SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS)
SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS) - click la kalau nak dengar...
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Tuesday, 19 November 2013
SAINS DAN MATEMATIK MEMBENTUK PERWATAKAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT SISTEMATIK
Nota: utk mengelakkan sebarang kontroversi, kita mulakan tulisan ini dengan pernyataan
"Sains dan matematik adalah ilmu Allah. Dan semua ilmu Allah akan membawa kebaikan jika diamalkan dengan betul"
diikuti dengan firman Allah
“Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.(Az-Zumar: 9)
Ok, dengan dua perenggan di atas, insya Allah tiada kontroversi so let's start.
Sains dan matematik, dengan fahaman dan amalan yang mantap, akan mempengaruhi corak pemikiran dan tatacara kehidupan kerana:
1. Sains dan matematik melatih seseorang untuk menjadi orang yang consistent kerana formulasi sains dan math is all about consistency. Ia bermaksud, a valid argument or principle will always remain valid. Utk seseorang yang bekerja dengan sains dan matematik, beliau secara sedar dan tidak sedar dilatih untuk menjadi man of principle. Kalau hari ini dia tak buang sampah merata-rata, minggu depan pun dia tak buang sampah merata-rata. Dia akan rasa bersalah jika dia buang sampah merata-rata.
2. Formulasi sains dan maths sentiasa ingin cuba mengelak contradiction, jika adapun, ia akan dianggap paradox dan akan dicuba untuk selesaikan. Jika tidak boleh juga, then ia akan dianggap hypothesis dan theory yang baru but until then, contradiction adalah sesuatu yang cuba dielakkan. Kesannya, orang yang dibiasakan dengan sains dan maths akan cuba mengelakkan diri dari menjadi hipokrit. Kalau A, A lah, kalau B, B lah. Kalau dia rasa boleh dia kata boleh tapi kalau tak, dia kata tak boleh. Dia akan walk the talk dan until dia able to walking the talk, dia akan cuba buat dulu then baru cakap. Dia akan cuba dapatkan or buat proof untuk support opinion dan tindakan dia.
3. Kerja-kerja sains and maths perlukan sifat critical untuk progress. Untuk jadi critical, sains dan maths perlukan data dan knowledge diselidiki tanpa prejudis. Ini amat berlawanan dengan dogmatic. Kesannya, mereka yang dipengaruhi pemikirannya oleh sains dan matematik tidak mudah menerima sesuatu tanpa usul periksa tetapi akan mempertimbangkan semua; open minded. Mereka tidak benarkan orang lain membuat keputusan untuk mereka tetapi mereka akan membuat keputusan sendiri setelah membuat analisis yang mempertimbangkan semua sumber yang possible diperolehi dan dari semua orang.
4. Formulasi sains dan matematik juga biasa dengan konsep memudahkan persamaan umum kepada khusus agar penyelesaian dapat dicapai. Ini melibatkan penggunaan-penggunaan assumptions yang berkaitan serta limitations dan toleransi ketepatan yang terhasil. Dengan ini, seorang individu akan lebih realistic dan objective sifatnya. Dia tahu setakat apa yang boleh dicapai dan apa yang perlu di"sacrifice"kan. Dia akan lebih conscious on the cause and effect. Dengan mengetahui limitations sesuatu keadaan, dia akan lebih bertoleransi.
Berdasarkan keempat-empat point diatas boleh di simpulkan sains dan matematik membentuk pemikiran dan tatacarahidup seseorang individu yang:
1. consistent (man of principle)
2. non-contradicting (not a hypocrite)
3. critical but open minded
4. realistic, objective, conscious and tolerant
Bagaimana ini membentuk masyarakat yang sistematik pula? Of course, individu membentuk masyarakat. Jika majoriti individu didalam masyarakat tersebut systematic, naturally, masyarakat tersebut akan turut menjadi sistematik.
Bagaimana pula masyarakat yang sistematik boleh membawa kepada taraf kehidupan yang lebih tinggi dan selesa serta harmoni? Sebagai contoh, boleh dihujahkan kehidupan di negara maju lebih selesa dan harmoni disebabkan oleh pemahaman mereka yang lebih baik dalam sains dan math (sains dan math lah sesuatu yg mereka ada tetapi kita tidak ada, so itu mesti puncanya) tetapi bagaimana ini boleh terjadi?
1. Dengan being consistent, seseorang atau satu masyarakat itu boleh mengerjakan sesuatu tugas dengan berpanjangan secara tekun dan iltizam serta terancang yang biasanya akan membawa kejayaan. Being consistent juga bermaksud berdisiplin maka seseorang atau satu masyarakat yang consistent akan lebih senang diuruskan dan dikawal maka kurang kacau bilau. Bila kurang kacau bilau, tenaga dan masa boleh lebih banyak digunakan untuk kebaikan.
2. Dengan being non-contradicting, seseorang atau satu masyarakat itu akan lebih ikhlas dan kurang menipu. Bila ikhlas, output lebih berkualiti, lebih baik fungsinya dan lebih mahal harganya bila "dijual". Bila kurang penipuan, kurang kacau bilau dan ketidakadilan maka lebih aman, maka lebih banyak masa dan tenaga untuk kebaikan.
3. Dengan being critical, seseorang atau masyarakat itu akan lebih dynamic dan progressive kerana mereka sentiasa mahu perubahan kearah yang lebih baik dengan cara menilai semula sistem yang ada, jika ada kelemahan akan dibetulkan, jika ada kebaikan ditambahkan lagi. Criticality memerlukan oped mindedness agar tiada teguran yang terlepas pandang, tiada prejudis yang menutup pandangan maka perubahan yang baik sentiasa akan dibuat. Seterusnya, bila terbiasa dengan sifat open minded ini, seseorang atau satu masyarakat itu tidak mudah berkecil hati dan tidak mudah rasa terhina yang kesannya akan mengurangkan pertelingkahan kerana selalunya, sifat mudah berkecil hati dan senang terasa dihina lah yang mencetuskan pergaduhan. Sekali lagi, bila kurang pertelingkahan, masa dan tenaga akan lebih banyak available untuk kebaikan.
4. Dengan being realistic dan objective, seseorang atau masyarakat itu boleh merangka kerja yang boleh dicapai secara optimum dengan "cost" yang rendah dan rendah juga risiko kegagalannya. Selain itu, mereka akan lebih realistic dengan sesuatu keadaan yang melanda dan tidak capat melatah, kurang sifat menghukum serta lebih tolerant. Ini menyebabkan mereka menghadapi permasalahan dengan tenang dan objective.
So persoalannya:
1. Adakah kita, as an individual bersifat consistent, non-contradicting, critical but open minded, realistic, objective, conscious dan tolerant?
2. Adakah masyarakat kita bersifat consistent, non-contradicting, critical but open minded, realistic, objective, conscious dan tolerant?
Jika ya, sila nyatakan (dalam hati) usaha atau project jangkamasa panjang yang kita sedang buat sekarang secara tekun, iltizam dan terancang? Jawabkan juga untuk masyarakat kita.
Jika ya, sila nyatakan (dalam hati) apakah kualiti kerja kita? Apakah bukti yang kita telah walked the talk? Jawabkan juga untuk masyarakat kita.
Jika ya, sila nyatakan (dalam hati) adakah kita benar2 kritikal? Adakah benar kita dengar semua pendapat tanpa prejudis?Jawabkan juga untuk masyarakat kita
Jika ya, sila nyatakan (dalam hati), adakah kita selalu marah dan tak puas hati dengan orang? Jawabkan juga untuk masyarakat kita.
Jika jawapan kepada persoalan2 diatas kurang memuaskan, itu menunjukkan kita atau masyarakat atau kedua-duanya sekali masih belum cukup sistematik dan ini MUNGKIN disebabkan oleh cara kita dan masyarakat kita belajar dan faham maths dan sains tidak betul dan belum cukup lagi seterusnya menyebabkan ciri-ciri kebaikan yang sepatutnya datang dari ilmu-ilmu tersebut tidak terserap dalam pemikiran dan tatacara hidup kita dan masyarakat kita.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Doc,
Seandainya "wisdom" dapat di lihat, di pegang dan diukur maka complete lah gandingan sains dan mathematik (knowledge) beserta wisdom (application). Adakah ini hanya possible di Jannah kelak?
Post a Comment