Tuesday, 20 November 2012

BOIKOT McD: AKU TAK SETUJU


Aku terfikir kenapa aku nak tulis jugak pasal ni sedangkan ini just another never ending polemic masyarakat mcm yang sudah2. Tapi aku tahu  jawapannya, ini sifat ke‘cikgu’an aku, somehow I still want to ‘teach’ those yang mahu menerima pendapat aku. Yang x nak menerima nak buat macamana kan?

Ok polemic apa ni? Ala, yg tentang nak boikot ke tak McD sebagai protes serangan ke atas Gaza. Dan seperti yang sepatutnya dijangkakan oleh para pembaca, aku tidak on the side of boycotting (tak setuju la tu); reasons being as follows.

Sebelum kita decide nak boikot ke tidak, kita kena tahu yang McD tu seperti KFC, Marry Brown, Tutti Fruti, adalah satu franchising. Ia adalah satu sistem perniagaan dimana seorang owner kedai McD di Malaysia yang kita panggil franchisee akan bayar licensing fee dan royalty kepada pemilik sebenar perniagaan tersebut, dalam kes kita ni McD US, yang kita panggil franchisor. 

Dimana dilemmanya? Dilemmanya bermula bila kita kata McD US which is the franchisor  gives financial support to Zionist, tak tau lah direct ke indirect tapi just let say, directly. So, sebagai protes kita terhadap serangan Israel ke atas Gaza, kita pun boikot McD US (the franchisor) dengan cara memboikot kedai2 McD di Malaysia (the franchisee). So apa masalahnya, ok what?

Masalahnya, this will never work, McD US (the franchisor) takkan ter’affected’ atau terkena pun, yang terkena cuma kedai2 McD di Malaysia sahaja (the franchisee). Eh, kenapa pulak? Nak tahu, kita kena tahu dulu how franchising works, seperti yang aku terangkan kat bawah. 

Keuntungan  McD US (the franchisor) dah tetap sebenarnya melalui pembayaran berkala licensing fee oleh kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), so laku ke tak laku ke burger, ayam dan roti kat kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), licensing fee yg dah tetap (x fluctuate) mesti jugak kena bayar maka keuntungan McD US (the franchisor) tidak terjejas pun. Yes, mmg ada keuntungan tambahan dari sale melalui royalty tapi ni ciput je bro (aku x tau exact value tapi selalunya royalty ni 3% - 5% of revenue); sale boleh dikatakan semuanya revenue milik kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), kalau banyak jual UNTUNG kalau tak banyak RUGI silap2 bankrap. 

Mungkin ada yang kata, x pelah, sedikit sebanyak mesti ada effect jugak, boikot je. Hmm, persoalannya berbaloi ke buat macam tu? Tak ke bodoh buat sesuatu yang tidak objective sebaliknya hanya berdasarkan sentiment? Adil ke pulak kita pada kedai2 McD di Malaysia (the franchisee) kalau kita buat macam tu? Ramai tau, pemillik2 McD di Malaysia adalah orang Melayu dan bumiputra yang bayar zakat setiap tahun. Kalau korang nak tau franchising ni adalah antara strategi perniagaan yang dipromote khas oleh kerajaan untuk membantu bumiputera berniaga. SO kalau korang memboikot je membabi buta, tak tahu hujung pangkal, tak tahu mencapai objective ke tidak, korang sebenarnya jeopardize diri sendiri, saudara sendiri, negara sendiri, tau tak.  Haa, kenapa pulak macam tu? Nak tahu, sila baca penulisan seterusnya. 

Ok, semua setujukan kalau aku kata berniaga lah sumber rezeki yang paing menguntungkan dan sustainable. Rasullullah sendiri bersabda “Sembilan per sepuluh rezeki datang dari perniagaan” (Hadith Riwayat Bukhari). Tapi dalam perniagaan apa yang paling penting? Ada empat:

1) modal
2) Standard Operation Procedure (SOP) i.e. book keeping, account bla2
3) Networking (utk supply, promotion, sale bla2)
4) Experience

Dalam keempat-empat di atas, yang mana agaknya ada pada Melayu dan Bumiputra by default? Jawapannya, TAKDE. 

Korang x pernah wonder ke kenapa banyak bisness2 besar kat Malaysia sahabat2 Cina dan India kita yang run dan punya? Honda Yong Ming di JB, Honda Tian Siang dan BMW Tian Siang di Ipoh dan yang paling famous Boon Siew Honda (ni cuma sebut sedikit je dan focus pada import kereta je). Korang x pernah wonder ke, macamana diorang ni boleh dapat ‘line’ bawak/import kereta awal2 lagi? Ceritanya macam gini. Waktu awal2 dulu, awal 1900an industry kereta Jepun, German datang Malaya usha2 line nak bawak masuk kereta, so diorang pun cari la runner utk jadi dealer. Sapa agaknya yang offer diri? Sapa agaknya yang ada modal? Sapa agaknya yang mmg dah ada budaya meniaga yang established, SOPnya, experiencenya, networking. Forefathers sahabat2 Cina dan India kita lah, nenek moyang kita ada apa waktu tu. Ok, kita bukan nak dengki dgn sahabat2 kita ke apa ke, tak pelah itu mmg dah rezeki diorang. 

Tapi macamana agaknya nak menggalakkan dan membantu Melayu dan Bumiputra ni menceburi dan seterusnya jadi major player diwaktu kita handicapped teruk (takde memiliki satu pun dari empat  ciri diatas)?. Caranya franchising la dan inilah yang Mahathir perkenalkan lewat 80an dan awal 90an dulu. Bila franchising, kita tak perlulah risau sangat lagi tentang SOP, networking dan experience sebab bisnes2 ni mmg dah established dan franchisor akan bertindak sebagai mentor, memberi khidmat nasihat dan pengawasan kepada bisnes tu dari semasa ke semasa. Benda ni macam technology transfer jugak la. 

So apa yang diperlukan cuma modal, yang mainly untuk bayar Licensing Fee pada Franchisor tu. Tu yang banyak skim2 pinjaman khas yang disediakan khas oleh kerajaan untuk industry frachais tempatan. Having all these taken care of, theoretically, now the Bumiputras can kick start rather ‘immediately’ their own business. That was the strategy and that was the story yang nampaknya ramai dari kita yang pung pang di FB tak tau. So, from this perspective, boycotting any franchising is not really boycotting the franchisor but jeopardizing local industry/business and national strategy instead. 

So macamana, nak terus boikot ke tidak McD? Ikut suka koranglah, tepuk dada tanya selera. Cuma, sebelum aku sign off, ada sikit lagi yang aku nak cakap. Ramai juga yang championing the boycott mengguna persuasive tactic dalam bentuk soalan lepas mati. Ramai yang cakap, kalau kita boycott McD, nanti lepas mati bila ditanya apa usaha kita dalam membantu saudara kita di Palestine, kita boleh jawab yang kita Boycott McD. Hmm, apa pulak nak jawab ek kalau kita seterusnya disoal, kenapa pulak kita nak menganiaya owner2 McD Muslim yang membayar zakat setiap tahun, yang tak terlibat pun dengan apa2 urusan McD (the franchisor)? Kalau ditanya macam tu la. Wallahualam.

Dan last sekali (betul, kali ni mmg last punya), mungkin akan ada yang kata, “ala, apa la tulis2 panjang, tak habis2 lagi ke hal McD ni?”. Hmm, McD ni pada aku symbolic je, permasalahan yang sebenar yang menyebabkan aku sanggup tulis panjang2 ni ialah kerisauan aku pada sikap masyarakat kita yang terus berfikiran dan bersikap simplistic. Kita gagal hendak menerima hakikat yang hidup ini tidak se’simple’ yang kita rasa, kita gagal untuk memahami yang interaksi kita antara manusia dan manusia, society dan society, negara dan negara adalah satu sistem yang sangat kompleks yang pengurusannya memerlukan kita memandang sesuatu perkara dari perspective bird eyes view. Pemikiran yang simplistic sebeginilah menyebabkan masyarakat kita amat sukar untuk mencari titik persetujuan dan berterus-terusan berbalah sesama sendiri. Ini yang perlu kita selesaikan terlebih dulu. Dan inilah juga reason kenapa aku terus menulis on topics yang mungkin pada pandangan ramai adalah trivial dan tak penting.

*Note: Aku sokong perjuangan Palestine dan aku benci Zionist tapi pada aku, cara yang paling sesuai untuk aku menyumbang dan berjihad adalah dengan mengajar bersungguh2 dan research bersungguh2 supaya masyarakat dan negara aku nanti akan cukup maju dan kuat untuk melindungi dan memperjuangkan hak2 Palestine.  Honestly, I am a true believer of “there is always a smart way in anything” but never, never I believe in short-cut.

Tuesday, 6 November 2012

MUSLIM TIDAK MERDEKA, DITINDAS, DIBULI: KENAPA?

 
As an ummah; be it as society, nation or country, kita tidak merdeka lalu ditindas dn dibuli. Kenapa? Sebab kita terus bergantung dgn teknologi org lain. Don't tell me the bullshit that this is not the case. Smartphone sapa, tv sapa, aircond sapa, internet sapa yg korang berabis duit gaji dn ptptn utk beli? Ini la org cakap neo-capitalism, post colonization yg dirangkum bawah nama globalization yg istilah2 ni korang x pernah tau pun sbb korang membaca pun malas, poyo je lebih heng sana heng sini.

If and only if, kita produce our own technology, baru kita bole betul2 merdeka dan bermaruah. Tapi susah sgt ke nak produce teknologi sendiri? Tak! langsung tak! Kalau semua orang islam belajar betul2, dapat kan knowledge yang sebenar, for sure boleh sbb takde geological material (semua benda dtg dr tanah ok, besi, nano fiber, even uranium) yg kita takde kt tempat kita. Yg kita perlu cuma ilmu untuk 'sambung2 benda2 ni jd smartphone'. Itu je. Bila dh x perlu nk beli brg org, bila dah tak perlu nk merayu 'harga murah' dgn orang lain, baru la kita merdeka dan bermaruah as an ummah.

Persoalannya, boleh x kita belajar? Kalo x boleh kenapa, terencat akal sgt ke kita? Kalau betul mcm tu buat malu islam saje.

Lagi satu pls la jgn mystical sgt. Jgn la asyik kata kita ditindas dn dibuli sbb ini adalah bala Allah atas kita dn semua ini boleh disettlekn dgn sembahyang, berdoa dn tutup aurat saja, dgr cakap ustaz dn pergi ceramah agama dh cukup. Tak sedar2 lagi ke kita dgn firman Allah on 1) Allah akan ubah nasib kalau kita usaha 2) tak sama kedudukan org yg berilmu dn x berilmu. Dan juga hadis Nabi on iman, islam dan ihsan, ketiga2 virtues yg wajib ada pada seorang muslim. Masalahnya, majoriti kita ada islam dan iman aje, ihsan takde.

Belajar dn kerja la rajin2 x yah nak sibuk2 tukar kerajaan ke, nak berperang ke. Kalau x nak jugak, duk diam2, jgn jadi hipokrit dan munafik.



Tuesday, 11 September 2012

AKU TAK MACAM MALIQUE, KALAU AKU MATI DULU AKU HARAP LYNN TAK KAHWIN LAIN, REASON BEING....

Lagu Malique yang baru, feat Black tajuk Teman Pengganti memang se'macam' especially lyrics dia which is about how he is dying and knowing somehow his wife got to find the pengganti (a new husband) and he is ok with it despite reality still bites. What's more is the rumor that Malique is really dying of cancer, betul tak betul aku tak sure.

Tapi aku tak macam Malique where I did tell Lynn several times that I wish dia will not find my replacement, the reason being.......I write my explanation  beneath the following youtube video of Malique's song. Please click and listen to the song while reading my aforementioned explanation (saje je nak bagi feel sikit)

Reason kenapa, kalau boleh aku tak nak Lynn kahwin lain, bukan untuk diri aku (aku dah mati so aku peduli apa) but solely for the sake of my children, if they must lose me I wish they don't have to lose the remaining of 'me', that is my family, tok diorang, pah diorang, pakcik2, makcik2 dan sepupu2 diorang and of course, the life which I have built for and with them.

You see, I have established this rather unique kind of life, not only for me but  for my wife and my children where my family is everything, hence the reason why we go back to Talang every month, drive back and forth all the way from JB for almost 600km one way even if its only for the weekend (bertolak jumaat dan balik semula ahad), something almost we never failed to do so. And my children have developed this homesickness craving to go back to kampung, asking me when we are going back to see tok, pah and everybody when a month time is up.

Now, if Lynn get married again, will his husband do the same thing? He most probably will prefer to go home to his kampung instead. And what makes things worst, Lynn does not drive and even if she does, 600km one way would be too far for any women.

As a result, my children will not only lose me but they also gonna lose my family and of course, the life which I have built for and with them. Aku tak macam Malique........................

(Sorry Deng, tapi kalau ko nak kahwin, kahwin la, abang nak buat macamana)

Tuesday, 10 July 2012

NEW SINGLE: SYUKURKU (ROCK VERSION)

So far dalam blog ni, kitorang (AirilSametok Band) record lagu dalam rumah je since kat rumah pun instrument dah complete. Tapi balik kampung weekend baru ni, teringat pulak nak jamming kat studio, so kitorang pun berangkat la ke studio kat atas stesen bas kuala kangsar; aku dan ketiga-tiga adik lelaki aku (Je/Airil Hafizal, Deni/Airil Syazni dan Mal/Airil Ikmal) termasuk anak sulung aku, Airil Haziq. Ini la first time Haziq entered a jam studio after listening for years ayah dan unclesnya jamming kat rumah tok dia. Gambar dia with us kat atas stesen bas kuala ada aku uploadkan beneath the video kat bawah ni. Infact, video kitorang main ni Haziq yang tangkap, all credit to Movie Director, Mr Airil Haziq Airil Yasreen.

Main 3,4 lagu but since rock versioned SYUKURKU aku tak pernah lagi upload kat sini, kat bawah ni ada video lagu tu kalau korang nak dengar. Please, kalau korang ada headphone the sound is going to be much better. For acoustic version of the song, please click HERE. Hope you guys can enjoy it. TERIMAKASIH KUALA LUMPUR!!!!! (as Je shouted at the end of the video,... entoh ape dipikiornya entoh)


SYUKURKU (written by Dr Airil Sametok)

Syukurku kepada Illahi
Kerana kau hadir dalam hidup ini
Hadirmu mengisi sunyiku
Dengan belai manjamu
Kau mengubati lukaku

Kau senyumlah kasih 
Serlahkan ayu wajahmu
Kau senyumlah
Hati ini akan senyum bersamamu
Alangkah indahnya
Hidupku ini dalam dakapanmu

Biarku gembirakan dirimu
Dengan kasih sayangku
Dan keringat usahaku
 Takkanku lupa janji-janjiku
Kau amanah atasku
Anugerahnya untukku


Gambar: Haziq with his uncles after the jamming session

Wednesday, 4 July 2012

HIGGS BOSON DAN PENGEMBALIAN KEGEMILANGAN ISLAM

Aku sebenarnya down gila dalam 3,4 hari ni, penat sangat agaknya tapi aku kena tulis blog jugak hari ni sebab aku tak nak terlepas dalam merakamkan satu peristiwa bersejarah manusia sejagat.

Mungkin ramai yang tak tahu betapa besar magnitude event hari ini tapi bagi sesiapa yang follow closely perkembangan sains pasti akan dapat menyamakan event ini dengan pengumuman Sir Arthur Eddington 100 tahun dahulu sewaktu dia membentangkan result pencerapan eclipse (gerhana) yang membuktikan Teori Relativiti Einstein. That is how big event hari ini.

Hari ni, bertempat di CERN Switzerland, ahli2 fizik akhirnya mengesahkan kewujudan Higgs Boson. Seperti pengumuman Eddington, pengumuman hari ini membenarkan teori partikel yang dinamakan Standard Model of Particle, sesuatu yang telah dikaji lebih dari 50 tahun oleh ahli2 fizik seluruh dunia. Dengan pengumuman ini, akhirnya kita manusia at least ada satu penjelasan (explaination) kepada persoalan kenapa jisim (mass) perlu wujud. Aku cakap "..at least ada satu.." sebab tak semestinya teori ini adalah hakikatnya (nama pun teori), tapi at least buat masa sekarang, semuanya "fall into places" atau pun "everything fits nicely" dalam paradigm mathematics kita.

Penting ke benda ni? Aku boleh hujahkan kepentingannya dengan panjang lebar, both dari aspect duniawi dan rohaniah tapi aku rasa lebih berkesan aku huraikan begini. Cuba tengok gambar kat bawah ni, gambar ahli2 fizik di CERN menyambut pengumuman hari ini.


Boleh rasa tak enthusiasmnya? Boleh rasa tak collective effortnya? Boleh rasa tak passion nya? Boleh rasa tak vibe dan hype nya? Aku yakin, suasana yang sama, enthusiasm yang sama, collective effort yang sama, passion yang sama, vibe dan hype yang sama, pernah dimiliki oleh sarjana, ilmuwan dan masyarakat Islam sewaktu kegemilangan Islam dulu; sesuatu yang Muslim hari ini tidak lagi memilikinya.Tengok je la gambar tu, walaupun tak jelas tapi kita boleh nampak almost semuanya Non-Muslim.

Sebelum ini, ada pembaca blog bertanyakan pendapat aku bagaimana kita boleh kembalikan kegemilangan Islam. Ini jawapan aku: kita mesti belajar, belajar, belajar (beribadat tu of course la) sehinggalah kita dapat mengwujudkan suasana dan kejayaan yang sama macam dalam gambar di atas.  Kalau dulu Islam 'menguruskan' dunia kerana berilmu dan sekarang orang bukan Islam 'menguruskan' dunia kerana berilmu, jadi kalau kita betul nak 'kembali menguruskan' dunia, kenalah dengan berilmu. Setujukan?

Tapi masalahnya, kita even tak tahu apakah level sehingga cukup untuk diconsider sebagai berilmu. Kita terlalu 'bodoh' sehingga kita rasa kita dah 'cukup berilmu' dan merasakan ilmu orang lain tu lebih kurang sama macam kita. Dan sekarang, kita dengan totoknya merasakan kita tidak menjadi khalifah dibumi ini bukan sebab kita tidak berilmu tetapi kerana ditindas oleh orang lain. Kata mudahnya, semua salah orang bukan salah kita. Kalau nak diikutkan ilmu kita yang dah cukup ni, kita memang dah layak menguruskan dunia jika tidak disebabkan oleh halangan-halangan orang jahat.

Percayalah, ilmu yang kita ada sekarang terlalu ketinggalan. Bayangkan, kita takde well known quantum mechanicist pun di Malaysia. Dan bila aku cakap yang kita ni perasan dah cukup ilmu, aku cakap dari pengamatan aku. Ye lah, kalau betul tahu yang ilmu tu tak cukup, tak de lah ramai student-student aku rilek je dalam pembelajaran mereka, tiada keghairahan, tiada keterdesakan. Kalau betul mereka tahu yang ilmu diorang tak cukup, mestilah diorang berlumba-lumba membaca buku, berbincang tentang buku dan hujahan serta membandingkan author-author serta teori-teori. Dan suasana ini bukan sahaja di kalangan pelajar, worse, dikalangan sesetengah pensyarah jugak. Dan bila aku tengok student-student aku yang dah kerja, even member2 aku yang dah bekerja, ramai juga yang macam tu. Kalau betul kita tahu yang kita banyak tak tahu (if we know that there is so much that we dont know), takdelah kita dalam keadaan 'bersenang lenang' (complaisant) macam sekarang ni.

So macamana nak buat? Macamana nak bagitahu tentang banyak sangat sebenarnya yang kita tak tahu lagi?  Sebab untuk tahu benda yang kita tak tahu, kita mesti tahu sampai level bawah sikit dari apa yang kita tak tahu tu. Contohnya macam ni.

LEVEL 1: Kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang string teori, kita mesti at least tahu tentang relativity dan quantum mechanics.

LEVEL 2: Tapi, kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang relativity dan quantum mechanics, kita mesti at least tahu tentang newtonian mechanics.

LEVEL 3: Tapi kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang newtonian mechanics, kita mesti at least tahu tentang navier-stokes equations (fluid mechanics).

LEVEL 4: Tapi kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang navier-stokes equations (fluid mechanics), kita mesti at least tahu tentang stokes equation (solid mechanics)

LEVEL 5: Tapi kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang stokes equation (solid mechanics), kita mesti at least tahu tentang partial differential equations.

 LEVEL 6: Tapi kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang partial differential equations, kita mesti at least tahu tentang ordinary differential equations.

Aku boleh teruskan on and on and on tapi aku rasa korang got the point already. So aku nak tanya,antara level-level di atas, korang kat level mana? Bukan apa, tahu apa yang kita tak tahu adalah langkah pertama dalam setiap pembelajaran.

Also, dengan tahu apa yang kita tak tahu, baru la kita sedar kelemahan kita maka kuranglah kita dalam menyalahkan orang lain. Perbetulkan diri dulu sebelum nak salahkan orang lain. Juga, makin kuranglah kita dari bergaduh antara satu sama lain sebab kita akan rasa masa terlalu suntuk untuk kita bazirkan, tenaga dan ketumbukan terlalu kritikal untuk kita salurkan pada perselisihan faham yang tidak menguntungkan. Dengan ilmu yang masih tak cukup ini, makin kuranglah kita dari senang-senang nak menghukum orang salah  dan kita betul.

Having said all these, ada satu cadangan yang aku nak buat; sesuatu yang kita semua boleh ambil tindakan immediately, as immediate as esok. Kalau betul kita semua nak kembalikan kegemilangan Islam, kalau betul kita nak Islam kembali menguruskan bumi ini (bukan setakat retorik di FB ni je), esok pegi MPH atau KINOKUNIYA (atau mana-mana kedai buku) dan start beli dan pas tu start baca buku. Untuk yang masih belajar, mungkin reasonnya obvious tapi untuk yg dah kerja mungkin ada yang akan kata "aku dah habis belajar, kalau baca buku pun bukan boleh dipraktikkan". 

Tak!, tak!, walaupun kita dah habis belajar, buku-buku tu boleh mengubah pemikiran kita menyebabkan nanti kita akan jadi a better decision maker, a better person. Such a change in attitude and thinking will make all the difference; the difference that eventually will lead us to become the khalifah Allah on earth. But please, bacalah pelbagai genre dan sumber dan kalau boleh bacalah buku2 yang international supaya boleh countercheck pemahaman kita yang sedia ada. Banyak author2 Muslim peringkat international (kalau x nak sgt baca yang non-muslim tulis la). Nak buat ke tak ni? Kalau tak nak, please duduk diam diam k?

Monday, 25 June 2012

IS MY GREEN YOUR GREEN? : A PHILOSOPHICAL YET MATHEMATICAL QUESTION



Imam Al-Ghazali wasn't just being philosophical when he asked can we ever verify whether we are living in a prolonged dream or not. In fact, he was really discussing the limitation of the verification of what we perceive as physical truth or reality, leading him to conclude that the only truth one can get, will never be from physical observation (or measurement) hence deduction, but from the ‘religious experience’ specifically termed as kasyaf.  

Kurt Godel second him in this matter when conjecturing that true or false can no longer be determined when we fail to agree on a given axioms; as contained in his Incompleteness Theorem.  Our progress in any deductions is built upon our acceptance towards some fundamental premises or axioms (some called them as postulates). The very basic nature of axiom is that, they must be accepted (without the need for proofs or evidences) for one to progress in the paradigm of the deduction.  In turn, one is free not to accept the axiom but this will only mean that he or she can no longer be in the same paradigm, he or she will be totally out of the system and must make his or her own system if one ever wants to proceed. 

The two above might be too confusing for any don to comprehend, so let me try to propose my own version of the idea. Let’s start with asking a question “How do we know or verify whether we are looking at the same color?” This is another way to ask, “Is my green your green?”  

Yes, you can answer YES to the question and provide further explanation such that we can always measure the characteristic of the color Green, say for example its wavelength and frequency and if, somehow we can show that the same wavelength (or frequency) has entered both my eyes and your eyes,  that means we are seeing the same Green color.

Aha! But isn’t this what I said in the first paragraph above that “..the only truth one can get, will never be from physical observation (or measurement) hence deduction,…”.  Let me explain further.  

Despite the fact that we can measure the characteristic of the light (hence color) that enter into our eyes and indeed we can always verify such a measurement, but down to the point of what our brain interpret exactly can never be verified, we alone know what our brain ‘tells’ us and us alone. 

And I am not talking about the physical phenomenon of electrical pulse produced and perceived by our neuron and brain cell, these are still physically measurable, instead I am referring to the state of consciousness, the state where meaning start to exist. Maybe brain is not the proper word for it, it should be the SOUL. Down to the level of how SOUL interpret the physical data or information; all verification fails. We are then left only with ourselves and of course GOD. 

But, if this is true, why there is seemed to be a perfect synchronization with the rest of us. Why there is no conflict between you and me when we talk about Green color? The answer lies in the consistency of our SOUL in interpreting the physical information. With the given wavelength, our SOUL always tells us, be it 20 years ago or 5 minutes ago, it is Green. Since childhood, our parents have been telling us this is Green and that is Red and we live with that for the rest of our life. 

But such synchronization is not verification in its strict sense, it just means that we are progressing in the same paradigm because we have agreed upon the axiom “That is Green and that is Red” and never once we doubt it, hence the prevailing of Godel’s Incompleteness Theorem. 

So if all these are true, what is the implication? The implication is, while we live in the same world, but in my world the sky is blue and in yours, the sky maybe red. It sounds a bit scary, isn't? Haha..But should we verify this? NO, because as I said, there is no way we can do that and NO, because we must never doubt the accepted axioms else we can no longer be in the same paradigm, meaning we can no longer be together, anymore. 

Another implication of this is that, it limits the deterministic nature of science because science is the knowledge deduced from our five senses. A fact in science or theory as we call it, is a tested hypothesis and since we have argued that we can only test or measure only so much, then science itself must be limited. But do not get me wrong, I am not saying that sciences and maths are wrong, but all I am saying is, if they are right or correct, such a correctness must only be accepted in a very limited domain, that is in the domain which is measurable and of course in accordance to the earlier accepted axioms. "Seeing is not believing" after all and there is totally "something more than what meets the eyes". But having said this, we can not easily brush off any ideas of science simply because it does not fit us, as this is really a matter of how deep we really know about science itself. If we want to against any proposal in science, we still got to do it in its own paradigm; you got to fight it fire against fire. I am not to elaborate on this here because I have written about in a previous entry. Those who are interested can refer to it by clicking HERE.

And how all these from Islamic perspective? The way I see it as a Muslim, this is when we the concept of Iman comes into play. In the time when nothing can be verified, we are lucky to have the ultimate truth sent by Allah that is Al-Quran and in Al-Quran, is therefore we must just believe and beriman

I believe the last two paragraphs above are in a close agreement with those by Imam Al-Ghazalli's. Wallahhualam.

Monday, 18 June 2012

WHAT IS A PHD?


 Gambar: Abdus Salam, late professor at Imperial College and the only Muslim Nobel Laurette in Physics

Sekarang ni hujung semester serta hujung tahun pengajian, jadi ramai la student yang berkira-kira samada nak sambung belajar atau  tidak. Yang habis undergraduate consider nak sambung Masters, dan yang dah habis masters, ramai yang berfikir nak sambung PHD. Dalam memikirkan dilemma ini, aku terlintas nak menulis tentang apa itu PHD.


PHD is nothing but a learning process or training; not more than that. It trains you to have scientific mind and attitude. It is a learning process where you learn how to learn by yourself. You are taught how to read, how to make comparison and to criticize for the sake of progressing, how to have a formalized workflow so as to have valid and verified deductions and most important of all, how to conclude, to predict, to project, to reason and to decide. Last but not least, you are taught how to disperse all the knowledge you have deduced throughout the 'world' by writing (most of all) and by other types of communication  i.e. conferences, debates etc. Basically, it trains you to become a philosopher.

And like any other process or training, at the end of the day (if you succeed), you will be granted with a license; a piece of paper that bears your name with the title Doctor of Philosophy in front of it. Once conferred, you will be called Dr. from thereon.

So, since PHD is just a training which once finished one will get a 'license', obviously it is just a beginning. Ia adalah satu permulaan untuk seseorang itu 'menjadi guru' both  to himself/herself and others (graduate students). Sebenarnya, senang untuk kita memahami sistem ini jika kita mengetahui bahawa sistem pengajian sebegini adalah ditiru oleh orang Barat sewaktu era perang salib dulu dari sistem Talaqi atau sistem pengajian Tariqah (Sufism) antara seorang 'Syeikh' dan 'murid'. Dalam sistem ini juga, Syeikh akan mengijazahkan Murid nya yang kemudian bermaksud Muridnya telah lulus untuk menjadi Syeikh dan layak untuk mempunyai muridnya sendiri.

Since it is just a beginning, seorang yang habis PHD sepatutnya bekejar-kejar untuk membaca buku, berfikir, mengajar, menulis, berdebat, mengeluar dan mempertahankan idea dan yang paling penting melaksanakan idea tersebut. Analoginya macam orang baru dapat lesen kereta, mahu di 'drive' nya kereta bapak dari johor ke perlis, pergi balik. Dan macam pemandu kereta, lagi lama kita bawak kereta tu, the better we are getting as a driver and most importantly, we will never stop driving sampai la mati. So, as a PHD, sampai mati la patutnya kita membaca, berfikir, berdebat dan ber 'idea'.

If PHD is just a training, tak perlulah cuma orang yang pandai sahaja buat kan? Theorically YES provided kita tak di 'limit' kan oleh tempoh pengajian. Ini kerana, definisi kepandaian itu sendiri adalah "kadar berapa cepat seseorang itu untuk faham dan mengeksploit apa yang telah difahami". Kita boleh faham apa yang Einstein faham, cuma bezanya mungkin jika Einstein faham sesuatu dalam masa sebulan, kita pula 10 tahun baru dapat faham.

So, since tempoh PHD sekarang telah di 'limit' kan dikebanyakan negara kepada 4-7 tahun, nak tak nak, at least kita kena 'cukup pandai' untuk habis dalam tempoh tersebut. Masalahnya, untuk tesis PHD kita diluluskan, the work must be a siginificant contribution to the present state of knowledge. Dalam bahasa melayunya, kita mesti memberikan sumbangan baru yang besar kepada ilmu sejagat sedia ada. Kata lainnya, kita mesti tahu sesuatu yang manusia lain belum tahu lagi dan ianya mesti 'besar' atau significant. Itulah pulak cabarannya.

Sebelum aku akhiri artikel ni, aku nak nyatakan yang I see a group of PHD holders of a society like a special force of that society, an elite group like a group of 'commando' yang tugasnya adalah untuk memastikan kesinambungan kewujudan dan kemajuan society tersebut. So, bukannya kecik-kecik anak amanahnya jika kita adalah seorang PHD. The whole society mengharapkan kita to be at the frontline to lead the society into the new frontier. Kalau society mengsandarkan pada tentera diperbatasan dari segi keselamatan, begitu la juga society mengsandarkan harapan pada kita dari segi kemajuan, kesinambungan dan jatuh-bangunnya sesuatu masyarakat, negara dan ummah.

Yang membezakan antara dua societies atau dua negara adalah berapa effectivenya group of PHD atau scholars yang mereka ada. Lagi ramai, lagi pandai dan lagi aktif PHD/scholars of a society, the greater that society will be as compared to the other. Wallahualam.

Thursday, 17 May 2012

GRADUAN KITA DAPAT KERJA: AKU SENYUM DAN SEDIH




Hujung semester dan tahun pengajian macam sekarang ni, ramai la students UTM post kat FB yang diorang dah dihubungi dan ramai dah ditawarkan job as an engineer. Aku senyum sebab aku tau perasannya bila dah belajar sikit punya lama akhirnya dapat jadi engineer. 

Aku senyum  sebab aku tau dalam hati tu mesti berbunga-bunga sebab nak melangkah ke dalam satu hidup yang baru, hidup yang berduit, hidup yang berkerjaya, hidup yang boleh membuat keputusan sendiri, hidup yang berteman (dgn  bakal isteri) dan yang paling penting hidup yang boleh menyenangkan mak bapak dan buatkan diorang bersyukur ada anak macam kita. 

Dan aku senyum juga sebab sekarang ni mesti diorang rasa amazing giler sebab belum habis belajar lagi dah dapat offer.  Aku senyum.

Tapi lepas tu aku tak senyum, in fact aku rase sedih (may be the best word kot) sebab keadaan ini, keadaan dimana ‘belum habis kerja dah dapat offer’ di ‘taken for granted’ oleh kita semua.  In fact, all the stability atau kestabilan, keamanan, peluang mobility dalam hidup, semua nya kita dah taken for granted. 

Disebalik bersyukur dengan ‘keamanan’ ini dan disebalik cuba untuk mempertahankan keadaan ‘belum habis kerja dah dapat offer’ ini, kita ghairah untuk memomokkan diri kita secara berlebih-lebihan (exaggerate) dengan aduan dan ketidakpuasan hati. Kita memomokkan dan menyemarakkan api ketidakpuasan hati dengan menyamakan keadaan negara kita dengan negara-negara  Arab, kononnya kita patut bangkit seperti kebangkitan rakyat-rakyat Arab.

Sedangkan kebangkitan rakyat- rakyat Arab bermula apabila Abdelwahab Zaydoun (Morocco), Mohamed Bouazizi (Tunisia), Hichem Gacem (Algeria), Mohsen Bouterfif (Algeria) dan ramai lagi membakar diri kerana kecewa tiada pekerjaan walaupun mereka kelulusan universiti. Ulang, MEREKA BAKAR DIRI SEBAB TIADA PEKERJAAN WALAUPUN BERKELULUSAN UNIVERSITI.

Sedangkan, students kita belum habis belajar lagi dah dapat offer kerja. Itu yang aku sedih tu. Ulang, STUDENTS KITA BELUM HABIS BELAJAR DAH DAPAT OFFER KERJA. 

Berkali-kali aku katakan, bukanlah sistem negara kita perfect, memang banyak kepincangannya cuma aku masih rasa belum sampai lagi ke tahap teruk sangat macam di negara-negara Arab sehinggakan terpaksa menukar kerajaan. Apatah lagi, alternative yang ada iaitu PR jauh lagi ber’serabut’nya. Kalau keadaan politik negara kita macam Labour Party dan Conservative Party di UK tak pe jugak, mana-mana pun kita boleh confident. 

So, dalam keadaan:

1)      yang tak de la teruk sangat lagi dan boleh diperbaiki ‘dari dalam’ dengan  semua orang bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa  dan tanahair

2)      Tiada parti alternative yang betul-betul solid, jelas kerjasama dan persefahamannya serta prinsip-prinsipnya

I SIMPLY DON’T THINK IT IS WORTH THE RISK!

Wednesday, 9 May 2012

JOM DISCUSS NONLINEAR ANALYSIS PULAK

Dah letih sembang hal politik, jom kita sembang balik hal belajar...ha! ada yang tak jadi nak baca le tewww! haha. Hari ni aku nak sembang pasal nonlinear analysis dalam finite element...korang jangan risau, mesti korang faham punya, just read on.

Apa dia nonlinearity? Macamana nonlinearity ni boleh wujud? Macamana nak solve? Semua persoalan ni kita boleh jawab kalau kita mula dengan bandingkan differential equations (DE) antara linear problem dan nonlinear problem. Untuk memudahkan persembangan kita, just ambik DE yang paling mudah sekali, iaitu DE untuk struktur bar. Untuk linear problem, DEnya boleh diberikan seperti berikut:
Dan untuk nonlinear problem pulak, DEnya seperti kat bawah ni:
So, kalau kita tengok betul betul, beza antara dua equations kat atas (antara linear dan nonlinear) ialah pada variable material property E tu. Kalau linear, E tu tak berubah tapi kalau nonlinear, E berubah ikut value u. Apa benda E dengan u tu? Ala, E tu kira  macam  sifat sesuatu benda tu la, kekerasannya ke, kekuatannya ke, kelembikannye ke etc dan u tu pulak, kita boleh contohkan sebagai pemanjangan benda tu. So, based on definition ini, boleh la kita kata untuk problem linear, tak kesah la benda tu makin lama makin panjang, E tetap juga tak berubah sampai sudah. Tapi, berbeza dengan non linear problem, makin panjang benda tu, makin 'lembik' E jadinya. Kata lain, E benda tu bergantung pada u. Dan, untuk memudahkan lagi persembangan kita, apa kata kita assume E berubah secara berkadar terus dengan u so kita boleh kata:
Pas tu, apa kata kita masukkan balik Equation (3) ke dalam Equation (2), nanti kita akan dapat equation berikut:
So, Equations (1) dan (4) adalah DE untuk linear dan nonlinear problems. Now, boleh la kita buat kesimpulan yang pertama iaitu nonlinear ni wujud disebabkan sifat bahan tu yang bergantung kepada perubahan fizikal (makin panjang ke, makin lebar ke, makin kecik ke etc) yang berlaku kepada bahan tersebut. Ok, so apa masalahnya? 

Haha...masalahnya ialah, DE linear (or Equation (1)) tu senang giler nak solve tapi DE untuk nonlinear (or Equation (4)) giler babi susah nak solve. Sebab tu la orang kecoh-kecoh... nonlinear sini la, nonlinear situ la, nonlinear susahla. Kat mana yang susahnya? Ha..ni aku nak bagitau la ni.

Ok, macam yg aku selalu cakap (contohnya kat SINI), DE boleh dijadikan algebraic equation kalau kita 'Galerkin'kan DE tu. Tak payah la aku tunjukkan prosesnya, tapi kalau kita 'Galerkin'kan Eq (1) kita akan dapat matrix system kat bawah ni:
Dan kalau kita 'Galerkin'kan pulak Equation (4) kita dapat matrix system kat bawah ni:
Ok, semua ingat balik subjek matrix yang kita belajar time SPM dulu. Kalau korang dapat ingat, vector yang betul-betul sebelah kiri simbol '=', yang mengandungi u1 dan u2 tu la, yang kita nak nak sangat, sebab itu lah penyelesaian kepada DE kita yang kat atas tadi. Tapi itu la, Equation (5) mmg la senang nak dapat jawapannya, even SPM dulu dah kita buat....Equation (6) ni yang payahnya. Tak payah? Aaa, kalo tak payah, cuba buat!

Ok nak tau payah ke tak payah nya, cuba kita expandkan atau kembangkan Equation (5) dan Equation (6). Kita kembangkan Equation (5) dulu seperti kat bawah:
Dan kalau kita kembangkan Equation (6) kita akan dapat:
Haaa, sekarang nampak dah payah tak payah nya? Equation (7) tu persamaan serentak yang kacang gila babi nak solve, even SPM dulu dah buat tapi Equation (8), kita ada satu set persamaan kuadratik serentak yang bermakna, kalau kita nak solve juga persamaan nonlinear tu,  kita kena dapatkan 'roots of the polynomial'...haa itu yang payah tu. Dan pasal tu la orang kecoh nonlinear sana, nonlinear sini.

So macamana nak buat? Satu je caranya, kalau betul kita nak jugak solvekan Equation (8) yang nonlinear tu, kita kena 'iterate'kan solution nya sampai converge. Ha, pasal ni la dulu waktu tahun satu kat U kita ada belajar kaedah Newton untuk cari 'roots of polynomial' tapi kita tak pernah nak faham pun kan? hahaha.....tapi Newton method yang kita belajar tu untuk single equation je, untuk satu set equation macam Equation (8), kita kena la guna Newton-Raphson. Nak belajar method ni? Bagus! Bagus! Sapa yang nak belajar, teruskan pembacaan anda di bawah. Sapa yang dah tak larat  tu, dah gi rehat....nanti kita sambung lagi.


(Nota: Penerangan untuk Newton-Raphson method kat bawah ni aku bagi terus dalam bentuk gambar la ek sebab aku malas dah nak tulis...haha. Aku sebenarnya tengah siapkan satu buku dengan Erwan Hafizi (ex-masters student aku dan sekrang dah jadi colleague aku and he's also a Scylla Operation) bertajuk NONLINEAR FINITE ELEMENT ANALYSIS with Matlab Codes. So, the pics below are actually taken from the draft of  the book la, grammar pun tak check lagi...kalau ada salah bagitau k. Betul siap nanti aku bagi korang baca. So.....kat bawah ni la cara untuk kita solvekan nonlinear equations,,,SEKIAN)











Friday, 4 May 2012

SCORPENE AND NAJIB: SERIUS AKU TAK PAHAM


Jap, jap, serius aku tak faham...SUARAM kata diorang ada evidence from France berbentuk fax yang dalamnya tertulis kononnya Najib mintak USD 1 billion 'rasuah' dari DCNI (pembekal kapal selam) dan perlu dibayar ke Perimekar Sdn Bhd (accused as Najib's proxy company). Eh? bukan ke total pembelian dua submarine tu RM 3.6 billion (hampir bersamaan dengan USD 1 billion) as mentioned by Guan Eng? So, macamana bayar USD 1 billion tapi 'mintak balik' USD 1 billion? Abis tu apa untung yg tinggal kat DCNI tu? serius ni aku tak faham...ke aku ada missing kat mana2 ni...jap aku triple check

Nak baca apa yang SUARAM cakap? Click ni: malaysia-chronicle

Nak baca apa yang Lim Guan Eng cakap? Click ni: dapmalaysia

Ok, ok...ikut kata Guan Eng, total pembelian termasuk maintenance ialah RM 4.23 billion (so RM 3.6 billion utk kapal dan RM630 juta untuk maintainance). Ok, and currency waktu tu kalau tak silap lebih kurang RM 3.5 = USD 1 so USD 1 billion confirm untuk 'beli kapal'. So kalau DCNI 'bayar balik' (atau rasuahkan' Najib USD 1 billion, tinggal duit maintainance je la RM630 juta bersamaan dalam USD 180 million atau dalam EURO 150 million. Tu harga dua bijik submarine tu, sedangkan Spain beli dengan harga EURO 439 million untuk satu je submarine (gi check wikipedia)...kalau camtu, jatuh murah pulak Malaysia beli ngan DCNI...Eh, serius aku tak paham nih.

Ke RM630 juta for maintenance adalah apa yang SUARAM dakwa sebagai commission? Adakah maintenance dan commision tu dua benda yang sama? Sebab, walaupun dalam malaysia-chronicle nilai commision tersebut dinyatakan sebanyak Euro 114.9 million tapi dalam source yang lain (click SINI) Suaram kata total commission adalah sebanyak Euro 136.5. So kedua dua nilai dekat2 jugak dengan RM630 juta tu. Ini aku tak sure la, tapi kalau betul maintenance dan commission tu benda yg sama, bukan ke duit tu dikongsi Perimekar, Tabung Haji dan Tabung Angkatan Tentera. Katalah 'real cost' untuk maintenance tu RM300 juta (ye la takkan la tak buat maintenance langsung), dapat la 'margin' 50 % so dapat la untung dalam RM300 juta. Kita tak tahu macamana profit sharing nya tapi katakan la bahagi sama rata, so Tabung Haji, Perimekar dan Tabung Angkatan Tentera masing masing dapat RM100juta. Yang dapat ke tabung haji tu, itu la yang utk bayar bonus simpanan kita yang menyimpan, sama juga untuk tabung angkatan tentera. So banyak sangat ke Perimekar  dapat? Tony Fernandes setahun untung baper ek? Ok, ok la, still Perimekar tak betul sebab kroni ( itu pun kalau betul la si Razak Baginda  tu kasi kat Najib sikit) tapi Azmin pakai ferrari tu macamana pulak? Ok, aku takde la kata Najib confirm tak salah, cuma aku tak rasa kegopohan SUARAM ni justified. Itu je. Tapi kalau memang dah terbukti Najib tu salah, apa masalah, tangkap je lah dia nanti. Tapi sementara nak tunggu Najib didakwa, seize fire dulu, SUARAM jangan hebahkan dan exaggeratekan benda benda yg masih tak pasti. Nampak macam ada agenda pilihanraya je SUARAM ni.

Lagi satu, dalam malaysia-chronicle tu, untuk support bukti fax tu, Suaram kata diorang juga terima dokumen nombor 144 yang dalam nya ada invoice yang menyuruh pembayaran dibuat ke Alliance Bank, Petaling Jaya, sebanyak EURO 359,450.00. Hmm, diorang dah check ke dgn Alliance Bank samaada transaction ni betul betul telah berlaku pada 2004 atau tidak? Aku rasa tak, sebab diorang tak mention pun tentang sebarang pengesahan dari Alliance Bank. Ataupun, nak check kena minta warrant mahkamah dulu, itu aku tak sure. Tapi whatever pun, pelik la kenapa SUARAM boleh terburu-buru buat press conference tu semalam walaupun ada contradiction yang jelas dan belum lagi mendapat pengesahan dari Alliance Bank berkenaan transaction tu. Dan dalam keadaan yang terburu buru ni, adakah patut untuk SUARAM melabelkan dengan begitu drastic bahawa ini adalah The Great Malaysian Robbery sedangkan dakwa di mahkamah pun belum, sabit kesalahan jauh sekali la. Pelik, sebab rasanya SUARAM ni ramai lawyers, sepatutnya diorang mesti detail gila. Ke, ada yang aku miss ni? 

Dan, kalau betul pembayaran tu dah dibuat, akaun tu sapa punya? Mungkin tak pembayaran tu memang bayaran progress untuk kerja-kerja maintenance? Senarionya mungkin begini. Kerajaan tak boleh nak buat direct award tender maintenance tu tapi kerajaan nak bagi juga pada Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera dan of course, Perimekar. So, kerajaan deals dgn DNCI, pembelian tu inclusive maintenance tapi DNCI, 'atas capacity' dia sendiri, akan awardkan balik pada tiga-tiga pihak ni tadi. Ada kemungkinan kan? So, again aku tak kata ini betul, dan mungkin ada penyelewengan cuma aku pertikaikan kenapa SUARAM tidak kritikal and tak consider semua possibilities dulu. Ini siap kata:

"It has become apparent that this constitutes one of the Malaysian government’s greatest robberies over its people! It is no longer just the Euro 114.9 million commission to Perimekar that formed the basis of the complaint to the French Courts that is in question.
It has magnified into a web of lies involving a slew of companies formed to complicate the concealment of the blatant robbery of Malaysian and French tax-payers’ money. More retro-commissions have surfaced allowing the misuse of such bodies as the pilgrimage funds (Lembaga Tabung Haji) and the military pension funds (Lembaga Tabung Angkatan Tentera)."

Tak boleh kah SUARAM consider dulu apa yang diorang nampak as a web of lies involving a slew of companies mungkin sebenarnya a 'natural' evolution hasil dari satu business arrangement yang walaupun nampak macam morally incorrect tapi it would be still legitimate by laws. Takpelah, sama sama lah kita tunggu perkembangan yang seterusnya. Wallahualam.