SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS)
SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS) - click la kalau nak dengar...
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Saturday, 2 August 2014
MB SELANGOR: DEFINISI DAN PANDANGAN AKU TERHADAP POLITIK
Aku definisikan POLITIK sebagai sebarang usaha untuk mendapatkan KUASA (autoriti) bagi mencapai sesuatu MATLAMAT pihak yang diwakili.
KUASA itu penting kerana dengan KUASAlah baru kerja boleh dilakukan.
MATLAMAT itu penting kerana dengan MATLAMATlah kerja diselaraskan.
MATLAMAT pula adalah apa yang diingini dan diperlukan oleh pihak tertentu (PIHAK YANG DIWAKILI).
Tetapi politik kemudiannya menjadi dilemma apabila apa yang didefinisikan seperti diatas (yang sepatutnya membawa keharmonian dan kemajuan), sebaliknya sering menjadi punca perbalahan dan peperangan.
Ye lah, sejarah species manusia tak pernah berhenti dengan pergaduhan dan peperangan.
Dari Mesopotamia, Greek, Roman, khilafah Islam, pencerahan dan revolusi barat, perang dunia 1 dan 2, perang dingin, perang korea, perang vietnam sehinggalah sekarang di timur tengah, manusia tidak pernah berhenti dengan perbalahan dan pergaduhan.
Dalam konteks Malaysia sekarang, senario politik kita melihat kepada perbalahan diantara dua parti (BN vs PR) dan mutakhir perbalahan dalam PR sendiri (MB Selangor vs DAP/PKR vs PAS).
So, kenapa sesuatu yang asalnya nampak begitu jelas definisinya (seperti di atas) boleh juga membawa kepada perbalahan dan peperangan?
Yang pertama (1) adalah kepada ketidak persetujuan kepada kaedah mendapat KUASA. Kerana inilah kita sering memetik Machievelli "matlamat menghalalkan cara". Walaupun secara umumnya kita kaitkan pernyataan ini dengan konotasi negatif tetapi amat susah untuk kita bersetuju apa yang "halal" sebenarnya.
Pada Anwar menurunkan Khalid Ibrahim adalah "halal" tetapi "tidak halal" pada Dr Zuhdi, contohnya.
Yang kedua (2) adalah MATLAMAT itu sendiri. Matlamat bukan senang hendak dipersetujui. Dalam PR, satu-satunya matlamat yang benar-benar dikongsi bersama adalah untuk menjatuhkan dan menggantikan kerajaan BN.
Tapi persoalannya, adakah MATLAMAT itu sahaja sudah cukup? Jika matlamat ini dicapai nanti, bagaimana pula PR hendak mencapai matlamat yang lain kerana amat jelas matlamat2 lain PR berbeza dari satu parti ke parti yang lain.
DAP dengan meritokrasi Malaysianya (ataupun Malaysian Malaysia nya) dan PAS dengan penegakkan syiar Islamnya. PKR apa matlamat aku taktau.
Keadaan bertambah parah apabila sesuatu pihak sering kali dilihat terpaksa menggadaikan matlamat mereka semata-mata hendak kompromi dengan pihak2 yang lain.
Punca yang ketiga (3) adalah PIHAK YANG DIWAKILI. Tidak pernah ada satu pihak yang mewakili masyarakat manusia seluruhnya maka berlakulah faction.
Sparta utk Spartites, Troy untuk Trojans.
Fatimiyah utk Syiah Ismaili, Abbasiyah untuk sunni.
Oliver Cromwell untuk parlimen (puritan/protestants), royalist (atau Cavalier) untuk King Charles 1 dan 2.
Kemudian tentulah Hitler untuk bangsa Jerman dan keagungan bangsa Aryan. Dan seterusnya.
Dalam konteks ini di Malaysia, DAP dan PKR mempunyai kelebihan apabila mereka menggunakan terma perjuangan rakyat Malaysia walaupun kerap terma ini bermaksud kesamarataan dan meritokrasi yang juga dilihat sebagai satu usaha meng"liberal"kan perlembagaan.
Sementara PAS terpaksa membataskan terma kepada umat Islam. Walaupun PAS cuba membawa imej "for all" tetapi masih dipandang serong dan diragui oleh mereka yang bukan Islam.
Umno pula, terpaksa kerap menggunakan terma Melayu kerana dewasa ini mereka lebih terpaksa mempertahankan hak2 melayu seperti termaktub dalam perlembagaan berpunca dari desakan perjuangan "rakyat Malaysia" oleh DAP dan PKR.
Akhir sekali, punca yang keempat (4) adalah kecurangan kepada MATLAMAT.
Kerapkali apabila KUASA telah diperolehi, pencapaian MATLAMAT itu pula tidak dilakukan sepenuhnya. Ini berkaitan dengan amanah dan keikhlasan. Walaubagaimanapun persepsi kadar kecurangan ini berbeza dari satu individu kepada individu yang lain.
Mereka yang masih menyokong UMNO dan BN melihat kecurangan yang dilakukan (mestilah ada, mana ada yang sempurna) masih ditahap "terkawal" dan MATLAMAT secara keseluruhan telah pun (dan akan) dicapai, sementara, yang menyokong PR melihat kecurangan kerajaan BN terhadap MATLAMAT tidak boleh dibendung lagi; hanya menjatuhkan dan menggantikan BN denga PR sahajalah jalan yang ada.
Tapi, sedikit pemerintahan yang PR ada di Penang, Kelantan dan Selangor dilihat pula oleh penyokong BN sebagai tidak cukup memberikan bukti yang PR lebih cemerlang dalam menghilangkan kecurangan terhadap MATLAMAT yang mereka ingini.
Krisis MB Selangor contohnya. Pihak yang menyokong Anwar melihat Khalid Ibrahim sebagai MB yang tidak menguntungkan PR tetapi mereka yang menyokong Khalid mengatakan Khalid lebih mementing rakyat Selangor dari parti. Persoalannya, apa yang lebih penting rakyat atau parti?
Memanglah parti untuk rakyat tapi tanpa parti bagaimana MATLAMAT rakyat boleh dicapai?
Nampak tak chicken-and-egg nya?
So, macamana? Jika politik membawa kepada perbalahan dan peperangan, adakah harus kita meninggalkan politik? Tidak sama sekali tidak.
Walaupun species manusia tidak pernah berhenti berperang tetapi species manusia juga terus progress. Dan kita lihat wujud pihak dan masyarakat yang telah cukup matang sehingga mereka sudah tidak lagi berperang (kalau beperang pun dengan orang lain).
Sebagai contohnya negara-negara Eropah barat. Sejak perang dunia ke2 mereka sudah tidak berperang lagi dan sekarang terus mengorak langkah dalam menguasai dunia. Ini kerana mereka telah berjaya mengamalkan politik yang matang dimana mereka telah lama dapat bersetuju dengan perkara2 berikut:
1. kaedah untuk mendapatkan KUASA
2. kaedah penggunaan KUASA dalam mencapai MATLAMAT
3. MATLAMAT yang ingin dicapai
4. identiti diri PIHAK yang di wakili
Bagaimana mereka boleh mencapai ini? Semuanya dengan ilmu.
- Dengan ilmu mereka lebih senang bersetuju
- Dengan ilmu mereka lebih amanah, ikhlas dan baik hati (at least dari perspektif PIHAK mereka sendiri).
Ini kerana ilmu menjelaskan (meng"obvious"kan) perkara hatta politik.
Lebih jelas pilihan yang ada, lebih senanglah memilih.
Lebih jelas hakikat dan kenyataan, lebih senanglah menerima.
Lebih jelas kesalahan, lebih senanglah dijauhi.
Lebih jelas kebaikan, lebih senanglah diamalkan.
Lebih jelas kaedah, lebih senanglah dilaksanakan.
Lebih jelas matlamat, lebih senanglah dicapai.
Lebih jelas sesuatu, lebih senanglah bersetuju.
Jadi begitulah juga patutnya dengan kita. Jika kita hendak berpolitik (yang sememangnya kita mesti), MESTILAH DENGAN BERILMU. Jika ini kita dapat amalkan, insyaAllah, politik akan dapat membawa kepada keharmonian dan kemajuan dan bukannya perbalahan dan pergaduhan seperti yang kita sedang hadapi sekarang.
Sebab inilah berkali2 aku nyatakan:
"The measure of smartness of a society is the rate at which they come to an agreement".
wallahhu'alam
*aku mmg cenderung dengan politik. waktu aku kecik lagi, dua perkara yang aku minat, sains dan sejarah. sains membawa aku kepada computational mechanics sekarang ini dan sejarah membawa aku kepada FALSAFAH dan POLITIK. ooh yer, dari kecik juga aku minat music, sampai la sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment