SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS)
SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS) - click la kalau nak dengar...
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Monday, 8 June 2015
TRIBUTE TO JOHN NASH: NASH EQUILIBRIUM (sempena kematian beliau dan isteri)
John Nash menang Noble Prize untuk equilbrium yg dia proposed dalam PhD dia, kemudiannya dikenali sebagai Nash equilibrium. Aku tahu ramai yg ingin tahu dan ingin faham equilibrium ini, yg telah digunakan dipelbagai bidang, ekonomi, politik, teori evolusi, pertahanan dll. SO kat sini, aku cuba explainkan dalam cara yang paling ringkas dan mudah utk difahami. Aku dapat idea ni waktu Teambuilding UTP di Lumut dulu, waktu kitorang main pembelian saham UTP. Aku cuba explained waktu tu tapi aku tak rasa ramai faham. So kat sini aku cuba simplekan lagi.
Macam dalam movie tu, Nash equilibrium kata,
"The best result will come when everybody does the best for themselves and for the group"
Maksudnya, akan ada satu point (hence the equilibrium point) yang semua pihak dalam satu pakatan (ingat ini berdasarkan assumption cooperative players) akan medapat keuntungan yang paling optimum.
Macam ni, katakan ada dua pihak A dan B. Pihak A diberi 3 chips, 2 merah (M) dan 1 hitam (H), dan pihak B juga diberi 3 chips tapi 2 hitam (H) dan 1 merah (M). Dan undang2 permainan ialah, apabila dipanggil untuk keluarkan chip, jika A dan B keluarkan warna yang sama, mereka masing2 akan dapat +10 markah tapi kalau warna yang berbeza, mereka kena tolak - 10 markah.
Jadi sebabkan mereka boleh berpakat, dan jika pakatan mereka bijak, mereka akan keluarkan chip mereka seperti berikut:
Panggilan pertama, M+M = +10
Panggilan kedua, H+H = +10
Panggilan ketiga, M+H = - 10
So berdasarkan kpd diatas, setiap pihak iaitu A dab B dapat markah (untung) +10.
Tapi katalah mereka tak berpakat, atau pakatan diaorang bodoh sngt, diorang mungkin keluar chip seperti berikut:
Panggilan pertama, M+H = -10
Panggilan kedua, H+M = -10
Panggilan ketiga, M+H = - 10
Hambik, semula kena tolak markah (rugi) - 30.
SO kesimpulannya, akan ada point of equilibrium yg semua pihak yg berpakat boleh dapat keuntungan yg paling possible tingginya (the highest possible).
OK ini hanya untuk bagi gambaran ringkas kpd Nash equilbrium kerana yg sebenarnya, Nash's equilibrium bermaksud lebih dari ini. Aku buat kat sini yg paling simple utk korang dapatkan idea nya.
Kalau kita tambahkan lagi player, kata C dan D dan katakan kita banyakkan lagi jumlah chips, kita akan saksikan yang akan ada pihak dapat keuntungan lebih dari yg lain berdasarkan "kelebihan"nya dan akan ada pihak yang kurang keuntungan nya berdasarkan "kelemahan"nya. Tapi apa2 pun, jika semua pihak terima hakikat masing2 (Kelebihan dan kekuatan), akan ada satu arrangment yg mana ia akan memberikan the highest possible keuntungan kepada semua pihak berdasarkan kpd apa yg patut pihak itu dapat.
Dan jika ada pihak yg cuba mengelat (menipu) iaitu cuba dapatkan keuntungan lebih dari apa yg sepatutnya dia dapat, bukan saja dia takkan dapat keuntungan lebih itu, sebaliknya dia akan rugi dan keseluruhan pakatan akan rugi juga.
Ini la yg aku selalu cakap, "measurement of smartness of a society is based on how quick they come to an agreement, the quicker the smarter", kan aku selalu cakap kan?
Dan ini juga menjadi asas kepada banyak pandangan dan keputusan aku. Contohnya dalam PPSMI, walaupun ramai yg menentang kononnya ia akan menjatuhkan martabat bahasa Melayu, aku pula berpendapat kita kena terima hakikat yg:
1. Orang lain belajar sendiri so kita pun kena belajar sendiri
2. Belajar sendiri kena dengan baca buku
3. Buku2 dan paper2 ilmiah dan sains almost kesemuannya dalam English
4. Kita kena teruskan PPSMI supaya kita boleh kejar kelajuan belajar org lain
Opposite kepada pandangn aku, yang pada aku totally berlawanan dgn Nash's equilibrium adalah apabila ada segolongan cendiakawan Malaysia yang tidak berpijak di bumi nyata yang hendak menulis hinggakan hendak menukar prosa kata sains kedalam bahasa Melayu dibawah slogan kata "membumikan ilmu".
1. Tindakan ini bukan sahaja melambatkan proses pembelajaran dan progress even dalam bahasa Malaysia (ye lah kena spend lebih tenaga dalam promote prosa kata dan pembiasaan pembaca dgn prosa2 tersebut)
2. Menghalang integrasi dalam paradigm sains dan dgn masyarakat sains so tidak dapat buat "pakatan" dgn komuniti sains antarabangsa lalu tidak dapat progress bersama2 di waktu tidak mungkin, tidak mungkin dgn ilmu sains yg sgt luas, kita boleh buat kerja sendiri
3. Melambatkan terus pembelajaran kerana setelah habis baca tulisan2 sains yg sgt limited dalam bahasa Malaysia, bila hendak panjangkan lagi pembacaan dan kajian, terpaksa baca buku dan paper berbahsa INggeris yg kompleks dan advanced, lalu kita tergagau gagau.
4. Akibatnya, bahasa tah kemana, bangsa tah kemana.
Dan dengan Nash equilibrium juga aku asaskan framework kerja aku dgn student2 aku.
Nash's eqilbrium juga asas kepada pegangan politik aku, i.e. kerajaan banyak salahnya tapi pembangkang is worse as a Pakatan and on top, banyak permasalahan kerajaan itu dtgnya dari masyarakat.
And many more, kalau korang perasan. Kan aku selalu kata juga sampai berbuih mulut, SCIENCE IS A MENTAL CONSTRUCT.
Finally, kata lain utk Nash'equilbrium kalau boleh aku usulkan adalah
"know and accept first the facts and realities then progress".....
Thanks Dr Nash and wife Alicia, thanks so much.
Wallahualam
WAWASAN 2020: LAGI 5 TAHUN, SEMPAT KE?
Hari ni adalah hari yg sgt penting utk negara kita. PM akan bentang budget terakhir sbelum 2020 iaitu RMK11. This is the last budget and the next 5 years are the last years sebelum apa yg dimomokkan kpd kita sejak kecik (aku form 2 umur 14) iaitu kita akan menjadi negara maju akan jadi kenyataan atau tidak.
Dan sedar tak sedar dah RMK11 dah. RMK yg aku ingat dalam keadaan "sedar" adalah RMK7 sbb Prof Karim atau Prof Mahmood bayar elaun aku waktu di STC as RA in 1999 guna baki grant dari budget ini.
So lagi 5 tahun nak 2020 dan persoalannya, dgn keadaan sekarang, boleh tak rasanya WAWASAN 2020 dicapai?
Maaf tapi tulisan aku kali ni mungkin bunyi pessimistic sikit. Sebab selepas duduk di UK 3 thn lebih dan dari pembacaan dan pengamatan aku, definisi negara maju lebih merujuk kpd tatacara kehidupan rakyat negara itu. Negara maju pada definisi aku adalah apabila:
1. Rakyatnya kurang bertelingkah dan cepat bersetuju lalu progress dan perancangan senang di capai.
- Bandingkan negara2 maju dgn kita, kerap tak kita dengar diorang bergaduh sesama sendiri macam kita? Kita sesama Islam bergaduh, sesama kaum bergaduh, antara parti bergaduh, sesama parti pun bergaduh. Bila asyik bergaduh, tiada kesatuan dan ketumbukan untuk buat kerja.
2. Rakyatnya bijak.
- Aku rasa rakyat kita belum lagi mencapai kebijakan rakyat negara maju. Graduannya belum lagi, pensyarahnya belum lagi, industrinya belum lagi dan ini terserlah apabila masih tiada lagi teknologi2 yg betul2 kita hasilkan dan pasarkan di seluruh dunia sedangkan untuk negara maju inilah trademarknya. Korea dgn Samsungnya, Jepun dgn Toyotanya, German dgn BMWnya, US dgn Levisnya, Miscrosoftnya, dll lah. Itu belum cakap lagi ranking universiti di waktu Spore dah berada di top 10. Pemimpin kita belum sepandai pemimpin negara maju, team sukan kita pun belum hatta artis dan hiburan kita pun belum. Bandingkan je lah Gag Concert Kpop dgn Maharaja Lawak dan Kpop idol dgn Akademi Fantasia.
3. Rakyatnya hidup dalam quality kehidupan yang tinggi pada kos kehidupan yang murah.
- Secara relatifnya, kehidupan kita susah. Handphone yg kita beli sama dgn harga sebulan gaji. Di UK minimum gaji waktu aku di sana GBP1k sebulan tapi Mercedes C200 yg baru GBP18k dan hp yg habis canggih baru GBP100. Tapi ini puncanya berbalik kpd point 1,2 iaitu kita tak cukup pandai utk hasilkan teknologi menyebabkan kita kena beli teknologi dari orang lain. Bila kena "beli" lagi mahal la. Tapi kenapa tak pandai? Sebabnya rakyat kita bergaduh aja dan susah bersetuju. Susah nak bersetuju dgn silibus dan kaedah pendidikan, susah bersetuju dgn perlaksanaan dasar2 negara dll. Takda progress, takda pencapaian, takda kecemerlangan.
4. Rakyatnya berdisiplin dan polite.
- Di UK, rakyatnya pembersih dan percakapan dan tingkah laku mereka penuh dgn politeness. Mereka amat menepati masa, lambat sikit cancel appointment untuk tidak ganggu appointment dgn orang yg seterusnya. Mereka berhemah di jalan raya dan sgt kurang kemalangan. Tapi kita sangat berbeza. Kita senang2 buang sampah tepi jalan. Kita selalu lambat dalam berjanji temu dan bila dah lambat itu yg bawak kereta laju2 dan merbahaya. Kita jarang bertegur sapa orang yang kita tak kenal.
5. Rakyatnya bersungguh2 (beriltizam) dalam melakukan sesuatu.
- Perasan tak banyak aktiviti2 "pelik" dan "power" hanya berlaku di negara2 maju? Moutain bike contohnya, diorang boleh buat big drop dan lompat segala bukit pusing2 semua. Boleh terbang pakai glider dan terjun bungee, jalan atas tali dari gunung ke gunung dan lain2. Benda ni walaupun nampak mcm tak berfaedah tapi itu represent sifat masyarakat mereka yang kalau dah minat satu benda, mereka akan bersungguh untuk jadi terbaik dan berfikir macamana nak majukan dan hebatkan lagi pencapaian mereka. Jadi kita boleh bayangkan la juga sifat ini didalam professsor mereka, pemain bola mereka, pemain gitar mereka, ahli saintis mereka, ahli perniagaan mereka dll. Kejayaan hanya datang dgn kesungguhan kerana Allah akan bagi kejayaan pada mereka yg bersungguh.
So banyaklah lagi yg boleh aku cakap tentang ciri2 rakyat negara maju hence definisi negara maju tapi cukuplah yang ini sebab aku rasa korang got the point already.
Jadi berbalik semula kpd persoalan kita, boleh tak kita capai ini semua dalam masa 5 tahun lagi kerana ia melibatkan perubahan sifat, pandangan, carahidup, norma masyarakat kita.
Ingat tak lagi 2010? Berbeza tak keadaan msykt kita sekarang dgn waktu itu?
Ingat tak lagi 2000? Berbeza tak masyarakat kita skrg dgn waktu itu?
1995? 1991?
Kalau tidak ketara perubahan msyrkt kita waktu15 thn dulu dan 20 tahun dalam aspek2 yg aku senaraikan diatas, apakah kemungkinan perubahan akan berlaku dalam hanya 5 tahun?
So macamana? Entah lah. Tapi yg aku tau something is always better than nothing. Masyarakt mungkin tak boleh berubah dalam 5 tahun tapi kita boleh. So pastikan kita berubah jadi masyarakat maju dgn cuba develop sifat2 yg tersenarai di atas. Dan bawa juga mereka yg dekat dgn kita berubah bersama2, kita mesti cuba tunjuk contoh yg baik dan cuba menpengaruhi adik beradik, kawan2, students2 agar mereka bersama2 dgn kita.
Yang lain kita serahkan lah pada Allah.
wallauhualam
QUANTUM COMPUTING DAN KITA
Ada student tanya tentang teknologi quantum computing. Teman takde ler terer sbb tak pernah lagi work dgn quantum mechanics. Tapi dah ditanya, teman explain le based on apa yg teman dah baca and lecture2 yg teman attended waktu kat Imperial dulu.
Quantum computing adalah teknologi yg exploit quantum mechanics. Quantum mechanics pula adalah teori iaitu sebenarnya event/kejadian sebenar boleh berlaku serentak. Contohnya, sebelum "being measured", kita ni sebenarnya berada kat sini dan kat sana serentak.
Dalam quantum mechanics, ini dinamakan quantum state. Utk satu particle, boleh ada lapan quantum state iaitu up,down dan enam lagi yang teman tak ingat.
Dalam konteks ini, quantum computing exploit binary state komputer iaitu 1,0. Dan kita tahu information dalam komputer adalah kombinasi binary number ni. Contohnya, 01000001 merujuk alphabet A dan 01000010 merujuk B. Jadi teknologi sekarang akan "running"kan secara turutan binary ni untuk membentuk maksud dalam komputer. Kalau tak turutan pun, iaitu secara parallel hence parallel computing, walaupun "serentak" tapi masih diruang yang lain.
Tapi quantum computing tak macam tu, ia jauhx10 lebih advanced. Quantum quantum operate serentak possibility untuk 0,1 iaitu pada "saat" yg sama dan "ruang" yang sama. Ingat aku cakap tadi tentang dalam quantum world, kita ni sendiri boleh berada (wujud) di banyak tempat pada waktu yg sama?.
Kelebihan ini iaitu kelebihan membuat banyak operasi serentak menyebabkan quantum computing adalah teknologi manusia yang tehebat yg akan dihasilkan. Contohnya, quantum computing boleh buat proses dalam masa beberapa saat saja untuk sesuatu yang computer sekarang perlukan berjuta tahun untuk selesaikan.
Dengan kiraan yg "laju" ini kita boleh boleh kenderaan terlaju, senjata terkuat, predict ekonomi dan saham dan lain2. Kita boleh pecah kod2 rahsia dan password2 bank, bayangkan.
Negara mana dan sesiapa yang dapat hasilkan teknologi ini dulu, dia akan control seluruh dunia. Pasal tu scientist seluruh dunia termasuk Google, Microsoft dan giant2 computer yang lain tengah berlumba2 berfikir, buat kajian dan research tentang perkara ini.
Kita macamana? Pada pendapat aku, dalam keadaan kita skrg, sgt susah untuk kita bersama2 dalam hal ini kerana masyarakat kita sangat lemah dalam matematik, fizik, mekanik dan engineering fundamental.
So habis lah kita? Tak, cuma apa yg perlu adalah kesedaran masyarakat kita ttg betapa perlunya kita lihat balik cara kita belajar, silibus kita dan persepektif kita.
Untuk dapatkan balik semula asas2 yg perlu tak susah. Pensyarah2 baca balik buku2 teks tapi betul2 punya baca, insyaAllah dua tahun boleh khatam.
Dan kalau betul2 kita adjust balik silibus kita, satu kohort undergrad kita (kohort bermaksud satu batch degree) akan capai level kohort Cambridge, Oxford, Imperial, MIT, Caltech dan mereka2 yg tengah study ttg quantum computing ni.
Dan bila undergrad kita dama level dgn undrgrad Cambridge, dan pensyarah2 kita sama dgn Cambridge (kan aku cakap 2 thn pun dh cukup utk khatam), bila mereka ini buat research PhD, insyaAllah akan ada peluang dan kemungkinan utk kita juga menguasai bidang quantum computing ini dan bidang2 advanced yg lain.
Sempat lagi sebab utk quantum computing ini untuk establish mungkin dalam 5-10 tahun lagi.
Tapi ye lah, aku tak mampu buat banyak sgt sebab aku bukan Perdana Menteri. Kalau aku PM mmg aku akan oversee sendiri transformasi universiti2 kita. aku akan paksa uni kita ikut silibus IC, Cambridge and alike. aku akan "paksa" pensyarah2 khatam buku2 teks diorang.
So since aku bukan Perdana Menteri, aku buatlah apa yg dibawah jangkauan dan capaian aku. Aku cuba terapkan apa yg aku "percaya" ini pada student2 aku dan aku ajak2 kawan pensyarah yg dekat dan bersetuju dgn aku untuk bersama2 berusaha as a group.
Selebihnya, aku serahkan pada Allah apa nak jadi.
Monday, 11 May 2015
UTP WILL BE LIKE MIT IN 5 YEARS
A friend who read my FB status about UTP will be like MIT in 5 years time asked, what is the plan, what is the mechanism that going to make this possible?
I answered by telling that it is the dynamic environment at UTP that going to make it possible.
You see, people at UTP are small in numbers thus it is easier to build the momentum and the momentum is there already.
Based on my observation, people in UTP are trained to work towards a common goal and it has been emphasized that along the away, continuos knowledge acquirement is one of the important keys to success.
Thus, wanting to learn more has been in the DNA of UTP and walla! this what we need.
So here is the plan. Me and my colleagues will make REVISION amongst ourselves on the fundamental topics i.e. engineering mathematics, mechanics and dynamics, finite element method and some computer programming. This all we need because other research knowledge and experience we got already.
With full commitment (not full time though, we will find times for this full commitment), we can cover these topics in two years. Meaning, after two years we will be equipped with the knowledge possesed by the supervisors at MIT.
The next three years is when we are going to put the knoweldge into action through research supervision and by the end of fifth year we can expect research output of MIT level.
So this is the plan. It is possible/feasible because of the dynamic environment at UTP that emphasizes on:
1. Working towards a common goal
2. The importance of continuous learning
On top, we are small in numbers, JUST LIKE MIT.
*for the time being, UTP referred herein specifically means Civil and Environmental Dept. of UTP.
WOKE TO A BEAUTIFUL MORNING
(Note: This article was written on 1st may, Labour day in FB)
I woke up to a happy morning all because of yesterday's events.
1. The department, during our meeting, has agreed to the proposal which Dr Ibrisam Akbar and I have prepared regarding the establishment of syllabus benchmarking committee. The department has also agreed that the benchmark will be made against Imperial College syllabus.
2. A senior staff has requested me to hold a workshop on Finite Element Method specially for the academic staff to which I immediately agreed.InsyaAllah we are going to have this end of May.
I am so happy because these only reinforced the fact that I have truely made a right and timely decision to be in UTP. To be in a progressive group where everybody wants to move forward as a team and at the same time knows what it takes and the quality to be aimed, is all I need, is where I want to be.
I told a colleague that our UTP will be like MIT in 5 years time. When asked how do I know? I answered, I know because I am going to work for it, we are going to work for it.
And the third event that made me a happy man today is when I was contacted by my very capable ex-student late last night, a very2 capable one indeed. She is so capable I was sad letting her go before (she was planning to study overseas). But now, she wants to be with me in UTP for her postgrad study.
I woke up to a happy morning today because things are falling into places and the dots are connecting, alhamdullillah.
Thursday, 23 April 2015
KERJA PENSYARAH IS THE BEST
Pensyarah bukanlah pekerja in a strict sense tapi someone who does exciting and important works and enjoying it.
We do have routine job, that is teaching classes, but we basically should and can do whatever we want.
If a pensyarah decides to build a rocket, he or she should and can start doing it immediately today and after few years, he or she will achieve it to certain extent (if not really building it fully).
If he or she decides to study the universe, in few years he or she might have a glance at the expansion of the universe and its creation from singularity.
This is the essence of being a pensyarah. Those not feeling and living it, then they are not pensyarah in a strict sense; they are merely workers. They are missing the best part of it.
So to all pensyarah, THINK AND DO EXCITING BUT IMPORTANT THINGS EVERYDAY because that is what we are supposed to be; because that is the best part of being one.
BE THE TEACHER YOU MISSED
If you dont understand your maths and physics, if you don't love them, if you find them difficult, that means science has been presented to you "WRONGLY".
And whose fault is that? This time its your "teachers'" fault; teachers as in school and university teachers to include your elders and your society. But should you blame them?
NO, there is no point in doing so.
JUST be the teacher you have missed by learning by yourself, all over again, your maths and physics, hence science, so that when the time comes for you to present science to your young ones, you will present it CORRECTLY.
You are the one who is going to make science easy to comprehend, loveable and useful, as it supposed to be.
NEGARA KAYA BARU KITA HIDUP SENANG!!
Tadi aku cakap dalam kelas, kita cuma akan hidup senang kalau negara kita kaya TAPI negara kita cuma akan kaya bila kita, the people, mula "jual barang" ke luar negara dan bawak masuk duit orang negara luar ke dalam negara kita. Ini basic equilibrium.
Aku bagi analogi. Katalah diorang (student2 aku) bukak company construction dan develop housing kat Perak. Yes diorang boleh kaya bila jual rumah2 tu tapi dari perspektif negara, negara masih tak kaya sebab diorang cuma ambil duit orang Perak bila jual rumah tu pada orang Perak; diorang cuma ambil duit rakyat Malaysia basically. Yes, they gain some but others are losing some.
In fact, negara makin miskin sebab waktu diorang construct housing tu, duit mengalir ke luar negara bila diorang beli crane dari German, excavator dari USA dan seterusnya.
So aku stress out pentingnya ilmu. Dengan berilmu sajalah baru kita boleh buat sendiri benda yang bagus sehingga orang luar negara sanggup beli dan bila ini berlaku, barulah duit negara kita bertambah dan kita dapat hidup senang.
Tapi kenapa sekarang kita masih survive sedangkan kita tak "jual" pun barang ke luar negara?
1. Yes survived tapi tak la senang. Kalau senang takda lah orang kita keluh kesah sana sini.
2. Kita survived sebab we are lucky Allah anugerahkan minyak pada negara kita. Tapi untuk survive boleh lah, untuk sustain tak boleh. Sustainable economy cuma bila kita tak bergantung kepada benda yang kita tak boleh control.
3. Lagipun what kind of people are we kalau kita tak makan rezeki yang kita buat dengan tangan sendiri? Aku cerita kat diorang tentang Nabi Sulaiman yang kaya sesangat tapi cuma makan rezeki dari jualan bakul yang dia anyam sendiri.
Aku harap diorang faham.
PERSEVERE
In last class I told the students that, to succeed we must persevere in everything we do. Perseverance, on the other hand, requires motivation, inspiration and expectation, for these three will keep us going.
1. MOTIVATION - To be motivated, we must have reasons to the things we do. Find them. (e.g in the name of God, for people, for money, for fame, for good deeds etc)
2. INSPIRATION - Know our heroes so as to get us inspired. Read autobiography (or biography) of them and watch movies about them (if any). Be their wannabe. This will keep us vibrant.
3. EXPECTATION - Know what to expect. Running too fast will only break us halfway (quit our last mile, orang puteh kata) but too slow, we will never catch up.
Remember, persevere is the ONLY keyword for success.
HOW AND WHY
Dalam kelas structural analysis pagi tadi aku bagitau kat students, kalau kita just tahu HOW, itu maknanya pandai kita takat boleh2 aje sebab pandai yg sebenar is bila kita tahu sampai WHY.
Contohnya, dalam moment distribution method, kita ni tak la cukup pandai kalau setakat tahu HOW nak buat prosedurnya je i.e. dapatkan fixed end moment, stiffness factor, carry over factor bla bla la.
Kalau betul pandai, kita tahu WHY the whole prosedur work, WHY carry over factor tu 0.5 utk certain condition, WHY stiffness factor tu 4EI/L bla bla bla.
Jadi start hari ni, kalau nak tahu kita dah cukup pandai ke tidak, utk setiap topik, sub-topik, sub-sub-topic, kita mesti dgn ikhlas tanya diri sendiri, aku ni cuma tahu HOW je ke atau tahu WHY nye sekali? Dan kalau betul nak pandai, kena usaha sungguh2 sampai boleh dapat jawap WHY.
Tapi ini bukan untuk student2 je, in fact kpd pensyarah lebih penting. Cuba assess dgn ikhlas diri kita, untuk setiap topic dan subject yg kita ajar, setiap calculation dan procedure yg kita ajarkan pada students, ADAKAH kita juga hanya tahu HOW ataupun sampai tahu WHY?
Kalau kita pensyarah masih hanya tahu HOW dan tak tahu WHY, itu maknanya kita masih bukan cikgu yang bagus. Itu maknanya, KITA KENA TERUS BACA BUKU DAN BELAJAR.
Cer check diri kite dgn ikhlas.
*teman alhamdullillah byk juga WHY yang teman tahu tapi masih banyak yang teman tak tahu. Pasei itu teman hari2 baca buku smile emoticon
Subscribe to:
Posts (Atom)









