Saturday, 19 October 2013

BUAT TV DAN SAINS MENYESATKAN?



Sekarang ni dengan adanya TV, kita boleh tengok secara live umat Islam tawaf di Makkah, dapat dengar khutbah jumaat live dari Masjid Negara dan belajar dari kuliah2 agama di TV.

Tapi pernah ke kita terfikir bagaimana TV boleh bagi kita semua ni? kata lainya, have we ever wonder how TV works?

Sebenarnya, teknologi TV ni "senang" aje. TV kita terdiri dari jutaan point pada screennya dan gambar akan terhasil apabila point2 ini memberikan warna sepatutnya.

Analogynya macam kita nak buat lukisan, kita akan pecahkan lukisan tersebut kepada grid2 dan lukis dalam grid2 tersebut. Jika grid2 tu kita kecilkan lagi, sampai satu tahap, satu grid cuma perlu satu warna sahaja. Inilah juga konsep TV.

So far ok? boleh faham macamana gambar atau imej boleh terbentuk dekat skrin TV kita?

kalau faham, boleh la kita bincangkan pulak macamana kita boleh tahu warna apa nak pakai pada point2 di screen TV kita agar ia dapat berikan gambar seperti yg sepatutnya i.e kalau orang tawaf di makkah, kita boleh nampak diorang tawaf keliling kaabah sedangkan kita jauh beribu batu.

Senang aja, analoginya, katakan lah ada kawan kita di mekah ketika ini dan memberitahu kpd kita di Malaysia melalui telefon bahawa point ini warna merah, point itu warna hitam, point sana warna hijau dan seterusnya. Bila kita siap warnakan point2 ni selengkap2nya, kita akan dapat gambar pada screen tv kita yang menunjukkan apa yg sedang berlaku disana.

itu analoginya, tapi konsep sebenar yg digunakan tak la pulak jauh sangat. basically, di mekah kita akan ada transmitter yang akan hantar signal dan di Malaysia akan ada receiver yang menerima signal2 ini. Signal2 inilah yg akan bagitau point2 di screen TV nak guna warna apa, just macam yang dah kita bincangkan diatas.

tapi persoalannya, macamana signal2 ni boleh bagitau warna apa nak guna? pun senang juga. signal ni boleh diadjust frequency, amplitude dan wavelength nya. Frequency sekian, amplitude sekian dan wavelength sekian bermaksud warna hijau contohnya. seterusnya, value frequency, amplitude dan wavelength yang lain di set kan khas untuk warna biru, merah, biru air laut dan lain2.

Sbg contoh, sebabkan kita boleh adjust frequency dan amplitude wave ini, itu la si Morse (orang yg buat Morse Code) define kalau bunyi

- tut tuuut maknanya A
- tuuut tut tut tut maknanya B
- tuuut tut tuuut tut C

so dalam kes TV kita, boleh la di setkan so that

-tut tut tuuuut tuuut tut maknanya BIRU

- tut tut tut tuuut tuuut HIJAU

dan seterusnya, ada faham?

tapi, macamana kita boleh adjust value frequency, amplitude dan wavelength ni? aaaaa, ini la ilmu yang kita panggil electromagnetic theory. Bila james clerk maxwell jumpa theory ini lewat kurun ke 19, manusia utk pertama kali sedar akan wujudnya satu bentuk medan yang baru.

medan ini sangat pelik kerana ombaknya (its wave) boleh bergerak tanpa medium. Disebabkan tak perlu kan medium, ia bole bergerak JAUH dan LAJU; sejauh alam ini dan selaju cahaya (cahaya ialah salah satu electromagnetic). Antara ombak2 electromagnetic ini, itulah yg kita ada radio wave, micro wave, x rays dan gamma rays.

Sebabkan tak perlukan medium jugalah, wave2 ini sahaja yang boleh bergerak di angkasa lepas, dari satu planet ke planet yang lain, dari satu galaksi ke galaksi yang lain sebab angkasa lepas adalah vakum (tiada medium). Benda lain tak boleh, bunyi tak boleh, angin tak boleh, semua tak boleh la senang cerita.

So kalau boleh travel angkasa lepas, tentulah wave ini juga boleh travel dari Mekah ke Malaysia kan? Bila dah tahu hakikat ini, manusia pun berpecah kepala nak eksploit wave2 ini dan akhirnya kita berjaya hasilkan TV, satelit, radio, wifi dan lain2 teknologi.

Teknologi2 diatas semua gunakan sejenis wave electromagnetic iaitu Radio wave.Pasal tu la radio kita dipanggil radio.

Tapi macamana wave ni boleh bergerak di angkasa lepas? macamana ia boleh bergerak tanpa medium? macamana kita tahu semua ni?

semuanya bermula apabila james clerk maxwell berjaya derived empat partial differential equations yang relate magnetic strength, magnetic density, electrical strength dan electrical density secara serentak.

Dan apabila partial differential equations ini diselesaikan, ia beritahu kpd kita, apabila medan electric berubah ia akan menghasilkan medan magnetic dan bila medan magnetic ini pula berubah ia akan menghasilkan medan electric. So penghasilan medan yang bergilir-gilir ini menyebabkan wave electromagnetic itu terus bergerak tanpa memerlukan medium. Ada faham?

Kesimpulan:

1. Teknologi membantu kehidupan kita termasuk dalam perihal ibadat dan agama.

2. Teknologi sebenarnya tidak sukar untuk dibuat dengan syarat kita benar-benar faham ilmu dibelakangnya.

3. Kita masih gagal menghasilkan teknologi kerana kita tidak cukup ilmu. Keadaan ini diterukkan lagi apabila kita "benci" terhadap ilmu, kita "malas" nak belajar ilmu bahkan ada yang kata ilmu sains adalah menyesatkan sedangkan kita naik KAPAL TERBANG utk ke mekah, kita guna MICROPHONE utk bagi khutbah jumaat, kita guna KIPAS utk sejukkan badan kita dalam masjid, kita OPERATION lutut kita supaya tidak sakit lagi bila sujud. (semua teknologi huruf besar diatas dihasilkan dari ilmu/teori electromagnetism)

4. Sumber ilmu sains moden berasal dari partial differential equations (PDE). Dalam kes yg sedang kita bincangkan, PDEnya adalah maxwell equations. Dari PDE ini dan ilmu yg terbit darinya, barulah ia dieksplotasi utk hasilkan teknologi spt TV, satelit, mobile phone, kapal terbang dan lain2.

5. so utk buat teknologi2 ini, kita perlu faham PDEnya. ini juga bermaksud, kalau kita as a society dan negara masih gagal menghasilkan teknologi2 kita sendiri, itu menunjukkan kita masih belum lagi menguasai pemahaman sebenar ilmu sains dan matematik kerana kita gagal memahami dari peringkat PDE (first principle) nya lagi.

*aku tulis ini kerana semalam ada orang komen dalam blog ni, bukan satu tapi sampai lima komen mengkritik seruan aku agar umat islam rajin belajar dan menguasai ilmu sains, matematik dan kejuruteraan. Pada aku, inilah golongan agamawan ortodok yang menjadi penyebab kepada kenapa orang Islam terus bergaduh sana sini, miskin dan ditindas tapi terus tak sedar diri dan tidak mahu mengubah hidupnya. Yang dia tahu hanyalah menyalahkan orang lain atas musibah yg menimpa dirinya.

Antara yang dia tulis aku cut and paste disini

"sebenarnya, secara senyap2, ilmu duniawi ni lah yang sedang menyesatkan umat-umat islam zaman sekarang."

"Kenapa Islam dulu betul-betul mantap? sebab mereka cuma berusaha 20% sahaja, tapi 80% lagi siang-malam berusaha memantapkan iman."

"korang fahamkan dulu apa maksud Islam, apa maksud orang mukmin, apa maksud orang beriman."

"Jadinya, kalau ilmu dunia kita ni dah terlalu banyak sangat berbanding ilmu islam, cube kengkawan pikir, kita hidup berlandaskan apa sekarang?"

Pada aku, orang yg macam ni adalah golongan warak yg bodoh dan memalukan (aku tak refer dia ulama sebab ulama bermaksud orang yg berilmu).

2 comments:

Anonymous said...

Itulah sebabnya kenapa Allah SWT jadikan langit dan bumi dan tumbuh-tumbuhan, di dalamnya adalah sains Allah SWT Yang Maha Agong. Kalau tak, tak kan lah Allah SWT minta kita bertafakur akan kejadian di langit dan di bumi. Semua itu adalah sains. Sains apabila disatukan dengan agama, menguatkan lagi iman kita kepadaNya. Itulah tujuan iman sebenar, untuk mencariNya dan mengenalNya.

Anonymous said...

Kejuruteraan, Matematik dan Sains adalah perbendaharaan seni Allah SWT yang berkomunikasi dengan manusia dengan caraNya yang Pintar dan Dinamik. The Secret of Hajj : The Quantum Mechanics of The Nervous System Through Hajj Engineering oleh Maryam, membuka mata kita bahawa Haji tidak dijuruterakan oleh Allah SWT melainkan untuk mewujudkan insan yang pintar dgn kuasa-kuasa tertentu. Semua ciptaan Allah SWT telah dijuruterakan dengan sains dan matematik dgn ukuran yang pasti kerana semua ciptaan ada ukuran bagiNya. Bagi yg faham, dia faham lah bahawa ketiga-tiga subjek ini amat penting bagi membangun tamaddun umat Muhammad yang pintar-bijaksana-berkuasa-kaya..yg tak mau ambek tau pasai semua ini selalu bg alasan ianya duniawi...bertafakurlah umat Muhammad, Yahudi gagah perkasa & genuis kerana mereka meneroka...kita sebagai orang islam? renung renungkanlah