Wednesday, 28 August 2013

WAHABI AND SUFISM: MY OWN EXPERIENCE


Lama dah tak blogging, kena sindrom post general election burnt out...haha.

Ok lah, aku revive writing aku kat sini dgn discussion on wahabi and sufism through my own experience. First time aku ada experince ttg wahabi dan sufism ialah suatu aku buat PhD di Imperial College London dan uniknya, aku encounter dua2 perkara ni serentak. Bila aku fikirkan balik knp benda ni terjadi, of course dgn kehendak Allah, tapi as sebabnya ialah surrounding aku waktu tu, being in Imperial and doing my PhD somehow turned on my appetite for knowledge, i want to know more, be it my engineering subjects or the "life" itself. Everything became mysterious till I couldnt help myself from venturing more and deeper. Itulah aura budaya ilmu disana.

First time aku tau ttg wahabi/salafi bila aku attended this lecture given by a Muslim Professor in Theoretical Physics dari University College London yg bertajuk "Quantum Mechanics and the Existence of God". Aku tak sabar nak attend lecture ni sbb aku was informed yg dia juga Al-Hafiz (hafal Al-Quran). Mmg la best sgt lecture dan dia basically cakap ttg how agama, terutamanya Islam tidaklah anti-science malah sentiasa terbuka utk scrutinize (meneliti) penemuan2 terbaru. Secara khususnya beliau relatekan beberapa hypothesis quantum mechanics dgn beberapa konsep yg sediaada dlm ilmu Islam.

Tapi yg lebih meninggalkan kesan kpd aku adalah apabila beliau menyatakan how he used to love buku2 tulisan Stephen Hawking, Richard Dawkin, John Gribbin dll (buku2 yg aku pun suka baca) dan sgt kagum dgn buku2 ini sehinggalah dia membaca buku2 ibn taimiyya. Selepas membaca buku2 ulama islam yg agung ini, beliau terus merasakan buku2 hawking, gribbin tadi hanya so-so aje atau biasa2 aje.

Wow, saat tu aku teruja gila sbb this professor, bukan shj mengajar di worldly famous university, expert in theoretical physics, hafaz al-quran pulak tu, read all the books by hawking, gribbin dll suddenly puji dan mengagumi 700-800 years writing of ibn taimiyya. Dia bukan tak tau science (theoretical physics is the most difficult topic) dan dia juga alim dan warak (hafaz al-quran).

so start dari tu aku berazam to learn more about ibn taimmiya, attended discussion (usrah), baca buku2 yg secara naturalnya mmbawa aku kpd konsep wahabi/salafi. aku tak nak cerita panjang on konsep of wahabi kat sini (mungkin lain kali) tp secara ringkasnya wahabi cuba mengembalikan syiar islam dgn menghujahkan al-quran dan as-sunnah itu kekal sepjng zaman tetapi pemahamannya, di ulang, PEMAHAMANYA perlu dibuat mengikut zaman krn pemahaman perlu berdasarkan ilmu dan ilmu pula bertambah dari semasa ke semasa dan berdasarkan konteks.

Kemudian aku pun terdedah lah kepada penulisan2 Ziauddin Sardar, Muhammad Iqbal dll dan seterusnya mengikut dgn minat tulisan2 Dr Maza.

Pengalaman aku dgn sufism atau tasawuf, spt aku ckp tadi, juga bermula serentak. Waktu aku sampai di London, aku berkenalan dgn sepasang suami isteri staff UKM (ke UPM) yg both buat PhD kat Imperial dlm chemical engineering, Bro Saiful namanya dan dia selalu bercerita ttg tasawuf dan tariqah menyebabkan aku nak tahu lebih lanjut.

Sehinggalah satu hari, selepas bersembang beberapa kali ttg sufism, tasawuf dan tarikat, bro Art Fazil aka Rilek Brader (aku baik dgn dia dulu dan harap dia tak kesah aku petik nama dia ni hehe, boleh kan Art?) ajak aku join dhikir tarikat Naqshbandi kat satu masjid di North london. Dan sejak haritu, aku kerapla join session dhikir ni kat masjid2 dgn dia dan ada sampai ke Luton.

Aku berpeluang bersembang dan berbincang dgn kawan2 tarikat ni dan mula kenal dan membaca buku2 syeikh nazim, syeikh hisham kabbani (the former learned chemical engineering and the latter chemistry during undergrad ) dan of course my favorite scholar, MIT masters in physics and harvard's phd, Syeikh Hossein nasr. Bila balik msia, aku discovered that Dr Osman Bakar professor di UM adalah student PhD Hossein Nasr dan masternya dlm mathematics and algebraic group theory. So aku start la baca buku2 dia juga.

Sama jugak, aku tak nak cakap in detail ttg sufism/tasawuf ni (lain kali aku ckp) cuma yg menarik pada aku adalah konsep ihsan yg dipromotekan oleh oleh sufism ini. Apa yg aku faham, ihsan inilah yg akan menjadikan kita cemerlang, baik hati, kerja kuat2, belajar rajin2 sbb whilst rukun islam dan rukun iman adalah berkaitan affair kita dgn Allah, ihsan pula berkaitan dgn affair kita dalam kehidupan alam ini. utk jadi orang islam yg syumul, kita kena berpegang dan beramal dgn kuat ketiga2 ni, rukun islam, rukun iman dan ihsan.

Tu la pada aku, bila syed qutb cakap di negara bukan islam ada islam ttp tiada orang islam ttp di negara islam ada ramai org islam ttp tiada islam, dia merujuk kpd ketidakfahaman kita terhadap konsep ihsan ini. Sebab tiadanya ihsan la kita tak pandai, mundur, miskin dan bergaduh sana sini.

Dan berdasarkan pada pengalaman aku ni, aku dapati perbincangan, tak kesahlah wahabi ke atau sufism ke, semuanya highly intelectually. Dan nama2 yg aku sebut diatas, kesemuanya scholar islam masa kini yg berkongsikan satu characteristic yg sama, mereka habiskan dulu pengajian scientific mereka sebelum venture into the debate on islamic view and philosophy. aku senaraikan ok:

1. professor physics yg bg lecture tu
2. ziauddin sardar (undergrad in physics, master in IT both from City U london)
3. muhammad iqbal (undergrad cambridge, phd munich)
4. Dr maza (post doc oxford)
5. Syeikh nazim (chemical engineering)
6. Syeikh hisham kabbani (degree in chemistry then degree in islamic devine law)
7. syeikh hossein nasr (MIT master in pysics and Harvard phd in history of science)
8. Prof. Dr Osman bakar (bachelor in physics, master in mathematic both from bedford college and phd in philosophy from temple u)

so apa yg aku harap dr tulisan aku ni:

1. students aku belajar la rajin subject engineering dan juga agama

2. tapi belajar tu biarlah dgn hati yg terbuka, tidak berat sebelah dan considerlah pelbagai sumber dan belajarlah dalam2. subject engineering tu belajar mechanicsnya, mathematicsnya, jgn setakat nak exam utk dpt A aje. belajar betul2 sbb ikhlas nak faham supaya boleh jadi pandai nanti bole bangunkan agama, ummah dan negara.

3. habiskan lah dulu pembelajaran, kuatkan lah dulu kefahaman and until that is achieved, kurangkan lah dulu hukum menghukum, salah menyalah.

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR!!!

Allah knows best

3 comments:

Anonymous said...

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/08/siapa-musuh-orang-islam-yang-sebenarnya.html

Fadil Othman said...

as salam Dear Dr Airil,
Mohon izin untuk turut bersama atas dasar ihsan...sebaik-baik insan itu adalah yang beri manfaat kpd sesama insan.....saya bukan bermaksud nak bersyarah, lagipun saya sudah YB dari kerja ini sejak akhir Jun 2013.Maaf ye jika terkasar bahasa atau kata, atau terkasar infonya.Saya doakan juga agar anda akan dipandu Tuhan sebagaimana yang anda pinta setiap hari tidak kurang 17 kali menyebutnya....dalam solat.MOHON IJIN YA Pak Dr Airil.Sekian dulu buat sementara hingga dapat ijin daripd anda.maaf zahir batin dan wassalam daripada Pak Lang Aji Fadilosman; YB bermaksud Yang Bersara Bebas, bukan parti bebas atau pendakwah bebas.

Fadil Othman said...

Tahniah bisa tulis memacam ini dlm blog...apa bisa saya kongsikan sama all the info you have in the blog.