Baru habis makmal buckling of strut. Subjek makmal ni subjek Tahun 2. Lepas aku habis derived the differential equation nya, aku tanya kat students macamana nak solve differential equation ni? Sorang pun tak jawab.
Ok, lepas tu aku tanya,
"korang ingat tak apa yang korang belajar dalam subject Differential Equation tahun satu?"
Diorang tak jawab lagi, senyum2 je.
Ok, lepas tu aku tanya lagi,
"Dalam subject tu, korang pernah dengar tak, separation of variables, undetermined coefficient method, laplace transform, fourier series?"
Terus diorang angguk2 tanda pernah dengar.
So aku tanya,
"buat apa korang belajar semua2 benda ni?
Diorang diam balik. Lepas tu aku jawab kan la,
"korang belajar semua benda2 ni sebab nak solve differential equation la."
So ini lah typicalnya sistem pembelajaran kita. Baru semester lepas belajar tapi students bukan sahaja tak ingat apa yang dibelajar, worse, diorang tak tahu pun diorang belajar untuk apa.
Ok sambung balik. Sebabkan itu, aku suruh diorang keluar handphone diorang letak atas meja. Ramai pakai samsung. Aku pun tanya kat diorang,
"korang tau tak handphone samsung ni la bagi duit kepada Korea?"
Lepas tu aku suh diorang tengok jam dan aku cakap,
"korang tahu tak jam tu la yang bagi duit pada Jepun (diorang ada yang pakai Casio)."
Lepas tu aku tanya, macamana Malaysia buat duit?
Ada yang jawab dengan buat rumah (engineering perspektif). Aku tanya balik,
"ok kalau kita buat rumah, kita ambik duit siapa? Kita buat kat Malaysia so kita ambil duit orang Malaysia juga kan? Dan orang yang bayar rumah tu mungkin dapat dari kerajaan melalui gaji dia tapi kerajaan dapat duit dari mana? Basically kerajaan dan negara kita dapat duit dari jual minyak, tapi kalau minyak ni takde macamana? Kalau minyak ni habis macamana?"
Lepas tu aku sambung lagi.
"Pasal tu la kita mengeluh sana, mengeluh sini, hidup ni susah, kita miskin, gula naik, minyak naik dan lain-lain. Memang sebahagiannya salah kerajaan sebab tak pandai menguruskan ekonomi tapi sebahagian lagi adalah salah rakyat yang macam kita, yang macam korang."
Korea, Jepun, UK, US maju, selesa dan mewah sebab rakyat2 nya boleh hasilkan teknologi untuk dijual, Samsung, Iphone, Asus, Nokia dan macam2 lagi. Diorang tarik duit orang lain masuk ke negara diorang.
Lepas tu aku tanya diorang, kenapa agaknya kita tak boleh buat samsung kita sendiri, iphone kita sendiri lepas tu jual seluruh dunia, kita tak nak atau kita tak mampu?
Diorang jawab, kita tak mampu. Yup, aku kata betul, mmg sebab kita tak mampu. Kita tak mampu sebab kita takda ilmunya dan kenapa takde ilmunya?
"Sebab korang tak boleh ingat pun subjek semester lepas, bukan sahaja tak ingat, korang tak tahu pun tujuan kenapa belajar subjek tu. Dengan hasilkan students yang macam ni,sampai bila pun kita takkan mampu hasilkan apa2. Sampai bila2 la kita akan mengadu susah dan miskin sebab kita tak mampu generate pendapatan utk negara pun.", aku cakap.
Dan aku sambung lagi. Ok lah, bila dah tahu ini semua, apa perasaan korang?
Apa rasanya tak tahu pun apa yang dibelajar?
Apa rasanya lulus semester lepas tapi tak tahu pun subject tu untuk apa?
Sedangkan korang students UTM, best universiti kat Malaysia in Engineering, kalau korang macamani, kat universiti lain lagi la teruk keadaannya.
Apa rasanya bila gunakan duit rakyat (melalui scholarship, PTPTN, guna facilities dalam universities) tapi korang tak "sedar" pun korang masuk kelas dan tak "sedar" pun keluar kelas, tak tahu pun "tadi" korang belajar subject apa dan untuk apa?
Apa rasanya tak dapat buat samsung, iphone, casio untuk negara sedangkan rakyat "bayar" korang untuk belajar dan kemudian hasilkan dan jualkan benda2 ni?
Apa rasanya tak ingat langsung subjek tahun lepas? kalau tak ingat subject tahun lepas, korang akan ingat ke subjek tahun ini untuk tahun depan?
Lepas tu aku cakap lagi, korang tau tak kenapa agaknya negara2 Islam semua miskin2, bergaduh sama sendiri tak habis?
"Korang islam kan, so kalau korang macamani, orang islam lain pun macam ni jugak, belajar sebab nak lepas exam, belajar tak ikhlas, tak boleh nak ingat pun apa yang dah dibelajar dan gunakan untuk buat sesuatu kearah kebaikan."
Mestilah keadaanya macam ni jugak, kalau tak pun mesti lebih teruk. Sebab kalau nak bandingkan dengan pelajar islam di negara2 lain, pelajar Islam di UTMlah antara yang paling top. So kalau yang top pun tak boleh ingat dan faham pun apa yang dibelajar, dinegara Islam yang lain lagi lah.
Tapi kenapa jadi macam ni? kenapa pelajar Islam macam korang boleh tak ingat apa yang korang belajar semester lepas?
Sebabnya fahaman islam kita salah. Sebabnya, kalau betul fahaman kita, kita akan anggap belajar ni amanah.
Amanah sebab kita pakai duit orang utk belajar.
Amanah sebab tugas kita adalah untuk majukan umat dan masyarakat dengan hasilkan sumber rezeki melalui ilmu2 yang kita belajar.
Tapi macamana kita nak buat amanah2 ni kalau kita tak ingat pun apa yang kita dah belajar, apatah lagi kalau nak gunakannya di masa depan?
Kita hanya diajarkan yang amanah itu jgn makan rasuah, jangan menipu, jangan hipokrit. Tapi ada satu amanah yang tidak pula di ajarkan iaitu menjalankan tugas yang ditakdirkan oleh Allah pada kita pada waktu itu.
Kalau dah ditakdirkan kita posmen, adalah amanah pertama kita untuk jadi posmen yang terbaik, selepas habis jalankan amanah ini, baru la kita buat amanah yang lain seperti berdakwah secara formal.
Begitu juga dengan jadi pensyarah kejuruteraan, jadi dulu pensyarah kejuruteraan yang terbaik dengan mahir betul2 dan hebat topik2 engineering dan teknik pengajarannya, dah habis amanah ini baru la buat amanah yang lain, dakwah formal ke, politik ke.
Biar dakwah agama secara formal dibuat dulu oleh para ustaz2 dan agamawan2. Begitu juga politik, biar ahli2 politik yang jalankan tugas mereka. Kita laksanakan amanah kita dulu, dah settle rasanya, baru la ceburi bidang amanah orang lain pulak.
Dan students, amanah korang yang pertama adalah belajar. So dah ditakdirkan korang belajar engineering, pastikan betul2 faham topik2 engineering tu dulu, topik lain, wahabi ke, syiah ke, sufism ke, politik ke, itu kemudian.
Biar students fakulti tamadun islam dan pengurusan yang bincangkan perkara2 ini. Korang dengar dan baca je perbincangan mereka dan ulas sikit2 cukup. Tak payah nak full swing bidang orang lain selagi bidang sendiri tak habis conquer lagi.
So, please revise balik subject2 yang dahulu dan relatekan dengan subjek2 sekarang dan akan datang.
Simpan niat dalam hati yang kita nak belajar sungguh2, faham sungguh2 supaya nanti kita boleh bangunkan umat dan masyarakat.
Let's jalankan amanah yang Allah dah berikan kepada kita, as an engineering students, engineering students lah, as lecturer, lecturer lah, as agamawan, agamawan lah, as politician, politician lah.
ALLAH KNOWS BEST.