Monday 23 April 2012

I AM 35 AND SHOULD HAVE BEEN THE CEO OF KPERAK IF NOT FOR.....


Where should I start? Cakap melayu lah ek sebab based on statistic blog ni, penulisan dalam bahasa melayu aku lagi ramai yang bacanya, mungkin lebih sikit feelnya kot.

Let’s start. Hari ni genap umur aku 35 dan tak tau kenapa, I always have this feeling that I am destined to be someone great but to be just that, I should  have done or achieved something great by this time of age (eh, tadi kata nak cakap melayu, hahahaha). Bukan apa, Dr Maza umur 32 dah jadi mufti, dan tengok la KJ and Rafizi Ramli, 36 and 35 respectively and frankly speaking, never I felt inferior when I compare myself with them. While yes, they are front lining the country because that’s what they do but when it comes to individual capabilities, I believe I am at par (if not more). 

Sorry, penulisan ni akan bunyi riak sikit tapi it got to sound like this for it to be natural (come on la, korang pun ada cakap besar dengan diri sendiri kan, dia bukan riak tapi more like a self-motivation, you know what I mean). So, kalau korang nak rasa selesa (tak de meluat bila baca), bayangkan korang dengar aku cakap dengan  diri sendiri dalam hati, ok?  

And guess what, such a sense, such a prediction seemed to be true when I got this called from Dato’ Zahir, Exco Negeri  Perak on 23th February (Thursday) saying that, in the just finished mesyuarat exco negeri, Menteri Besar of Perak, Dato’ Seri Dr Zambry had agreed to appoint me as the new CEO of KPERAK INC. Dato Zahir tanya aku bila boleh mula dan bila aku cakap bagi masa seminggu untuk aku uruskan perlepasan dengan UTM, dia cakap “seminggu tak pa la tapi jangan lama sangat” and he continued by telling me that MB himself had called NC UTM, Dato’ Zaini to talk about this. Wow! Waktu dia called tu aku tengah drive, so sampai je rumah aku terus jerit kat Lynn and told her the news and we hugged, and hugged and hugged because it was the news that we have been waiting for since January. So,  let’s rewind and go back a bit to January. 

But before that, kalau korang tanya kenapa aku tulis macam ni, macam nak buat novel pulak, jawapannya sebab asalnya aku tak nak tulis dan bagitau orang pun tentang perkara ni sebab nothing good can come and I don’t like sympathy because it does not help, bukannya korang boleh cakap atau pujuk UTM pun. So bila aku dah tukar fikiran ni, alang-alang nak cerita kat korang ni, aku nak la tulis all out apa yang aku, Lynn dan family aku rasa, perasaannya, perancangannya supaya it is well recorded. So boleh la jugak korang (yang berminat je la) kongsi rasa pengalaman tu, ala macam tengok movie la, you know what I mean. So let’s go back to January.

Awal Januari tahun ni, Midi (Scylla Operation) went for regular meeting with Dr Kamil, CEO KPERAK and at the end of the meeting Dr Kamil bagitau pada Midi yang dia perlu sangat jumpa aku secepat mungkin and when Midi told me about it, immediately, (as I said I have this sense right?) aku rasa dia nak jumpa aku sebab dia would like me to replace him. So, aku cari juga masa untuk jumpa Dr Kamil which one week after that (kalau tak silap aku la) and guess what, he did asked me to send him my resume. He told me, based on his observation on the software development project of ERCAD and IRCAD, he was confident that I would be the best man for the job (I will elaborate on this later).  Pas tu, aku balik and bagitau kat ayah, mak and of course Lynn dan we were so happy sebab this meant that kitorang akan balik kampung juga akhirnya after 17 years in JB. 

And from there on, aku ngan lynn tak habis-habis dan hari hari la berangan seronoknya dapat juga sudahnya balik kampung walaupun tak tau lagi dapat ke tidak nya post tu. We were so desperate to come back to Perak, even to have a possibility was enough for us to celebrate. Tapi, lepas sehari, sehari takda juga apa-apa  news, siksa oo. Kan ke penantian tu satu penyiksaan? Satu hari macam ada 134 jam, punya la lama nak esok. Sebab kitorang tahu yang Dr Kamil akan habis termnya hujung bulan Februari so the offer, if any, should have come soon right? It was January any way, how long could it be. Tapi news takda, takda juga, minggu dah berselang minggu dah we finally came  to the point, “tak da la ni, tak pa lah, Dr Kamil suruh hantar CV tu pun dah boleh kira sebagai satu kejayaan dah”. Sebelum aku proceed, mesti ada yang tanya, KPERAK tu apa? 

KPERAK ni adalah satu perbadanan Negeri Perak dan ia ditubuhkan untuk menguruskan whatever related dengan ICT negeri dengan focus utamanya ialah untuk membantu Perak mencapai tahap Knowledge Economy State by 2020 dengan menjadikan ICT sebagai catalyst. KPerak boleh dikatakan macam  MDEC dan SKMM untuk negeri Perak la. Yang lebih meng’eksotik’kan lagi ialah, KPERAK ni ditubuhkan khas seperti Insitut Darul Ridzuan or IDR. Kalau IDR adalah think-tank negeri perak bagi sosiologi, KPERAK ni think tank untuk ICT la gitu. Based on this criteria, kerajaan negeri insist supaya these two organisations to be led by scholarly personals. Chairman IDR, Dato Dr Abdul Rahman got a PhD and KPERAK was led by PM Dr Ahmad Kamil Mahmood,  an IT professor in UTP who’s PHD was in actuary science. Due to its  nature, KPerak needs someone who is not only good in managerial but also technical wise since the organisation is technical by nature and this what interest me the most; the technicality. To know about KPerak click here and to know about my involvement with Kperak leading to the appointment as its CEO, click here, here and here.

So, tunggu punya tunggu punya tunggu, Jumaat  (17 Feb) aku dapat SMS dari Dr Kamil. Berdegup-degup jantung aku macam nak baca surat UPU waktu nak masuk university dulu dan aku masih ingat lagi Dr kamil tulis macam ni “As salam Dr, bila free? Boleh kita lunch dengan Dato’ Zahir”. So Isnin nya aku pun attend la corporate lunch (or informal interview) dengan Dato’ Zahir. I found him very friendly and down to earth. Satu benda yang seronok bila berbual dan berbincang dengan orang luar UTM ialah they listen and pay attention pada aku. They made me feel appreciated. Susah sebenarnya kerja kat UTM ni sebab ini tempat aku belajar dulu, so I will always be treated as ‘students’ or ‘juniors’ and nobody take me seriously. Tak pe lah yang tu.  Dan aku yakin Dato’ Zahir berpuas hati dengan aku and he promised to recommend me to MB for the post. And we did also discussed about the salary and aha! it would be a JUSA post with a salary of about RM15,000 per month (FYI, at the moment I am gred 52). Of course money is not the main factor, but it is still a factor for sure, hahaha. So, it was a nice lunch and I really had fun and it was definitely a new experience.

After that lunch, things got more dynamic. We have started to hunt for a house in Ipoh, not only Lynn and me, not only my dad and my mom but also my auntie, uncle and cousins. Hahaha…our family is close knit you know and basically Sametok (the name of our family) are homesick type of people. We basically get together every month regardless of where we live, KL or even JB. Pasal tu la aku balik Perak tiap-tiap bulan. And the news of me coming home was not only celebrated by my nuclear family but the whole Sametok. If there is anything that I regret from this event is that I have disappointed my family, especially my parents who are dying to have me, Lynn and the kids in Talang so as to replace Ikmal (adik bongsu) who is leaving them after SPM. Sorry, sorry, sorry but don’t worry, we will be back in 2 and half years time (after serving the contract with UTM). Sementara tu dengar la lagu yang lin buat dulu tu (I am called Lin by the way):

“oh kasih, janganlah berduka,
ini, hanya sementara….”
Nak dengar lagu ni sampai habis, click here

And aku dengan Lynn bertambah rancak la berangan macamana nak hidup di Ipoh ni. “Deng (is what I called my wife), nanti petang2 abang balik kerja, terasa je nak lepak-lepak ngan mak dan ayah sambil minum petang, start je kereta setengah jam dah sampai, huhu…syok nyeeee” haha…aku mmg la macho tapi kalau aku dgn Lynn, dia cakap aku ni manja ngan cute. Aku tak tau la, dia yang cakap, kalau dia tipu, dia tipu la.

So following that lunch with Dato’ Zahir, tu la dalam sebulan after that aku dapat called yang 28th hb Februari tu dan malam tu (since it was the last day of Dr Kamil), Pn Tuntija, secretary KPERAK sms aku tanya whether  aku masuk ofis ke tidak keesokan harinya, aku cakap tak until aku dapat perlantikan rasmi.  Dan pada 5hb Mac, aku went tu Pejabat SUK Negeri Perak to pick up letter from SUK negeri untuk memohon peminjaman pegawai dari UTM and I was welcomed by Dato’ Asri Pengarah Pengurusan Sumber Manusia Negeri as well as by his staffs “selamat kembali ke Negeri Perak, Dr” ucapan diorang yang masih terngiang-ngiang dalam kepala aku. Dan again, I really felt appreaciated. Kat sini aku uploadkan salinan surat tu untuk tatapan korang seperti dibawah. Cool ek?
 Aku seronok sangat sebab aku rasa segala usaha aku selama ni akhirnya diiktiraf oleh negeri aku sendiri. Aku suka bila rasa diperlukan dan sekarang, negeri aku sendiri perlukan aku. Korang jangan la salah faham pulak, bukan la selama ini aku rasa tak diperlukan dan aku memang memenuhi keperluan Negara dalam bentuk menjadi tenaga pengajar. In fact,  jawatan CEO ini tak bermakna aku akan berhenti jadi academician. No, cuma jawatan CEO ini meluaskan lagi kegunaan aku, lebih ramai yang meng’guna’kan aku. Malah, aku bercadang kalau aku jadi CEO Kperak, aku still nak mintak perlepasan untuk mengajar selama tiga jam seminggu di UTP, that’s how I always want to associate myself with academia. 

Setelah dapat surat dari SUK tu, aku pun mulalah membuat permohonan secara rasmi dari UTM dan alhamdullillah semuanya berjalan lancar di Peringkat fakulti di mana kertas kerja kemudiannya di forwardkan ke pengurusan universiti dan sementara itu, aku dan lynn dah mula bungkuskan barang-barang untuk pindah, almari baju yang besar gedabak tu pun dah panggil orang bukak kan supaya boleh lepas pintu bila angkat nanti. Urusan sekolah anak-anak pun dah diuruskan dan sekolah dah dimaklumkan yang Haziq, Hasya, Nuha dan Binish akan pindah. Walaupun sedih sebab dah say goodbye pada kawan-kawan, tapi anak-anakk aku still seronok sangat sebab diorang tak sabar nak duduk di kampung, hehehe. Kitorang kelam kabut sangat sebab SUK mintak aku kalau boleh start 16hb Mac, tak sampai dua minggu dari tarikh surat. Kitorang just tunggu kelulusan akhir dari pihak pengurusan UTM je, itu je, dapat je, terus pindah.  

Aku memang cadang nak ambil cuti awal sebab nak readykan rumah di Ipoh so perancangannya 13 hb Mac (selasa) nak pindah la sebab 12 Mac (isnin) tu ada mesyuarat yang supposednya meluluskan permohonan aku tu.  So weekend tu semua dah ready  dah, barang semua dah dalam kotak tinggal nak angkat je dan ahad tu kitorang pergi ke Johor Premium Outlet kononnya buat kali terakhir. It was a lovely weekend as I remember.  Burung berkicau, langit berpelangi dan malamnya indah dipenuhi bintang-bintang yang berkilauan, ceeeewaaaaaahhhh…seronok ye? Aa ko tunggu esok pagi (Isnin). 

Esok paginya (Isnin, 12hb) kitorang tak sabar nak tunggu keputusan mesyuarat tapi kitorang dimaklumkan mesyuarat tu habis petang.  So tak pela, kitorang tunggu. Tapi…..aaa ni malas ni….dalam tengahari, aku dapat called dari Perak mengatakan pihak UTM dah menghubungi pihak Negeri Perak dan mengatakan mereka tak dapat mengizinkan aku menjawat jawatan CEO tu. Allah, lembik lutut aku dan tiba-tiba dunia rasa gelap. Aku tengok Lynn, muka dia dah takut dah, aku tak tau macamana nak bagitau tapi sudahnya aku bagitau jugak  dia dan kemudian kitorang bagitau kat anak-anak. Kitorang try to be and to look strong depan anak-anak, tapi ye la diorang budak-budak lagi so diorang menangis je la, susah nak pujuk. Diorang cakap diorang malu nak balik semula ke sekolah sebab dah ucap goodbye pada kawan-kawan dan diorang teringin sangat nak duduk kat kampung. Tapi malam tu sudahnya diorang tidur jugak so bila anak-anak dah tidur, giliran Lynn la pulak nangis. Aku terjaga dalam pukul 1 dia nangis lagi sebelah aku, pas tu aku terjaga lagi dia still nangis lagi dan aku terjaga lagi (dah dekat subuh waktu tu) dia still lagi nangis. Haish, ini yang aku tak tahan ni so pagi esoknya aku bangun dan aku nekad “ok deng, kita resign” so aku terus contact Dato Zahir untuk buat appointment dengan dia dan aku cakap aku ready to resign dan dia suruh aku jumpa dia kat Taiping haritu pukul 4, so lepas call (dalam pukul 9 pagi gitu) aku, Lynn dan anak2 terus shoot balik Perak dan sampai dalam pukul 2.30 di kuala dan pukul 4, ayah aku temankan aku ke Taiping. Ok, stop jap, aku nak gi hisap rokok dulu.  

So waktu aku jumpa Dato’ Zahir aku ulang lagi commitment aku untuk resign dan dia promise untuk cuba work it out for me. Tapi kemudiannya, aku dimaklumkan, masalahnya bukan aku resign atau tak, tapi selagi UTM tak beri kebenaran, kerajaan negeri takkan buat tindakan yang boleh jeopardize hubungan baik kerajaan negeri dan UTM. Lagi satu, aku memang tak boleh resign sebab lepas aku check dengan lawyer UTM, UTM punya undang-undang ialah kontrak tak pro-rate. Maknanya, walaupun kontrak aku tinggal 2 tahun setengah aje lagi, kalau aku resign sekarang, aku kena bayar balik full contract tujuh tahun tu termasuk gaji, hahaha. So, terpaksa la aku stay terus di UTM ni, tak boleh pegi mana-mana sampai habis kontrak.  

Dan kemudian, bila aku rujuk pihak atasan, alasan UTM tak beri perlepasan pada aku untuk  dipinjamkan untuk menjawat jawatan CEO KPerak itu adalah seperti berikut:
1)      Aku tak cukup experience
2)      Aku terlalu ‘berharga’ untuk dilepaskan

On point 1) aku rasa experience ke tak experience ke dia macam chicken and egg, kalau kita tak ambik experience tu macamana kita nak ada experience. Lagi satu, Dr Kamil, mantan CEO sendiri yang strongly suggestkan nama aku based on performance aku semasa kerjasama UTM-KPERAK, so as far as dia punya concern, aku dah cukup capable for the post, kalau tak dia tak suggestkan?
On point 2) pulak, aku cuma dipinjamkan selama dua tahun, bukannya aku pergi terus dan sepanjang dua tahun tu aku masih berkhidmat pada negeri dan Negara, bukannya aku pegi syarikat swasta dan buat duit untuk aku sendiri. Tapi takpelah. Aku tak nak panjangkan discussion on benda ni (reason aku tak dibenarkan pergi).  Di sini aku sertakan juga surat penolakan dari UTM kepada SUK Negeri Perak yang di salinankan pada aku seperti di bawah.
So itu la ceritanya, I am 35 and should have been the CEO of KPERAK if not for…..

So macamana aku sekarang? 

Aku frust tak? 

Frust tu frust la sebab aku ni manusia jugak. 

Aku depress tak? 

Entah lah, memang selama ni pun aku in the state of depression pun, bacalah entry-entry dalam blog ni dan korang akan perasan punya. So, kalau ada kecemerlangan aku, ia berlaku dalam aku in depression, jadi kalau aku depress pun sebab perkara ni, ia tak penting. 

Haa, ini yang penting, aku boleh terima tak?

Boleh je dan ini la yang dipanggil beriman pada Qada’ dan Qadar. Sebenarnya UTM tu buat penyebab je, yang tak izinkan aku pegi ni Allah dan ada la hikmahnya tu. Manala tau kalau aku pegi, aku jadi famous dan powerful, pas tu aku dingorat oleh Lee Hyori, hish nauzubillah. Daripada terinvolve dengan scandal, lebih baiklah aku duduk di UTM ni dan membahagiakan isteri dan anak-anak aku . Ala, contoh je la..

Dan of course sebagai cikgu, aku kena terima. Kalau tak, macamana aku nak ajar students-students aku,  adik-beradik aku dan masyarakat aku tentang hakikat menerima takdir dan tidak berputus asa, kan? kan?

Dan last sekali, will I still be a great man?..............................Wallauhuallam

Aku leave korang dengan lagu aku di bawah ni tajuk SELAMAT TINGGAL UTM (bukan sekarang la, lagi 2 tahun setengah...hahaha)

7 comments:

MFTAQIYUDDIN said...

Assalamualaikum

Alhamdulillah Dr. Dan selamat berumur 35 tahun.

Norhazilan said...

tak tau nak cakap apa....tapi aku sendiri rasa marah dengan UTM.... orang muda disekat...hanya kerana kita nak jadi hebat

D'IMPIAN INN said...

Salam buat sahabatku

Anda hebat, banyak idea hebat, orang biasa tidak dapat menghayatinya. teruskan usaha...orang hebat macam aku je yang tahu ke hebat>>>hehe

Airil Haimi Adnan a.k.a. Teech said...

Assalamualaikum Airil,

All this time: (1) I didn't know you're also from Ipoh; and (2) I am older than you by a year, I thought you were older, brother.

Memang sebenarnya dalam minda kita (semua) kita adalah hero, wira yang perdana lagi satria.

Akan tetapi, realitinya jalan hidup kita memang tidak pernah mudah.

Dan rezeki yang sudah ditentukan untuk kita kadangkala dicantas oleh tangan-tangan manusia lain...

Yes, you are now 35. And true, that CEO position is practically yours.

In time, soon. Insya-Allah.

Salam hormat,

-airil-

UTM student said...

takpe doc 2 tahun je lagi..bukan lama pun. I think you will become a great man like KJ. InsyaAllah~ amin..

Anonymous said...

salam Dr., a very positive thinking there. for u to better accept the situation, i suggest a japanesse drama for u. the title is "Bambino!". i can see its related to u somehow.thanx.

Airilsametok said...

MFTAQIYUDDIN, D'IMPIAN INN and UTM student: thanks a lot!!

Norhazilan: Aku nak ciow, hang?

Teech Airil: What an honour! Came across your name many time and I have visited TeechConsult website; what a great job you are doing out there. I hope we can collaborate some time in the future since we are both 'orang Peghok'.

Anon 13:48: yeah, I have watched the Japanese series. It was indeed very good and relevant, I guess.