Monday, 8 June 2015

ALAM ADALAH HOLOGRAM?




Sekarang antara latest teori dalam fizik adalah kemungkinan alam lantas kehidupan ni adalah hologram.

Hologram? Apa tu? Ala hologram yg mcm pada MyKad, credit card kita yg kalau kita pusing2 nampak macam 3D tapi sebenarnya 2D.

Ok macamana physicists boleh even consider kemungkinan (hypothesis/teori) ni?

Ini berbalik semula kpd usaha scientist utk menyatukan (unify) theory of relativity dgn quantum mechanics. Sementara diorang fikirkan satu penerbitan yg holistik, ada sesetengah ahli fizik yg cari bilakah theory of relativity dan quantum mechanics boleh teka results yg sama.

So diorang dapati, ada sesetengah fenomena yg kedua2 teori beri results yg sama tetapi whilst theory of relativity considers isipadu (volume) ruang, quantum mechanics considers permukaan (surface) yg "membalut" volume ruang itu.
Ini tidak lah diluar jangkaan sangat kerana dalam matematik kita mmg dah didedahkan dengan mapping permukaan ke isipadu dan vice versa. Remember Green theorem yg transformkan volume integral ke area integral atau Stoke theorem yg tranformkan area integral ke line integral?

Ok balik semula ke teori hologram tadi. So based on kesamaan ini, physicists ambil pendekatan iaitu apa yang terjadi dalam 3D (ataupun apa yang kita perceive sbg 3D) sebenarnya adalah mapping (atau manifestasi) sesuatu yg 2D.

Ok selalunya part ini yg kita (org yg tak faham cara pemikiran sains) akan kutuk ahli fizik sbg merapu2 dan tak berpijak di bumi nyata.

Ok, mungkin diorang merapu2 tapi satu saja cara utk tunjukkan dia merapu2 iaitu dgn buktikan yg diorang merapu2. Kutuk2 saja dgn kita sendiri tak faham apa yg diaorang merapukan tu tak dikira, takda value.

In fact, scientists mmg menunggu2 sebarang bukti utk tunjukkan yg diorang merapu2 sbb the sooner they been told where the got it wrong, the quicker they can rectify the problem and progress.

Science itself suppose to be merapu2. It welcomes all ideas and wonders but accepts (to certain limits) only those verified.

Ingat, dulu waktu Galileo kata bumi ni bulat, pihak gereja di Eropah kata dia merapu2 dan sesat. We don't want to be on that side, do we?

Remember, science is about fighting fire with fire, figthing science with science.

Tapi mungkin akan ada yg kata, arrggghhh ini common sense, dah kita rasa 3D, so 3D lah. Hmm sama juga waktu Galileo dulu, kita rasa bumi ni flat je, takde rasa bulat pun.

Apa yg kita confirm 3Dnya? Apa yg kita lihat bukan 3D. Infact apa yg kita lihat bukan benda sebenar pun. Yg kita lihat adalah intepretasi otak kita terhadap cahaya yg masuk kedalam mata kita, so its basically 2D.

Eh, tapi kalau kita kedepan tangan kita, hayun kan tangan kita, cuba capai cawan depan kita, itukan 3D? Strictly its not, itu cuma sense kita yg rasa 3D setelah otak kita arahkan utk kita rasa macam tu.

Eh boleh ke otak suruh kita rasa macam tu?

Eh apa tak boleh pulak. Yg kita tengok wayang 3D tu apa? Screen wayang tu 2D tapi bila kita pakai spek hitam tu, otak kita translatekan utk kita rasa 3D.
Argghhh, ini semua tak Islamic!!

Bro, orang yg first sekali fikirkan ini adalah Imam Al-Ghazali bro sehinggakan wujud bidang kajian yg dinamakam Ghazalian Doubt. Al-Ghazali ragukan semua sense2 kita hatta hakikat kpd hakikat, itu yg beliau tanya macamana kita nak pastikan yg kita bukan dalam tidur yg panjang.

Itu yg buatkan dia lepaskan jawatan Professor di Nizammiyah dan ambil jalan sufi dan mengembara selama 10 thn yg akhirnya dgn jalan sufi itu settle lah masalah dia. Alhamdullillah.

Tapi study Ghazalian Doubt ini diteruskan oleh Rene Descartes, philosopher dan matematician yg founded Cartesian Coordinates. Descartes pun dapat kesimpulan yg sama dgn Al-Ghazali iaitu kesahihan apa yg kita perceive sbg reality itu tak semestinya realiti; ia tidak boleh dipastikan.

Ini lah yg menyebabkan Descartes kata the only thing yg dia pasti adalah kewujudan diri dia, selainnya dia tak sure. Itu yg dia kata, I Think Therefore I am.

Ok cukuplah, dah heavy sgt ni. Tapi apa yg aku cuba sampaikan ialah:

1. Ilmu pengetahuan ataupun proses utk dapatkan ilmu pengetahuan banyak sgt yg kita tak tahu. Kata lain, kita tak tahu pun apa yg org lain tahu atau apa yg diorang cuba tahu.

2. Dengan tak tahu apa yg yg orang lain tahu, kita rasa kita dah cukup tahu.

3. Dgn rasa yakin cukup tahu, kita confident sangat buat keputusan dan perancangan yg akhirnya membuatkan kita yg sebenarnya merapu2.

4. Dgn rasa cukup tahu, senang2 kita kritik orang yg lebih tahu dan ini hanya membantutkan kita dari tahu (belajar) dari orang yg lebih tahu.

5. Akibatnya kita terus tak tahu dan kita yg terus merapu2. Dan kita terus pelik kenapa kita jadi begini;susah, kena buli, diperhambakan, tidak dihormati dan lain2.

6. Kita terus being in the state of denial.

7. So macamana? Keep an open mind, allow for all possibilities but work for the verification then exploitation but before that, learn first. And the first step to learn is to identify first what we dont know and this requires an open mind. Dia berpusing2 isn't? Its a closed loop.

Wallahualam.

2 comments:

Unknown said...

Kupasan yang menarik Dr. Walaupun pening pada mulanya untuk memahami. Keep on writing.

Harriet said...

Saya baru saja mengajukan Pinjaman Mobil dari Pak Pedro dan perusahaan pendanaan investasinya dan Pinjaman Tanpa Subsidi. Setelah melakukan riset terhadap berbagai pemberi pinjaman, saya memilih Discover karena mereka tampaknya menawarkan beberapa manfaat terbaik di pasar (saat ini) dengan tingkat suku bunga 2%. Hubungi Tuan Pedro di pedroloanss@gmail.com melalui whatsapp: +393510140339. untuk mengajukan segala jenis pinjaman.