Wednesday, 4 July 2012

HIGGS BOSON DAN PENGEMBALIAN KEGEMILANGAN ISLAM

Aku sebenarnya down gila dalam 3,4 hari ni, penat sangat agaknya tapi aku kena tulis blog jugak hari ni sebab aku tak nak terlepas dalam merakamkan satu peristiwa bersejarah manusia sejagat.

Mungkin ramai yang tak tahu betapa besar magnitude event hari ini tapi bagi sesiapa yang follow closely perkembangan sains pasti akan dapat menyamakan event ini dengan pengumuman Sir Arthur Eddington 100 tahun dahulu sewaktu dia membentangkan result pencerapan eclipse (gerhana) yang membuktikan Teori Relativiti Einstein. That is how big event hari ini.

Hari ni, bertempat di CERN Switzerland, ahli2 fizik akhirnya mengesahkan kewujudan Higgs Boson. Seperti pengumuman Eddington, pengumuman hari ini membenarkan teori partikel yang dinamakan Standard Model of Particle, sesuatu yang telah dikaji lebih dari 50 tahun oleh ahli2 fizik seluruh dunia. Dengan pengumuman ini, akhirnya kita manusia at least ada satu penjelasan (explaination) kepada persoalan kenapa jisim (mass) perlu wujud. Aku cakap "..at least ada satu.." sebab tak semestinya teori ini adalah hakikatnya (nama pun teori), tapi at least buat masa sekarang, semuanya "fall into places" atau pun "everything fits nicely" dalam paradigm mathematics kita.

Penting ke benda ni? Aku boleh hujahkan kepentingannya dengan panjang lebar, both dari aspect duniawi dan rohaniah tapi aku rasa lebih berkesan aku huraikan begini. Cuba tengok gambar kat bawah ni, gambar ahli2 fizik di CERN menyambut pengumuman hari ini.


Boleh rasa tak enthusiasmnya? Boleh rasa tak collective effortnya? Boleh rasa tak passion nya? Boleh rasa tak vibe dan hype nya? Aku yakin, suasana yang sama, enthusiasm yang sama, collective effort yang sama, passion yang sama, vibe dan hype yang sama, pernah dimiliki oleh sarjana, ilmuwan dan masyarakat Islam sewaktu kegemilangan Islam dulu; sesuatu yang Muslim hari ini tidak lagi memilikinya.Tengok je la gambar tu, walaupun tak jelas tapi kita boleh nampak almost semuanya Non-Muslim.

Sebelum ini, ada pembaca blog bertanyakan pendapat aku bagaimana kita boleh kembalikan kegemilangan Islam. Ini jawapan aku: kita mesti belajar, belajar, belajar (beribadat tu of course la) sehinggalah kita dapat mengwujudkan suasana dan kejayaan yang sama macam dalam gambar di atas.  Kalau dulu Islam 'menguruskan' dunia kerana berilmu dan sekarang orang bukan Islam 'menguruskan' dunia kerana berilmu, jadi kalau kita betul nak 'kembali menguruskan' dunia, kenalah dengan berilmu. Setujukan?

Tapi masalahnya, kita even tak tahu apakah level sehingga cukup untuk diconsider sebagai berilmu. Kita terlalu 'bodoh' sehingga kita rasa kita dah 'cukup berilmu' dan merasakan ilmu orang lain tu lebih kurang sama macam kita. Dan sekarang, kita dengan totoknya merasakan kita tidak menjadi khalifah dibumi ini bukan sebab kita tidak berilmu tetapi kerana ditindas oleh orang lain. Kata mudahnya, semua salah orang bukan salah kita. Kalau nak diikutkan ilmu kita yang dah cukup ni, kita memang dah layak menguruskan dunia jika tidak disebabkan oleh halangan-halangan orang jahat.

Percayalah, ilmu yang kita ada sekarang terlalu ketinggalan. Bayangkan, kita takde well known quantum mechanicist pun di Malaysia. Dan bila aku cakap yang kita ni perasan dah cukup ilmu, aku cakap dari pengamatan aku. Ye lah, kalau betul tahu yang ilmu tu tak cukup, tak de lah ramai student-student aku rilek je dalam pembelajaran mereka, tiada keghairahan, tiada keterdesakan. Kalau betul mereka tahu yang ilmu diorang tak cukup, mestilah diorang berlumba-lumba membaca buku, berbincang tentang buku dan hujahan serta membandingkan author-author serta teori-teori. Dan suasana ini bukan sahaja di kalangan pelajar, worse, dikalangan sesetengah pensyarah jugak. Dan bila aku tengok student-student aku yang dah kerja, even member2 aku yang dah bekerja, ramai juga yang macam tu. Kalau betul kita tahu yang kita banyak tak tahu (if we know that there is so much that we dont know), takdelah kita dalam keadaan 'bersenang lenang' (complaisant) macam sekarang ni.

So macamana nak buat? Macamana nak bagitahu tentang banyak sangat sebenarnya yang kita tak tahu lagi?  Sebab untuk tahu benda yang kita tak tahu, kita mesti tahu sampai level bawah sikit dari apa yang kita tak tahu tu. Contohnya macam ni.

LEVEL 1: Kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang string teori, kita mesti at least tahu tentang relativity dan quantum mechanics.

LEVEL 2: Tapi, kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang relativity dan quantum mechanics, kita mesti at least tahu tentang newtonian mechanics.

LEVEL 3: Tapi kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang newtonian mechanics, kita mesti at least tahu tentang navier-stokes equations (fluid mechanics).

LEVEL 4: Tapi kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang navier-stokes equations (fluid mechanics), kita mesti at least tahu tentang stokes equation (solid mechanics)

LEVEL 5: Tapi kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang stokes equation (solid mechanics), kita mesti at least tahu tentang partial differential equations.

 LEVEL 6: Tapi kalau kita nak tahu yang kita tak tahu tentang partial differential equations, kita mesti at least tahu tentang ordinary differential equations.

Aku boleh teruskan on and on and on tapi aku rasa korang got the point already. So aku nak tanya,antara level-level di atas, korang kat level mana? Bukan apa, tahu apa yang kita tak tahu adalah langkah pertama dalam setiap pembelajaran.

Also, dengan tahu apa yang kita tak tahu, baru la kita sedar kelemahan kita maka kuranglah kita dalam menyalahkan orang lain. Perbetulkan diri dulu sebelum nak salahkan orang lain. Juga, makin kuranglah kita dari bergaduh antara satu sama lain sebab kita akan rasa masa terlalu suntuk untuk kita bazirkan, tenaga dan ketumbukan terlalu kritikal untuk kita salurkan pada perselisihan faham yang tidak menguntungkan. Dengan ilmu yang masih tak cukup ini, makin kuranglah kita dari senang-senang nak menghukum orang salah  dan kita betul.

Having said all these, ada satu cadangan yang aku nak buat; sesuatu yang kita semua boleh ambil tindakan immediately, as immediate as esok. Kalau betul kita semua nak kembalikan kegemilangan Islam, kalau betul kita nak Islam kembali menguruskan bumi ini (bukan setakat retorik di FB ni je), esok pegi MPH atau KINOKUNIYA (atau mana-mana kedai buku) dan start beli dan pas tu start baca buku. Untuk yang masih belajar, mungkin reasonnya obvious tapi untuk yg dah kerja mungkin ada yang akan kata "aku dah habis belajar, kalau baca buku pun bukan boleh dipraktikkan". 

Tak!, tak!, walaupun kita dah habis belajar, buku-buku tu boleh mengubah pemikiran kita menyebabkan nanti kita akan jadi a better decision maker, a better person. Such a change in attitude and thinking will make all the difference; the difference that eventually will lead us to become the khalifah Allah on earth. But please, bacalah pelbagai genre dan sumber dan kalau boleh bacalah buku2 yang international supaya boleh countercheck pemahaman kita yang sedia ada. Banyak author2 Muslim peringkat international (kalau x nak sgt baca yang non-muslim tulis la). Nak buat ke tak ni? Kalau tak nak, please duduk diam diam k?

6 comments:

MFTAQIYUDDIN said...

Menarik Dr.Level saya?Jujurnya tiada satu pun yang saya tahu apa dituturkan diatas.Maafkan saya.

Saya kongsikan di FB.

ijad unisel said...

dr suharyo, indonesian, kalu x silap aku ada dalam geng2 dekat LHC ni. Tapi x sure islam ke bukan. aku pernah baca artikel dia

hatta said...

jgn jd mcm lagu "bangau oh bangau" yg hanya tahu slhkan org lain..tp kesalahan sendiri x nmpk..=)

Anonymous said...

Saya suka ayat ini "dengan tahu apa yang kita tak tahu, baru la kita sedar kelemahan kita maka kuranglah kita dalam menyalahkan orang lain"

Anonymous said...

saya juga graduan dalam engineering. saya betul-betul minat dalam ilmu physic, quantum mechanics, automation dan segala-gala technology yang ada.

Cuma satu je saya terfikir, selama berpuluh tahun saya hidup, asyik ilmu duniawi je saya cari. Saya tak pernah pun ambil tahu tentang tafsir al-quran. Buat apa baca quran dengan lagu-lagu kalau tak faham? kalau tak faham al-quran macam mana kita nak jadi muslim yang memang setiap gerak geri kita memang berlandaskan islam.

Masalahnya satu je skarang, terlalu banyak sangat orang yang terkejar-kejar dengan ilmu dunia, sedangkn takat akhir zaman ni, ramai sangat orang yang dah tak beriman, islam hanya dimulut. tunggang tonggek je smayang.

Apa yang umat islam perlu buat sebelum cari ilmu duniawi ni, ialah dengan memantapkan iman dahulu.
Iman itu dengan percaya dengan hati, sebut dengan lidah, laksanakan dengan perbuatan.

Sebab Allah dah pernah cakap,
"Kalau kita cari dunia, kita akan dapat dunia sahaja, tapi kalau kita cari akhirat, nescaya kita dapat kedua-duanya".

Mintalah hanya pada Allah (Allah banyak kali ulang dalam quran). Tapi manusia memang dijadikan sifat nya tak suka bersabar.

Kenapa Islam dulu betul-betul mantap? sebab mereka cuma berusaha 20% sahaja, tapi 80% lagi siang-malam berusaha memantapkan iman. Iman mereka dah tahap besi titanium alloy. Kalau ada umat-umat yang iman dah jatuh, mereka saling ingat memperingati. Ilmu agama mereka sudah cukup tinggi. Mereka bole berdakwah sambil kembangkan ilmu dunia.

Wallahualam

Anonymous said...

korang fahamkan dulu apa maksud Islam, apa maksud orang mukmin, apa maksud orang beriman.

Islam itu ibarat sebuah taman yang indah, yang di dalam taman itu ada pokok buah-buahan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran.

Orang yang masuk Islam itu sebenarnya baru masuk dan berada di pintu taman itu. Dia baru ambil tiket untuk membolehkan dia menjelajah taman. Syahadah itu ibarat tiket semata-mata. Dia masih belum tahu apa lagi yang ada di dalam taman itu. Sedangkan dalam taman itu ada bermacam-macam keindahan. Ada keindahan rasa, keindahan akal, keindahan pandangan dan pendengaran dan lain-lain.

Orang mukmin itu, dia sudah menjelajah taman. Sudah round taman. Dia sudah melihat keindahan taman.

Orang bertaqwa/beriman pula, dia sudah makan dan merasa semua buah-buahan dan sayur-sayuran dalam taman itu. Maka orang bertaqwalah yang paling tinggi.

Wallahualam.

Dipetik dari,
http://www.usahataqwa.com/umum/bezanya.html