Sunday, 5 February 2012

SURAT TERBUKA KEPADA PARA PENSYARAH MUDA MALAYSIA

Korang nak tau tak apa yang aku fikir sepanjang minggu lepas? Aku fikir tentang bagaimana nak bagitau kepada orang kita bahawa kita dah terlalu jauh ketinggalan dalam perlumbaan ilmu yang kesannya menyebabkan kita menyimpang dari rasional kehidupan. So setelah aku fikir punya fikir maka timbullah idea ini; aku akan minta pensyarah-pensyarah muda (yang baru dapat PhD) untuk memberitahu dan mengesahkan situasi ini. Kenapa aku mintak pertolongan diorang? Sebab, kalau ramai yang cakap, makin senanglah orang nak TERIMA. Dan kenapa pensyarah muda? Sebab mereka inilah yang masih fresh, yang masih update dan mengikuti perkembangan ilmu diperingkat dunia/antarabangsa. So, untuk memohon pertolongan diorang, aku tuliskan satu surat terbuka kepada diorang seperti dibawah.


Assalammualaikum wahai semua rakan seperjuanganku si pensyarah muda,

Biar aku mulakan dengan satu soalan, dalam bidang anda masing-masing, berapa banyakkah buku yang ditulis oleh orang lain dan berapa banyak bukukah yang ditulis oleh orang kita? Saya pasti, nisbahnya mesti 10,000 kepada 1 atau pun mungkin 100,000 kepada 1. Bersetuju tak? Kalau itu nisbahnya, apa nak kita classifykan status orang kita, ketinggalan bukan? Kalau orang lain buat komputer selepas tulis 1000 buku, kita yang baru hasilkan 1 buku, bilalah agaknya nak buat komputer sendiri? Tolonglah bagitau masyarakat kita, mereka tak tahu, mereka ingat nisbahnya 5 kepada 1. Kerana itulah mereka rasakan mereka dipuncak dunia, kerana itulah mereka bergaduh sesama sendiri, kerana itulah mereka rasa mereka sudah pandai sehingga mereka tak mahu dengar dah cakap orang lain. Disebabkan anggapan ratio 5 kepada 1 itu jugalah, menyebabkan bila diorang baca buku orang kita yang satu (1) itu, diorang ingat diorang dah habis baca buku-buku yang ada dalam dunia ni, padahal ada 10,000 buku lagi belum dibaca.Tolonglah wahai pensyarah muda, sampaikan lah hakikat ini kepada masyarakat.

Lagi satu, susahkan nak baca buku-buku peringkat 'antarabangsa' ni ? Englishnya, hujahannya serta falsafahnya sehingga kita pecah-pecah kepala nak memahaminya, dan itu pun selepas bertahun-tahun masa yang kita luangkan, kita masih rasakan hanya seciput ilmu yang kita timba, masih terlalu banyak ketaktentuan, masih banyak ketidakpastian. Tapi, ketaktentuan ini nampaknya tiada pada masyarakat kita. Hanya dengan membaca artikel di blog-blog dan FB dan mungkin hanya mendengar ceramah-ceramah untuk dua tiga jam, mereka begitu yakin dengan ilmu mereka sehinggakan orang lain semua salah, orang lain semua sesat. Kita digelar Kang Kong, Jalang Ilmu dan lain-lain. Macamana mereka boleh dapat keyakinan ini sedangkan kita merasakan sebaliknya; lagi banyak kita menimba ilmu, lagi banyak yang kita tak tahu. Jadi, terangkan lah pada masyarakat, proses belajar itu, disiplin ilmu itu, tidak sesenang yang kita rasa, tidak secepat perolehannya seperti yang kita inagt. Bukanlah aku hendak memperlekehkan mereka, cuma aku harap kita boleh bincangkan ilmu bersama-sama, bukannya terus menghukum ilmu orang ini salah, ilmu orang ini sesat, jom lah bincangkan, janganlah terus menghukum, janganlah terlalu yakin....itu je yang aku harapkan.

Soalan yang seterusnya, berapa dalam kah penguasaan kita, sebagai pensyarah dan ilmuwan dalam bidang masing-masing. Tidakkah kita rasa kita insan kerdil, seperti sebutir pasir di pantai jika nak dibandingkan pakar-pakar diseluruh dunia? Berapa hebat idea kita sewaktu buat PhD dulu, tak sehebat manakan, ia cuma 1 idea dari ribuan yang lain kan? Dan bila dah balik ni, kita rasa macam tak terkejar dengan kemajuan orang lain di sana kan? Kita disini 'berseorangan' tapi diorang disana dah lah ramai, ada professor2 cikgu2, machine2, komputer2, yang terlalu canggih. Mereka dah cipta macam2, kita satu pun tak de lagi, setuju tak? Korang rasa tak tekanannya? Kita nak jadi khalifah dunia dan kita nak tegakkan syiar Islam tapi kita je tahu yang kita jauh sangat ketinggalan. Kalau korang bersetuju dengan aku, tolong lah bagitau masyarakat keadaan yang sebenar supaya diorang tahu hakikat dan akan mula belajar rajin2 dan kerja rajin2.

Masyarakat kita rasa mereka dah cukup rajin, rajin belajar dan rajin bekerja. Korang ingat tak lagi macamana orang lain belajar dan bekerja? Ingat tak univerisiti diorang? Tak macam universiti kita kan? Universiti diorang meriah dgn ilmu, orang cakap tentang ilmu, orang baca buku dan paper, orang cakap tentang idea, orang bahas tentang matematik dan semua orang macam seronok sangat belajar, betul tak? Tapi kat univerisiti kita rasa sunyi sangat, macam sekolah kan? Kalau korang setuju dengan aku, tolong lah bagitau pada masyarakat kita supaya masyarakat kita rasa terdesak, rasa tertekan, rasa takut, rasa terancam sebab bila mereka rasa macam ni, tak de lah mereka rasa nak bergaduh aje, baru lah mereka rasa ada benda yang lebih penting lagi yang perlu dibuat dulu.

Wahai sahabatku pensyarah muda,

Korang tau apa yang aku cakap ni betulkan? Aku tak nak cakap dengan masyarakat sebab diorang takkan faham sebab diorang tak melalui nya. Diorang tak ke sana, diorang tak baca paper dan buku, diorang tak ada supervisor untuk diorang ukur ilmunya, so diorang tak tahu ilmu ni luassss sangggggattt dan dalammmm sangaaatttt.Tapi kalau kita pakat untuk cakap ramai2, besar kemungkinan dia tersedar dan nak terima.

Tapi kenapa aku nak mereka tersedar dan terima hakikat ini? Kalau mereka sedar, barulah mereka tak jadi bodoh sombong. Takdelah mereka berhujah tanpa fakta (ada tu kononnya fakta, tapi sebenarnya cuma merepek). Barulah mereka boleh bezakan ilmu; peringkatnya, kesahihannya, dan pengajarnya. Cuma dengan sedar ini semua, baru mereka akan bersedia untuk belajar, kalau tak mereka akan terus jadi bodoh sombong; tak tahu yang diri tu tak tahu tapi sentiasa rasa diri tu dah tahu. Dan bila dah mula belajar, baru boleh berubah, baru ada harapan untuk kita meneraju dunia, yang bila tercapai baru boleh kita menjadi khalifah yang menegakkan syiar Islam.

Akhir sekali wahai pensyarah muda,

Mana-mana korang yang terbaca surat terbuka ni, tulis lah apa pandangan korang, setuju ke tak setuju ke kat ruangan komen kat bawah, supaya masyarakat kita yang terbaca komen tu akan tahu.......

Nota: aku tahu aku tulis ni seperti tak keruan, memang pun, sebenarnya dalam seminggu dua ni aku rasa leeeeetttttttiiiiiiihhhhhhhhhhhh sangatttttt.........aku risau aku dah LOST MY REASON.

7 comments:

Anonymous said...

Subhanallah!!it is interesting n such a deep thought u hv dr. :) . meroyan sbb ilmu xpe dr..hehe.

Anonymous said...

Sangat setuju.

tapi rasanya mungkin culture yg membentuk kita macam ini.

malah saya masih lagi berfikir. kebanyakan penyarah yg mendapat phd, tidak semuanya berminat untuk mengajar pun. rata2 mereka melihat inilah peluang untuk mereka kerja relaks. ya, relaks.

berbanding dengan kerja koporat yg sentiasa menekan, baik bekerja sebagai lecturer.

Dr Airil, saya cadangkan Dr baca blog ini. ia bukanlah ditulis oleh orang yg semuanya PHD, tapi ianya satu diskusi ilmu antara anak muda.

http://diskopi.wordpress.com/2012/01/29/penyelidikan-di-malaysia-dan-nista-nista-nya/

just copy and paste. mungkin Dr juga boleh bagi komen yg membina di sana. :)

Airilsametok said...

Anon 20:23,

Mmg benar ada sebahagian pensyarah yang nak relaks dn ini adalah hasil dari kekaburan msykt kita ttg scope of work seorang pensyarah. Many of us fail to appreciate the role of an academic that is to contribute to human civilisation, a role which was, is and will always be the virtue of an academic (and lecturer/professor for that matter).

Also, I have checked out the blog you have suggested and I found it as very interesting and indeed a good read. I will follow closely the blog, insyaAllah.

Cuma saya nak jelaskan, saya tidak pernah melihat campurtangan kerajaan dalam kajian2 kejuruteraan atau pysical sciences walaupun ia mungkin wujud dalam kajian humanities, socialogi dan social sciences seperti yang didakwa dalam blog tersebut.

Dan, FYI grant penyelidikan seperti FRGS, ERGS, Technofund, E-Science lebih banyak dianugerahkan kpd engineering and physical science researches berbanding social sciences. Dan kegagalan pensyrah dn universiti dlm mengunakkan grant2 ini sebaik-baiknya tiada kaitan dengan kerajaan tetapi lebiih kepada kekurangan kepakaran oleh penyelidik yang menerajui grant tersebut.

Government has done all their job by being generous enough in providing the grants, as far as I see it. Its the researchers and institutions are mostly to be blamed.

Dr. Bentara said...

at least in UTP, once you got your PhD, you cannot really rest. The workload is tremendous.

Maybe a few years back, boleh la rileks2. Sekarang lain kot. Prof2 pun berpeluh dahi. The recent governement initiatives memang bagi kesan.

Saya rasa tidak perlu serang mereka yang tidak minat dengan research. Just concentrate pada mereka yang minat (sekali sekala ajak mereka yang tak minat). Mungkin lain area ada sumbangan masing-masing.

Anonymous said...

I totally agreed with your statement that we should educate our new generation on how importance the knowledge are. Once upon a time when I was a phd student in the uk, I always admired to people in the uk who love to read books wherever they were. I could not see this habits are implemented in Malaysia. I think because of this beautiful habit which is not in our 'Malaysian' veins are one of the reason we are left far behind.

Anonymous said...

Kami di UM dah jadi culture to focus on increasing the number and quality of research publication. Dan rasanya kebanyakan universiti kat Malaysia ni pun buat benda yang sama.

Anonymous said...

Interesting...... Just nak share the current trend in academic world out there. Lecturers who just concentrate on teaching (I.e. Yang nak relax semata - mata) are no longer relevant. The ideas of scholarship for learning as suggested by Boyer is the new move if you want to remain sustainable in the academic world. In fact, memang ada cadangan supaya dari awal2 lagi ambil pensyarah yang boleh excel dalam sekurang2nya 2 drpd 3 area - teaching / research / innovation. Sebabnya textbook teaching dah tak relevan diperingkat universiti. Pensyarah kena mengajar melalui ilmu yang diperolehi dari bidang penyelidikan