Hujung semester dan tahun pengajian macam sekarang ni, ramai
la students UTM post kat FB yang diorang dah dihubungi dan ramai dah ditawarkan job
as an engineer. Aku senyum sebab aku tau perasannya bila dah belajar sikit
punya lama akhirnya dapat jadi engineer.
Aku senyum sebab aku
tau dalam hati tu mesti berbunga-bunga sebab nak melangkah ke dalam satu hidup yang
baru, hidup yang berduit, hidup yang berkerjaya, hidup yang boleh membuat
keputusan sendiri, hidup yang berteman (dgn
bakal isteri) dan yang paling penting hidup yang boleh menyenangkan mak
bapak dan buatkan diorang bersyukur ada anak macam kita.
Dan aku senyum juga sebab sekarang ni mesti diorang rasa
amazing giler sebab belum habis belajar lagi dah dapat offer. Aku senyum.
Tapi lepas tu aku tak senyum, in fact aku rase sedih (may be
the best word kot) sebab keadaan ini, keadaan dimana ‘belum habis kerja dah
dapat offer’ di ‘taken for granted’ oleh kita semua. In fact, all the stability atau kestabilan,
keamanan, peluang mobility dalam hidup, semua nya kita dah taken for granted.
Disebalik bersyukur dengan ‘keamanan’ ini dan disebalik cuba
untuk mempertahankan keadaan ‘belum habis kerja dah dapat offer’ ini, kita
ghairah untuk memomokkan diri kita secara berlebih-lebihan (exaggerate) dengan
aduan dan ketidakpuasan hati. Kita memomokkan dan menyemarakkan api ketidakpuasan
hati dengan menyamakan keadaan negara kita dengan negara-negara Arab, kononnya kita patut bangkit seperti kebangkitan rakyat-rakyat Arab.
Sedangkan kebangkitan rakyat- rakyat Arab bermula apabila
Abdelwahab Zaydoun (Morocco), Mohamed Bouazizi (Tunisia), Hichem Gacem
(Algeria), Mohsen Bouterfif (Algeria) dan ramai lagi membakar diri kerana
kecewa tiada pekerjaan walaupun mereka kelulusan universiti. Ulang, MEREKA
BAKAR DIRI SEBAB TIADA PEKERJAAN WALAUPUN BERKELULUSAN UNIVERSITI.
Sedangkan, students kita belum habis belajar lagi dah dapat
offer kerja. Itu yang aku sedih tu. Ulang, STUDENTS KITA BELUM HABIS BELAJAR
DAH DAPAT OFFER KERJA.
Berkali-kali aku katakan, bukanlah sistem negara kita
perfect, memang banyak kepincangannya cuma aku masih rasa belum sampai lagi ke
tahap teruk sangat macam di negara-negara Arab sehinggakan terpaksa menukar kerajaan.
Apatah lagi, alternative yang ada iaitu PR jauh lagi ber’serabut’nya. Kalau keadaan
politik negara kita macam Labour Party dan Conservative Party di UK tak pe
jugak, mana-mana pun kita boleh confident.
So, dalam keadaan:
1) yang tak de la teruk sangat lagi dan boleh diperbaiki ‘dari
dalam’ dengan semua orang bekerja
bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa dan tanahair
2)
Tiada parti alternative yang betul-betul solid,
jelas kerjasama dan persefahamannya serta prinsip-prinsipnya
I SIMPLY DON’T THINK IT IS WORTH THE RISK!