Saturday, 6 September 2014

TG HADI AWANG, DS WAN AZIZAH DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN


Sesiapa yg dah tengok video ceramah Tuan Guru Haji Hadi harini akan tau yg beliau mmg dah berpatah arang berkerat rotan. 

Bila beliau dengan explicitnya (terang-terangan) kata DS Wan Azizah tak layak jadi MB, maka terjawab lah teka teki selama ini berkenaan apa pegangan sebenar TGHH terhadap isu ini. 

Selain itu, bila beliau kata "mana boleh buat Raja macam tunggul (kayu)", aku lega sangat because kita rakyat Malaysia mmg sepatutnya berjiwa dan berfikiran begitu (mcm TGHH). 

Betul kita amalkan demokrasi, tapi tiada sistem demokrasi yang general; setiap sistem demokrasi itu akan ada ciri2 setempat yang perlu ditaati. 

Demokrasi Britain tak sama dengan demokrasi di US maka begitulah juga kita. Demokrasi kita adalah Raja Berpelembagaan. Sudah digariskan apa hak dan peranan kerajaan dan Raja (Sultan). 

Dan dalam isu MB Selangor, tiada lagi hak Sultan jika hanya satu nama diberi kerana hak Sultan adalah MEMILIH. Seperti kata TGHH (dan juga kata aku dalam post FB last week), apa MEMILIHnya kalau hanya ada satu nama? 

Bukannya Tuanku hendak menidakkan HAK MAJORITI, Tuanku masih akan melantik dari kalangan PR tapi Tuanku ingin MEMILIH orang yang baginda berkenan dan INI HAK TUANKU.

Dari perspektif ini, boleh kita katakan PKR dan DAP lah yang tidak mengamalkan konsep demokrasi yang kita telah setuju untuk mendokonginya iaitu Sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan. Sebaliknya, mereka dengan sombongnya mencabar DEMOKRASI KITA yg kita junjung selama ini. 

Tak kiralah sekuat mana PKR dan DAP menjerit mencanang mereka mengamalkan "demokrasi sebenar" (walhal hanya hampir kpd konsep demokrasi US), AKU SIKIT PUN TAK RESPECT sebab itu bukan demokrasi kita; itu bukan sistem raja berpelembagaan. 

They can shout as much and as loud as they want, I just couldn't be bothered. 

PERIOD.

1 comment: