SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS)
SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS) - click la kalau nak dengar...
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Wednesday, 5 February 2014
HURAIAN BUKU "SOME TIME WITH FEYNMAN" - part 2
(ini sambungan, sila klik SINI utk baca Part 1)
so, apa yg Feynman "ajar"kan kepada Leonard?
Pertamanya, Feynman kata jgn risau sangat. Mmg biasa utk ahli akademik untuk kadang2 tak dapat idea untuk research. So jgn panic.
*sama macam John Nash dalam A Beautiful Mind kan? Ingat tak aku tulis dulu how he searched for an original idea to distinguish himself. Ini la yang aku cakap, lagi banyak kita baca dan kenal ahli2 akademik tersohor, kita akan perasan (notice) how they shared the same values.
Kedua, Feynman kata kita kena ingat yang scientiest dan manusia-biasa tak jauh beza. Manusia-biasa pun buat creative work, buat prediction based on pattern CUMA BEZANYA, ahli scientist akan work dengan creative work itu dan buat prediction dengan cari pattern itu, untuk tempoh yang jauh lebih lama dan sangat tertumpu, sampai bertahun lamanya berbanding manusia-biasa.
Sbg contoh, katakan la utk manusia-biasa, Abu dan Ali sepatutnya berjumpa pukul 3 di satu kedai. Tapi selepas Abu tunggu disitu sampai 3.30, Ali tak sampai lagi. So, otak Abu pun ligat berpusing cuba mengagak (meneka) dimana Ali mungkin ada. So selalunya (pattern) waktu ini Ali ada di rumah makciknya. So, Abu pun start motor dan pegi ke rumah makcik Ali dan lihat Ali ada disitu, rupa2nya Ali terlupa yang diaorang ada buat janji.
So, inilah contoh bagaimana proses sains iaitu membuat pemerhatian (observation), membuat analisis (pattern tracing) dan membuat tekaan (prediction) adalah sifat semulajadi manusia dan semua kita mengamalkannya. Bezanya scientiest akan lakukan proses ini dengan lebih mendalam, lama dan beriltizam dgn satu tujuan, iaitu menambah baik sistem kehidupan manusia.
Feynman kata;
"Really all we do is a hell of a lot more of one particular kind of thing that is normal and ordinary! People do have imagination, they JUST DON'T WORK ON IT AS LONG. Creativity is done by everybody, it's just that scientists do more of it. What isn't ordinary is to do it so INTENSIVELY that all this experience is piled up for all these years on the same limited subject...it's trying to find the potentiality as a human being".
Ok apa yang boleh kita belajar ialah, nature utama pekerjaan kita sebagai ahli akademik, tak kiralah pensyarah atau students ialah
WORK ON SOME THINGS AND THINK OF SOME THINGS FOR A LONG TIME AND INTENSIVELY.
We dont give up, we persevere (bertahan) sehingga kita betul2 FAHAM, sehingga kita betul2 MASTER sesuatu subject, topic dan issue. Kita baca2, kita fikir2, kita derive2, kita buat2, kita ulang balik bacaan2, fikiran2 dan perbuatan2 tadi. WE ITERATE!!!
So pasal ni la aku di fakulti semacam "menyendiri". Bukan sebb aku suka buat kepala sendiri tapi as an academic, aku rasa kita perlu spend more time on reading alone, thinking alone and "working alone", else, our intensity akan terganggu oleh orang lain. Ada beratus benda nak dibaca, ada beratus equations nak difikir, so seriusly, mmg aku tak sempat untuk benda lain. And this is why, aku selalu cakap dan tulis
IN JB, IT'S STRICTLY BUSINESS, IN KAMPUNG, IS WHERE MY HAPPINESS AWAITS.
To me, this is PROFESSIONALISM.
Ok sambung balik. So basically its all about perseverence; macamana kita boleh terus bertahan untuk tempoh yang lama tanpa putus asa.
Sebab, dengan hanya bertahan then baru lah idea dan kejayaan boleh datang. Sapa2 yang cepat mengalah, idea dan kejayaan TAK SEMPAT NAK "DATANG" PADA DIA!
ok, untuk faham lagi apa yg aku cuba sampaikan di atas; kita baca lagi apa yang Feynman kata (seperti dibawah);
"I am working on this very hard problem now, and have been for the last few years. The first thing I tried to do with this problem is try to find some sort of mathematical way of doing it, solving some equations...In this case I just tried everything...I've struggled with this method and that method. Maybe that's what I do-I try as much as I can different kinds of things that don't work, and if its doesn't work I move on to some other way of trying it...so then I thought, well, if I understood how things behaved, roughly, that would tell me more or less what kind of mathematical forms I might try. So then I spent a lot of time thinking about how it worked, roughly"
So nampak tak? Ini came from the famous physicist ni, a noble prize winner lagi. So betul orang cakap, genius tu sebenarnya hard-work dan bukan setakat nasib sahaja. Sedangkan genius macam Feynman pun kerja tak henti2, fikir tak henti2, ini kan kita. Sepatutnya, kita kena lagi kuat kerja, membaca, berfikir berkali2 ganda dari feynman.
dan pasal ini la aku hairan, macamana kita boleh bazirkan banyak masa sedangkan kerja kita banyak sangat.
pasal ni la aku hairan kenapa students kita ada banyak masa untuk bercakap ttg politik dan bergaduh sama sendiri. kalau mmg pandai dan jawab semua soalan perfect, tak pe juga. tapi cakap phung phang phung phang, tapi bila soal pelajaran dia sendiri, merapu2 jawapannya. aku tahulah, aku yang marking paper exam diorang.
Sama juga dengan pensyarah, aku pelik macmana kita masih sempat "beraktiviti" yang macam2 sedangkan ada banyak lagi loophole dalam sistem pengajaran kita.
Pasal ini jugalah, aku menentang sangat pelajar2 tajaan negara buat PHD tapi buat kerja part time sedangkan duit tajaan sudah cukup. Kalau tak cukup, duit tajaan utk yuran sahaja contohnya, tak pe lah cari kerja part time; untuk survive tak pe. Ini tidak, bawak balik bawak "harta karun" ber tan2.
yes korang boleh kata, kerja part time tu tak mengganggu study korang dan yes korang kata korang boleh dapat PhD. Tapi kita cakap ttg what you and the country would be missing during that 3 hours sehari yang korang buat kerja part time lap lantai "orang putih" tu.
Kita cakap tentang, kalau orang lain, adakah mereka akan buat perkara yang sama (cuci lantai orang putih) jika diberikan"nikmat" yang sama (semua ditanggung)?
Kita cakap tentang, kita disana tu bukan atas duit MAK BAPAK KITA SENDIRI tapi duit orang, duit negara. Ada tujuannya negara tanggung kita belajar iaitu DAPATKAN ILMU SEBANYAK MUNGKIN UNTUK SETIAP SAAT YANG POSSIBLE, ULANG, SETIAP SAAT YANG POSSIBLE.
Kita cakap tentang 3 jam, yang kalau Feynman, dia akan gunakan untuk learn, think and try out all the possible solutions to solve a problem.
Dan mungkin ada yang kata, "arrghh malas aa macam tu, letih la macam ni..."
Ok fine, tak pe. Tapi yang cakap macamni, please:
1. jangan sambung PhD dgn tajaan negara. bagi peluang tersebut kpd yang betul2 menghargainya dan "tak malas" dan yang mahukan WORLD BEST
2. jangan jadi pensyarah sebab orang macamni cuma akan merosakkan lagi profession tersebut di negara ni
3. jangan complain hidup susah dan jangan salahkan orang dan kerajaan. kehidupan senang yang kita impikan tu cuma akan dapat kalau effort kita at least sama macam orang lain. kalau pensyarah dan students kita jauh panggang dari Feynman dan students MIT, macam tu lah jugak negara kita akan jauh panggang dari negara maju.
wallahu'alam
*Dalam Part 3 nanti, aku akan tulis ttg rahsia Feynman bagaimana dia boleh persevere (bertahan) dalam kerja dia.
**pic diambil di kedai minum tepi sg perak as scheduled
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
waiting for Part 3
When the part 3 could be published?Still waiting from u
Post a Comment