BANGSA MELAYU AKU NI tak boleh kena kritik. Eh, macam ramai orang dah cakap je. Yup, memang dah ramai tapi aku belum cakap lagi, ni baru nak cakap. Antara sebabnya adalah kita telah lama dimomokkan dengan peribahasa2 yang menjadikan kita terlalu sensitif. Contohnya, "merata dulang, paku yang serpih" yang amat jelas sifat defensifnya. Secara tak sedar, kita telah diasuh dengan sikap ber'prejudis' terlebih dahulu sebelum boleh dibawa berbincang. Ini amat bertentangan dengan tabiat 'berlapang dada' dan 'berfikiran terbuka'.
Antara peribahasa lain yang berkaitan adalah "ikut resam padi, lagi tunduk lagi berisi". Ini pula mem'brainwash' otak kita dimana kalau kita ditegur atau diajar, itu bermakna orang yang menegur itu bersifat sombong kerana jika dia berilmu, dia pasti tidak menegur kita, sebaliknya dia akan berdiam diri. Kalau macam tu bila nak belajar atau diajar kalau yang berilmu itu kena 'tunduk' seperti padi sentiasa.
Kalau tak pun, yang menegur itu pula akan dituduh "kalau kail panjang sejengkal". Mana nak tau kail siapa yang panjang sejengkal kalau bila diajak 'ukur' dikatanya sombong lagi?
BANGSA MELAYU AKU NI sensitif. Melayu akan cakap berlapik dan berkias serta cakap terbalik menyebabkan penghantaran informasi atau maklumat tidak efektif. Kalau ada yang straight to the point walaupunnya niat nya baik akan dicop sebagai kurang ajar. Di zaman dimana orang lain berubah dengan cepat melalui sistem penghantaran maklumat yang semakin canggih, orang melayu terus di tapuk lama berkonsepkan, "kalau nak tegur tu perlahan2, lembut2 nanti orang terasa". Hmmm, elok lah tu, orang lain berubah dalam masa 3, 4 tahun, bangsa aku ni, kalau berubah pun, ambil masa 30, 40 tahun untuk capai perubahan yang orang lain capai dalam masa 3,4 tahun tu. Di waktu itu, orang lain dah mangalami perubahan yang equivalent kepada 300, 400 tahun melayu.
BANGSA MELAYU AKU NI disebabkan sensitif sangat, maka tak pernah di"sentak" dari "mimpi" (ye lah, tegur pun tak boleh). Dalam 'mimpi' ini, bangsa aku ni terasa yang dia memang dah cukup bagus dah, sama macam bangsa2 yang lain diseluruh dunia. Dia tak perasan yang professor2 dia, ramai yang artikel jurnal antarabangsa tak sampai 10 pun. Dia tak perasan yang professor2 ni tak ramai pun tulis buku, kalau ada pun lebih kepada tahap monograf dan nota kuliah. Dia tak perasan juga yang menang segala pingat di Geneva tu tak diiktiraf pun oleh akademia sebenar. Dia tak perasan pun, statistik menunjukkan tak sampai 30 % pensyarah yang buat PhD habis on time, yang tak habis langsung pun melambak. Dia tak perasan pun yang banyak research kita tak sampai standard, pasal tu lah tak boleh published di jurnal antarabangsa dan pasal tu jugak tak boleh dikomersialkan. Dan dia tak perasan semua ini adalah sebab ilmu kita tak kukuh lagi. Professor tak banyak artikel jurnal sebab ilmu nya tak cukup, tak tulis buku sebab ilmu nya tak cukup, pergi 'main' kat Geneva sebab ilmu tak cukup, PhD tak abis sebab ilmu 'background' tak cukup, research tak sampai standard sebab ilmu tak cukup. Sebabkan dia tak perasan semua ni, dia pun bertanya, " Ye ke? Kalau ye pun, apa masalahnya, aku tengok elok je". "Elok ke?", aku tanya balik. "Bukan kita complain macam2 ke, barang mahal la, gaji rendah la, bisness tak dapat la?". Aku sambung "ohh, aku terlupa yang semua ni salah kerajaan sebab bangsa aku sentiasa perasan yang dia 'tak salah langsung'!"
Masalah 'ilmu tak cukup ni' salah siapa? Takde salah sapa2. Apa yang kita ada sekarang adalah apa yang kta perlukan untuk survive sepanjang tempoh 50, 60 tahun yang dulu (selepas merdeka). Ye lah, untuk survive, tak salah nak buat benda 'ad hoc'. Buatlah apa2 asalkan survive, tak cukup engineer, keluarkan engineer, tak cukup pensyarah, keluarkan pensyarah, tak cukup doktor keluarkan doktor, tak cukup professor, keluarkan professor walaupun jurnal artikelnya tiada, waktu tu, we've gone for volume but not quality (ye lah tak sempat). Tapi cukup2 lah, perkara ni tak boleh berterusan. Tapi itu lah masalahnya, bila ramai daripada kita yg telah 'survive' ini terlupa akan hakikat 'ini semuanya hanyalah perancangan untuk survive, sampai waktunya kita kena susun semula', sebaliknya kita terus diulit 'mimpi' yang kita ni memang dah bagus.
So macamana nak mulakan 'stage ke 2' bangsa kita? Untuk ini, kita kena consider perubahan dunia sekarang. Kalau soalan ini dilontar pada tahun 80 dulu, jawapannya mungkin berbeza dengan jawapan sekarang. Tahun 80an dulu, kalau nak telefon diluar kawasan rumah, kena cari public phone. Kalau nak ber'surat', kena pos dan tunggu 2, 3 hari baru sampai. TV cuma tunjuk berita2 tempatan sahaja, kalau ada luar negara pun, sedikit sangat dan tidak secara langsung atau 'LIVE'. Di waktu manusia seluruh dunia belum 'berhubung' lagi, kita mmg boleh untuk 'belajar' bersendirian. Kalau nak establish apa-apa pun, diwaktu 80an ini lah our last chance. Dan ini lah yang telah disambar oleh KOREA, negara terakhir pada pendapat aku yg berjaya membangun dengan 'sendiri'. Istilah 'sendiri' ni pun jgn lah dibaca secara literally, in fact, kalau nak dibincangkan istilah ini sahaja perlu satu entri khas untuknya. Dan jangan lah dibandingkan dengan Iran dan Pakistan, sedangkan kita sahaja yang tak tahu tentang sejarahnya. Contohnya, bangsa Iran ada Lofti Zadeh, pencipta Fuzzy Logic sejak tahun 70an lagi dan bangsa Pakistan ada Prof Abdus Salam, pemenang Noble Prize winner in physics. Bangsa2 ini dah lama bertapak dalam lingkaran ilmu. IRAN contohnya lagi, tidak pernah putus budaya ilmunya sejak ratusan tahun diwaktu negara2 Islam lain malap dgn keilmuan melalui gerakan Suhrawardi dan Mullah Sadra, sebab itu lah mereka boleh buat nuclear fusion sendiri.
Kita? Kita tiada saintis lagi dan kalau diperhatikan ilmuwan2 kita setakat ini hanyalah berorientasikan sastera dan sains sosial seperti Ungku Aziz, Naquib Al-Attas, Kassim Ahmad dll. Kenapa? Sebab sastera dan sains social lebih local sifatnya, maka lebih cepat ter'sentuh' kesannya pada masyarakat pada waktu itu tambahan pula ia lebih mudah difahami oleh masyarakat kebanyak berbanding sains dan matematik. Memanglah lumrah untuk manusia mengagumi sesuatu yang dia faham. Ketika itu, prioritynya adalah pen'definisi'an dan 'penyusunan' semula masyarakat, sains serta matematik pula masih lagi suatu 'luxury'.
Tapi, selepas 80an, proses pembelajaran berlaku amat2 cepat, aku ulang, amat2 cepat!. Dan ia semata-mata disebabkan oleh komputer. Kesan komputer ini two folds; 1) Manusia telah dihubungkan secara menyeluruh atau sejagat oleh komputer 2) Proses pengilmuan dipengaruhi falsafahnya, prinsipnya dan metodologi oleh komputer.
Apabila manusia telah dihubungkan secara menyeluruh dan sejagat oleh komputer, mereka belajar diantara satu sama lain dan pembelajaran ini lingua franca nya English. Manusia meng'email', menge'share', meng'upload' dan meng'download', 'buku2' sains dan matematik English yang tebalnya ribuan mukasurat menyebabkan 'kadar bacaan' buku2 ini berlipat kali ganda berbanding 80an dan tahun2 sebelumnya dan seterusnya menyebabkan 'kadar' kenaikan kepandaian manusia amnya turut naik berlipat kali ganda berbanding 80an dan tahun sebelum2 nya. Inilah yang dimaksud dengan 'the world is exponentially changing'. Tanpa technical English (bukan daily atau Queen's English ok?), Melayu mmg tak terkejar punya. Kalau dulu pun tak sempat nak kejar, apa tah lagi sekarang ni. Kalau ada yang berhujah, kenapa bangsa2 lain masih boleh follow walaupun guna bahasa ibunda, jawapannya mudah, ingat tak yang diorang mmg dah ada RAMAI (aku ulang RAMAI) pensyarah2 dan professor2 yang 'sebenar' yang boleh bacakan dan kemudian ajar balik bacaan itu pada masyarakat nya. Kita boleh buat jugak, tapi balik pada permasalahan tadi lah, itupun kalau pensyarah, professor kita nak berubah dan kalau berubah pun still LAMBAT JUGA JADINYA!!! again, sebab the world is exponentially changing!
Manusia yang telah dihubungkan secara secara sejagat ini juga mencetuskan satu fenomena yang dipanggil globalisasi. Antara kesan globalisasi yang relevan dengan perbincanga kita adalah apabila sektor pendidikan tinggi menjadi satu perniagaan dan sumber pendapatan negara yang lumayan. Adalah satu wawasan PM untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau. Dan sekarang kita melihat kebanjiran pelajar2 asing membanjiri universiti2 kita yang mengakibatkan perubahan teknik pengajaran dan pembelajaran dari medium bahasa melayu kepada bahasa Inggeris. Perubahan2 ini membuatkan pelajar2 kita sendiri terus 'lemas' dimana hanya satu sahaja cara untuk mereka survive, iaitu dengan mengamalkan dengan lebih totok konsep 'exam orientation'nya. Tapi, adakah harus kita menahan kemasukan pelajar2 asing ini? Atau adakah harus kita tinggalkan bisnes pendidikan yang amat lumayan ini? Tidak, tidak sama sekali. Tambahan, bisnes ini bukan sahaja lumayan, bahkan ia amat 'bersih' dan 'murni'. Apa yang kita perlukan adalah sedikit perubahan, pengorbanan dan perjuangan. Apa yang kita perlukan akan saya huraikan dihujung penulisan ini nanti (tapi anda patut boleh mengagaknya).
Kesan komputer yang kedua iaitu mempengaruhi falsafah dan methodologi pemebelajaran manusia sejagat telah menyebabkan sistem yang kita ada sekarang sudah lapok. Sistem dimana pelajar hanya membaca nota2 kuliah sudah tidak mencukupi, lapok. Pelajar2 perlu baca sendiri buku2 yang 'tebal' yang boleh 'didownload' , di'share' di internet. Kalau pelajar seluruh dunia membaca 'buku'2 maya ini, apa istimewanya pelajar melayu kita untuk tidak membacanya. Dan kalau ada yang berhujah, pelajar2 kita sekarang ada kelihatan mambimbit buku2 tebal luar negara, ini pula hujahan aku, pelajar2 kita tu cuma membuat contoh dalam buku2 sebagai tambahan kepada contoh2 yang ada dalam nota2 kuliah mereka, mereka tak baca penerangan dalam ayat2 yang panjang yang terkandung dalam buku 'tebal' tersebut kerana mereka tidak faham Englishnya. Percayalah cakap aku, aku yang ada didalam universiti so aku tahu lah apa keadaan yang sebenarnya.
Komputer juga menyebabkan perkara2 yang terlalu 'matematik' suatu ketika dahulu hanyalah 'mainan' pada ketika ini. Kata lainnya, kemajuan komputer menyebabkan manusia makin mudah menguasai 'matematik' yang kesannya terlihat pada kemajuan2 teknologi yang teramat canggih. Telefon bimbit sekarang dah connected to internet for example; sesuatu yang tidak terbayang pun 10 tahun yang dahulu. Semua ini kerana 'math' makin mudah. Tetapi, disebalik manusia seluruh dunia 'mengunyah math macam lauk', pelajar kita masih berkeluh kesah tak faham math, tak faham physics tak faham chemistry, tak faham, tak faham, tak faham. Kenapa tak faham? Sebab tak boleh baca buku yang orang lain baca, itu lah sebabnya. Pensyarahnya pun tak boleh ajar macam orang lain ajar sebab dia byproduct survival peringkat pertama bangsa kita, ingat tak?. Tapi bila suruh berubah, tak nak. Suruh buat PPSMI tak setuju. Kaitkan dengan benda2 yang tak berkaitan seperti menjatuhkan maruah bahasa dan bangsa. Siapa yang nak jatuhkan maruah bahasa dan bangsa? Kita cuma nak adjust sikit je ikut zaman, kalau tak kita tak survive. Kalau 'kita mati' sapa nak cakap 'bahasa kita'?. Sains dan math aje, sejarah, geografi, pendidikan agama, kemahiran hidup dll, semua masih dalam Bahasa Melayu kan.
Dan hari ni, pengaturcaraan komputer telah menjadi subjek pembelajaran lazim diseluruh dunia untuk pelajar physical sciences dan engineering. Pengaturcaraan komputer dan penulisan algorithm memerlukan 'benda' yang nak ditulis dan 'benda' ini adalah matematik dan physics kepada sesuatu permasalahan tersebut. Tetapi sayangnya, perkara inilah yang menjadi kekurangan pelajar kita. Ajarlah C, C++, Fotran, Python, Matlab, Maple, PhP dll tapi kalau dah tak tau 'matematik dan physics' yang nak dialgorithmkan tu takde gunanya, biarlah tahu sampai 100 computer languanges sekali pun. Dan sebenarnya, lebih daripada itu adalah konsep pemikiran saintifik yang selari dan sejajar (compatible) dengan komputerlah yang amat diperlukan dalam pembelajaran zaman sekarang, a fact that we just have to swallow either we like it or not.
Dan aku pasti, pakar2, ahli2 dan pensyarah2 bahasa, sastera dan sains sosial (i.e. humanities, politics, sejarah) takkan dapat memahami betapa kompleksnya permasalahan kita seperti yang telah dibincangkan di atas. Ini bukan bidang mereka. Bukan mereka yang membaca dan mengajar matematik di peringkat tertinggi. Mereka tidak tahu susah payahnya dan tidak tahu what it takes untuk maju dalam bidang ini. Oleh itu, kerana ketidakbolehan untuk memahami permasalahan inilah mereka menggagalkan PPSMI. Dan kita, dek keterbiasaan kita sejak dari dulu lagi menganggap mereka inilah sahaja ilmuwan2 dan cendiakawan2 negara (dan terlupa akan wujudnya pakar2 sains dan matematik itu sendiri di negara ini) kita terus menerus mendengar dan bersetuju dengan pandangan dan pendapat mereka, PPSMI kita kuburkan.
Maka, berdasarkan penulisan aku diatas, boleh lah aku simpulkan, masyarakat kita menolak PPSMI adalah kerana:
i. Bangsa melayu aku ni tak boleh ditegur
ii. Sebab tak boleh ditegur, dia tak perasan yang dia didalam 'mimpi' yang panjang
iii. Sebab tak boleh ditegur, dia tak perasan yang orang lain dah lama maju dan akan terus maju
iv. Sebab tak boleh ditegur, dia tak perasan yang stage 2 survival kita perlukan kita bertindak secara drastik, mungkin satu tindakan ingenius yang mmg pun orang lain tak buat, iaitu melaksanakan PPSMI. Ye la, kalau kita asyik nak buat apa yang orang lain buat, bila masa kita nak potong orang tu. Eistein kata "if the idea is not crazy enough, there is no hope for any solution" something like this.
iv. Dan bangsa aku tak perasan, untuk survive, mesti lah ada pengorbanan dan kesusahan. Anak2 kita disekolah memang la kena susah sikit, cikgu2 sekolah dan pensyarah2 universiti pun kena la susah sikit. Ai, kalau nak bandingkan kesusahan anak2 Palestin tu, susah kita dan anak2 kita ni tak da apa pun Yeob!!!!
v. Dan akhir sekali, bangsa aku tak perasan dan tak ambil kisah langsung bila sekolah2 cina dan india terus dibenarkan pengajaran mereka dalam bahasa Inggeris. Kalau semua orang tak boleh, tak pe lah juga, biarlah kita Melayu, Cina dan India bersama2 ketinggalan berbanding dengan masyarakat antarabangsa, tapi kalau macam ni, tinggal Melayu sahajalah yang ketinggalan nanti, sebab pelajar2 cina dan india akan terus mampu untuk 'membaca' buku2 tebal dalam English tersebut seperti masyarakat antarabangsa yang lain. Dan nanti bila sampai waktunya pelajar2 melayu 'melingkup', jangan pula salahkan pelajar2 cina dan india ini kerana kita sendiri yang tak mahu PPSMI ni dulu. Entahlah...wallahualam.
My other writings on PPSMI (just click):
1.
A USELESS DIALOG ON PPSMI
2.
PPSMI PERLU DITERUSKAN: PENDAPAT PERIBADI SEORANG PENSYARAH KEJURUTERAAN
3.
JANGAN JADIKAN GERMAN ALASAN UNTUK TIDAK LAKSANAKAN PPSMI
4.
ON PPSMI: KERISAUAN YANG BERBEZA
5.
ON PPSMI: DO I HAVE TO READ MORE