Friday, 6 December 2013

CHAIN REACTION



Sekarang ni banyak sangat isu ttg pendidikan, PPSMI, ranking universiti, ranking negara dalam membaca, sains dan matematik, isu plagiat, isu graduan menganggur (bukan engineering), isu kolej dan universiti macam cendawan tubuh, politik universiti, KPI, dan macam2 lagi.

Permasalahan ini sebenarnya should be expected sebab dalam masa yang sama, negara ada masalah2 lain, harga barang naik, agamawan bergaduh, budak rogol dan bunuh budak, parlimen macam budak2 dan lain2.

It looks like, apa yang timbul sekarang adalah apa yang telah terkumpul selama ini, tinggal nak keluar je, dan sekarang dia dah keluar pun. Dan biasalah, bila kita sorok sesuatu bawah carpet, kalau dia nak keluar, dia akan keluar serentak.

Matematiknya, ia dipanggil Eigenproblem; phenomenon akan berlaku jika dan hanya jika, sesuatu state di capai. Sebelum dicapai, takkan terjadi langsung apa2, tapi once tercapai, dia terus meletup. Sama seperti quantum state of energy, sama macam kes natural frequency dan resonan, sama macam kes buckling and instability.

Salah kerajaan ke? ye tapi bukan keseluruhan. Its a vicious circle. Kerajaan menentukan sistem pendidikan, sistem pendidikan menghasilkan rakyat, rakyat pula memilih dan menjadi kerajaan, dan kerajaan menentukan sistem pendidikan, sistem pendidikan menghasilkan rakyat dan seterusnya.

So apa nak buat? kalau nak ikutkan circle tu, kalau nak ikutkan kita ni terhasil dari generasi yang dulu, sampai bila2 kita akan terus begini. Apa option yang ada?

First option, tukar kerajaan.

Utk option ini mungkin ada kebaikannya tapi bukankah alternative yang ada ni dari rakyat yang sama? Mungkin mereka nampak je bagus, sudahnya macam itu juga. Antaranya bila Rafizi Ramli kaitkan kemerosotan pendidikan kita kerana tiada kebebasan berpolitik di universiti. Ini apa cerita? Mungkin untuk yang ambil political science mungkin relevan, tapi aku tak nampak langsung apa kaitan politik dengan membaca buku. Kalau students tu penyokong PR, tak boleh masuk library pinjam buku ke? kalau dia PR, electric dalam bilik dia dipotong ke supaya dia tak boleh baca buku?

Apa option lagi?

Pada aku, the best option yang robust dan sustainable adalah ubah masyarakat. Tapi macamana? Lagi susah sebab lagi ramai. Tukar kerajaan jauh lagi senang.

Yup, memang susah tapi tak mustahil asalkan kita sanggup tunggu dalam 10 tahun.

Macamana?

Camni, kita mulakan dari sistem pendidikan, sebab ingat tak, pendidikan menghasilkan masyarakat?

Tapi macamana, bukan ke kerajaan yang control pendidikan? Betul pasal tu kita tak boleh tunggu kerajaan, pasal tu kita kena buat sendiri, pasal tu kita kena hasilkan "FLUCTUATION"!

Apa tu fluctuation? Hmm teknikalnya bermaksud an occurrence of abnormality but distinct, a spike in time( lebih kurang la), tapi yang senangnya macam ni.

Pasal ni la aku selalu cakap pada students aku, considering keadaan kita yang mendesak sekarang ni, WE NEED MORE LIKE-MINDED TEACHERS THAN ENGINEERS. So, I really hope those yang belajar dengan aku will be teachers so that diorang pun boleh jalankan mission ini, this CHAIN REACTION mission, BUTTERFLY EFFECT if you prefer.

This mission is simple. Katakan aku can produce 5 very good teachers in a year and I keep producing this in the next 10 years. Me alone will produce 50 good teachers. The first five (the first batch) however, cuma boleh start producing new teachers after they finish their PhD so akan lag 5 years, meaning as a good teacher, each of them will produce another five on their own but since they lag of five years, lets calculate their production utk lima tahun sahaja (bukan aku kata tadi, kena tunggu kejap 10 tahun, ingat tak?)

so the first batch will produce a total of 5x5x5= 125. But then, their students kita tak boleh kira dalam potential teachers sebab diorang akan lag 5 years, faham tak ni?

ok itu my first batch, my second batch pulak ada 4 years to contribute, so they will produce, 5x5x4=100, my third 5x5x3= 75, my forth, 5x5x2=50 my fifth, 5x5x1= 25.

Based on this, dalam masa 10 tahun dari sekarang kita akan ada seramai 425 very2 good teachers, as good as me. Dan percayalah, those yang pernah belajar dengan aku know HOW GOOD I AM. With 425 teachers as good as me at least, many will be better of course, our country can do anything, achieve anything insya Allah in no time (tapi sabar kena tunggu 10 tahun lagi la).

Tapi ini baru aku punya downline. Ramai kat FB ni pensyarah dan juga nak habis PhD. So kalau korang jugak belajar dan mengajar sungguh2 korang pun ada downline sendiri.

Based on list FB friend aku ni (artikel ni originally written in my FB), ada beratus pensyarah dan those yng tgh buat PhD. just say 100 daripada kita bersetuju utk buat mission ni (tak susah, nekad belajar dan mengajar sungguh2), pergh, in 10 years time akan ada 42500 teachers dan rakyat yang as smart as us and many more will be smarter.

if this can be achieved, percayalah, perubahan yang sangat2 besar akan berlaku. InsyaAllah perubahan yang membawa kebaikan.

Untuk increasekan appreciation korang terhadap this number (42500), aku pernah tulis dulu yang aku pernah diberi statistic oleh seorang professor dari Iran in his talk. He presented, while Japan alone ada 8000 world scientiests, US 5000 world (kalau aku tak silap la, tapi yang tentu mmg ribu), scientist Islam jika dikumpul dari semua negara Islam, di ulang, DARI SEMUA NEGARA ISLAM, cuma ada 300 shj. So nampak tak?

Ok jangan lah students bukan Islam aku kecil hati. No no, aku guna contoh diatas hanya untuk stress a point sahaja. Tidak bermaksud korang diketepikan. I love you guys sama. I see my students colourless, youre not Malay, youre not Chinese, youre not Indian, youre my students, youre Malaysian, I dont segregate my students. My student is my student. Eh dah la, student aku tau, aku macamana.

So setelah tulis panjang ni, jom;

1. student2 aku belajar rajin2 sampai faham betul2 dan sampai PhD dan kalau tak nak jadi lecturer takpe but jadi lah the best engineer and the best citizen

2. teachers, lecturers and teachers-to-be, lecturers-to-be belajar rajin2, faham betul2 supaya kita boleh mengajar bagus2, student senang faham dan jadi betul2 pandai sampai diorang boleh jadi teachers as good as us, if not better, or become the best citizens.

Insya Allah, the CHAIN REACTION will work. Aja! Figthing!

2 comments:

Anonymous said...

idea sir macam dalam dakwah:

nak develop masyarakat berfikrah islam,
buat satu usrah, murobbi/naqib asah anak2 usrah sampai mantap, anak2 usrah pula jadi murobbi, lepas buat usrah2 lain yang baru, cycle continues.

ini yg jemaah macam ikram, haluan, dsb buat. sangat slow tapi makin lama makin serlah effectnya.

Unknown said...

as salam dear Dr Airil,
Mencari kesalahan orang lain lebih
mudah, dari pada mengakui
kesalahan pada diri sendiri.

Hidup itu bukanlah tentang
bagaimana agar kita terlihat baik.
Akan tetapi tentang bagimana cara
agar kita bisa berbuat baik.

Hidup itu bukanlah tentang
bagimana kita selalu mengikuti
hawa nafsu akan tetapi tentang
bagaimana cara agar kita bisa
mengalahkan hawa nafsu.

Hidup ini sebenarnya balance dan
adil, ada hitam dan putih, Namun
terkadang kita membiarkan diri
tenggelam dalam warna hitam,
Sehingga kita tak bisa melihat yang
putih.

Kebahagiaan akan bertambah bila
kita bersedia untuk berbagi
dengan sesama, terutama pada
keluarga, baik keluarga inti
maupun keluarga pasangan kita.

"ah...praktek gak semudah teori..
betul... berhubung fb gak ada status praktek..
ya ini teorinya dulu..hehe.. "

just share aja, semoga manfaat.