SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS)
SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS) - click la kalau nak dengar...
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Friday, 6 December 2013
STUDENTS AKU TAK INGAT SUBJECT SEMESTER LEPAS: APA JADI DENGAN AMANAH?
Baru habis makmal buckling of strut. Subjek makmal ni subjek Tahun 2. Lepas aku habis derived the differential equation nya, aku tanya kat students macamana nak solve differential equation ni? Sorang pun tak jawab.
Ok, lepas tu aku tanya,
"korang ingat tak apa yang korang belajar dalam subject Differential Equation tahun satu?"
Diorang tak jawab lagi, senyum2 je.
Ok, lepas tu aku tanya lagi,
"Dalam subject tu, korang pernah dengar tak, separation of variables, undetermined coefficient method, laplace transform, fourier series?"
Terus diorang angguk2 tanda pernah dengar.
So aku tanya,
"buat apa korang belajar semua2 benda ni?
Diorang diam balik. Lepas tu aku jawab kan la,
"korang belajar semua benda2 ni sebab nak solve differential equation la."
So ini lah typicalnya sistem pembelajaran kita. Baru semester lepas belajar tapi students bukan sahaja tak ingat apa yang dibelajar, worse, diorang tak tahu pun diorang belajar untuk apa.
Ok sambung balik. Sebabkan itu, aku suruh diorang keluar handphone diorang letak atas meja. Ramai pakai samsung. Aku pun tanya kat diorang,
"korang tau tak handphone samsung ni la bagi duit kepada Korea?"
Lepas tu aku suh diorang tengok jam dan aku cakap,
"korang tahu tak jam tu la yang bagi duit pada Jepun (diorang ada yang pakai Casio)."
Lepas tu aku tanya, macamana Malaysia buat duit?
Ada yang jawab dengan buat rumah (engineering perspektif). Aku tanya balik,
"ok kalau kita buat rumah, kita ambik duit siapa? Kita buat kat Malaysia so kita ambil duit orang Malaysia juga kan? Dan orang yang bayar rumah tu mungkin dapat dari kerajaan melalui gaji dia tapi kerajaan dapat duit dari mana? Basically kerajaan dan negara kita dapat duit dari jual minyak, tapi kalau minyak ni takde macamana? Kalau minyak ni habis macamana?"
Lepas tu aku sambung lagi.
"Pasal tu la kita mengeluh sana, mengeluh sini, hidup ni susah, kita miskin, gula naik, minyak naik dan lain-lain. Memang sebahagiannya salah kerajaan sebab tak pandai menguruskan ekonomi tapi sebahagian lagi adalah salah rakyat yang macam kita, yang macam korang."
Korea, Jepun, UK, US maju, selesa dan mewah sebab rakyat2 nya boleh hasilkan teknologi untuk dijual, Samsung, Iphone, Asus, Nokia dan macam2 lagi. Diorang tarik duit orang lain masuk ke negara diorang.
Lepas tu aku tanya diorang, kenapa agaknya kita tak boleh buat samsung kita sendiri, iphone kita sendiri lepas tu jual seluruh dunia, kita tak nak atau kita tak mampu?
Diorang jawab, kita tak mampu. Yup, aku kata betul, mmg sebab kita tak mampu. Kita tak mampu sebab kita takda ilmunya dan kenapa takde ilmunya?
"Sebab korang tak boleh ingat pun subjek semester lepas, bukan sahaja tak ingat, korang tak tahu pun tujuan kenapa belajar subjek tu. Dengan hasilkan students yang macam ni,sampai bila pun kita takkan mampu hasilkan apa2. Sampai bila2 la kita akan mengadu susah dan miskin sebab kita tak mampu generate pendapatan utk negara pun.", aku cakap.
Dan aku sambung lagi. Ok lah, bila dah tahu ini semua, apa perasaan korang?
Apa rasanya tak tahu pun apa yang dibelajar?
Apa rasanya lulus semester lepas tapi tak tahu pun subject tu untuk apa?
Sedangkan korang students UTM, best universiti kat Malaysia in Engineering, kalau korang macamani, kat universiti lain lagi la teruk keadaannya.
Apa rasanya bila gunakan duit rakyat (melalui scholarship, PTPTN, guna facilities dalam universities) tapi korang tak "sedar" pun korang masuk kelas dan tak "sedar" pun keluar kelas, tak tahu pun "tadi" korang belajar subject apa dan untuk apa?
Apa rasanya tak dapat buat samsung, iphone, casio untuk negara sedangkan rakyat "bayar" korang untuk belajar dan kemudian hasilkan dan jualkan benda2 ni?
Apa rasanya tak ingat langsung subjek tahun lepas? kalau tak ingat subject tahun lepas, korang akan ingat ke subjek tahun ini untuk tahun depan?
Lepas tu aku cakap lagi, korang tau tak kenapa agaknya negara2 Islam semua miskin2, bergaduh sama sendiri tak habis?
"Korang islam kan, so kalau korang macamani, orang islam lain pun macam ni jugak, belajar sebab nak lepas exam, belajar tak ikhlas, tak boleh nak ingat pun apa yang dah dibelajar dan gunakan untuk buat sesuatu kearah kebaikan."
Mestilah keadaanya macam ni jugak, kalau tak pun mesti lebih teruk. Sebab kalau nak bandingkan dengan pelajar islam di negara2 lain, pelajar Islam di UTMlah antara yang paling top. So kalau yang top pun tak boleh ingat dan faham pun apa yang dibelajar, dinegara Islam yang lain lagi lah.
Tapi kenapa jadi macam ni? kenapa pelajar Islam macam korang boleh tak ingat apa yang korang belajar semester lepas?
Sebabnya fahaman islam kita salah. Sebabnya, kalau betul fahaman kita, kita akan anggap belajar ni amanah.
Amanah sebab kita pakai duit orang utk belajar.
Amanah sebab tugas kita adalah untuk majukan umat dan masyarakat dengan hasilkan sumber rezeki melalui ilmu2 yang kita belajar.
Tapi macamana kita nak buat amanah2 ni kalau kita tak ingat pun apa yang kita dah belajar, apatah lagi kalau nak gunakannya di masa depan?
Kita hanya diajarkan yang amanah itu jgn makan rasuah, jangan menipu, jangan hipokrit. Tapi ada satu amanah yang tidak pula di ajarkan iaitu menjalankan tugas yang ditakdirkan oleh Allah pada kita pada waktu itu.
Kalau dah ditakdirkan kita posmen, adalah amanah pertama kita untuk jadi posmen yang terbaik, selepas habis jalankan amanah ini, baru la kita buat amanah yang lain seperti berdakwah secara formal.
Begitu juga dengan jadi pensyarah kejuruteraan, jadi dulu pensyarah kejuruteraan yang terbaik dengan mahir betul2 dan hebat topik2 engineering dan teknik pengajarannya, dah habis amanah ini baru la buat amanah yang lain, dakwah formal ke, politik ke.
Biar dakwah agama secara formal dibuat dulu oleh para ustaz2 dan agamawan2. Begitu juga politik, biar ahli2 politik yang jalankan tugas mereka. Kita laksanakan amanah kita dulu, dah settle rasanya, baru la ceburi bidang amanah orang lain pulak.
Dan students, amanah korang yang pertama adalah belajar. So dah ditakdirkan korang belajar engineering, pastikan betul2 faham topik2 engineering tu dulu, topik lain, wahabi ke, syiah ke, sufism ke, politik ke, itu kemudian.
Biar students fakulti tamadun islam dan pengurusan yang bincangkan perkara2 ini. Korang dengar dan baca je perbincangan mereka dan ulas sikit2 cukup. Tak payah nak full swing bidang orang lain selagi bidang sendiri tak habis conquer lagi.
So, please revise balik subject2 yang dahulu dan relatekan dengan subjek2 sekarang dan akan datang.
Simpan niat dalam hati yang kita nak belajar sungguh2, faham sungguh2 supaya nanti kita boleh bangunkan umat dan masyarakat.
Let's jalankan amanah yang Allah dah berikan kepada kita, as an engineering students, engineering students lah, as lecturer, lecturer lah, as agamawan, agamawan lah, as politician, politician lah.
ALLAH KNOWS BEST.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Dr.,
salah satu sebabnya adalah sistem pelajaran kita yang semacam itu. dari kita kecik kita diajar untuk ikut sahaja buku teks. kalau mata pelajaran sains, kita diajar tentang ilmu-ilmu sains. tapi tak ada pun diajar untuk kita critical untuk fikirkan idea-idea baru. Oleh kerana sudah begitu lama mindset seperti itu, bila hendak keluar dari mindset itu agak susah.
Bagi saya, pelajar dikongkong. tidak berkembang. tengok la silibus-silibus di kampus pun lebih kurang jugak. mungkin Dr boleh create sesuatu difakulti Dr untuk bantu mahasiswa untuk keluar. tidak hanya bermatlamat dapat result dekan sepanjang sem. keluar makan gaji. kahwin dapat anak dan mati.
student sendiri tidak sedar apa yg harus mereka lakukan. semua ini berkaitan dengan cara hidup masing2. islam? amalan? attitude? ilmu? kurang pendedahan? brmacam2 pndapat dan hujah yg dpt kita dngr dan lihat.
kerajaan memainkn pranan pntg dlm ssbuah negara. masyarakat brtnggungjwb dlm ssbuah negara. apakah yg mnjdkan ssuatu negara itu maju atau mundur?
trdapat bnyk faktor yg mmbuat objektif ssorg induvidu itu trjejas dlm kehidupan. paling utama hiburan dan ikuti dgn prkembangan teknologi.
dr, i'm really impressed by your words. alhamdulillah. thanx Allah for giving me the opportunity to read this entry. saya setuju pelajar hanya belajar untuk menduduki peperiksaan. dan saya mengaku, i'm one of them. i will struggle to change the mindset start from now. as a Muslim, EVERY TIME we are carrying the Amanah; as a caliph of Allah ( untuk mentadbir memakmurkan bumi Allah ini dengan berlandaskan syariat Nya) and as slave of him. (to worship Him alone every single thing we do) as a muslim, study, seeking knowledge because of Allah, the attitude written in Dr's entry is totally wrong. (haiihh. baru sedar cik kak? T_T) thank you dr for writing this entry.
Assalamualaikum..maaf dr. tapi bukan ke dakwah tu perkara yang paling utama kita sebagai umat Islam. Apabila kita terus mencari ilmu sampaikan kita lupa untuk mendalami makna Islam yang sebenarnya. Dakwah ini bukan sahaja dakwah kepada non muslim tetapi untuk muslim juga. Lihat apa yang sedang berlaku di negara kita. Pelbagai isu yang sedang melanda apabila Islam tidak diletakkan nombor satu. Islam bukanlah sekadar agama, ia adalah gaya hidup, cara hidup yang menyeluruh dari pelbagai aspek seperti hukum, ekonomi, akhlak dan sebagainya. Apa yang terjadi pada kerajaan Bani Abasiyyah, pada suatu masa dahulu merupakan tamadun Islam yang hebat dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Tetapi apakah yang berlaku, semua itu hilang. Terdapat beberapa faktor kejatuhan kerajaan Bani Abasiyyah tetapi salah satunya tiada semangat dakwah dan jihad dalam kalangan masyarakat pada masa itu.
Pendapat saya, seiring dengan 'pencarian ilmu' duniawi, jangan lupa 'pencarian ilmu' ukhrawi. Sambil belajar sambil berdakwah. Tidak perlu panggil ulama baru nak berdakwah. Kita sebagai khalifah, sebagai daie, juga ada kewajiban untuk berdakwah. Berdakwah menuju Islam yang sebenar..
Allahu_A'lam
For me it's true to a certain extend but but there are a lot of factors that has made students as so. I was an engineering student and i was a product of the public school and public university system, for better or worse. Prior to doing my diploma, i took a lot of certificate base courses like Air conditioning, being a wireman and a chargeman. During these courses i was fortunate to have teachers and lecturer that would answer every and each of my question which make me more curious to learn more, it drives me to learn more. but the moment i did my diploma i lost my interest and it's not because it's hard(well i don't deny the subjects are more challenging) but it more to the ability of my lecturers to accommodate to me and my fellow classmates.Most of my classmate would either got lost in the class or they just memorise the steps. their objective is to pass the class which unfortunately is the modus operand of most of our education institution. I in the another hand would ask a lot of basic question like why in this formula dowe need to use pie? why do we need 90degree in the equation? what the purpose of knowing this formula if we have meter and gadget to calculate for us? how did they came up with the formula?
Due to that, some would get annoyed by me and told me to just memorise it as so, some would try to engage, but most of the time they try to run away from my question by giving some random answer. Thus this frustrated me and make me to change to a course that i know if i have a bad lecturer it will not affect my value of being a student or a worker.
But this puzzles me, as i could see the difference in quality between Universities lectures and Technicals collages. I do admit not all universities lecturer are bad but when i was doing my certificate, even if it is a lower grade course but my teacher can explain to me how to create formulas for power factors, or how to create formulas to convert from Fahrenheit to Celsius. Most to technical institute that i have been had sufficient knowledge in their field and understand every bit of what they taught.
I guess the problem with these lecturers are that they themselves had not even thought of the same question when they where studying, i guess back then they had the same objectives as students today which is to only pass the exams.
Salam dr,
Saya pelajar undergrad dan saya belajar post ni tapi tak terkesan ape2 pun. Bukan ingin mencetuskan apa-apa tapi cuma ingin menyatakan hakikat tentang situasi yang kebanyakan yang baca artikel2 sebegini tidak terkesan pun dengannya. Ia hanya artikel pendapat dari seorang lagi insan, di dalam satu lagi website di internet. Apa-apa pun, sama-sama kita memupuk minat terhadap kejuruteraan dengan lebih lagi di dalam rakyat Malaysia. Jangan putus asa. Fakta yang paling betul- minat boleh dipupuk, cuma caranya yang jadi persoalan. Itu sahaja. Assalam
Jangan kita pisahkan Islam dengan yang lain. Betul kita dijuruskan dlm bidang Engineering. Semua perlu beriringan. Dalam melaksanakan amanah perlu adanya kefahaman. Jangan pula kita faham tanggangjawab dan amanah berkaitan bidang kejuruteraan tetapi kita lupa bahawa kita mempunyai amanah yg lebih besar iaitu menghambakan diri kepada Allah. Jangan kita lihat Islam dalam satu sudut sahaja. Islam bukan hanya tertumpu kepada ibadat semata-mata. Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Musuh-musuh Islam cuba mengikis kefahaman Islam supaya mereka dapat menjatuhkan umat Islam. Moga kita terpelihara daripada fahaman-fahaman liberalisme, sekularisme dan pluralisme yang menjadi perosak kepada kejernihan fikrah Islamiyyah itu sendiri. Dan yang lebih teruk apabila kita meninggalkan islam sudah pasti kita akan mudah terpengaruh sengan fahaman yang merosakkan akidah seperti syiah, wahabi dan sebagainya. Berjayakah kita jika dapat menjulang sehelai ijazah bersama-sama dengan helaran IR, Professor , Dr dan sebaigainya namun kita gagal melintasi titian al-sirat kelas.
Salam.
Dear Dr. Airil, forgive me for answering to some comments here.
I'm an engineer working in construction business.
1. If an engineer fails, even 1000 reasons and blaming on others (lecturer, nation, masyarakat) would not solve the shit. Engineer is there to solve things and make it happen.
2. Students will never change. What will change them is when they get involved in the industry. In engineering industry, every employer wants to know solution, that's why they hire engineers. The reason is never the end product for any engineers.
3. 2 people write a report on an accident. A Safety officer and an engineer. The difference between the two reports is that engineer's report will include "recommendation" to solve the shit.
4. Stupidity is when Muslim engineers talks about syiah, wahabi, etc. while doing shit in their engineering jobs, when their non-Muslim counterparts did a great job in engineering. No one listens to fools even though they preach good things.
Last one,
Mana lebih orang respect?
Seorang agamawan yang bercakap tentang perubatan atau seorang doktor perubatan yang bercakap tentang agama?
By doing best in each other fields (professionalism), we are doing dakwah in an in-direct way.
Sorry for writing long. But I just hate it when people blame pendidikan or lecturers, as if dunia ni nak tunggu spoonfed sorang sorang.
I still remember my lecturer Kapten Rahim Manaf, as he quotes "No matter what, korang ni semua nanti macam campak kat laut, pandai pandai la korang berenang sendiri-sendiri"
Good entry. Jzk.
Post a Comment