Monday, 14 April 2014

AKU DAN AGENDA PENDIDIKAN


Dulu, masa awal2 aku tulis dan bercakap tentang pendidikan, iaitu tentang macamana pelajar kita perlu ubah cara belajar, macamana pensyarah perlu ubah cara mengajar, ada kawan2 jurutera yang dulunya belajar dengan aku di UTM cakap, pelajaran di universiti tidak relevan, tidak diguna sebenarnya di alam kerja kerana industri caranya lain.

Pada aku, mereka ini kata begini kerana tiga perkara berikut:

1. APA (silibus) yang mereka belajar dulu tidak relevan (hence, my call untuk pensyarah ubah cara mengajar).

2. CARA mereka belajar dulu (dan aku juga) SALAH (hence my call utk pelajar ubah cara belajar)

3. INDUSTRI yang mereka bekerja juga sebenarnya tidak relevan. industri di Malaysia tidak advanced, apa yang kita ada hanyalah industri yang hanya cukup untuk "meneruskan kehidupan".

Sbg contoh, kilang electronic di Malaysia hanyalah tempat syarikat2 besar dunia memasang barangan mereka tetapi R n D mereka, mereka lakukan di negara asal mereka. R n D inilah sebenarnya yang "mendatangkan" duit, R n D lah sebenarnya memerlukan jurutera2 mengaplikasikan kepandaian dan ilmu mereka.

Jika hanya menjadi jurutera utk tugas2 routine pemasangan, memanglah ilmu di universiti seperti tidak relevan sebb corak kerja ROUTINE sebegini hanya bertaraf "polytechnic".

Ok aku ulas point yang pertama iaitu silibus pelajaran perlu di ubah. Silibus di sini bukan sahaja bermaksud content tetapi kedalaman serta corak penyampaian.

Daripada segi content, topic yang diajar perlu dibanyakkan untuk fundamental science. Ini untuk menyediakan keupayaan untuk perbincangan yang mendalam dan topic2 kejuruteraan yang ketika ini terlalu "permukaan" sifatnya lantas menghasilkan pendidikan yang bersifat routine atau "polytechnic".

Dan ia perlu disampaikan dalam bentuk yang lebih philosophic sebab pensyarah sepatutnya bukan a straight-foward teacher. Dia mestilah orang yang menpunyai falsafah, idea dan pandangan tersendiri terhadap sesuatu topic. Inilah nanti yang akan melatih pelajar2 utk menjadi orang yang berfalsafah, beridea dan berpandangan sendiri seterusnya mampu menghasilkan pembaharuan, ciptaan, R n D dan penyelesaian baru.

TETAPI, tanpa pemahaman yang pure, kukuh dan dalam, falsafah, idea dan pandangan tidak juga akan dapat diterbitkan. APAPUN, ini juga bermaksud, pensyarah2 sendiri mesti buat reflection dan pastikan pemahaman mereka benar2 kukuh dan pure, sebabkan PENSYARAH WAJIB TERUS BELAJAR.

Untuk point kedua iaitu pelajar perlu ubah cara belajar, ini isu lama yang berterusan iaitu pelajar tidak boleh hanya inginkan SIJIL dan mampu menjawab soalan (exam oriented).

Mereka sebaliknya perlu belajar dengan penuh keseronokan dan kecintaan terhadap ilmu dan bidang mereka. Hanya jika mereka dapat "menghidupi" bidang mereka sewaktu di universiti, baru lah mereka boleh hidup dengan kerjaya dan bidang mereka sehingga mati.

Quality, quantity, creativity dan innovation cuma boleh terhasil dengan "hati yang gembira" dan dengan "cinta", betul aku tak tipu.

So macamana nak dapat ini semua? Itu yang aku selalu kata, pelajar must WONDER, mesti INGIN TAHU semua benda tapi dalam masa yang sama mesti ada sifat MERAGUI (DOUBT) iaitu tidak ambik things for granted and at surface value. Mereka mesti dengar tapi mereka mesti cuba cari verification kpd apa yg didengar iaitu cari kepastian kpd apa yang mereka dengar itu.

PERCAYALAH, saat mengetahui, saat mendapat kepastian akan sesuatu ilmu adalah satu KETAGIHAN, dan apabila pelajar mula ketagih dengan ilmu, dengan kepastian, disitulah bermulanya "kegembiraan" dan "kecintaan" dalam berilmu.

Perbincangan tidak akan lagi di paksa2, pembacaan tidak lagi perlu dipaksa2, datang ke kelas tidak perlu lagi dipaksa2, menulis, bertanya, BERFIKIR, memberikan pandangan, SEMUA LAH, takkan lagi di paksa2. Dan bila semua telah menjadi amalan dan habit, budaya ilmu ini akan diteruskan di alam kerja, alam dewasa, alam keluarga, alam masyarakat, dan insya Allah sehingga lah mati.

Dan yang terakhir iaitu point ketiga berkenaan industri itu sendiri, tidak banyak yang aku boleh katakan dan lakukan sebab ia luar dari realm aku tapi aku pasti jika TERLONGGOK nanti jurutera2 yang tinggi intellectuality dan tinggi expectationnya, tinggi standard dan kualiti, tinggi mentaliti dan disiplin kerjanya, InsyaAllah, industri akan secara evolusinya akan berubah.

Ye lah, boss mana yang tak nak buat untungkan? So nanti bila ada fresh engineer yang dikenal pasti yang boleh dieksploitasi, yang boleh dia bawa ke depan, yang boleh buat syarikat tersebut untuk membuat kerja2 yang lebih mencabar dan lebih menguntungkan, tentulah boss2 ini, lembaga2 pengarah ini akan menukar halatuju syarikat ke arah ini.

Dan bila telah nampak hasilnya, mereka akan nampak pula keperluan untuk mereka menubuhkan R N D department di syarikat masing2 since sekrang mereka sudah ada capacitynya (generasi jurutera yg baru tadi), since mereka dah nampak "untung"nya, dan mereka mula untuk bersetuju untuk melabur ke dalam activity2 R nD tersebut.

Jika evolusi ini berlaku dan tercapai, bukan shj industri kita akan berubah dan menjadi maju, tetapi negara as a whole hence rakyat akan maju BERSAMA.

So inilah pandangan aku, inilah ALASAN kpd usaha2 aku selama ini dan akan datang, moga ALLAH memberkati.

Atas pandangan ini juga aku selalu katakan pada students aku yang PRIORITY aku sekarang, maybe utk next 10-15 years mendatang, adalah TO PRODUCE LIKE-MINDED TEACHERS MORE THAN TO PRODUCE ENGINEERS.

Aku basically akan ambil students research yang memang merancang untk jadi pensyarah SEBAB ONLY BY HAVING A SIGNIFICANT AMOUNT OF LIKE-MINDED TEACHERS, point 1 dan 2 dapat dicapai dengan cepat (aku nak capai point 1 dan 2 dulu) dan point 3 , insya Allah, akan naturally menyusul.

wallahualam.

4 comments:

Unknown said...

Salam Prof. I shared this link to my blog. Hope this is ok. Good work...really salute you.

Anonymous said...

Hi Dr.

Sy setuju dgn point industry tak relevan tu. Sy from technical course. Sy rasa mcm surprise bile sy apply keje n job scope yg sy dpt hanyalah perkara basic.sedangkn di uni kami di ajar utk analisis data / gunakn software yg uptodate / latest issue / kaedah yg terkini. Ini menimbulkn keraguan sbnarnye. Apa yg industri mahukan? Dan sy melihat seolah2 industri masih takbersedia utk menerima fresh grad ini (kecuali research centre). Ini membuatkn ada sesetengah dr kami yg merasa its not worth to work. Sbb pada pandangn kami melakukan kerja rutin adalah membosankn dan tidak membantu career development. Sy tau ada pandangan sebaliknya akn berkata;apa salahnye bekerja dahulu usah memilih tp persoalannya sampai bila? Cliche sebelum ini utk menyalahkn fresh grad tidak memenuhi kehendak industri tp adakah kebanyakan pihak industri menyediakn kerja yg sepatutnya bersesuaian / setimpal dgn kelayakn. Ini yg membuatkn ada graduan merasa give up dgn situasi ini dan memilih utk bekerja dlm bidang lain yg lebih memberi kepuasan. Sy bimbang jika keadaan ini dibiarkn byk kerugian akan berlaku.

Maaf jika komen sy pjg Dr. Cuma sy mahu memberi perspektif dr fresh grad sbb byk perspektif tentang kenapa graduan tidak bekerja dtg dr pihak industri seperti tidak fasih bhs Inggeris / lack of skills.

Anonymous said...

Sy sangat setuju dengan kata-kata prof.
Sy dapati kerja di luar tidak mencabar dan RND di luar hanya so so. Sebab tu saya masuk bidang akademik, boleh cabar diri sy dan menghasilkan sesuatu untuk negara!!!

Anonymous said...

Stupid post