Tuesday 20 November 2012

BOIKOT McD: AKU TAK SETUJU


Aku terfikir kenapa aku nak tulis jugak pasal ni sedangkan ini just another never ending polemic masyarakat mcm yang sudah2. Tapi aku tahu  jawapannya, ini sifat ke‘cikgu’an aku, somehow I still want to ‘teach’ those yang mahu menerima pendapat aku. Yang x nak menerima nak buat macamana kan?

Ok polemic apa ni? Ala, yg tentang nak boikot ke tak McD sebagai protes serangan ke atas Gaza. Dan seperti yang sepatutnya dijangkakan oleh para pembaca, aku tidak on the side of boycotting (tak setuju la tu); reasons being as follows.

Sebelum kita decide nak boikot ke tidak, kita kena tahu yang McD tu seperti KFC, Marry Brown, Tutti Fruti, adalah satu franchising. Ia adalah satu sistem perniagaan dimana seorang owner kedai McD di Malaysia yang kita panggil franchisee akan bayar licensing fee dan royalty kepada pemilik sebenar perniagaan tersebut, dalam kes kita ni McD US, yang kita panggil franchisor. 

Dimana dilemmanya? Dilemmanya bermula bila kita kata McD US which is the franchisor  gives financial support to Zionist, tak tau lah direct ke indirect tapi just let say, directly. So, sebagai protes kita terhadap serangan Israel ke atas Gaza, kita pun boikot McD US (the franchisor) dengan cara memboikot kedai2 McD di Malaysia (the franchisee). So apa masalahnya, ok what?

Masalahnya, this will never work, McD US (the franchisor) takkan ter’affected’ atau terkena pun, yang terkena cuma kedai2 McD di Malaysia sahaja (the franchisee). Eh, kenapa pulak? Nak tahu, kita kena tahu dulu how franchising works, seperti yang aku terangkan kat bawah. 

Keuntungan  McD US (the franchisor) dah tetap sebenarnya melalui pembayaran berkala licensing fee oleh kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), so laku ke tak laku ke burger, ayam dan roti kat kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), licensing fee yg dah tetap (x fluctuate) mesti jugak kena bayar maka keuntungan McD US (the franchisor) tidak terjejas pun. Yes, mmg ada keuntungan tambahan dari sale melalui royalty tapi ni ciput je bro (aku x tau exact value tapi selalunya royalty ni 3% - 5% of revenue); sale boleh dikatakan semuanya revenue milik kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), kalau banyak jual UNTUNG kalau tak banyak RUGI silap2 bankrap. 

Mungkin ada yang kata, x pelah, sedikit sebanyak mesti ada effect jugak, boikot je. Hmm, persoalannya berbaloi ke buat macam tu? Tak ke bodoh buat sesuatu yang tidak objective sebaliknya hanya berdasarkan sentiment? Adil ke pulak kita pada kedai2 McD di Malaysia (the franchisee) kalau kita buat macam tu? Ramai tau, pemillik2 McD di Malaysia adalah orang Melayu dan bumiputra yang bayar zakat setiap tahun. Kalau korang nak tau franchising ni adalah antara strategi perniagaan yang dipromote khas oleh kerajaan untuk membantu bumiputera berniaga. SO kalau korang memboikot je membabi buta, tak tahu hujung pangkal, tak tahu mencapai objective ke tidak, korang sebenarnya jeopardize diri sendiri, saudara sendiri, negara sendiri, tau tak.  Haa, kenapa pulak macam tu? Nak tahu, sila baca penulisan seterusnya. 

Ok, semua setujukan kalau aku kata berniaga lah sumber rezeki yang paing menguntungkan dan sustainable. Rasullullah sendiri bersabda “Sembilan per sepuluh rezeki datang dari perniagaan” (Hadith Riwayat Bukhari). Tapi dalam perniagaan apa yang paling penting? Ada empat:

1) modal
2) Standard Operation Procedure (SOP) i.e. book keeping, account bla2
3) Networking (utk supply, promotion, sale bla2)
4) Experience

Dalam keempat-empat di atas, yang mana agaknya ada pada Melayu dan Bumiputra by default? Jawapannya, TAKDE. 

Korang x pernah wonder ke kenapa banyak bisness2 besar kat Malaysia sahabat2 Cina dan India kita yang run dan punya? Honda Yong Ming di JB, Honda Tian Siang dan BMW Tian Siang di Ipoh dan yang paling famous Boon Siew Honda (ni cuma sebut sedikit je dan focus pada import kereta je). Korang x pernah wonder ke, macamana diorang ni boleh dapat ‘line’ bawak/import kereta awal2 lagi? Ceritanya macam gini. Waktu awal2 dulu, awal 1900an industry kereta Jepun, German datang Malaya usha2 line nak bawak masuk kereta, so diorang pun cari la runner utk jadi dealer. Sapa agaknya yang offer diri? Sapa agaknya yang ada modal? Sapa agaknya yang mmg dah ada budaya meniaga yang established, SOPnya, experiencenya, networking. Forefathers sahabat2 Cina dan India kita lah, nenek moyang kita ada apa waktu tu. Ok, kita bukan nak dengki dgn sahabat2 kita ke apa ke, tak pelah itu mmg dah rezeki diorang. 

Tapi macamana agaknya nak menggalakkan dan membantu Melayu dan Bumiputra ni menceburi dan seterusnya jadi major player diwaktu kita handicapped teruk (takde memiliki satu pun dari empat  ciri diatas)?. Caranya franchising la dan inilah yang Mahathir perkenalkan lewat 80an dan awal 90an dulu. Bila franchising, kita tak perlulah risau sangat lagi tentang SOP, networking dan experience sebab bisnes2 ni mmg dah established dan franchisor akan bertindak sebagai mentor, memberi khidmat nasihat dan pengawasan kepada bisnes tu dari semasa ke semasa. Benda ni macam technology transfer jugak la. 

So apa yang diperlukan cuma modal, yang mainly untuk bayar Licensing Fee pada Franchisor tu. Tu yang banyak skim2 pinjaman khas yang disediakan khas oleh kerajaan untuk industry frachais tempatan. Having all these taken care of, theoretically, now the Bumiputras can kick start rather ‘immediately’ their own business. That was the strategy and that was the story yang nampaknya ramai dari kita yang pung pang di FB tak tau. So, from this perspective, boycotting any franchising is not really boycotting the franchisor but jeopardizing local industry/business and national strategy instead. 

So macamana, nak terus boikot ke tidak McD? Ikut suka koranglah, tepuk dada tanya selera. Cuma, sebelum aku sign off, ada sikit lagi yang aku nak cakap. Ramai juga yang championing the boycott mengguna persuasive tactic dalam bentuk soalan lepas mati. Ramai yang cakap, kalau kita boycott McD, nanti lepas mati bila ditanya apa usaha kita dalam membantu saudara kita di Palestine, kita boleh jawab yang kita Boycott McD. Hmm, apa pulak nak jawab ek kalau kita seterusnya disoal, kenapa pulak kita nak menganiaya owner2 McD Muslim yang membayar zakat setiap tahun, yang tak terlibat pun dengan apa2 urusan McD (the franchisor)? Kalau ditanya macam tu la. Wallahualam.

Dan last sekali (betul, kali ni mmg last punya), mungkin akan ada yang kata, “ala, apa la tulis2 panjang, tak habis2 lagi ke hal McD ni?”. Hmm, McD ni pada aku symbolic je, permasalahan yang sebenar yang menyebabkan aku sanggup tulis panjang2 ni ialah kerisauan aku pada sikap masyarakat kita yang terus berfikiran dan bersikap simplistic. Kita gagal hendak menerima hakikat yang hidup ini tidak se’simple’ yang kita rasa, kita gagal untuk memahami yang interaksi kita antara manusia dan manusia, society dan society, negara dan negara adalah satu sistem yang sangat kompleks yang pengurusannya memerlukan kita memandang sesuatu perkara dari perspective bird eyes view. Pemikiran yang simplistic sebeginilah menyebabkan masyarakat kita amat sukar untuk mencari titik persetujuan dan berterus-terusan berbalah sesama sendiri. Ini yang perlu kita selesaikan terlebih dulu. Dan inilah juga reason kenapa aku terus menulis on topics yang mungkin pada pandangan ramai adalah trivial dan tak penting.

*Note: Aku sokong perjuangan Palestine dan aku benci Zionist tapi pada aku, cara yang paling sesuai untuk aku menyumbang dan berjihad adalah dengan mengajar bersungguh2 dan research bersungguh2 supaya masyarakat dan negara aku nanti akan cukup maju dan kuat untuk melindungi dan memperjuangkan hak2 Palestine.  Honestly, I am a true believer of “there is always a smart way in anything” but never, never I believe in short-cut.

60 comments:

Anonymous said...

Setuju

MFTAQIYUDDIN said...

“there is always a smart way in anything” but never, never I believe in short-cut.'

Contrary I believe there is short cut Dr.

Tambah tambah lagi dengan teknologi sekarang.But not on kesungguhan/kerja keras/kejujuran. Itu terpulang pada individu semula.

But I still got your point.



Anonymous said...

http://tukartiub.blogspot.com/?zx=9e07601d6e7f301a

Anonymous said...

Hujah yg cantik.. sy setuju dgn pencerahan tuan.. wlpn sy xmkn mekdi.. hehe.. jarang la.. papepn.. jgn lupa bg sumbangan ke gaza. Tuliskan lg artikel tuan.. asyik politik.. pn bosan jugak.

Kolek Kecil said...

Kalau boikot untuk jaga diet pemakanan sihat, lojik juga.

Masyarakat simple. Dibuatnya yang bekerja di McD tu makAyah atau abang adik, atau suami isteri kita sendiri, kering hati je lah suh family berhenti kerja untuk protes Israel.

Anonymous said...

terpulang pada diri sendiri sama ada nak boycott or not..
tapi kena ingat, kat akhirat nanti kita akan disoal untuk segala apa yang kita buat.. if kita rasa boycotting their product doesn't bring any effects to them, then kita still consume product2 diorang xke macam kita sokong diorang? every rm/$/€ that we spend on their products worth every single drop of palestinian's blood. then,di akhirat kelak mujahid2 islam ni semua akan persoalkan tindakan kita depan Allah, 'Ya Allah, tika mana kami diserang dengan hujanan bom, hambamu yang bernama ____ ini masih menggunakan wangnya untuk membeli barang2 keluaran yahudi laknatullah,adakah wajar tindakannya itu ya Allah??'
adakah kita mahu disoal sebegini di akhirat nanti? dan mungkin kerana tindakan yg kita ambil di dunia ni menyebabkan kita terjunam ke neraka.sanggupkah kita??
berkenaan franchaisee2 mcD yang berkemungkinan adalah orang islam dan akan mengalami kesan yang amat besar bila boycott ni berlaku, kita kena faham yang setiap perniagaan yang kita mahu mulakan, kita kena selidik latar belakang perniagaan yang kita pilih tu betul2, isu halal haram, ke mana duit yang kita laburkan tu pergi and etc. for example,kalau syarikat pembinaan yang kita bekerja plan untuk robohkan masjid di sebuah perumahan ,adakah kita akan setuju?? Macam tu jugak lah modus operandi yahudi. isu McD ni sebuah syarikat yahudi sebenarnya dah lama kita tahu,tapi kita selalu tutup sebelah mata, and even me have consumed it b4, quite a lot.. (ighfir zunuubana Ya Allah..) but then, why they still chose to deal with the company though they knew about the company's background? They are not stupid, yet they are well-educated people.. wallahu 'alam.. mungkin mereka ada sebab mereka yang tersendiri..

and jangan pulak kita kata, ‘alah, diorang ni hangat2 tahi ayam jer,sat lagi beli balik,baik orang macam kita ni, xhipokrit..’ jangan sesekali fikir macam tu sebab Allah tak memandang pada hasil atau natijahNya tetapi usaha kita dan pandangan Allah SWT itu lebih mulia… sewaktu Nabi Ibrahim dibakar oleh orang2 kafir, ada seekor burung kecil yang xhenti2 cuba memadamkan api dengan membawa air dengan paruhnya yang kecil hinggalah ia ditanya oleh makhluk2 yang lain tentang logic dan keberkesanan tindakannya itu, lalu ia menjawab, ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”. Dalam kisah ni,kita boleh Nampak yang Allah dah bagi contoh yang amat jelas dan sama pula dengan situasi kita sekarang.. Allahu Akbar! kemampuan kita berlainan bagi setiap individu,mungkin bagi sesetengah individu dengan mem’boycott’ product2 yahudi nil ah perkara yang mereka dapat buat untuk menolong saudara2 kita di palestin, go on, at least they thought about it.. right?

well, ni just pendapat saya, saya faham point2 Dr, tapi just nak utarakan pendapat saya. Supaya reader2 blog ni paham dua2 point of view kat sini. No need to take it if you don’t want to, just read it is enough. :D

sorry for being anonymous,cause i dun have any ID.. :)

May Allah bless us.. Brotherhood till jannah.. In Syaa Allah.. aamiin..

FREE PALESTINE AND SYRIA! Aamiin ya Robb.. T.T

Anonymous said...

Saya setuju dgn hujah yg disampaikan oleh Anonymous..

Pertama sekali saya nak tnya di sini, matikah kita kalo kita xmkn McD? Ada ke kes di negara kita yg melaporkan ttg kematian yg disebabkan TAK MAKAN McD? Adakah makan fast food (e.g. McD) itu berkhasiat?

So, apabila timbul isu McD ni, kenapa kita tidak boleh berfikir dari sudut yg lebih luas. Kita tidak berada di medan perang, jadi apa salahnya kalau kita boycott barangan Israel. Itu yg kita mampu. So, why not?

Kepada penggemar McD. Saya nak tanya balik pd anda. Jikalau anak, mak, ayah dan famili you berada di Palestin, dan pada masa yg sama, org-org di sini membeli McD, apa perasaan anda? Fikir secara rasional.

Puak-puak Yahudi ni dari dulu terang-terangan akan bermusuhan dgn Islam. Salah satu cara yg digunakan adalah melalui makanan.

Sekadar berkongsi. Mudah-mudahan dgn usaha yg sedikit ini akan memberi hasil yg besar kpd Islam.

Save Gaza, Save Palestin. Allahuakbar.

Anonymous said...

Saya sokong 2 komen anonymous diatas. Allahuakbar ! :D

Anonymous said...

Kalau nak boikot barangan israel atau apa saja perniagaan yang hasilnya diberikan kepada israel, sepatutnya kita tak boikot McD je... kita kena boikot semua... barangan nestle,facebook, youtube, and everything, kita juga bukan setakat boikot barangan keluaran yahudi tapi negara yang menghulurkan bantuan kepada yahudi sama seperti McD menghulurkan bantuan kepada yahudi di sebabkan menyokong seranan kerajaannya, tak lain tak bukan US... Obama baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Israel menembak Gaza adalah mempertahankan diri dan tidak salah malah sepatutnya diberi bantuan lagi... pada pandangan dia orang (pergi tengok komen-komen pembaca pada yahoo news, google news, bbc news... kebanyakan rakyat negara tersebut menyokong yahudi Israel kerana pada dia orang Yahudi itulah yang betul.

Memang kita tak mampu memberi bantuan yang lebih besar kepada rakyat palestin kerana kita tak mampu, kenapa tak mampu.. sebab bangsa kita tak kuat, kenapa tak kuat, sebab bangsa kita pemalas, bangsa kita tak belajar bersungguh sungguh menjadi bangsa yang disegani, Macam Dr Airil cakap tak ada short cut dalam hidup ini untuk berjaya... kalau kita guna reverse technology pun kita tak mampu untuk hasilkan sama macam org lain inikan pulak nak buatkan yang lebih baik dari sedia ada. Sebab tu kita kena berubah, mind set kita kena berubah, kita kena maju kedepan.

Berkenaan dengan McD ... dia adalah perniagaan US bukannya Israel, Kalau ikut sejarah adik beradik donald tu datangnya dari Irish sebab tu kerajaan membenarkan kita menjadi franchaisee2 mcD sebab kita rasa peluang pekerjaan dan perniagaan meluas dengan kerjasama ini, sama juga dengan perniagaan dari US yang lain seperti nestle dan sebagainya. Kita semua tahu hampir keseluruhan McD di Malaysia ni kepunyaan bumiputra Islam, mereka bayar zakat, yang zakatnya digunakan untuk pembangunan ummah. Maka tidaklah boleh di samakan seperti merobohkan masjid malah mungkin duit itu jugalah yang digunakan untuk membuat masjid2 di negara kita ini.

Dan seperti penerangan dr Airil kalau ditanyakan soalan kenapa kita membeli barangan US atau Israel sedangkan saudara seIslam kita terbunuh di sana, maka adakah kita yakin yang soalan keduanya tidak ditanya, iaitu kenapa kita menganiaya perniaga-perniaga islam yang telah membayar zakat, yang duitnya untuk pembangunan ummah. Oh… soalan itu tak mungkin ditanya kerana perniaga-perniaga tersebut tidak mati, perniaga-perniaga tersebut sepatutnya tahu yang hasil perniagaan mereka haram… hmm… adakah apabila perniaga tersebut berusaha bersungguh-sungguh dan mengikut segala hukum jual beli Islam , hasil titik peluh mereka itu haram… Oh itu sudah tentu sebab perniaga itu bersengkokol dengan yahudi, tapi seperti yang kita tahu perniaga itu bukan bagi duit pada yahudi, diorang bayar lisen pada McD US, dan bukankah apa-apa perbuatan McD (US) pada duit kutipan mereka itu hak mereka McD (US) dan tidak ada kaitan langsung dengan perniaga2 di Malaysia tetapi kenapa kita masih ingin menganiaya bangsa kita sendiri … hmm …. Begitu jumudnya pemikiran kita … Allahuakbar ….

Kita sebagai seorang Islam sudah tentu ingin dan sepatutnya membantu saudara kita di Palestine, sedih melihat mereka teraniya … tapi bukankah daripada memboikot lebih baik kita tubuhkan tabung yang berterusan untuk mereka, walaupun sedikit tapi kalau semuanya memberi itukan lebih baik, sama seperti burung yang membawa air dengan paruhnya … dan kita juga mestilah menjadi negara yang kuat supaya kita boleh kembalikan Palestine pada bangsa Palestine. InsyaAllah.

Anonymous said...

Saya setuju dengan tuan. Cara kita membantu bukan dengan merosakkan perniagaan orang lain dan mendatangkan masalah kepada orang lain. Sudah tentu ada banyak cara yang kita boleh cuba membantu terutamanya dengan menyumbangkan derma & bantuan kepada Palestine. Selain itu, doa kepada Allah supaya mereka dilindungi dan sekiranya diambil nyawa mereka, tempatkan mereka di kalangan hamba2 Allah yg beriman. Sedih tengok ramai kanak2 mati dalam serangan Israel.

Anonymous said...

Unity is the pillar of strength.
Saya tak ingat sapa yang cakap tapi cam tulah. itulah apa yang berlaku di palestin. selagi sesama arab masih berselisih, boikotlah mcd sampai bila pun takkan selesai. tapi tak kisahlah tindakan some of us yg nak boikot mcd. teruskan sahaja. usaha yang ada walau nampak kecil tapi umpama tikam jantung dgn jarum. balik pada ayat mula mula tadi. kekuatan kita sebenarnya terletak pada perpaduan. sebab itu kita kena bersatu padu supaya kuat. jadikan apa yang berlaku di gaza sebagai iktibar. klu kita tak bersatu jahanam kita.

Anonymous said...

salam...boikot mcd??. Pada pendapat saya, adalah lebih baik kita menghindarkan diri kita terus dengan punca yang telah kita ketahui agar ianya serba sedikit akan melemahkan semangat serta memberi kesan kepada semua yang berkaitan dengan Israel. Terutama muslim yang ingin atau telah berniaga, adalah lebih baik mengkaji terlebih dahulu sebelum benar-benar pasti ianya boleh diteruskan. Harta dunia boleh dicari tetapi kepuasan kita menentang keganasan sangat sukar dipenuhi. Tiada apa yang boleh kita lakukan untuk membantu palestine jika sokongan serta "dana" terus menerus ke Israel. Kita sebagai muslim mesti cuba menunjukkan pada dunia yang kita benci semua yang menyokong atau mendekati mereka!! Israel menguruskan negara mereka dengan melemparkan kekejaman kepada rakyat palestine, disokong penuh oleh kuasa besar dunia. Palestine juga disokong tetapi setiap kali mereka dibantu Israel akan menjadi bertambah kuat dengan alasan pertahankan diri serta lebih banyak "dana" yang diberikan. Sebagai hamba Allah ,jika tidak bertindak mereka akan terus menguasai palestine. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada yang mengaitkan perniagaan mereka dengan keganasan yang dilakukan Israel laknatullah. Mereka tidak harus diberikan dana walaupun 0.000000000001sen. Walaupun kesannya hanya sedikit tetapi ianya mungkin akan terus mengurangkan jumlah "dana giler" kepada Israel. Sedih dan Ikhlas Terima kasih.

Anonymous said...

htSila baca boikot mcd mengikut Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Internasional. saudara jangan tulis ikut akal jer...kelak orang gekar ko si bangang!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Israel mempunyai syer saham terbesar di Mcd, walaupon pengasasnya org US.

Falsafah org berniaga, " sentiasa penuhkan keperluan pelabur"

Bagi ahli perniagaan besar , "pelabur" lebih penting dari "pembeli"

"Customer always right" hanya nak sedapkan hati pembeli je. Yang peniaga paling jaga adalah pelabur.


Kalau pelabur tak penting tak wujud la saham..sekian

Anonymous said...

sebenarnya telah lama isu ini diperdebatkan..bagi saya jika kita tidak mampu menderma atau mengangkat senjata mungkin usaha memboikot ini adalah jalan yang termampu kita lakukan Allah mungkin tidak akan bertanya banyak mana yg kamu lakukan untuk membantu rakyat palestin..tetapi Allah akan tanya apa usaha yang kamu lakukan dalam membantu mereka.. mcd mmg terbukti membantu zionis..bukan cerita rekaan...waalahualam...

hamba yg hina said...

sebenarnya usaha yg pling penting adalah penyatuan ummah,,,biar berkata mengunakan ilmu...SOLAT JEMAAH PUN BOLEH DIKIRA..SESAMA MENGINGATI JALAN ALLAH DAN MEMEJUKAN EKONOMI MUKMIN..DAN MEMBANTU...YG BANYAK NAMPAK MEHENTAM TAPI TIADA USAHA NK MENYATUKAN UMMAH...NESTLE COMPANY KAFIR..TAPI BUKAN COMPANY US.cmpny swizland..SO FIKIR2 KN...MOGA PENUH JEMAAH MUKMIN DALAM PELBAGAI URUSAN TERMASUK URUSAN SOLAT DAN USAHA MEMEJUKAN EKONOMI MUKMIN AGAR LEBIH BANYAK KITA MAMPU MEMBANTU...DLL ...

Anonymous said...

Sangat membantu dalam pemahaman saya...Terima kasih Dr. Airil

ku alia said...

maaf terlebih dahulu drpd sy..
some1 said to me: 'Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.'..ada kebenarannya..mmg benar pun..tak rugi bila rugi di dunia..kita akan rasa amaaat rugi bila d akhirat..Allahu akbar.

Anonymous said...

Fatwa-Fatwa Kontemporari Syeikh Yusof al-Qaradawi, dalam buku itu menyebut:

“Mahatma Gandhi adalah antara yang terkenal pernah lancarkan boikot barangan Inggeris untuk menuntut kemerdekaan tanahairnya, pengaruh boikot ini sangat besar dalam membebaskan India dari kekuasaan penjajah ketika itu.

1. Boikot satu-satunya senjata yg ada di tangan rakyat marhaen. Pemerintah tidak mampu memaksa penduduk utk membeli produk dari sumber tertentu. Maka, hendaklah kita menggunakan senjata boikot ini utk menghadapi musuh umat Islam. Sehingga mereka merasa bahawa umat ini masih hidup dan belum mati, serta dengan izin Allah tidak akan binasa.

2. Dlm boikot, ada tujuan lain selain ekonomi. Gerakan ini merupakan pendidikan bagi umat Islam untuk membebaskan diri dari perhambaan terhadap selera org lain, yg mengajar untuk terlalu bergantung pada sesuatu yg tidak bermanfaat dan mengandungi bahaya. ( maksudnya: jgn terlalu bergantung pada produk mereka )

3. Boikot juga sebagai suatu aksi persaudaraan dan penyatuan umat Islam. Kita tidak akan mengkhianati saudara-saudara kita yg menjadi korban setiap hari dengan beri keuntungan pada musuh.

4. Boikot adalah suatu perlawanan pasif yang mendukung perlawanan aktif yg sedang dilakukan oleh saudara-saudara kita di tana para nabi dan bumi jihad, Palestin.”



dari: http://akuislam.com/blog/renungan/kenapa-banyak-alasan-mcd/#ixzz2FfxCIBUn

Anonymous said...

allah x akan tnya nnt ape kmenangan yg tlh kau buat utk islam. tp allah akan tnya ape yg kau buat utk kmenangan islam... ibarat arak. bkn org yg minum arak je bdosa. tp semua yg terlibat trmasuk yg mnuang, yg memerah, yg menyimpan, yg mmbeli, yg mnjual mahupn yg mghidang. wallahualam... aku mmg boikot. ko mkn la drah daging islam mu sdri.

Anonymous said...

mc d aku dah boikot!
tapi...
chip phone/pc/router/telecom infra etc. yang aku pakai ni mesti "diorang" ada share jugak kan.
nak kene boikot semua nih.
kene jalan kaki ayam telanjang bulat masuk utan la kalo cam nih

Anonymous said...

lorh...g serang trus la israel..awt nk boikot2..buang masa je..klow dah at 2 mmbara nk tolong palestin..g la perang..melayu slalu buat kerja bodoh..pmimpin pm bodoh..agama islam tudung xpakai

Anonymous said...

nk ckp cket..klow nk boikot barang israel xterbilang bro..bkan mcd je brg israel..byk lg..xprlu nk ssah nk buat isu rmeh temeh..ngara sndiri pm kacau bilau nk pk sal palestin..sdar diri cket ek..negara kta pm lbyh dpda yahudi da ak tgk

Anonymous said...

xprlu klua hadis quran berbagai la..bnde simple je..islam skunk pnakut..mulut je lbyh..action nye xde..taw bdebat je...da lame da kot isu israel..spatot islam wajib serang israel bkan boikot bro..ngara islam laen rilek je tgk palestin..kte ngara islam y kcik ni lak nk wt kalut..pui..xde bnde laen ke nk bincang

Anonymous said...

Astarfirullahalazim..
Macam tuh laa kalau orang yg kurang berilmu,bila bersuara lebih berdasarkan hati dari akal fikiran.. Semoga dijauhkan mereka2 ini dari api neraka.. Wallahhuaqlam.. Insaflah wahai sahabat2 seagama ku..

Anonymous said...

As-Salam..
Akhirnya jumpa pendapat yg sangat relevan berkenaan boikot McD ni. Setuju dengan pendapat tuan blog. Sangat realistik dengan permasalahan Gaza ni. Selagi masih islam kita semua mesti terkesan dgn apa yg berlaku di Gaza. Tapi senario di sini boikot ini memang tidak memberi kesan.Ibarat usaha yg tak macam usaha. Kenapa tidak dibuat tabung rasmi yg mana semua boleh derma atau sedekah apa sahaja untuk bantu Gaza? Objektifnya lagi nampak dan tiada isu keburukan di situ. Ini tidak yg dibesar-besarkan adalah isu McD. Tak mahu makan sudah, tak perlu hasut dan pertikaikan perniagaan orang lain. Kemudian senang-senang fikir betapa patut pekerja McD untuk cari kerja lain. Semudah itu ke masalah di Gaza akan selesai. Betapa ringkasnya pemikiran orang melayu sekarang. Adakah hidup ini pun semudah yg kita fikir. Kesimpulannya fikir dan buat sesuatu yg boleh capai objektif tanpa perlu dimasukkan unsur-unsur yg tidak relevan pada topik yg tak semana pun pentingnya.

p/s:Hormat pd semua pendapat baik yg sokong atau tidak. Sebelum menghentam baik berbuat sesuatu dulu. Apa yg kita telah/bakal derma/sedekah utk Muslim di Gaza? Selain doa daripada kita semua, mereka juga perlu kelengkapan untuk teruskan hidup. Silalah usaha sesuatu yg nampak hasilnya.

Yg Ikhlas,
Cik Bunga

Anonymous said...

Jom kita boikot semua brg asing! Pastu kita duduk lam utan. Ko suka? Aku x suka!! Jgn cakap besaq je brader ahhh

Anonymous said...

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=544583905565282&set=a.129148023775541.17193.107299275960416&type=1&theater

Anonymous said...

please dr airil. think again
here is another point of view from dr.hafizi i think you will change your mind after watching this video.
intelectual fact vs intelectual fact.
only we're looking deeper and not only on the surface
http://www.youtube.com/watch?v=ZcBlvfZTSwY

Anonymous said...

ok lah di boikot...kan kata kalau tak mampu dengan tangan kita buat dengan mulut tak mampu dengan niat....walaupun usaha kecil...kita dah mulakan ia...insyallah berbaloi...kesannya dah kelihatan sekarang....xpayahlah semuanya nak boikot...kita mula yang sikit-sikit dulu sekurang-kurangnya impact besar...lagipun elok juga xmakan benda yang xberhasiat ni...kan ada hikmahnya juga badan sihat, minda segar dan wang boleh membeli perkara yang lebih berfaedah...alhamdullillah....lagipun suka hati aku lah nak boikot..kalau kau xnak boikot pun suka hati koranglah..atless aku tahu aku dah buat sikit anjakan pradigma...

Anonymous said...

kesan pemboikotan mcd sudah terasa sekarang ni...macam-macam promosi mcd buat untuk tarik perhatian pelanggan......

Anonymous said...

apalah bodoh komen-koemen yang cakap- boikot sampai boleh dok dalam hutan....keh..keh..keh...otak taruk kat lutut macam agen yahudi...melemahkan penytuan orang islam jer...jawab lah kau kat akhirat nanti...sekarang ni nampakdah penyatuan umat islam kat malaysia ni dah mula bercambah...takkanlah nak taruk racunlak kan...sikit-sikit asyik jatuhkan maruah islam jer....bagilah semangat sikit...

Anonymous said...

heheheehh..susah sangat komen yang sokong mcd ni....suruh jangan makan benda yang xberfaedah pun susah....pekerja-pekerja mcd pun bolehlah cari kerja yang tak syubahah....tapi aku yakin mcd takkan tutup punya cuma rugi jer...banyak bansa agama lain yang pi makan situ...janji umat islam dah boikot dan kurang kan untung itu satu langkah permulaan yang bagus...xmampu besar yang kecil kita mulakan...


Maka, gunalah Facebook untuk sama2 sebarkan doa dan bagi kesedaran kepada rakan2 kita tentang isu di GAZA!!

Gunalah facebook untuk berdakwah dan jatuhkan KAFIR!

TAK SALAH GUNA TEKNOLOGI MEREKA untuk jatuhkan mereka dan pada masa yang sama kita BOIKOT BARANGAN mereka kerana itu KITA MAMPU BUAT!! Jangan ingat bila guna facebook, kita dah tak boleh tidak kena guna & makan produk Yahudi, guna facebook untuk tujuan baik dan boikot barangan YAHUDI sehabis BOIKOT!!!

Anonymous said...

When ur house are the one bombed or ur sisters are raped..hell I'm sure you'll never write this..whatsoever dude!!!

Anonymous said...

Sepatutnya, tak perlu bawak pon McD ke KFC ke, tak perlu bawak masuk Malaysia. Makanan-makanan orang melayu islam sendiri kat sini pon dah cukup mantap.

Kalau orang-orang yang nak bukak McD kat Msia dah betul-betul ade duit juta-juta (bukanke nak bukak McD kene ade duit juta-juta?) kenapa tidak fikirkan guna duit tu untuk bangunkan produk Malaysia sendiri? Boleh je kan beli perusahaan tempatan mana-mana, pastu bangunkan betol2? Kenapa perlu start bisnes dengan McD? Tak nak susah payah setup bisnes? Nak cepat untung sebab McD dah ada sistem? Ni la masalah orang yang nak bukak bisnes. Tau nak senang nak untung cepat. Tapi motif sebenar nak bangunkan ekonomi bangsa dan agama takde.

Tapi mostly bukan orang kat msia ni. Tapi kat kutub utara sana..huhu

Wallahualam

Anonymous said...

Ee kalutnya korang ngutuk..boikot la kalau nak.tp sape korg nk ckp si A masuk neraka kalau tak boikot n si B pulak masuk syurga sbb kalut boikot mcd? Well, takpayah critisize apa yg org lain buat.learn to RESPECT peoples' choice.mana tau si A yg mkn mcd tu berusaha lebih keras nk majukan diri utk bantu saudara seislam kat gaza while si B yg kalut mengutuk, cuma jadi keyboard warrior je.

Anonymous said...

The main point of this article is not about boycotting Mcd. Its simply about knowing whats BEST for the people. Buat sesuatu yang berimpak besar. Cari ilmu, belajar. Bukan buat sesuatu bagai melepas batok di tangga.

arfandi said...

as'salamualaikum Sesiapa yang kenal chef dari UK nama Jamie Oliver, dia telah menang dalam mahkamah kes saman McDonald tahun 2013. Jamie berjaya membuktikan yang mcDonald menggunakan peroxide dalam daging prosesnya dan dagingnya juga adalah dari quality yang paling rendah hanya layak utk binatang ternakan yg makan. So, kita patut boikot McDonald bukan hanya kerana sokongan padunya kepada gerakan Zionist tetapi jugak kerana 'they really serve you JUNK food. You can google more abt Jamie Oliver and McDonald.

http://www.vaticancrimes.us/2013/08/red-alert-mcdonalds-poisons-children.html?m=1

zulfikar said...

Boikot jelah....
Byk dh kena bunuh ngan yahudi laknat tuuu....
Adehhh

azhan said...

20 November 2012 ( saat artikel ni ditulis ) dan sehingga hari ni 04 Ogos 2014... isu boikot x pernah dan pastinya tak akan ada jalan penyelesaian... ( daripada pengamatan sy setelah membaca semua komentar2 yg diberikan ) lebih baik kita semua berdoa semoga Allah Swt menjaga kesejahteraan umat islan dinegara kita dan umat islam di seluruh dunia... Dosa Pahala,Syurga Neraka,Iman Taqwa Semuanya Bergantung Allah Swt..

"Save Gaza" #supportgaza

aidil said...

assalam. Aku sampai kat depan pintu rumah aku, pastu aku menadah tangan berdoa pada Tuhan. "Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu rumah ku ini agar aku dapat masuk kedalamnya" sepuluh tahun aku doa kat depan pintu tu. Itu ke yang Encik Azhan nak kita buat. Ataupun kita doa, Ya Allah, Engkau berilah kekuatan kepadaku agar dpt membuka pintu rumah ku ini, lepas tu kita pulas tombol pintu tu dengan tangan kita. Agak2 nya yg mana satu Tuhan suruh kita buat ye?

Article tentang MCD beserta fakta dari sahabat kita http://www.firdausariff.com/

Anonymous said...

"diorang bayar lisen pada McD US, dan bukankah apa-apa perbuatan McD (US) pada duit kutipan mereka itu hak mereka McD (US) dan tidak ada kaitan langsung dengan perniaga2 di Malaysia"

1-.hak mereka??..kl kita dah tau dia memberi sumbangan kepada israel utk membunuh rakyat palestin kita x nak amik tahu lagi???terang lagi bersuluh..semoga dibukakn pintu hati tu.(macam rantaian arak)
2-boikot memang kena semua produk tapi kl yang 1 pun tak mampu nak buat lupakan jer la man oiii.."free gaza"..tq

Anonymous said...

After all...it is only one day out of 365 days....what a waste of effort....must support local product such as Pizza Pah, Ramly Burger, Pau Ahmad, Sos Aminah Hassan, Adabi,Tamin, Kipas udang, Kartz, so on....lets do campaign buy Malaysian. If you go for a vacation...don't "invest" in Egypt...go to Turkey & Qatar.....if you do you umrah & Hajj don't stay long in Saudi. Try not to visit UAE and Kuwait......the best think visit Malaysia....

Anonymous said...

Salam. Saya sedar penulisan ini adalah pada waktu serangan gaza tahun 2012. Boleh saya tahu pendirian Dr tentang serangan gaza yang terkini pada bulan ramadhan 1435 Hijriah. Nampaknya rakyat Malaysia malah dunia semakin sedar tentang keupayaan boikot dalam menjatuhkan ekonomi Israel. Mungkin pendirian Dr telah berubah atau macam mana?

Anonymous said...

ada rezeki, mekdi malaysia tutop so xde kne byr franchising lisence dah. kan ?

drpd bukan mekdi, kenapa tak bukan mekdah (kedai makan yg lebih kurang mekdi, tapi MELAYU Muslim punya)

tu pendapat sy yg kanak kanak ni.

nak menang bisnes,
kita yang pelopor bisnes.
dan insya-Allah,
kita akan usaha utk melahirkan lebih banyak usahawan muslim yg berjaya.

Unknown said...

KENAPA KITA KENA BOIKOT MCD? (VERSI CAKAP TERUS TERANG)
========================================================
Ada orang bertanya, kenapa kita nak sibuk2 boikot MCD? Kan rokok adalah penyumbang utama ekonomi Israel/Zionis jugak?

Jawapan saya sangat mudah. “Kenapalah kau ni pendek akal sangat? Cuba le berfikir panjang sikit.” Ini adalah jawapan sopan.

Jawapan terus terang dan sedikit kasar, ala2 gaya cakap orang Johor: “Kenapa le kau ni bangang sangat? Kau ni ada otak ke tak ni? Ke kepala otak kau letak kat lutut?”

Seperti yang kita tahu, bagi orang yang telah banyak membaca & berfikir, burger McDonald adalah sebuah syarikat yang memberikan paling kurang 5% daripada keuntunggannya di seluruh dunia ke Israel. Dan Israel telah menggunakan duit keuntungan daripada sumbangan McD kepada Israel, untuk digunakan oleh militernya, untuk membeli peralatan perang seperti peluru, kereta kebal, pesawat, bom dan sebagainya.

Peralatan perang ini pula akan digunakan untuk mengebom, menembak dan membunuh orang Palestin di Gaza. Orang Melayu amat kisah pasal penderitaan orang Palestin di Gaza. Tapi orang Arab buat bodoh aje. Itu suku Palestin. Bukannya suku Saudi ke, Qatari ke, atau Mesir.

Selagi mereka orang Arab Saudi boleh bersenang lenang dan tak diganggu oleh Israel/US, lantaklah kau orang Palestin. Pegi mampus lagi baik. Itulah sifat & perangai orang Arab sekarang yang terlena dengan semangat abbasiyah & kemewahan dunia sekarang. Kasi Palestin mampus semua lagi senang. Tak menyusahkan kita semua orang Arab.

Bagi mereka yang pendek akal@bebal, yang kurang membaca & kurang berfikir, akan bertanya, kenapa nak boikot McD sahaja? Kan banyak lagi produk Yahudi?

Jawapannya mudah, kita tak mampu memboikot semua produk Israel buat masa sekarang. Kerana hampir kesemua produk pengguna di dunia ini dimonopoli oleh produk2 Yahudi!!! Sedangkan hampir semua cip komputer, internet, Yahoo, Google, Gmail dan Facebook dicipta oleh orang Yahudi. Betapa hebat tak orang Yahudi ini? Jenama seperti McD, KFC, Nokia, Microsoft, Nokia, Motorola & lain2 semuanya adalah produk2 org Yahudi, yang telah menguasai dunia, tanpa kita sedari.

Cara yang paling mudah nak boikot semua produk2 Yahudi ialah pegi tinggal di hutan atau di gua. Jadi macam orang Asli atau orang Papua. Gerenti semua makanan & minuman anda, tak ada satu produk pun daripada produk buatan Yahudi.

Tetapi kita hidup di zaman moden & ketamadunan yang tinggi. Kita memerlukan barangan2 canggih seperti TV, handset, kereta, komputer & sebagainya. Malangnya, kebanyakkan barangan yang canggih2 ini dibuat oleh orang Yahudi.

Malangnya, orang2 Islam yang berjumlah lebih 1 billion sekarang tidak ada kemampuan membina barangan yang canggih2 itu. Kerana kita orang Islam, sibuk nak berpolitik, sibuk nak jadi ketua, sibuk nak bergaduh, berperang dan bunuh-membunuh sesama Islam.

Peperangan sesama Islam seperti Perang Iraq-Iran, Perang Malaysia-Indonesia, Perang Sunni-Shia di Iraq dan sebagainya adalah contoh terbaik, bahawa orang Islam sebenarnya sibuk bergaduh sesama sendiri. Contoh terbaik di Malaysia ialah peperangan politik antara UMNO, PAS & PKR untuk merebut kuasa politik orang Melayu. Masing2 menuduh parti yang lain itu kafirlah, musriklah, munafiklah & pelbagai lagi. Sedangkan bangsa2 bukan Melayu sekarang telah bersatu di bawah satu bendera DAP.

Kerana sibuk berperang sesama sendiri, maka kepala otak kebanyakkan orang Islam sibuk berfikir, untuk jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Bukannya sibuk, macam mana fikir nak cipta satu gadget yang boleh menghubungkan sesama manusia, daripada hujung dunia sampai ke hujung dunia yang lain. Dan boleh pula dibawa berjalan2. Maka, Yahudi di bawah syarikat Motorola & Nokia telah mencipta handset!!!

Yang terbaru, otak orang Islam yang suka berpolitik, suka berfikiran macam mana nak jatuhkan Khalid Ibrahim & jadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor? Macam mana nak tulis blog nak buruk2an dan jatuhkan si gagap gemuk tu? Atau macam mana puja dan menaikkan isteri si jubori tu?

Unknown said...

KENAPA KITA KENA BOIKOT MCD? (VERSI CAKAP TERUS TERANG)v2
==================================


Jadi, kita kenalah berubah daripada berfikiran negatif untuk jatuh menjatuhkan sesama Islam, kepada fikiran positif untuk bantu-membantu sesama Islam. Inilah strategi kejayaan orang Yahudi, bagaimana seluruh umat Yahudi di seluruh dunia cuba bantu membantu menaikkan dan menjayakan sesebuah syarikat atau organisasi Yahudi. Kenapakah orang Islam tidak meniru strategi Yahudi ini?

Jadi, kita mulakan dengan langkah pertama, dan secara kecil2an dahulu. Mula2, kita boikot burger buatan Yahudi iaitu McDonald. Dah berjaya, barulah ke produk lain pula. Dan kita perlu boikot satu persatu dulu. Kerana apa boikot McD? Kerana kita mampu memboikotnya dan kita mempunyai produk alternatif daripada usahawan Bumiputra yang telah mampu membuat burger macam si Yahudi tu. Jenama burger bumiputra seperti Ramly, Enna, Azmy, Ayamas, Amy, Runcit Az-zain & Iwani Frozen Food. Ada jenama Bumiputra ni yang tak pernah dengarkan?

Secara tidak langsung, dengan memboikot burger McDonald, sapa yang kaki gila makan burger tak akan kempunan kerana boleh beralih kepada burger2 buatan Bumiputra!!! Ini akan menaikkan jenama2 burger Bumiputra dan akan menambahkan pendapatan & memperkasakan perniagaan Bumiputra.

Jadi, dengan memboikot burger McDonald, kita macam menyelam sambil minum air. Pertama, kita menyebabkan McDonald Malaysia boleh bangkrup dan lepas tu tak ada duit nak kasi Israel. Kedua, menaikkan jenama burger Bumiputra dan menaikkan ekonomi Bumiputra.

Ada orang tanya pulak “Abis, kesian pulak le kat budak2 Melayu yang kerja kat McD tu? Macam mana mereka nak hidup nanti kalau McD dah bangkrup?”

Jawapan saya mudah. “Apa goblok sangat kau ni? Bila orang dah boikot McDonald & beralih ke burger buatan Bumiputra, syarikat2 burger Bumiputra memerlukan penambahan pekerja, kerana bisnes dah semakin kencang. Dah kena bukak restoran besar2 macam McDonald pulak, kerana banyak sangat sambutannya. Dah kena beratur panjang2 pulak, siap boleh beli burger Ramly guna sistem take-away guna kereta atau hantar ke rumah pulak.

Takkan burger Ramly sampai kiamat nak jual kat kiosk2 kecil tepi kaki lima aje? Tak nak jadi besar macam restoran McD ke? Kekadang kita kenalah berfikiran besar macam Yahudi, dan bukan berfikiran sempit macam si Arab Wahabi.

Jadi, bila Burger Ramly dah boleh buat restoran besar2an seperti McD, maka bebudak melayu yang dulu kerja kat McD tu, sekarang bolehlah kerja kat restoran burger Ramly pulak. Tetapi, kita kena sedar, burger Ramly belum ada kekuatan lagi untuk nak buka restoran macam McD. Maka, sama2lah kita boikot McD dan perkasakan burger buatan Melayu, kalau nak tengok Ramly boleh buka restoran besar macam McD pulak.

Jadi, buat sementara ni, bebudak Melayu tu mungkin kena kerja kat kiosk kecil jual burger Ramly, yang panas dan tak ada air-con tu. Persoalannya, adakah kamu berbangga kerja di sebuah restoran nyaman yang dipunyai Yahudi, atau kerja di kiosk yang panas yang dipunyai Melayu?

Dan soalan terakhir. Ada orang bertanya lagi: “Kalau saya tak nak boikot McD dan nak makan McD juga, macam mana?”

Saya jawab: ”Apasal kau ni bahalol sangat? Kau boleh tak tukar agama, jangan mengaku jadi Islam atau orang Melayu lagi. Kau terus jadi Yahudi & tinggal di Israel lagi baik. Orang macam kau ni, sepatutnya dicampakkan sahaja kat Palestin. Lepas tu kena bom dengan Israel, baru padan muka kau!!!”

Wan said...

Assalaam. Saya setuju boikot barangan israel tapi tang mana la plak mcdonald ni israel punyer. Musykil sungguh. Bukan mcdonald US tu listed company ke? Saya dah jadi accountant kat 15 tahun dah tapi sungguh heran kat org mesia ni. Banyak sgt assumption. Kalau kita buat sesuatu biar ada bukti yang kukuh. Kalau takde boleh jadi fitnah. Nanti nak kena mintak maap ngan 12000 orang pekerja mcdonald. Satu kerja la plak.

Anonymous said...

Cakap dh buat kajian..... mana faktanya?....di Malaysia ade 250 restoran... berapa restoran yang pemiliknya org melayu?....dr McD malaysia website....26% daripada restorannye pemilik tempatan....brape la agaknye org melayu?........pikir2 la.....McD US dimiliki siapa?....McD byk dapat anugerah tertinggi dari ISRAEL....McD sucks in the US

Unknown said...

Tuan blog kata byk McD Franchisee owned by Bumis...boleh disclose figure tak berapa %?? Selagi tak discolse figure aku tak percaya sbb yg aku confirm tau...McD supplier iaitu Mac Food dikuasai oleh non bumis. Dengan mengambilkira ramai Management Staff McD Malaysia adalah non bumis...aku rasa franshisee ni byk dari kalangan bukan bumi....cuba compare pemilik stesen2 Minyak Shell vs Petronas...dari situ boleh nampak. Lagipun nak buat satu restoran McD ni is const intensive bukan macam buka kedai makan kat tepi jalan...berapa ramai bumis yg mampu??...Tidak seperti KFC yg dulu pernah listed...so maklumat dia sng boleh dapat kat annual report....lagipun dulu ia dimiliki JCorp....mmg sahih lebih membantu Bumis....

Anonymous said...

Maaf, saya nak highlight a small flaw dlm logic post ni. Walaupun franchise owner di Msia ni hanya bayar franchise fee to McD US, maka sumbangan itu tetap akan tersalur ke Zionist (no matter how small). Lagi banyak mkn McD, lagi banyak franchise dibuka, lagi banyak duit disalur ke McD US. Zakat yg diberi oleh owner2 ni takkan dpt bayar harga satu nyawa pun Muslim yg dibunuh Zionist. Jgn pikir besarnya impact kepada owner2 di Msia ni (diorang boleh buat macam2 lagi utk hidup), tetapi pikir ada tak flow of money kepada McD US (yg terang2 sokong Zionist). Jika ada, maka menjawab la kita di akhirat nnti.

Dah la kita smua tahu McD dan fastfood2 smua ni makanan paling tak sihat, kalau ada sikit empathy kepada saudara2 kita yg ditindas tu, jgnla kerana nak ikut nafsu perut kita, sedikit pengorbanan pun xdpt kita nak lakukan. Sebelum nak ikut nafsu tu, pikir la ape yg kita nak jwb bila ditanya di akhirat nnti.

Ingat, perut itu punca sakit. Apa yg kita makan, itu la yg kita jadi. InsyaAllah, harap ramai yg dpt makan makanan2 halal dan baik (halalan thoyyiban) dan mengikut sunnah dlm cara2 makan Rasul kita.

Unknown said...

Sekarang kita kena tengok balik apa yg kita nak... kalau x makan McD x pe kan...lagipon kalau orang kafir dekat UK sana boleh boycott barang2 dari Israel dan West bank...dimanakah letaknya ehsan kita kepada saudara sendiri...disebabkan tuan2 semua sangap sangat nak makan McD... tuan2 sekalian tutup sebelah mata dan keluarkan semua hujah2 yg nampak confident untuk membolehkan tuan2 semua makan dengan tanpa rasa bersalah...saya bukan nak jadi ustaz jadian ke apa...tp kalau tuan2 kena soal dengan Allah di akhirat kelak tentang apakah yg tuan2 lakukan masa tuan2 hidup dahulu untuk memakmurkan bumiNya...jawab la sendiri ye...jangan cakap saya x bagitau...

Anonymous said...

Rezeki Allah luas..tiada perjuangan tanpa pengorbanan..so..kalau faham..tiada lah isu "kesian melayu hilang periuk nasik"..ooo...means jauh disudut hati..korang masih lebihkan dunia..well.kita tak mampu boikot barang yahudi dari segi teknologi sebab?...ada ke alternatif lain?..percayalah..dalam diam anda menyokong yahudi tapi samar2 kerana anda seperti merendahkan semangat juang orang yang sedang boikot...yaaa.sekali lagi..apa usaha anda..?..tidak mampu memboikot..derma derma jugak..tpi masih ada kemampuan kan untuk boikot?..ke tak tahan nak makan mcflurry bagai?..oh..kalah dengan advertising rupanya..tisu sungguh iman

Anonymous said...

nak tau knpe brgn2 smua kebanyakan amerika,, israel???? sebab rakyat kita ni stgh2nya MALAS... makayah suruh belajar... tp nak main2... nak bercouple/bercinta... pastu jenayah sana sini berlambak.... pasal tu orang kita tak mampu nk keluarkan handphone tempatan... (yg tu jer kot.. kalau silap.. betulkan) laptop??? mcm xde jer laptop buatan malaysia... itupun bkn keluaran amerika.. brand sony dr jepun

Anonymous said...

brgn buatan malaysia pun sikit jer xbyk... kita xpernah hasikan periuk nasi.. cerek.. printer... alat tulis.. laptop .. handphone.. tablet... kipas... dan sebagainya.. barang2 yg saye sebut memang takde buatan malaysia.. hanya buatan jepun... china... korea...

Unknown said...

Baca sampai boikot facebook je dah tahu dah tahap intelek mamat ni, McD di boikot sebab ada bukti dari laman rasmi Jewish United Front sendiri ada terima sumbangan yg besar dari McD. Boikot Mark Zuckerberg sebab apa? sebab dia yahudi semata2, dia dok kat Israel n beri duit kopi kat askar2 Israel ke?. kemon ar ni dah tahun 2016 isu boikot Israel ni bkan stakat org Islam jer, orang eropah pun bersunguh2 malah boleh dikatakan lebih berjaya dalam gerakan BDS mereka.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua.

Unknown said...

Kami diberi Pinjaman Peminjam swasta yang bersertifikat di negeri bersatu, kami menawarkan pinjaman bercagar dan tidak bercagar kepada individu, firma dan badan korporat pada kadar faedah 2%. Jumlah wang antara jumlah $ 1,000.00 hingga $ 5.000.000,00.Kami juga menawarkan semua jenis Pinjaman.
Untuk lebih lanjut
butir-butir untuk mendapatkan pinjaman hubungi kami, Sila balas
segera ke e-mel ini di: westlakefinance@usa.com atau anda boleh hubungi +1 (518) 841-1788. +1 (415) 562-0740 dan tambahkan pada WhatsApp +19495231457
Terima kasih

Amisha said...

Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut