Thursday, 5 February 2009

Kepentingan mempunyai universiti-universiti bertaraf dunia

Apa kepentingannya mempunyai universiti-universiti yang hebat? Jawapannya adalah seperti dibawah:

i) Melahirkan masyarakat yang hebat
- masyarakat yang mempunyai kefahaman dan kepakaran hidup sehingga negara dapat diuruskan dengan sistematik dan berkesan
- masyarakat yang faham erti sebenar budaya cemerlang (seperti amanah dan profesionalism)
- masyarakat yang berhati besar, yang ingin menjadi yang terbaik di dunia dan bercita-cita untuk menguruskan dunia
- masyarakat maju yang tidak mudah terpengaruh dengan sistem asing malah mampu untuk mendefinasikan nilai-nilai dan norma-norma hidup secara bebas (independent)
- lain-lain penerangan yang sangat jelas (obivious) dan trivial


ii) Mengeluarkan teknologi asli yang Malaysia boleh niagakan pada negara lain
- adalah satu yang semulajadi (natural) bagi orang yang menjual untuk menjadi lebih kaya berbanding orang yang mengguna dan membeli barangan tersebut
- disebabkan ketiadaan teknologi asli kepunyaan Malaysia untuk dijual, ketika ini negara kita hanya menjalankan urus-niaga bersifat perkhidmatan (services) dan orang tengah, (selain aktiviti-aktiviti konventional seperti pertanian dan penjualan sumber-sumber bumi yang akan habis seperti minyak dan gas) dimana Malaysia terpaksa bergantung pada negara lain yang akibatnya menjadikan Malaysia sentiasa menjadi pengikut (follower) kepada kuasa-kuasa besar dan bukan pendahulu (leader) lalu terdedah kepada ancaman-ancaman politik, ekonomi dan sosial
- hanya dengan menjadi kaya (dari segi fizikal dan rohani) sesebuah negara atau tamadun itu mampu untuk mendefinasikan nilai-nilai dan norma-norma hidup secara bebas (independent)

iii) Menghasilkan ilmu asli
- sejarah telah membuktikan hanya tamadun yang mempunyai ilmu asli dan kaya (seperti yang telah dinyatakan di atas) sahaja yang dapat mendefinasikan nilai-nilai dan norma-norma secara bebas.


Di dalam setiap kepentingan yang telah disenaraikan di atas akan terkandung point kebebasan di dalam mendefinasikan norma-norma dan nilai-nilai kehidupan. Secara konseptual, inilah kepentingan sebenarnya, dimana hanya dengan mempunyai universiti-universiti yang hebat, masyarakat dan negara kita menjadi amat maju dan kaya sehingga kita mampu memaksa (to enforce) nilai-nilai kita pada masyarakat-masyarakat dunia yang lain, jika tidak pun kita mampu mengamalkan sistem kita sendiri tanpa dunia berani mengacaunya.

Saya merasakan kebebasan di dalam mendefinasikan norma-norma dan nilai-nilai kehidupan ini sangat penting, terutama bagi mereka yang beragama Islam. Sebagai seorang Islam, saya memang bercita-cita dan berusaha untuk melihat budaya dan ketamadunan Islam menjadi asas dan paksi kepada ketamadunan dunia, dan atas kesedaran inilah saya merasakan saya mempunyai amanah yang sangat besar sebagai seorang ahli akademik Islam untuk menjadikan ia satu kenyataan (kerana ia telah dijanjikan oleh Allah).

No comments: