Sunday, 25 September 2011

PEKERJA SWASTA MELAYU BERILUSI?

Ramai pekerja swasta Melayu yang merasakan pekerjaan mereka seterusnya, periuk nasi mereka tiada kaitan dengan kerajaan hanya kerana mereka pekerja swasta. Atas keyakinan ini, mereka berilusi bahawa 'perubahan' yang mendatang, jika berlaku, hanya akan memberikan kesan minimum kepada mereka. Tetapi, ramai daripada mereka yang tidak sedar bahawa syarikat-syarikat tempat mereka bekerja yang kebanyakkan berstatus bumiputera masih lagi mengharapkan kontrak-kontrak dari kerajaan.

Memanglah pekerja-pekerja swasta melayu ini tidak pernah merasakan 'direct contact' dengan kerajaan kerana mereka hanyalah pekerja yang menjalankan tugas yang diberikan oleh bos-bos atau tuan punya syarikat, tapi tanyalah pada bos-bos ini, berapa banyak kalikah mereka 'naik-turun' pejabat-pejabat kerajaan untuk mendapatkan projek? Dan tanyalah juga pada bos-bos Melayu ini, jika 'dipaksa' untuk bersaing atas 'tanah yang rata' dengan 'bos-bos' bukan bumiputera, adakah mereka yakin mereka sudah bersedia? Jika A sudah bermodal sendiri tetapi B bermodalkan pinjaman, pada saingan di atas 'tanah yang rata', siapakah yang akan menang tender? Apa agaknya akan terjadi pada pekerja-pekerja swasta Melayu ini jika 'bos-bos' mereka kalah dalam persaingan tersebut?

Begitu yang bekerja sendiri. Mungkin kerana anda menjual goreng pisang di pasar-pasar malam, anda merasakan kerajaan tidak memainkan peranan dalam kehidupan anda. Tapi saya percaya, sebagai orang yang berniaga, anda mesti faham berapa pentingnya untuk mendapat tapak untuk berniaga; lokasi dan kekerapannya. Memanglah anda mendapat permit tapak dari majlis-majlis perbandaran tapi anda perlu ingat, pegawai-pegawai majlis boleh memberikan permit tersebut 'sesuka hati' kepada anda adalah kerana dasar tersebut di'pelihara' oleh kerajaan. Sekarang ini pun anda sudah bergaduh sesama 'sendiri' merebut tapak, bagaimana pula bila nanti anda perlu bergaduh dengan 'orang lain'? Anda ingat selama ini 'orang lain' tidak mahu masuk kah ke 'pasar malam' anda?

Tetapi kepada yang menjawab mereka tidak berilusi malah yakin mampu bersaing walau apa keadaan sekalipun, tahniah saya ingin ucapkan. Dan sesungguhnya ini yang sangat ingin saya dengar dari mulut seorang Melayu; 'tidak gagap bila diusul, tidak lari bila beradu'. Wasalam.

6 comments:

Dr. Bentara said...

Everything is related.

What about this relationship: "Amal agama seseorang/negara memberi kesan kepada rahmat ALlah s.w.t. kepadanya/negaranya?

Airilsametok said...

Yes definitely. And amal in this context is to include everything from solat, puasa, zakat, to working hard and be smart. Only by having complete understanding and complete implementation of the amal itself then the barakah will come, InsyaAllah. Wallahhualam.

TheButterworld said...

Kenapa org Melayu sendiri tidak memusingkan ekonomi (economy cylce) di kalangan Melayu? Melayu tidak percaya Melayu. Melayu tiada kepakaran. Melayu rasa sudah selesa dengan keadaan mereka sekarang. Buat ape nak pikiaq pasal org laen? Nah, sy dah selesa ngan ape yg sy ada. Rumah, kereta, isteri cantek... Lebih baek diam diri dari bersuara...

Keluhan...

Airilsametok said...

TheButterworld: Boleh explain dgn lebih lanjut lagi apa yang ko tulis? So far, aku tak berapa nak faham (tapi teringin nak faham). Thanks.

gagakHitam said...

so mmg melayu ni akan sentiasa bergantung dengan belas ikhsan kerajaan ar nampaknyer..orang-orang melayu kene menonjol kemata dunia then baru ar org melayu ni dapat lari dari bayang2 kerajaan..

Peoria Office Cleaning said...

Veryy nice blog you have here