Wednesday, 18 January 2012

ORANG DAH SEMAKIN JUMUD

Orang kat Malaysia ni dah semakin jumud. Kadang-kadang dah rasa macam Zaman Gelap Eropah. Petikan-petikan berunsur agama dah melata-lata tanpa kira sanad, perawi, hadith ke riwayat ke. Asalkan penulisnya perwatakannya warak, terus diterima tanpa usul periksa, umurnya, pengalamannya, pendidikannya, sejarahnya, pencapaiannya tak diverify. Verification dah tiada value dalam masyarakat kita.

Sebelum ini pemerintah dibalun sekarang ahli akademik yang tak sehaluan pun dibalun. Nak tahu ceritanya? Sila klik SINI. Apa hak yang nak balun orang ni? Tahu ke pengalaman orang lain? Tahu ke ilmu orang lain? Tahu ke circle of friend orang lain? Buku orang lain tak betul, buku kita je betul, sedangkan buku orang lain seluruh dunia penerbitannya termasuklah yang di Malaysia, tapi buku kita cuma diterbit dipasar malam, kenapa buku kita masih lagi yang betul?

Lepas tu hujahan yang tipikal, "jangan hanya membaca, kena berguru". Tahu tak mana datangnya phrase ni? Phrase ini datang dari pengajian tasawuf. Al-Qushayri berkata dalam Al-Risalah:

Kemudian wajiblah ke atas seseorang murid supaya dia
dididik oleh syeikh; kalau sekiranya dia tidak ada guru (yang membimbingnya)
selamanya dia tidak akan berjaya (dalam perjalanannya menuju Allah).

Abu Yazid al-Bistmi juga mengatakan:

Sesiapa yang tiada guru, maka pembimbingnya adalah syaitan

So in context la, memang dalam amalan tasawuf, dan untuk bersuluk, perlu ada guru kerana perjalanan ke makam itu amat 'berisiko' dan pengalaman 'kashaf' itu perlukan syeikh untuk kita rujuk kan dan hakikat ini memang diakui oleh semua ilmuwan Islam termasuk lah ahli-ahli sains Islam. Kita tahu tak banyak ahli fizik dan matematik Islam peringkat dunia kebanyakannya ahli Sufi? Mereka ini semua berguru, dan ramai berbaiah pun when it comes to amalan tasawuf. Tapi untuk dunia yang fana, yang fizikal, mereka yang ada PhD ni lah dan yang bijak pandai ni la, gurunya. Habis tu sapa lagi? Dan dari proses PhD yang mengajar tentang belajar lah, ramai guru-guru ini tidak terbatas dalam sesuatu bidang sahaja. Mereka telah dilengkapi dengan 'ilmu bagaimana hendak belajar dengan sendiri'. Itu la PhD. Bukanlah sebab aku ada PhD aku cakap macam ni tapi masyarakat itu sendiri yang tak reti membezakan budak mentah tak habis belajar dengan ilmuwan-ilmuwan sebenar. Apa layaknya, ahli akademik yang ada PhD dihina sebagai Kang Kong dan lain-lain. Sedar lah diri tu sedikit dik. Aahhh, kita apa tau, fizik dan matematik pun kita tak tahu. Dan masalahnya kita sentiasa rasa kita tahu dan orang lain tak tahu.

Jadi untuk ilmu-ilmu lain selain Sufism, membacalah medium terbaik untuk penyebaran ilmu. Tahu tak, penulisan tesis yang mana perlu ada literature review, methodology, analysis dan kesimpulan, yang selama ini kira rasakan adalah terapan orang barat dan kafir sebenarnya adalah tertib penulisan yang dicetuskan oleh Ibn Khaldun, Al-Ghazali dan kontemporari mereka. Bacalah Al-Mukaddimmah (Prolegomenon), bacalah Tahafut-Al-Falasifah, akan jelas terlihat dimana mereka me'rationale'kan dulu, memberikan dulu rujukan2 mereka sebelum mereka mengutarakan hujah2 dan pendapat. Tapi kita apa tahu? Dulu belajar malas! Membaca pun malas! Kalau ada yang rajin pun, baca buku-buku Melayu sahaja sebab nak baca buku Islam antarabangsa, English tak faham dan ilmu nak faham pun tak sampai. So nama-nama seperti Muhammad Iqbal, Fazlur Khan, Reza Aslan, Seyyed Hossein Nasr, Ziauddin Sadr, Dr Ismail Raji Al-Faruqi dan lain-lain lagi begitu asing bagi kita. Dr Osman Bakar, Universiti Malaya, pun silap-silap kita tak pernah dengar. Tapi bila artis jadi warak, terus kecoh. 

Dan selalu sangat juga kita kata Barat begitu prejudis, sentiasa mahu menidakkan nama dan sumbangan sarjana dan ilmuwan Islam. Tapi sebenarnya siapa yang menidakkan siapa? Tahu tak, nama2 di atas, serta nama-nama lain seperti Lofti Zadeh (founder of Fuzzy Logic), Abdus Salam (founder of weak interaction and the only Muslim Nobel Prize winner in Physics), Ahmed Zaweil (Nobel Laurette in Chemistry) dll semuanya di 'rai' kan di Barat. Kita di sini, bukan lagi nak meraikan, kenal pun tidak.

Dan bila orang lain menulis dan bercerita apa yang dia baca, kita terus anggap dia hanya membaca. Tahu tak kawan dan ustaz orang lain seluruh dunia lingkungannya, kawan dan ustaz kita cuma sekeliling kampung, kenapa masih kawan dan ustaz kita saja yang betul? Ada ustaz yang dah sampai ke Oxford pun masih salah lagi, ustaz kita yang tak pernah kemana juga yang betul, entah lah.

Nak bercakap agama memang senang, tapi nak beragama, melaksanakan agama itu yang susah. Orang tanya kita mana bukti amalan agama kita? Sembahyang aje? Dengar kuliah aje? Tulis kat FB aje? Macamana kita di pejabat, cemerlang? Macamana kita dengan perniagaan, cemerlang? Macamana kita dengan teknologi, cemerlang? Macamana kita dengan ilmu, cemerlang? Macamana kita dengan kekayaan, cemerlang? Ataupun  memang agama kita ajar tak perlu cemerlang dalam semua ini?????

Bila orang lain rujuk ulama adalah saintis, kita tak nak terima. Sebab kita kecil-kecil lagi dah diberitahu yang ulama itu perlu berserban, berjubah dan memberi ceramah agama. Bang, itu orang warak, tak semestinya ulama. Itu lah kita, alim dan warak pun tak boleh nak dibezakan. Bercakap tentang ulama adalah saintis, aku tak nak cakap panjang, aku nak quote terus Dr Asri aka Dr MAZA. Korang nak terima, terima, tak nak terima sudah.

Manusia yang memburu ilmu dengan penuh kejujuran, menemui Tuhan di setiap penjuru ilmu. Firman Allah: (maksudnya)
“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan warnanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur putih dan Merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam. Dan demikian pula antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun” (Fatir: 27-28).
Ayat ini sering dijadikan dalil bahawa golongan ulama yang paling takutkan Allah. Lalu, ditonjol ulama yang berserban dan berjubah, atau ahli fekah, lebai atau ustaz sebagai golongan yang takutkan Allah. Namun, jika kita perhatikan ayat ini ia membicarakan tentang mereka yang memerhati kejadian alam dengan segala keajaiban, selepas itulah diikuti dengan penegasan ‘yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)’.

Jika berserban dan jubah tanpa meneroka rahsia alam, atau menelaah penemuan keajaiban ciptaan Tuhan tidak akan menimbulkan rasa kegerunan. Maka, tidak salah untuk kita katakan bahawa saintis itulah yang paling dimaksudkan mereka yang takutkan Allah. Saintis itulah ulama dalam konteks ayat ini. Sesiapa mengkaji alam dalam segala bidang kebendaan dan pemikiran, merekalah ulama dalam bidang mereka. Adapun yang mendaftarkan diri dalam persatuan ulama, atau badan ulama belum tentu terangkum dalam ayat ini. 

- DR MAZA, Minda Tajdid sila klik http://drmaza.com/home/?p=1678

8 comments:

MFTAQIYUDDIN said...

Alhamdulillah.

Terima kasih Dr untuk penulisan ini.Dapat kesedaran baru untuk kegunaan saya.

Anonymous said...

Orang-orang yg hebat seperti Ibn Khaldun, Al-Ghazali, Ibnu sina dan lain2 jika dikaji biografinya sebelum menguasai kemahiran perubatan, matematik, fizik, mereka telah mempelajari dan mendalami ilmu agama dgn baik. Jika dilihat ibnu sina manghafal Quran ketika berumur 10 tahun, ibnu khaldun mendapat pendidikan awal dari bapanya tentang asas-asas agama seperti al-Quran, Feqah, Hadith dan Tauhid. Dgn ilmu-ilmu inilah menghasilkan kemahiran2 lain yg memberi manfaat kepada dunia. Jika dilihat zaman sekarang org ramai berkejaran utk kemahiran2 sains, fizik, matematik tanpa meletakkan ilmu agama sebagai asas. Kalau belajar pun tidak mencukupi. Apabila belajar di universiti, bulat2 menerima kajian barat walaupun bertentangan dgn quran dan hadis. Dalam silibus pelajaran di uitm, ada subjek agama iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Dalam buku tersebut ada menerangkan perbezaan antara ahli falsafah barat (bukan islam) dan islam. Ahli falsafah barat mendapat ilham dalam kajian dengan mabuk dll, berbeza dgn ahli falsafah islam mendapat ilham dalam kajian dengan solat tahajud, iktikaf di masjid, zikir dan amalan2 baik yg lain. Adakah ciri2 tersebut ada dalam ahli akademik sekarang ni? Memang ada, tetapi segelintir sahaja. Berbeza dengan kita sekarang belajar pun sambil mendgr muzik, layan movie dll. Tiada disiplin ilmu. Adakah dgn contoh dan amalan kita memberi kesan dan manfaat pada orang ramai?

Anonymous said...

Saya rasa Anon 20:05 salah seorang yang DR AIRIL maksudkan dalam entry ini. So renung-renungkan selamat beramal.

Anonymous said...

http://jomfaham.blogspot.com/2012/01/kepentingan-talaqqi-di-dalam-keilmuan.html

Anonymous said...

hahahah. Blog ni memang unik, ramai anonymous dari yg bernama.

Airilsametok said...

Anonymous 20:05 and 00:01, kalau aku sebut idiom SPEAK OF THE DEVIL, korang faham tak agaknya?

Anonymous said...

Berguru yg dr maksudkan tu, ada pandangan yg mengatakan yg AL QURAN itu sendiri adalah guru...
Pada tutaktiub A.K.A hishamuddin rais pn xadil dr nk meng ADIK kan mamat ni, zaman hingus Dr baru nk kering mamat ni dah lawan ISA, membangkang dengan pembangkang
xsama Dr...

Airilsametok said...

Anon 11:21,

ADIK VS KANGKONG TAK BERTELOR?????

Ok, ok, I know, two wrongs don't make a right. Sorry.