Wednesday, 28 September 2011

PENGGUNAAN EUROCODE DI MALAYSIA: SATU KECELARUAN?

Eurocodes adalah satu code of practice yang baru-baru ini diperkenalkan di Eropah bertujuan untuk menyelaraskan prosedur-prosedur rekabentuk kejuruteraan awam di antara negara-negara di benua tersebut. Untuk UK dan negara-negara ‘sekutunya’ seperti Malaysia, perubahan ini bermaksud perubahan dari British Standard (BS) kepada Eurocodes (EC). Kesan daripada fenomena ini, sekarang berlakulah tempoh transasi di fakulti-fakulti dan jabatan-jabatan kejuruteraan awam universiti-universiti di Malaysia dimana subjek-subjek rekabentuk telah mula diajar berasaskan Eurocodes dan tidak lagi BS.

Namun, apa yang menggusarkan saya adalah apabila dimaklumkan oleh kenalan-kenalan di industri yang menyatakan besar kemungkinan Eurocode tidak akan diamalkan oleh industri di Malaysia dalam masa yang terdekat; 5 tahun dari sekarang pun belum tentu.

Berdasarkan scenario di atas, tidak kah ternampak seperti berlaku kecelaruan diantara universiti dan industri?

Kenapa industri belum mahu lagi menggunakan Eurocodes? Jawapannya mudah, kerana tiada keperluan, atau kata lainnya tiada membawa keuntungan.

Memanglah dahulu pernah berlaku perubahan penggunaan code of practice ini seperti CP kepada BS. Tetapi perubahan CP kepada BS melibatkan perkara-perkara fundamental, sebagai contoh, dari elastic design kepada plastic design. Industri bersetuju untuk berubah diwaktu itu kerana ia membawa keuntungan. Seperti yang kita tahu, plastic design lebih menjimatkan berbanding elastic design. Kata lain nya, guna BS lebih untung dari guna CP.

Sebaliknya Eurocode tidak melibatkan perubahan fundamental (kalau ada pun tidak significant). Falsafah kewujudannya bukannya supaya rekabentuk lebih selamat atau lebih jimat tetapi sebaliknya adalah satu 'perlarasan' atau standardization di kalangan negara-negara eropah supaya syarikat di Sweden boleh bid job di UK dan konsultan German boleh dapat projek di Holland.

Jadi saya sendiri tidak nampak sebarang unsur yang boleh memaksa industri di Malaysia berubah menggunakan Eurocode. Berapa banyak sangat syarikat Malaysia yang hendak ke eropah? Apatah lagi bila tiada penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan akan penggunaannya di Malaysia. Lagipun, takkanlah kerajaan hendak memaksa sedangkan selama ini pelbagai code boleh digunakan i.e. LRFD, CP, BS, Japanese, Australian. Jadi betullah kata industri, “tiada keperluan”.

So, kalau industri nampaknya tak mahu beralah atas alasan yang cukup kukuh dari persepektif mereka iaitu “Eurocodes tak bawak ‘untung’, at leat not for the time being”, apa yang perlu universiti lakukan? Berikut adalah beberapa kemungkinan yang boleh diambil:

1) Teruskan mengajar Eurocodes dan terus mengharapkan industri melatih semula graduan dalam penggunaan BS

2) Ajar semula BS dan berhujah, jika diaju soalan, bahawa Eurocodes tidak relevan untuk Malaysia, sekurang-kurangnya tidak buat masa ini

3) Atau ajar kedua-dua sekali; BS dan Eurocodes tapi ini bermaksud penambahan jam belajar yang sekarang ini pun sudah terlalu padat.

Jika ditanya apa pendapat saya; berdasarkan scenario sekarang, saya lebih prefer yang no 2).

7 comments:

Anonymous said...

like this one..actually eurocede pon pakai plastic design..so,,xde bezanya dari BS..kalu eurocode pakai ultimate limit strength ke mcm dalam steel..baru ade signifikannya

Anonymous said...

Selama lebih 10 thn mnjadi structural design engineer di syarikat perunding swasta, sy amat brsetuju dgn pendapat Dr. Airil. Perkara ini akan membawa masalah : 1)PE endorsement- in which not many of them i.e bosses are familiar in Eurocode, menyebabkn mereka tidak akan mmberi endorsement pd struc. design calculation/report produced berasaskn Eurocode. 2) submission to gov. body- design calculation/report submission are preferably based on BS codes (for their ease checking/referance case study 3)employment-with regards to item 1 n 2 fresh grads not familiar with BS knowledge are not preferable to be employed.

gagakHitam said...

yup..BS is in the blood of enginners in Malaysia. Then again kalau universiti berkeras tentang pengajaran eurocode & enginners kat luar berkeras untuk kekal dengan BS kesian kat student. Tak pasal2 pasni kene relearn everything bile kerja nnti..tp camne pun that shift will happen, it just takes time..pada yang berada dalam tempoh perubahan ni pandai2 korang ar nak hidup !!

Dr. Ben said...

Mana penglibatan BEM dan IEM dalam implementasi hal ini? Bukankah silabus course ini mereka juga yang terlibat?

Boleh tak komen tentang dinamism American Standard dalam kod mereka dalam aspek percambahan ilmu?

Airilsametok said...

Dr Ben: Saya telah dimaklumkan oleh sumber atasan yang IEM, BEM, EAC, atau JKR tidak pernah secara rasmi dalam bentuk hitam-putih menguatkuasakan pembelajaran Eurocode di universiti. Yang ada lebih kepada condition di'nasihat'kan atau di'galak'kan. Kurangnya unsur-unsur penguatkuasaan inilah yang mendetikkan kegusaran saya. Bukan kerana Eurocode tu salah, in fact, personally I prefer EC than BS simply because the former is more mathematical in nature. Yang menggusarkan adalah ketidaksepakatan antara industri dan universiti. Tapi ye lah, lambat laun perkara ni akan settle jugak bila semua universiti produce EC graduate, apa pilihan yang Industry ada? Tapi the bigger picture of the problem remains, bila agaknya society kita nak mula buat sesuatu dengan bersetuju terlebih dahulu? Sampai bila agaknya kerja atau dasar akan dijalankan secara ad-hoc; bertemu bila keadaan dah kucar kacir dan kelam kabut?

On dinamism American Standard, saya akan tulis satu post untuk tajuk ni.

Anonymous said...

what are the differences between this two standard? design load je yg berubah ke or the design philosophy?.i been train use BS..

Airilsametok said...

Anonymous 06:20 : There's no change in the philosophy, only changes in design procedures (i.e. using more formulation than tabulated values) as Eurocodes are the synchronization of design practices which are previously varied among European countries. Its a synchronization so that a construction company in England 'can do work' say in Belgium. It can be a 'localization' of Europe in that sense.