujukan dlm BI, kalau ko tolong translate buku rujukan math & sains dlm bm pun (cam Student MIT cakap), bleh ke sama cara penyampaian & pemahamannya dlm bahasa melayu..?? bleh tak ko pastikan student yg rujuk buku tue, fhm camne diorg faham buku tue dlm BI..??

kalau ko xsokong ppsmi, naper ko tak belajar kat malaysia je..?? naper ko belajar kat Fachhochscule..?? sbb apa..?? sbb bila ko balik, ko bleh ubah bangsa kita..?? kalau ko bleh ubah..?? apa yg ko buat skrg nie utk ubah..?? ke ko just dok kat umah, layan internet, pastue ckp, ckp, ckp, post comment, post blog.. takde tindakan..??? camtue ke..??

ko nie, patut nyer bersyukur tau ada bangsa melayu cam Dr. Airil.. yang tak sanggup nak tgk bangsa de sendiri dipijak2, diayam2 kan oleh bangsa asing.. tapi bangsa de sendiri la yg tak suka apa yg de buat, x sokong, ada gak yg boikot cam ko la.. itu yg aku tak faham.. bleh nak ajar math & sains dlm bahasa melayu, tapi tunggu la bila kita dh ada saintis terkenal, ada ahli matematik yg terkenal, physicist, father of mechanic sendiri.. tunggu malaysia jd tmpt rujukan ilmu dunia, yg mana sume org tak sabar2 nak dtg malaysia, sbb nak belajar technology baru, ilmu2 baru dari bangsa kita.. time tue, ko buat la apa yg ko suka.. nak translate buku dlm bahasa melayu, buat la..

skrg nie baik ko dok diam2, pk baik2, muhasabah diri, tingkatkn kesedaran.. then baru buat tindakan.. ok..???

no offence..

Anonymous said...

salam...
mungkin saudara jerman belajar di Fachhochscule dalam bahasa melayu agaknye.. lagi pon bagus jugak saudara jerman ni sebab die boleh balik dan tolong terjemah kn buku matematik dan sains yg beribu2 tebalnye ke dalam bahase melayu bagi kegunaan anak-anak melayu kiter. kalau dulu buku mungkin diterjemahkan hanya belajar untuk cukup makan dan bukan menyeluruh. saudara jerman yang berada pada masa itu adalah antara golongan yang bernasib baik kerana tidak perlu bersaing dalam golongan yang pada masa kini lebih maju dan pantas dari dulu. saya percaya saudara jerman juga dihantar ke sana untuk memperbaiki kelemahan yang ada di negara Malaysia sendiri dan bukan meludah atau mengherdik institusi yang di teraju oleh orang-orang terdahulu sebelum saudara. untuk pengetahuan saudara jerman yang mungkin dilahirkan di jerman, atau mungkin lupa asal usul sebelum menghina aset negara sendiri, hujah saudara agak baik, dan jika benarlah pendapat saudara, dengan segala kepandaian dan kebijaksanaan saudara jerman ciptalah sesuatu itu yang boleh digunakan sebagai lambang ciptaan orang melayu sendiri seperti rumus2 atau persamaan dan boleh digunakan sebagai rujukan untuk jutaan rakyat malaysia khususnya melayu yang rata-rata nya tidak pandai berbahasa inggeris ekoran dari dasar pelajaran LEMAH dan MANJA seperti yang saudara perjuangkan. terima kasih.

Anonymous said...

to my dearest ex-student of Fachhochscule, Germany..ok, i proud of ur education background but, watch ur words la bro..dun simply underestimate 'others'..my advise, care n love ur country 1st..pls no offense k

Elizabeth Swan

ex-UTM said...

erm..klu bangsa sendiri nak jatuhkan bangsa sndr ssh la..cm dah lupa daratan je

Ex Starians said...

Nak tanya, Dr pernah belajar di STAR Ipoh? saja nak tanya..

Anonymous said...

Orang melayu memang suka gaduh sesama sendiri. Sebab orang melayu senang rasa besar ngan benda kecik. Kadang-kadang ngan benda yang orang lain tak pandang pun.

Insaflah orang Melayu (terutamanya diri saya sendiri)

PPSMI,

Ambil pengajaran tentang bagaimana umat Islam pernah jadi NO 1 di dunia dalam bidang sains & matematik. Bagaimana? Boleh cari sendiri

Anonymous said...

huh hebat study kat German...last2 kondem sesama Melayu.kalau ckp elok2 bg buah fikiran x pe gak.mmg Melayu mudah lupa.kalau study kat German dpt produk mcm ko neh baik study kat ulu bendul je.

kalau x setuju PPSMI neh pun, at least ckp la elok2.x yah megah diri.kasi point yg bernas.Tuhan x tgk kamu study kat mana, tapi sumbangan kamu terhadap sesama manusia bro....peace..

Anonymous said...

Oiii...tolong sikit,aku dapat pergi Jerman pun guna result sains dan matematik yg diajar dalam bahasa melayu OK.Aku berani kata hampir 90% budak di bawah PPSMI hanyalah burung kakak tua je.Bila diberi masalah yang melibatkan situasi,diorang langsung tak boleh beza antara velocity dengan speed,displacement dengan distance dan yang lebih parah lagi acceleration dengan speed.Yang peliknya boleh dapat 1A sebab markah telah direndahkan.Ini ke produk PPSMI?Soal BI tolak ketepi dulu.Ini soal konsep sains dan matematik yang telah budak PPSMI keliru.

Dr. yang ngajar budak UTM pasti sedar kan pasal pencapaian budak yg semakin terukkan?
Kalau dia Dr. so what?Aku pun pernah jadi ketua kepada gelaran2 Dr. ni.Diorang ni dari segi praktikal hampeh juga.Harap tesis je panjang berjela.Aku lebih suka mereka yg hand-on.Itu baru betul2 mahir sains.

Sekurang-kurangnya aku study engineer,terus jadi engineer,bukannya macam penyokong PPSMI.Study je sains dalam BI,tapi tak melibatkan diri dalam bidang sains pun.Habis kuat pun buat phd dan lepas tu jadi pensyarah.Tu je tahap tertinggi korang.

Takde sapa-sapa nak nafikan pasal link yang aku bagi tu ke?Bangsa Jerman yg hanya maju setelah sains dan matematik diajar dalam bahasa sendiri.Aku bagi balik link tu.Dan pergi berhujah dekat sana:

http://www.pkpim.net/v2/info/laporan-khas/gerakan-anti-ppsmi/380-bangsa-jerman-juga-pernah-diperbodohkan-oleh-bahasa-latin-dan-perancis.html

Kalau korang gagal belajar di luar negara,ia bermakna result korang tak cemerlang dan matematik korang teruk.Orang suruh belajar sains dan matematik betul2 korang belajar BI saja.Mana cukup.Last2 dok blaja UTM je.Habis cerita!

Anonymous said...

Dan apa yg aku nampak kesemua proPPSMI bukanlah pernah tengok dunia luar pun.Orang suruh dapat 1A dlm subjek sains,korang lulus cukup makan je,mmg takkan dihantar oversea pun.Habis kuat pun pergi Imperial college,tu pun buat degree kat UTM dulu.Sebelu8m ke UTM pula,SPM cukup makan,Mat Tam dapat habis kuat pun 2A je.Takpun 7D habis lembik.Lepas tu boleh kata terlalu sukar untuk kejar teknologi berbahasa inggeris.Aku tolong gelak jelah.

Anonymous said...

"Habis kuat pun pergi Imperial college"..ushh..statement ape ni?Imperial college tu U yang ntah hape2 ke?Fachhochscule tu ranking no brape U dlm dunia compare dgn Imperial College?jahilnye anonymous.Adakah seorang engineer yang power kononye tak tahu kemashyuran Imperial College?..Eh aku nak sangat tahu sapa mr anonymous graduate FACHHOCHSCULE ni.Menurutnya, die pernah jadi ketua kepada prof2.ushh hebatnya.tahniah aku ucapkan..bagus la.tp kalo kalo org mcm ni yg lead the project, bertapa teruk la prof2 dibawah die tuh?aku bukan nk defend Dr Airil..tapi aku tahu sape die ni.mcm mane die keje,mcm mane ikhlasnye die utk agama, bangsa dan negara.mungkin Dr Airil tk seglamour prof2 yang hebat kat dunia?dia baru je blk dr UK 2thn lebih..so what we aspect dr die dlm mase 2 thn lebih ni..tggu la dlm 10 thn lagi..jadi aku rase kite tgk sape dr Airil ni dlm mase 10 thn akan dtg and kita juga tgk sape Mr anonymous Fachhosclue dlm tempoh yang sama.ataupun tk payah la dgn Dr Airil, kita bandingkan Mr Anonymous Fachhosclue dgn "ANAK2 DIDIK" Dr Airil yang ada skrg ni.Aku percaya Anak2 didik die lg POWER dr Mr Anonymous Fachhoscule by that time.Statement ni bukan OMONG kosong.Tp aku tahu mcm mane Dr Airil and Anak2 didik die buat keje..senang mcm ni la..kite tk payah nak bertengkar panjang tp aku cabar kedua2 pihak Dr Airil and Mr Anonymous.Korang tunjukkan kepada kitorg apa yang korang buat skrg.and pembaca lain akan nilai..SO ADA BRAN?

Foster said...

Dasar PPMSI mmg sgt bermanfaat pada pelajar pintar, pelajar di bandar tau pelajar yg mempunyai ibu dapa yg educate yg mahir berbahasa Inggeris. TETAPI dasar ini telah menimbulkan byk masalah di sekolah luar bandar, kampung2 dan pendalaman; dan ini telah membunuh semangat pelajar2 utk belajar sains dan matematik. Ini adalah hakikat, tnyalah guru2 yg terlibat PPSMI di sekolah2 mcm ni.

Saya tgok ramai yg sokong PPSMI adalah mereka yg dlu semasa kecil adalah pelajar pintas, ada ibu bapa yg boleh dirujuk utk berbahasa Inggeris, persekitaran keluarga yg dikelilingi buku2 dan siri TV dlm Inggeris, tetapi bygkan jika kita dlu masa kecil adalah pelajar sedeharna atau lemah, ibu bapa tidak boleh ckp English.

Apabila kerajaan nk buat sesuatu dasar, pastikan dasar hendaklah bermanfaat pada semua lapisan masyarakat, bukan bermanfaat pada golongan tertentu sahaja.

Algojo said...

"Saya mulakan dengan pernyataan, masyarakat Jerman dan Jepun tidak seperti yang kita sangkakan. Mereka bukan pengikut dan pelajar ilmu sains dan matematik seperti kita, sebaliknya mereka adalah golongan antara pencipta ilmu-ilmu tersebut."

Tapi semuanya bermula hanya selepas Jerman berhenti menggunakan Bahasa Perancis untuk perdagangan dan Bahasa Latin untuk ilmu.

Siapa yang mempelopori dan mengepalai pergerakan yang menuntut status bahasa Jerman dimartabatkan waktu itu?

Bukan orang lain melainkan Gottfried Leibniz itu sendiri.

Dari usaha Leibniz itu sendiri maka lahir ramai manusia seperti Gauss, Stokes, Reimann, Plank, dll.

Begitu juga dengan para filusuf, sebelum revolusi Leibniz apa wujud manusia-manusia seperti Kant, Nietzsche, von Goethe, Marx, Engels, dsb.?

Selain dari Kepler, berapa ramai lagi saintis atau philisopher tersohor dari Jerman sebelum Leibniz?

Mahu bicara soal Jepun?

Wadah revolusi ilmu di Jepun di perantaraan abad 19 ke abad 20, apakah melalui kaedah penterjemahan atau pengubahan bahasa pengantar di sekolah?