Tuesday, 10 March 2009

PPSMI perlu diteruskan: Pendapat peribadi seorang pensyarah kejuruteraan

Sebelum saya memulakan penulisan saya, biarlah saya perkenalkan diri saya dahulu agar apa yang akan saya hujahkan dapat disandarkan autoriti keatasnya. Saya adalah seorang pensyarah kanan kejuruteraan struktur di UTM. Bidang kepakaran saya adalah kejuruteraan struktur, mekanik continuum (continuum mechanics) dan analisis numerikal (numerical analysis). Saya mendapat PhD dari Imperial College London pada 2007 ketika berumur 30 tahun.

Sebagai seorang yang ‘ahli’ dalam bidang ini (merujuk kepada kejuruteraan, sains dan matematik), saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya mengenai PPSMI. Di sini ingin saya tegaskan, PSSMI harus dan mesti diteruskan demi survival anak-anak kita di masa hadapan. Berikut adalah hujahan saya.

Saya mulakan dengan pernyataan “Ilmu sains dan matematik terlalu kehadapan sehingga melampaui apa yang kita sangkakan”. Ia terlalu kehadapan sehinggakan sebahagian besar ilmu-ilmu tersebut tidak seorang pun di Malaysia (termasuk saya) dapat memahaminya apatah lagi menguasainya. Dan keadaan menjadi kritikal apabila ilmu-ilmu inilah penentu kepada penguasaan dunia dan kemerdekaan sesebuah ‘agama, bangsa dan negara’. Ilmu-ilmu inilah yang didagangkan oleh negara-negara maju yang produknya kita beli dan kita tagihi menyebabkan kita terus ‘miskin’.

Untuk memperjelaskan lagi kepada pembaca, biar saya berikan satu contoh. Lima tahun dahulu telefon bimbit yang tidak boleh merakam video berharga RM 700. Sekarang, dengan dilengkapi dengan rakaman video, telefon bimbit tersebut masih lagi pada harga yang sama. Persoalannya, berapakah harga teknologi rakaman video ini? Ini yang merunsingkan saya dan ia sepatutnya merunsingkan kita semua. Jika teknologi sehebat ini, teknologi yang tiada siapa diantara kita dapat menghasilkannya, amat ‘murah’ harganya, bayangkan ilmu apa lagi yang tersimpan di dalam otak pemikir-pemikir dan saintis-saintis di negara-negara yang ‘mencipta dan menjual telefon-telefon itu’. Sampai bila kita harus menjadi ‘pembeli’, sampai bila kita harus menjadi ‘pengikut’ dan sampai bila kita mesti menjadi ‘hamba’? Inilah persoalan-persoalan yang harus kita jawab demi survival anak-anak kita. Dan jawapannya, sampai kita sendiri menguasai ilmu-ilmu tersebut. Persoalan seterusnya, bila dan bagaimana? Jawapannya, bermula dari sekarang dan caranya adalah seperti yang saya hujahkan di bawah.

Percayakah pembaca bahawa pembelajaran sains dan matematik pada zaman ini perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar secara kendiri (independent) kerana pembelajaran dalam bentuk formal seperti menghadiri kuliah dan tutorial tidak lagi mencukupi. Ini kerana ketika ini, dunia sedang mengalami limpahan ilmu sehinggakan masa dan ruang tidak lagi menyebelahi guru-guru dan pensyarah-pensyarah untuk mereka ajarkan ilmu-ilmu secara keseluruhannya (dan ditambah oleh keterbatasan ilmu guru-guru dan pensyarah-pensyarah itu sendiri seperti yang telah dibincangkan di atas). Pembelajaran kendiri inilah yang memerlukan PPSMI diteruskan.

Pembelajaran kendiri mempunyai pelbagai bentuk dan antaranya ialah pembelajaran kendiri melalui pembacaan. Sebelum kita berbicara lebih jauh, biarlah saya hadkan skop perbincangan kita kepada permasalahan di peringkat pengajian tinggi.

Tahukah pembaca, buku-buku rujukan saintifik dan matematik adalah amat kurang ditulis oleh ahli-ahli akademik tempatan? Malah, pada jumlah penerbitan yang sedikit ini pun, kebanyakannya ditulis didalam bahasa Inggeris. Tahukah juga pembaca, di dalam adab membaca, kita harus memilih bahan bacaan yang telah ‘matang’ (established) yang selalunya ditulis oleh professor-professor besar dalam bidang-bidang yang berkenaan. Analoginya, jika kita ingin mempelajari ilmu telefon bimbit berkamera video yang telah kita bincangkan di atas, kita mesti membaca buku yang ditulis oleh professor-professor yang ‘mencipta’ telefon-telefon itu. Dan masalahnya, semua buku-buku ini ditulis dalam bahasa Inggeris. Akan ada yang mencadangkan supaya diterjemahkan sahaja buku-buku ini. Untuk cadangan ini biar saya hujahkan,

i) proses penterjemahan akan melibatkan kehilangan makna pada idea yang cuba disampaikan kerana tiada apa yang lebih asli dan tulus selain dari ungkapan asal penulis tersebut dan dalam hakikat pembelajaran sains dan matematik yang kandungannya amat berat dan kompleks, kita tidak mampu kehilangan makna-makna ini
ii) penterjemahan sebenarnya menambahkan kekeliruan pembaca kerana perkataan yang diterjemahkan itu sendiri bukanlah ayat yang biasa digunakan seharian. Sebagai contoh, perkataan ‘pengamiran’ yang digunakan untuk menggantikan perkataan ‘integration’ tidak pun pernah kita gunakan dalam urusan seharian. Bertambah pelik apabila ‘joy stick’ diterjemahkan sebagai ‘kayu ria’. Apa perlunya penterjemahan jika ‘trivial solution’ digantikan oleh ‘penyelesaian trivial’. Apakah perkataan Bahasa Melayu untuk trivial? Ini juga adalah bukti kepada hakikat bahawa matematik dan sains pada masa ini telah direkabentuk (designed) untuk ‘dibawa ke mana-mana’ dalam bahasa Inggeris kerana tatabahasanya dan tatacaranya telah di‘disiplin’kan dengan ketat oleh pencipta-pencipta ilmu itu sendiri.
iii) tahukah pembaca, untuk memahami sesuatu ilmu melalui pembacaan, adalah tidak cukup dengan hanya membaca sebuah buku? Kita perlu membaca beberapa buah buku ‘serentak’ dan membuat perbandingan antara buku-buku tersebut. Ini kerana, hanya dengan mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara fakta-fakta dan formula-formula, barulah kita mendapat kefahaman yang sebenar tentang subjek yang sedang kita pelajari. Maka, bukan sebuah malah berpuluh buah buku dari genre yang sama perlu kita terjemahkan dan bukankah ini akan mengambil masa yang lama? Dan bukankah dalam masa lima tahun telefon bimbit telah berevolusi dengan drastiknya seperti yang telah kita bincangkan di atas. Sekali lagi saya nyatakan, kita tidak lagi mempunyai masa dan itulah masalah kita yang utama.

Oleh itu, dalam konteks perbincangan di atas, saya amat menyokong PPSMI. Ini kerana, polisi tersebut sebenarnya menyediakan pelajar-pelajar kita kearah pembelajaran kendiri. Pelajar-pelajar kita akan mampu membaca buku-buku yang berkaitan sebelum memasuki kuliah dan apatah lagi selepas kuliah. Pelajar kita akan mampu mencari dan memahami idea-idea terkini tanpa perlu terlalu bergantung dengan guru-guru dan pensyarah-pensyarah. Dan insyaAllah, akan wujud insan-insan istimewa yang tercungkil bakatnya sehingga memenangi Anugerah Nobel Fizik hasil dari fenomena pembelajaran kendiri ini kerana sejarah telah membuktikan ramai saintis agung seperti Albert Einstein, Feynman, John Nash dan Arthur Eddington adalah self-leaners.

Pengalaman saya sendiri ketika menduduki ijazah pertama tidaklah begitu membanggakan. Pada zaman saya, kami hanya membaca nota-nota kuliah pensyarah kami dan bukan buku-buku teks yang sepatutnya. Walaupun ada pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini seperti sikap dan keadaan sekeliling, tetapi tidak dapat dinafikan kekurangan kami dalam memahami bahasa Inggeris adalah penghalang utama bagi kami untuk membaca buku-buku yang lebih bersesuaian (appropriate) walaupun buku-buku ini berlambak di perpustakaan. Tetapi, pasti akan ada yang mempersoalkan, ‘kenapa generasi saya masih berjaya sehingga ke hari ini sedangkan kami mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu?’. Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu kembali kepada permasalahan telefon bimbit berkamera yang telah saya bangkit diawal penulisan ini. Apa yang kita maksudkan dengan berjaya? Adakah ia bermaksud berjaya membeli telefon-telefon bimbit itu atau berjaya mencipta telefon-telefon bimbit itu? Pepatah Melayu klasik ada mengatakan, tepuk dada tanyalah selera tetapi pepatah Melayu moden pula mengatakan, lu pikir la sendiri!

Pengalaman saya ketika di Imperial College pula menambahkan lagi kerisauan saya. Di mana-mana sahaja saya melihat orang membaca buku. Baru saya tersedar, untuk saya maju di persada antarabangsa, tidak dapat tidak, ada buku-buku yang wajib saya baca, fahami dan habiskan iaitu buku-buku yang boleh saya ‘bualkan’ untuk melayakkan saya duduk semeja dengan ahli-ahli akademik ini. Kata lainnya, jika anda tidak memahami buku-buku tertentu bermakna anda tidak cukup pandai dan akibatnya, anda akan dipandang rendah dan seterusnya tidak layak bergaul dengan mereka. Oleh itu, saya telah bertekad untuk mula membaca dan buku yang ingin saya takluki ketika itu bertajuk Finite Element Procedure yang ditulis oleh Klaus Jurgen Bathe, seorang professor kejuruteraan mekanikal di MIT. Hasilnya, saya adalah antara pelajar PhD yang paling dihormati di jabatan saya ketika itu (untuk pengesahan, sila hubungi penyelia saya yang juga Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam Imperial College, Professor David A. Nethercot). Dan percayalah, buku yang setebal 1037 mukasurat ini amatlah sukar untuk dibaca apatah lagi untuk difahami matematik dan hujahan saintifiknya jika tidak dibekalkan dengan kemahiran bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan semua, selepas hampir 4 tahun saya membaca, saya masih belum memahaminya seratus peratus dan sehingga kini saya masih membacanya!

Memang benar saya akhirnya berjaya mendapat PhD daripada Imperial College walaupun saya dididik pada awalnya tanpa PPSMI. Tetapi tahukah pembaca betapa peritnya dan payahnya saya dalam menelaah buku-buku, kertas-kertas jurnal yang semuanya dalam bahasa Inggeris. Betapa sengsaranya saya untuk menulis artikel-artikel dan tesis dalam bahasa Inggeris. Betapa tebalnya muka saya berinteraksi dengan ahli-ahli akademik antarabangsa dalam keadaan serba kekurangan seperti itik dan ayam, terutamanya pada awal perkenalan kami. Memang benar saya telah mengharungi semua ini dengan jayanya tetapi percayalah, tidak ramai umat Malaysia yang hatinya ‘sekering’ saya dan ‘senasib baik’ seperti saya. Sebenarnya, kesusahan yang tidak efisien yang telah saya lalui tidak perlu berulang lagi pada anak-anak kita jika kita teruskan PPSMI. Peganglah pada pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Untuk pengetahuan semua, dewasa ini institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia sedang mengalami proses pengantarabangsaan. Antara proses yang terlibat adalah usaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk datang belajar ke negara ini. Dalam mencapai matlamat ini, adalah menjadi keperluan bagi fakulti-fakulti untuk menyediakan kuliah dan nota-nota dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, dua kuliah yang sedang saya berikan berlangsung seratus peratus dalam bahasa Inggeris kerana terdapat pelajar-pelajar luar negara yang menghadiri kelas-kelas tersebut. Maka, berdasarkan scenario ini, tidakkah agak janggal untuk kita menghapuskan PPSMI yang telah berlangsung selama enam tahun sedangkan universiti-universiti kita sedang bergerak dalam arah yang bertentangan, iaitu transformasi seratus-peratus kepada bahasa Inggeris? Tidakkah kita sedang menghadapi konflik keinginan (conflict of interest) dalam perkara ini.

Akan ada yang mempersoalkan “kenapa tidak kita wajibkan sahaja pelajar-pelajar luar negara ini untuk mempelajari Bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum memulakan pengajian mereka di negara kita?” Untuk persoalan ini, ingin saya nyatakan bahawa universiti-universiti kita belum cukup kukuh dan ternama untuk kita berkeras (insist) pada perkara-perkara sebegini. Secara tidak langsung, jawapan ini juga adalah satu lagi bukti kepada betapa kita perlu menghasilkan ilmu-ilmu kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita bertegas (insist) pada perkara-perkara yang lebih sentimen dan romantik seperti hak penggunaan bahasa dan sebagainya.

Mungkin ada yang menyangkal dengan mengatakan hujah-hujah saya di atas hanya melibatkan pengajian peringkat tinggi sahaja lantas hanya relevan untuk bidang penyelidikan dan pengajian sarjana atau PhD di unvisersiti-universiti. Baiklah, biar saya panjangkan lagi hujahan saya agar meliputi scenario yang lebih am iaitu di peringkat professional dan industri. Percayakah pembaca jika saya katakan, di negara-negara maju, masyarakatnya tidak pernah berhenti belajar. Seorang jurutera di negara maju akan terus membaca kertas-kertas jurnal yang terkini semata-mata untuk memastikan beliau tidak ketinggalan dengan arus perubahan. Selain itu, pembelajaran peringkat industri tetap berjalan dalam bentuk konferen, konvensyen, seminar dan persidangan meja bulat. Bukankah acara-acara sebegini memerlukan seseorang ahli professional itu terus membaca kertas-kertas teknikal, mempertahankan hujah-hujah dan memenangi perdebatan? Dan bukankah acara-acara ini, yang dihadiri oleh individu-individu dan organisasi-organisasi antarabangsa, semuanya dilangsungkan dalam bahasa Inggeris? Dan bukankah perkara-perkara yang didebatkan semuanya berkisar kepada penyelesaian-penyelesaian saintifik dan matematik terbaru didalam bidang tersebut? Di manakah agaknya kedudukan professional dan jurutera kita di dalam persidangan tersebut jika kita terus menggunakan ‘pengamiran’ untuk menggantikan integration. Dan apakah input yang dapat dihadam dan keberkesanan yang dapat diperoleh oleh professional dan jurutera kita jika perdebatan-perdebatan yang telah berlangsung dengan rancaknya tidak dapat mereka ikuti semata-mata disebabkan kekurangan mereka dalam memahami perkara-perkara teknikal yang telah disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Dan jika ada pula yang menyatakan apa perlu kita berurusan dengan individu-indvidu dan organisasi-organisasi antarabangsa tatkala kita boleh membina industri kita sendiri?, satu sahaja jawapan saya, fahamilah maksud dan fenomena yang dipanggil globalisasi. Ia adalah satu keadaan di mana kerajaan-kerajaan semakin hilang kekuasaannya dalam membuat keputusan berkenaan hal-ehwal negaranya sendiri. Dasar tutup pintu bukan lagi suatu pilihan. Sempadan negara-negara akan dibuka. Syarikat-syarikat dan pekerja-pekerja asing boleh menembusi dan memasuki pasaran mana-mana negara. Dan, walaupun anak-anak kita, secara teorinya, boleh menembusi pasaran di Amerika Syarikat, tetapi persoalannya, siapa yang hendak mengambil anak-anak kita bekerja atau menjadi rakan kongsi jika ilmu sains dan matematik mereka jauh ketinggalan? Dan, bila tiba saat itu, bersedialah kita untuk dipersalahkan, “kenapa 25 tahun dahulu emak dan ayah menolak PPSMI, kenapa?!!!”. Wallahualam.

16 comments:

Suria Azhar said...

Assalamualaikum wbt,
dear sir, i am linking your posting in my blog.Thank you so much for supporting PPSMI.Your writing is tremendous

Anonymous said...

airil..GMP tentang PPSMI sbb apa? hang baca blk buku2 sejarah...bukan depa nak tentang kemajuan, tp ada benda yg diorg nak perjuangkan...aku duk kat sekolah, aku nmpk byk benda..mmg ada pro n kontra ppsmi ni, yg jd tak betul bila benda ni dipolitikkan..dan mungkin ada disebalik tu yg ada kepentingan, yg org GMP perjuangkan tu hang pi cek betul2...lg 1, hang ingat cikgu2 kat sekolah rendah (especially), ready dah ka nak ajar dlm bi..ckp omputih pun terabur, test bi pun ramai yg kantoi, tu yg kat sekolah bandar, yg kat kg lagi la haru...act, nak laksanakan tu bole, tp bg la ready,...bg aku yg kena nak perkasakan ialah tingkatkan kualiti berbahasa inggeris tu, PnP subjek english kena la power, kualiti soalan dlm UPSR mestila power, ni mcm apa jer..beza betul dgn soalan bm..

tp utk info ko, tak lama lagi kurikulum sekolah kat m;sia ni akan diubah...ckg2 tgh dihantar kursus secara berperingkat, mungkin lps ni keputusan kerajaan akan puaskan hati kedua2 pihak GMP & PPSMI

aku pun nak anak cucu aku maju, tp dlm masa yg sama aku tetap nak bahasa yg aku ajar dan guna tiap hari tetap disanjung dan dihormati. aku tak nk 1 hr nnt bm hilang di dunia...nk bi bi la jgk,tp bm ttp disanjung...

ppsmi...ok, tp plz..jgn politikkan...tunggu je la dato' hishamudin nk umum apa akhir mac ni..

Anonymous said...

Dr. Airil,

Takdak sorang pun yg mempertikaikan peri pentingnya BI dalam kehidupan seharian kita hari ni.

Memang kita menyokong penuh sebarang usaha yg BETUL2 dapat membantu meningkatkan penguasaan BI anak bangsa kita.

Semua org akan menyokong rasanya sekiranya kaedah yg digunakan tidak melibatkan matapelajaran lain. Kenapa tidak ditambah waktu pelajaran BI di sekolah misalnya? Kenapa tidak diberikan subsidi utk tuisyen tambahan utk matapelajaran BI itu sendiri? Mengapa tidak ditingkatkan bilangan guru BI utk semua sekolah agar penumpuan yg lebih dapat diberikan oleh guru BI tersebut terhadap anak muridnya?

Tetapi dalam isu PPSMI ni...kita juga perlu terlebih dahulu memahami asas penentangan khalayak teramai terhadap perlaksanaannya. Adakah Dr. yakin bahawa PPSMI mampu meningkatkat penguasaan BI disamping tidak menggugat penguasaan Math n Sains para pelajar, terutama luar bandar?

Menapa perlu diganggu gugat / dikorbankan kedua2 matapelajaran ini dengan belanja yg besar semata-mata 'kononnya' utk meningkatkan penguasaan BI murid2? Mengapa tidak diselesaikan melalui matapelajaran BI itu sendiri? Rasanya inilah asas penentangan masyarakat terhadap PPSMI. Bukannya masyarakat menentang peri pentingnya penguasaan BI.

FAHAMILAH terlebih dahulu asas penentangan dalam isu ini.

Sekian TQ

Airilsametok said...

to Suria Azhar, by all means...

to Mazlina, kalo ko baca buku sebanyak yang aku baca, sure ko akan setuju dgn aku

to x-classmate FKA, berape kali la orang nak cakap, PPSMI tu bukan untuk pertingkatkan BI, tapi untuk mempertingkatkan pembelajaran sains ngan matematik itu sendiri. Ko yang tak paham nih.

usssooong!!! said...

salam incik,

saya pun memetik sebagai berkata di blog saya. Attached your url. Biaq depa my sini.

Anonymous said...

airil, aku terlebih faham dah..aku tak pernah salah faham pasal isu ni..aku mmg amik berat isu ni..aku warga pendidik..

hidup aku kat sekolah..perlaksanaan tu lebih jelas dpn mata aku...tiap kali habis test/ exam kitorg buat postmortem..kaji sbb punca m3 n sns markah sentiasa 'dasyat'..kelas budak pandai berderet 'merah'..padahal budak2 pandai ni!! nak kata tak reti jawab, bila cikgu ckp melayu, laju je jawab, tepat dan betul..so ko rasa mana silapnya? 6 tahun dah tau...bukan sethn 2

aku setuju dgn sorg lg x-FKA tu...

ko nak tau tak? ramai bdk2 yg pandai m3 n sns 'musnah' tiap kali test sbb:

1) cikgu sendiri xcukup sedia ngajar dlm b.i, maksud istilah tak sampai dan tak difahami..ini kelemahan kementerian yg belum betul2 bersedia.
(skrg diorg buat buddy system-1 ckg english pantau 2-3 org ckg m3/sns dlm PnP)..alahai, bg la org lain, ckg b.i tu dah la ada core business dia sendiri..)


2) murid mmg tak bole nak score kalau diorg tak paham b.i..

so, bg aku, saranan aku, bole nak teruskan ppsmi tp kena la tambah syarat:

1) bil waktu m/p inggeris ditambah..(perkasakan bahasa inggeris terlebih dahulu),
skrg ni mcm kat sekolah aku cuma 7masa je (30minit 1 masa)..cukup ker?

2) hanya cikgu yg lulus test b.i sahaja yg layak mengajar (yg lepas band 3)..yg lain tu tak payah, buat ajaran sesat je..buang duit rakyat bg elaun lebih..kalau nak ngajar jugak, pi belajar b.i betul2, lulus periksa dulu..ni ngajar sains dlm b.i loghat bahasa lain pekat, bpinar kepala budak nak memahamkan..

KESIMPULANNYA mmg tak boleh nafikan, kalau nak tingkatkan
m3 ngn sns mesti PERKASAKAN BAHASA INGGERIS dahulu...tak boleh tidak..

airil..sbnrnya ko yg tak paham...
xde sorang pun yg menentang PPSMI ni, tp

1) pejuang bm nak jgn sampai bm dipinggirkan- ni yg jd isu semasa la (ni diorg bimbang negara kita tak jd negara bangsa lah..penyatupaduan kaum melalui bahasa melayu lah, takut hilang melayu di dunia lah..hilang jati diri lah....bab ni ko kene rujuk sendiri la kat dr hasan tu sendiri..br ko paham perjuangan diorg)..yg ni xberapa jd perkara teras..yg kepoh sbb dah masuk isu politik

2)tolong la paham, mcmana budak nak jawab ms ngn sns dlm b.i kalau diorg tak paham bahasa tu...? ko bayang aje la, dlm 10 kelas 1 aliran (darjah) ada 2-3 kelas yg mmg englishnya sentisa 'merah' tiap kali ujian..padahal kalau ko nak tau, skema soalan b.i punya la senang.. ni bukan kes sekolah kg je, sekolah kat kl ni pun berlambak

kebenarannya..tiap kali test, budak2 mmg xbole jawab kalau cikgu tak terangkan kehendak soalan..maknanye apa? diorg tak pandai ms sns? tak...diorg tak paham soalan dlm b.i dan bukannya diorg tak tau nak jawab..
ko rasa budak2 ni yg tak pandai ke macamana?

airil..cuba ko bgtau aku, cikgu mana nak anak murid dia tak reti or tak paham bahasa omputih? dan bgtau jugak cikgu mana yg tak paham dasar kerajaan pasal ppsmi ni? dan cikgu2 yg ngajar tu pun ko ingat suka ke kalau ppsmi ni dihentikan..aku pasti 100% diorg nak diteruskan

Anonymous said...

oh ya...

tertinggal..

kiranya kalau nak bincang isu ni..pendapat peribadi aku..

ok, sy setuju PPSMI diteruskan, kerana mempunyai byk manfaat serta sebagai cara merealisasikan wawasan 2020, serta menyokong dasar2 yg telah digariskan pemimpin terdahulu..
tetapi bersyarat..kaji semula cara perlaksanaan...mungkin..

sekian..

Anonymous said...

assalamualaikum semua...
aku bangga dgn korang semua...masing2 menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan serta keinginan untuk melihat masa depan anak2 bangsa kita cemerlang ..ia sebahagian dr fardu kifayah.
biasala, dalam hal begini setiap orang mempunyai suara dan pendapat yg berbeza...yg penting kita saling menghormati pendapat satu sama lain...semuanya nanti ttp terletak ditangan pemerintah utk membuat keputusan...marilah kita sama2 berdoa kepada ALLAH, agar pemerintah kita akan membuat satu keputusan yg terbaik untuk masa depan anak bangsa kita...sesungguh nya ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Penyayang....aku terharu membaca tulisan2 luahan pendapat korang semua...Alhamdulillah, sifat begina la yg harus ada dlam diri kita semua...semoga ALLAH memberi jalan yg terbaik buat kita semua...assalamualaikum.

ruby ahmad said...

Hi Dr Airil,

Your brother Hafizal, wrote to me about your blog. I think you have highlighted the points quite well that English must stay.

The problem with us currently is not about what language is the issue. Even if we changed the language to Arabic we will still have this protest.

We are having a political problem here more than anything! So we are all fighting a losing battle.

Having said that, I enjoyed reading this piece from you. Thanks.

Anonymous said...

salam..dari segi akedemik, sy xla power sngt cam dc airil..tp sekadar memberi pendapat..Saya secara peribadi mungkin boleh menyokong samada bahasa melayu atau bahasa Inggeris menjadi bahasa pengajaran kedua mata pelajaran tersebut. Itu adalah urusan kebijaksanaan dalam kehidupan yang terserah kepada manusia untuk menilainya. Pemerintah ada hak dalam ijtihadnya. Rakyat juga ada hak mencadangkannya. Zaman dan tempat mungkin berperanan dalam menentukan tindakan atau pilihan yang terbaik.Bagi sy, kerajaan x berfikir secara keseluruhan sebelum sesuatu dasar dilaksanakan..bnyk org kg hadapi prob nie sebab diorang x reti nk ajr ank dlm BI..dr airil ad ckp method stdy skng bnyk self-independant..kalo dah xphm dlm bi,cmne nk stdy math n scns..nk buka kamus pun kadang2 meaning de x sama dgn tujuan mkna sesuatu term..so cmne nk betul2 paham ape yg author cuba nk sampaikan..dr airil ad ckp jgk..x semua orng senasib baik ngn dc walaupun bljr dlm bm..sama la situasi nye bila bljr dlm bi..x semua orng mempunyai latar belakang mcm dc airil..dc ad ckp nk improve kan PPSMI..tp bleh kan di improvekan dlm short term??berapa ramai lg stdnnt yg akan terkorban sementara menunggu PPSMI di improve kan??Islam tidak pernah menyatakan kita mesti belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, atau Melayu, atau Arab atau sebagainya. Hanya yang Islam perintah adalah agar muslim bertindak dengan bijak. Menentukan perkara yang seperti ini amat subjektif. Setiap pihak boleh berbeza disebabkan perbezaan latar fikir. Islam tidak menghukum secara putus siapa yang betul atau siapa yang salah dalam hal yang seperti ini.Dalam Surah al-Maidah ayat 8 pula Allah menegaskan: (maksudnya):

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
renung2kan dan selamat beramal..

Anonymous said...

saya setuju dgn saudara/saudari "anonymous" diatas....itulah juga yg saya fikirkan.

Anonymous said...

Assalamualaikum kepada saudara Airil

saya bersetuju amat kepada pendapat en.Airil mengenai PPSMI malah x dapat saya ramalkan sekiranya saya terpaksa belajar bahasa programming(compt) dalam bahasa Melayu..haha...tapi berbalik kepada negara kita ni,ppsmi mmg la bagus,pada saya yang x bagusnya bila para cikgu ni kebanyakannya bukan la bebal dalam mengajar dalam bahasa inggeris tapi kebanyakan budak nak tangkap tu lambat,so cikgu x cekap pun ye jugak..untuk menguatkan para murid,sepatutnya ppsmi ni dikaji untuk para guru jugak,siapa yang perlu masuk maktab balik memperkukuhkan bahasa inggerisnya,di sini maksud saya bukan bahasa inggeris untuk peperiksaan,tapi bahasa inggeris yang memberikan pelajar lebih mudah kefahaman..so kalu gurunya fluent,muridnya pun fluent,kalu gurunya ketar-ketar,muridnya pun ketar-ketar..

heh..pendapat saya lah..xda kene mengene dengan orang lain,yang baik datang daripada Allah swt dan kejahilan atau kesalahan di sini datang daripada saya sendiri..

peace!

Anonymous said...

Salam,
Saya bersetuju dengan pendapat Dr.
Saya juga warga pendidik dan saya rasa kerajaan membayar saya bukan semata untuk mengajar tetapi menarik minat murid untuk belajar.
Sebagai kakitangan kerajaan kita adalah pendukung dasar jika kita tidak mahu elok sajalah kita berhenti dan membuka sekolah sendiri daripada mencuri duit rakyat.
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk "mengimprove" diri kita demi kebaikkan murid.
Semua alasan yang menyalahkan murid adalah alasan guru malas yang dalam fikirannya bila gaji bulan ini keluar dan bila gaji mau naik.
Sekian-Aku tak mahu curi duit rakyat.

Anonymous said...

salam. hari ini, setelah PPSMI secara rasminya digantikan dgn MBM-MBI, "apakah pandgn kta/setujukah kita math/sn diajar dlm bhs Melayu thn 2012?" pelaksanaan PPSMI telah menelan blnja yg begitu bnyk ttpi ke manakah smuanya? pelaksanaan MBM-MBI juga sememangnya memerlukan pengorbanan wang ringgit, tenaga dan masa terutama guru2 yang berkursus. namun masih terdengar desas-desus guru malas mghadiri kursus MBM-MBI. jelas, jika komitmen dan pelaksanaan yang tidak kukuh, apa jua dasar tidak akan membawa kejayaan kepada sistem pddkn ngra. negara harus melakukan anjakan paradigma, perlukah sistem pddkn diubah? contohnya, bagaimana mengeluarkan knk2 luar bdr dr kepompong 'ketertinggalan' khususnya dlm sn/math. keluarkan sahaja knk2 tersebut dr kwsn luar bdr dan bina sekolah br yg kondusif dgn prasarana/mari kt anjurkan 'prgrm mghantar guru cemerlang BI ke sekolah2 luar bdr'...msyarakat kini berkata "tiada guna menyokong PPSMI sbb skg yg lbh hebat ialah MBM-MBI". jauh di sudut hati, aku masih menyokong PPSMI diteruskan.

Anonymous said...

Hello Sir, thanks for the posting and positive opinion of yours. First of all I'm a student and I strongly agree that the PPSMI program should be carry on. In my humble opinion, PPSMI is the first step for our country Malaysia to be known as non-english country that uses english widely in daily lfe. Yes it's true that some countries like Japan and Korea are well developed even their people do not speak english but let see the importance of english.

1. English as international language (reference books, international bussines and education, travelling, etc)

2. Non-english countries like Singapore and Nigeria use english as their national language. For the record, the Phillipines is a country with the most number of people who uses english. See they can speak good Tagalog and english.

3. You can say that some of the SPM candidates don't understand or failed their test. Remember "Practise makes perfect" The good news is It's a good start for kids (new generation-20th century) between age 8-12 years old to learn english. Don't believe? Here is the thing, asian kids that migrated and grew up in english country at a young age around the age I mention could pick up things faster, getting better and fluently in english. Also, education in UiTM and most private international universities in Malaysia are conducted in english. For the record, the Borneoan (Sabah Sarawak) people could speak english fluently and pick up american/british accent compared to west malaysian, which in my opinion the Indians are the best there. Moreover I understand how most people for example Canadian goes "ey" at the end of the sentence while Malaysian and singaporean have "la" at the back of every sentence. It doesn't if you still have your malaysian accent as long you can speak english correctly.

4. Malaysian students who studied overseas or major in IT, Tourism and medical
are required to learn scientific(medical) and programming grammar (IT) term.

Also, Malaysian is supposed to follow british english but it does not matter since alot of american media and television shows are widely broadcasted therefore some follow american english and eventually picked up their accent. One will not forget their own language even they learn or gain knowledge in different language as long they "preserve" and remember their root or background. I'm 110% agree with our former of Prime Minister, Dr M. Would Malaysian itself destruct the Wawasan 2020" inspired by our ex-PM. Donna

Anonymous said...

EDIT: For my 3rd point *Borneoan(Sabah Sarawak) could speak english better a good pronounciation compared to west malaysian.* It's okay..we don't make fun of our people our nation but help each other (:- Donna