Wednesday, 5 February 2014

HURAIAN BUKU "SOME TIME WITH FEYNMAN" - part 1



Ini kisah Leonard Mlodinow dan pengalaman nya ber"kawan" dan ber"guru" dengan Richard Feynman, one of the best physicist in modern era and definitely the COOLEST. Kisah tentang bagaimana kerisauan Leonard dalam meneruskan kecemerlangan sebagai faculty member di Caltech selepas kejayaan PhDnya di Berkeley dan bagaimana Feynman gave a sort of comfort.

banyak yg boleh kita pelajari terutamanya bagaimana universiti di negara maju adalah tempat yang sangat "mulia" dan mempunyai "persaingan" yang sangat tinggi. kerjaya sebagai akademik bukan main2 sebaliknya satu "penghormatan" terbesar yang one could have.

Dengan baca kisah ini, kita boleh bandingkan dengan situasi kita; bila kita jadi pensyarah, adakah kita benar2 rasa "sangat terhormat" lalu menjaga amanah dan tanggungjawab di tahap tertinggi?

adakah kita merasakan, untuk berada di universiti, tak kesahlah sebagai students atau ahli akademik, adalah sesuatu yang sangat PENTING dimana seluruh human civilization bergantung kepada kita?

kita boleh jawab persoalan2 ini as we go along dengan kisah leonard ini.

kerisauan Leonard ini boleh kita baca dari petikan dibawah:

" I had been given my fellowship because my PhD thesis which was on quantum theory in infinite dimensions, had caught the attention of some notable physicist. Did I really fit in here (Caltech), with two Nobel Prize winners down the hall and the best students in the country all around me? Week after week, I came to my office and pondered the great open problems of physics. No ideas came to me. It was certain that my earlier work had been a fluke (nasib) that I would never again discover anything worthwhile"

Apa yang kita boleh belajar:

1. sepatutnya jadi pensyarah ni bukan senang, kena betul2 power baru boleh dapat. dan mcm leonard, walaupun dia dah habis power dah sbb dapat PhD berkeley tapi even that, dia masih lagi ragu2 jika dibandingkan di caltech. begitulah sepatutnya persaingan di akademia.

2. sepatutnya kita kena ada ahli akademik yang betul2 kita "puja" atau "angau" yang boleh bagi benchmark yang tertinggi. dalam petikan diatas, dua akademik yang disebutkan adalah feynman dan murray gell-man, dua nobel prize winners in physics. siapakah orang yang betul2 kita respect dan "angau"kan dalam universiti kita? kalau takde, kena adakan.

bercakap tentang "angau", sebenarnya Leonard dah angaukan Feynman sejak dia umur 20 tahun bila dia terbaca buku2 feynman. Ini tulisannya:

"i was twenty and felt grown-up...at night there was little to do except...visit the small library..which had a few dozen books in English...one of them was a paperback called The Character of physical law (aku ada buku ni) by a fellow i had vaguely heard-Richard Feynman...Feynman made it wondrous and magical. I was riveted. I wanted to read more. There were three other books by Feynman in the collection-his three-volume The Feynman Lectures on Physics...They were chatty; they were amusing; it felt as if Feynman was in the room speaking to you...I promised myself that I would someday make a discovery. And that I would someday meet this Professor Feynman"

ok, pernah tak kita angau kepada mana2 buku dan mana2 author, jawab pada diri sendiri dengan ikhlas. pernah tak kita jumpa satu buku yang "gila best ah!". kalau tak pernah, macamana kita nak jadi phD students dan pensyarah yang world class? kalau tak pernah, janganlah hairan yang universiti kita nombor 300.

Dan cita2 leonard waktu umur 20 akhirnya dapat ditunaikan bila dia dapat menjadi fakulti member di caltech spt yang ditulis berikut:

"At first I was ecstatic that not only did I have an academic job, but it was an elite university- the home of my hero Feynman. And it was a dream job, a particularly prestigious multiyear fellowship with complete academic freedom"

Hmmm, berapa ramai dari kita yang dah jadi pensyarah ni yang really2 menikmati kerja kita dan menghormati kerjaya kita macam diorang ni?

Ok cukup untuk malam ni. Esok aku sambung lagi pasal buku ni. Tapi sebelum aku undur diri, aku harap korang fikir2 kan lah jawapan kpd soalan2 aku diatas sebab ia mengdefinisikan skop tugas kita sebagai pelajar research dan ahli akademik.

No comments: