Friday 18 November 2011

SAINS DAN MATEMATIK PERLU DIFAHAMI UNTUK DIKRITIK

Saya menulis artikel ini kerana pengalaman saya dalam penerokaan ilmu-ilmu sains dan matematik telah menyaksikan begitu ramai ahli-ahli sains yang begitu taksub dengan pemikiran matematik dan sains sehingga mereka berprejudis terhadap agama.

Contoh yang paling terkenal ialah Stephen Hawking yang telah memilih untuk bersetuju dengan hipotesis Parallel Universe kerana hipotesis ini boleh memberikan alternatif kepada teori alam mempunyai permulaan. Beliau tidak mahu menerima teori alam mempunyai permulaan ini (walaupun ia adalah teori beliau sendiri asalnya yang lebih dikenali sebagai Big Bang Theory) kerana ia menjurus kepada kewujudan Pencipta. Beginilah sebenarnya prejudis seorang saintis yang sifat tersohor sepatutnya tidak berprejudis.




Tetapi apakah kaitan pemilihan Stephen Hawking dalam menyebelahi hipotesis Parallel Universe or Multiverse dengan perbincangan kita? Kaitannya akan terlihat jika pembaca perasan (notice) yang saya telah meng'associate'kan perkataan TEORI untuk Big Bang dan saya meng'associate'kan perkataan HIPOTESIS untuk Parallel Universe atau Multiverse. Ini bermaksud, Parallel Universe, walaupun matematik mem'benar'kan kewujudannya, tetapi pembuktiannya untuk di'nobat'kan sebagai satu teori memerlukan kita 'keluar' dari alam atau universe ini, sesuatu yang tidak mungkin dapat dilaksanakan. Inilah yang saya maksudkan tentang ketaksuban seorang saintis sanggup meng'contradict'kan prinsip asas sains iaitu memerlukan pembuktian. Apabila beliau diberikan dua pilihan, satu yang boleh 'dibuktikan' manakala satu lagi tidak boleh 'dibuktikan', kerana diselubungi prejudis, beliau memilih yang kedua walaupun beliau tahu ia tidak akan dapat dibuktikan dan seterusnya hanya akan meng'contradict'kan prinsip 'beliau' sendiri. Bagaimana dengan saya, adakah saya prejudis dalam bab ini? Saya rasa tidak kerana:

1) Saya 'memihak' kepada teori Big Bang kerana alternatif kepadanya adalah hipotesis; maka dalam hal ini saya bertindak dengan objektif

2) Diantara Big Bang dan Parallel Universe, yang pertama lebih 'ringkas' penerangan nya maka sepatutnya lebih diterima. Ini adalah berasaskan prinsipal ilmuwan barat sendiri yang dinamakan Occam's Razor yang menyatakan "penerangan yang lebih ringkas adalah kemungkinan lebih betul berbanding penerangan yang lebih kompleks".

Tetapi adakah saya telah melanggar lunas-lunas agama apabila saya berhujah seperti diatas? Saya katakan tidak, kerana saya berpegang kepada prinsip 'fight fire with fire'. Bukankah asas kepada hujahan mesti disandarkan kepada axiom yang telah dipersetujui. Dan prinsip saya ini saya sandarkan pula kepada pegangan dan pemikiran Imam Al-Ghazali sepanjang perdebatan beliau dengan ahli-ahli falsafah seperti yang telah dirakamkan di dalam kitab beliau, Tahafut-Al-Falasifah. Di bawah, saya turunkan petikan-petikan yang berkaitan:

1. "As regarding their contention that reference to Logic is unavoidable, it is right. But logic is not their monopoly..We often call it the Book of Disputation or the Data of the Intellects..In order to remove this misunderstanding, we propose to discuss the Data of the Intellects in a separate work...we will speak to them in their language.."

2. "As regarding Mathematics, there is no point in denying or opposing it; for Mathematics include Arithmetic and Geometry and these two sciences are not dispute here. As regarding Logic, it is just and investigation in the instruments of reflection over the intelligible. And as such, it involves no contradictions which might deserve our consideration. And in the book called, 'The Standard of Knowledge', we are going to introduce as of this subject as may be helpful towards the undestanding of the contents of this book"

Beberapa pengajaran yang boleh kita ambil dari pernyataan Al-Ghazali di atas:

1) Beliau amat luas pengetahuannya meliputi pelbagai ilmu; agama, sains dan juga matematik.

2) Beliau menyarankan agar perdebatan mestilah fokus, tidak meleret leret.

3) Beliau sendiri mengiktiraf ilmu matematik dan logik.

Malah, beliau menyelar sesiapa yang kononnya berdebat atas nama agama tetapi menggunakan fakta-fakta sains yang salah, kerana ini akan hanya memburukkan nama agama itu sendiri. Berikut adalah pernyataan beliau berkenaan perkara ini:

"We are not interested in refuting such theories (refering to established scientific facts) either, for the refutation will serve no purpose. He who thinks that it is his religious duty to disbelieve such things is really unjust to religion and weakens its cause. For these things have been established by astronomical and mathematical evidence which leaves no room for doubt....that these things are contrary to religion, your assertion will shake his faith in religion, not in these things. Greater harm is done to religion by an immethodical helper than by enemy whose actions, however hostile, are yet regular. For, as the proverb goes, A WISE ENEMY IS BETTER THAN AN IGNORANT FRIEND".

Keperluan untuk mengkritik sains di zaman ini makin mendesak disebabkan sains yang mutakhir telah dilahirkan oleh ramai saintis-saintis yang memprejudiskan agama. Dan ini tidaklah menghairankan kerana kelahiran sains yang mutakhir itu sendiri dipengaruhi oleh perjuangan menentang kongkongan gereja. Cuma persoalannya, bagaimana untuk mengkritik sains yang mutakhir ini? Adakah dengan menggunakan ilmu-ilmu sains yang dibelajar di sekolah atau pun peringkat universiti? Percayalah, dengan tahap pemahaman sains kita sekarang, ia umpama 'jauh panggang dari api'. So ini dilemmanya,

1). Imam Ghazali berpesan, mahu berdebat, biarlah berilmu
2). Sains mutakhir perlu didebatkan
3). Tetapi kita masih belum cukup ilmu sains tersebut

Pengajaran yang amat penting yang sepatutnya kita sedari sekarang ialah KITA MESTI FAHAM DAN KUASAI SAINS DAN MATEMATIK UNTUK KITA KRITIK DAN MENGAWALNYA!!!

Sesungguhnya seruan ini telah lama berkumandang dan antara ilmuwan muslim kontemporari yang memperjuangkan perkara ini adalah Seyyed Hossein Nasr. Beliau dikenali sebagai pengkritik sains barat dengan slogan sains tidak merdeka dari nilai (science is not value-free). Walau bagaimanapun, seperti Imam Al-Ghazali, beliau juga tidak mencadangkan kritikan semborono keatas sains sebaliknya menegaskan betapa pentingnya pemahaman yang mendalam sebelum sebarang kritikan itu dilakukan. Berikut ialah beberapa petikan dari buku beliau yang bertajuk ISLAM, SCIENCE, MUSLIMS AND TECHNOLOGY;

"..we should try to understand and integrate them into Islamic perspective. And that has to be done at the forefront, at the very frontiers of the sciences, especially physics and within it quantum mechanics, where we can interpret quantum mechanics in a metaphysical way."

"It is impossible to understand, critize, integrate or transcend any form of science without deep knowledge of it. No amount of slodaneering and emotional outburst can replace knowledge, whose primacy the noble Quran confirms in the verse: Are they equal, those who know and those who do not know? (al-Zumar:9)".

Berdasarkan perbincangan diatas, boleh kita simpulkan, SAINS DAN MATEMATIK PERLU DIFAHAMI UNTUK DIKRITIK. Wallahualam.

No comments: