Thursday, 12 February 2009

Budaya membaca dan menulis

Membaca dan menulis di sini bukanlah bermaksud membaca buku-buku dan menulis nota-nota untuk pengajaran kita. Jika ini yang dimaksudkan, tentulah semua pensyarah mengamalkan budaya yang baik ini. Membaca di sini ialah pembacaan yang mencabar minda dan yang dapat menambah pengetahuan kita yang sedia ada. Saya pernah terbaca di akhbar (tapi saya tidak dapat mengingat tarikh dan nama akhbar tersebut) bahawa inilah amalan Profesor Diraja Ungku Aziz. Antara pembacaan yang saya maksudkan ialah pembacaan buku-buku yang khusus (specilized) yang sukar difahami oleh orang lain, terlalu sukar sehingga kita sendiri tidak mampu mempunyai banyak jenis bacaan ini. Juga pembacaan-pembacaan kertas jurnal yang terbaru dan majalah-majalah saintifik seperti NewScienties dan Explorer (ini untuk mereka dibidang kejuruteraan dan sains fizikal (physical sciences)). Penyelia PhD saya, Profesor David Nethercot ialah profesor yang paling ternama di dalam bidang kejuruteraan struktur keluli tetapi sepanjang pengalaman saya bekerja dengan beliau, walaupun telah mencapai taraf yang terlalu tinggi, beliau masih lagi mengamalkan pembacaan sebegini. Adalah satu pemandangan biasa di Imperial College untuk saya melihat pensyarah-pensyarah senior dan profesor-profesor hebat untuk keluar dan masuk perpustakaan sambil membimbit buku-buku. Juga, adalah senario biasa untuk kami, pelajar-pelajar dan juga pensyarah-pensyarah, untuk membincangkan pembacaan buku-buku terbaru, yang mana bagus dan yang mana tidak, penulis (author) mana yang pandai menulis dan yang tidak dan sebagainya.

Sewaktu saya di UTM, fakulti saya telah dilawati oleh Profesor Pellegrino, seorang professor kejuruteraan struktur dari Cambridge. Kami, beberapa pensyarah muda berpeluang untuk membawa beliau makan tengahari, dan di waktu beliau ingin memasuki kereta saya, beliau telah terpandang sebuah buku analisis unsur terhingga (finite element analysis) yang berada di dalam kereta saya, dan dengan spontan beliau berkata “hmm…book!”. Jelas, beliau memang ‘gila’kan buku. Dan, sepanjang makan tengahari tersebut, kami telah berbincang tentang buku-buku Timoshenko dan Calledine.

Di bawah ialah petikan dari As I Remember berkenaan perkara yang telah kita bincangkan;

“Wanting to do work on strength of materials, I had to broaden my knowledge in this area,…I needed to go on elasticity theory. I decided to tackle the most thorough courses in this field, the book by A.E.H Love…in addition I read Lame’s book and several chapters from a book by Saint-Venant…but my mathematical knowledge was insufficient. I read Riemann’s book Partial Differential Equations, in the Hattendorf edition” –(Timoshenko, As I Remember, m/s 83 [7]). Buat pengetahuan pembaca, Timoshenko adalah idola bagi kami yang belajar kejuruteraan struktur dan mekanikal.

Petikan di bawah pula adalah surat cinta Einstein kepada bakal isterinya Mileva Maric. Perhatikan bagaimana beliau mengakhiri suratnya.
“ …I’m glad that you intend to return here………
……….But now back to the books.

Best wishes, your
Albert Einstein” –(Francoise Balibar, Einstein Decoding the Universe , m/s 115 [8]).

Apakah kepentingan membaca buku? Kepentingan membaca buku ialah ia dapat menguatkan pemahaman dan kepakaran kita dari segi fundamental dan penggunaan kaedah penyelesaian permasalahan yang tercanggih. Bagaimana mungkin kita dapat menyelesaikan permasalahan yang orang lain tidak dapat selesaikan jika pemahaman dan kepakaran kita lebih rendah dari mereka yang telah gagal dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Sebagai contoh, jika seseorang itu tidak dapat memberikan penyelesaian close-formed kepada persamaan terbitannya (differential equation) menyebabkan akhirnya beliau terpaksa menggunakan kaedah numerikal, bagaimana mungkin kita dapat menyediakan penyelesaian close-formed kepada permasalahan tersebut jika pemahaman dan kepakaran kita berkenaan persamaan terbitan masih ditakuk lama.

Berbicara tentang menulis biarlah saya ceritakan satu pengalaman saya sewaktu saya baru tiba di Imperial College. Semasa saya menjalankan penyelidikan untuk sarjana saya di UTM Skudai, saya mendapati, melalui literature review bahawa eksperimen yang pertama keatas rasuk komposit menggunakan stud ricih (shear stud) telah dijalankan di Imperial College pada tahun 1964 oleh Profesor J. C. Chapman. Saya terkejut apabila mengetahui, setelah lebih 40 tahun, Profesor Chapman masih lagi berada di IC sebagai Profesor Emiritus. Saya mengambil peluang ini untuk berjumpa dengan beliau dan telah disambut dengan penuh mesra. Kami saling bertukar pendapat dan diumur 70an atau 80an, Profesor Chapman masih bersemangat dalam menceritakan idea-idea beliau yang ingin beliau ketengahkan, saya sangat kagum di atas keiltizaman beliau terhadap penyelidikan. Diakhir perjumpaan, beliau telah menawarkan senarai kertas jurnal-kertas jurnal yang telah beliau tulis tetapi berjanji akan memberinya kemudian kerana senarai tersebut tidak ada bersamanya ketika itu. Saya memanglah berminat tetapi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana pada saya mungkin beliau hanya ingin beradab sopan (just being polite) tetapi alangkah terkejutnya saya apabila dua hari selepas itu, dengan terbongkok-bongkok, beliau telah datang ke bilik saya untuk menyerahkan senarai tersebut seperti yang telah dijanjikan. Terlalu banyak kekaguman saya antaranya seperti berikut:

i) beliau memegang janji
ii) beliau amat merendah diri dengan datang sendiri berjumpa saya
iii)beliau mengiktiraf saya walaupun saya hanya pelajar PhD dari Malaysia yang baru sampai

Senarai tersebut mengandungi 94 tajuk kertas jurnal yang beliau telah terbitkan bermula dari 1954 sehingga 2005. Inilah antara pengalaman dan impresi (impresion) pertama saya di IC.

Penulisan kertas jurnal adalah satu penghormatan terutamanya pada ahli akademik muda. Pada pandangan saya, sesebuah kertas jurnal itu mesti ditulis dengan penuh penuh perasaan seperti seorang pelukis melukis karya masterpiecenya. Di jabatan saya di IC, terbitan pertama kertas jurnal oleh seseorang pelajar PhD akan menjadi kebanggaan dimana pelajar tersebut akan menghebahkan bahawa kertas jurnalnya telah diterima. Kertas jurnal juga telah digunakan untuk membezakan seorang pelajar PhD dengan pelajar PhD yang lain, bilangan kertas yang telah diterbitkan dan dimana ia diterbitkan. Berikut adalah perasaan puas supervisor PhD saya, Profesor David Nethercot apabila berjaya menghasilkan kertas jurnalnya yang pertama dan setiap kali menghasilkan kertas jurnal yang bermutu tinggi.

‘ He recalls the pleasure of getting his first paper published in The Structural Engineer…this was based on part of my PhD thesis….at a time when my understanding was that the great majority of papers submitted were rejected….as I grow older, my views have inevitably changed, but I still get a buzz from completing a good quality technical paper based on a well-crafted piece of work with one my (much) research students or assistants, knowing that we have made a contribution to the subject that will stand the test of time’–(The structural Engineer, 1 April 2003 m/s 5[9]).

No comments: