Saturday, 21 April 2012

HUDUD



Aku yakin semua orang terima hudud tu wajib, tak kira Pas ke Umno ke. Cuma kalau orang Umno cakap, orang Pas dengar lain dan sama juga, kalau Pas cakap orang Umno dengar lain. Yang Mahathir cakap tu, orang ramai yg salah faham. Kalau benar Mahathir tu totally salah dalam hal ni, dah tentu Dr Maza tak back up dia pun, ni Dr Maza siap explainkan lagi apa yg Mahathir cuba sampaikan waktu tu. Nampakkan gaya, aku rasa Mahathir ngan Dr Maza selalu berkomunikasi.

Tapi persoalan yg lebih utama kat sini ialah, kenapa Malaysia tak buat hudud lagi? Pada pendapat aku, sebab utamanya ialah kita tak macam negara Arab yang 90-100 % rakyatnya Islam. To the other end, kenapa orang Islam kat US atau kat UK tak berkeras mintak kerajaan US dan UK buat hudud? Sebab diorang minority kan? 

So Malaysia ni kira tengah-tengah la, nak kata 100% Islam tidak (Malaysia ni dalam 55%-60% je rakyatnya Islam) nak kata minority pun tidak. So, kita kena terima hakikat yang kalau kita nak buat hudud, tak sesenang negara Arab tapi tak la pulak se‘susah’ di US atau di UK. So bolehlah dibuat kesimpulan awal, walaupun rata rata kita ingin melihat hudud dilaksanakan, kita kena juga dapatkan persetujuan kaum cina, india dan lain-lain. 

Kengkangan ini bukan pada Umno saja, Pas pun macam itu juga.  Dulu bila Nik Aziz nak masukan enakmen hudud dan qisas untuk Kelantan, dua hari lepas tu terus PR bersidang dan putuskan enakmen tu takkan diteruskan sebab perlaksanaaan hudud ni takda dalam perancangan buku jingga. 

Tapi yang tentunya, perlaksanaan hudud ni memang tertakluk pada kerajaan yang memerintah. Kita sebagai rakyat, not much we can do about it except the following: 

1)      Kena terus yakin yang hudud tu wajib

2)      Yang sokong kerajaan, kena la terus berdoa dan mintak supaya kerajaan akan ambil langkah-langkah persediaan, dan kemudian bila dah cukup bersedia dari segi prosedur dan prasarananya, akan laksanakan hukum hudud. Kita jgn rasa takda harapan sebab kalau kita tengok, kerajaan sekarang dah makin banyak berlembut dan beralah. Kalau tak de harapan, tak denya Dr Maza tu still ‘baik’ dgn kerajaan

3)      Yang rasa hudud akan ditegakkan oleh pihak pembangkang, teruskan la mengundi pembangkang, mana la tau kot kot diorang berjaya.

4)      Tapi mcm aku cakap, kerajaan ke pembangkang ke, bila nak laksanakan hudud mesti buat perancangan yang betul-betul, kena buat study kemudian kena dibincangkan kemudian baru diluluskan. Selain itu, kesedaran pada bukan Islam mesti dibuat serentak semasa buat perancangan tadi, tak boleh buat aktiviti kesedaran selepas perlaksanaan. Kerjasama dan persetujuan bukan Islam perlu kita dapatkan terlebih dulu. 

5)      Akhir sekali, jom la jadi orang Islam yang cemerlang. Kalau kita kerja cikgu, jadi cikgu yang terbaik. Kalau kita berniaga, jadi la peniaga yang terbaik dan even kalau kita jadi pengangkut sampah pun, jadi la pengangkut sampah yang terbaik. Sebab kalau  cara hidup kita cemerlang, baru la senang orang especially orang bukan Islam nak ikut kita, baru la senang orang bukan Islam nak dengar dan percaya cakap kita, dan baru la senang kita nak buat hudud kat Malaysia ni.

Mungkin ada yang yang tak bersetuju dengan pandangan aku ni. Mungkin mereka berhujah yang hudud ni boleh di laksanakan dibawah mahkamah syariah, so tak payah mintak persetujuan bukan Islam. Hmm, tak sesenang itu aku rasa sebab akan berlaku overlap. Contohnya, kalau kes kecurian atau rompakan, kes ni boleh dibawa ke kedua-dua mahkamah; civil  dan syariah so nak bawa ke mana? Kalau nak diwartakan semua orang Islam mesti dihadapkan ke mahkamah syariah, nak tak nak perlembagaan dan prosedur mahkamah civil perlu di ubahsuai dulu dan ini perlu juga  diluluskan di parlimen yang sudahnya kena juga dapat kelulusan ahli-ahli parlimen bukan Islam.  So back to square one.

Mungkin akan ada yang berhujah lagi, “Ha, apa masalahnya? Confirm ahli parlimen bukan Islam akan bersetuju sebab ini tak melibatkan diorang?”.  Hmm, sekali lagi aku rasa tak semudah itu, sebab kalau ini benar, hari itu lagi Nik Aziz dah dapat green light dari PR untuk laksanakan enakmen hudud dan qisas di Kelantan. So again, back to square one.

Wallahualam.

(p/s: Aku rasa penulisan aku ni tak jauh dengan padangan Dr Maza. Untuk baca pendapat beliau berkenaan perkara ini, sila klik SINI utk hudud perlu ijtihad baru dan SINI untuk ulasan beliau terhadap ucapan Tun Mahathir dan sila klik SINI untuk baca ulasan panjang lebar Tun mengenai Hudud, jelas beliau tidak menolak Hudud seperti yang ramai prasangka)  

3 comments:

MFTAQIYUDDIN said...

Assalamualaikum Dr

Ada beberapa point yang saya setuju dan tidak setuju. Tapi saya sokong bab kita berdoa agar 1 masa nanti hudud dapat dilaksanakan juga. Insya Allah.

Airilsametok said...

MFTAQIYUDDIN: Biasala tu, sedangkan suami isteri pun bukannya setuju dalam semua perkara

Unknown said...

awesome post..