Wednesday, 16 April 2014

RESEARCH DI MALAYSIA DALAM DELUSION



Aku mula sedar orang Malaysia dalam delusion bila berilmu waktu aku buat Master. Peringkat awal buat research tu, aku ingat research adalah aktiviti cuba-jaya dan teka-teka.

Waktu tu pada aku, kalau nak buat research yang baru, senang saja, kalau nak tau effect element A tambah element A lepas tu buat makmal testing atau guna software untuk model. Lepas tu plot results banding dengan results orang lain. Simple.

Tapi bila aku teruskan baca buku dan journal dari semasa ke semasa, aku perasan satu perkara iaitu, benda yang aku faham adalah berdasarkan satu benda lain yang aku tak faham. Maksudnya macam ni.

Waktu aku buat research Master, research aku tu design mode. So senang pada aku nak faham dan guna table2 dan formula2 yang ada dalam buku tapi bila aku nak tahu macamana table2 dan formula tu dibuat, aku dah mula tak faham sedangkan chapter yang menerangkan perkara itu ada dalam buku tu jugak.

Contoh, katakan dalam Chapter 6 ada diterangkan berapa banyak shear connectors perlu dipakai dan apa formula nak guna untuk kira deflection jika pakai bilangan tersebut. TAPI, pada Chapter 2, ada diterangkan mcmana perkara dalam Chapter 6 tadi di derived tapi haaa, bila aku cuba baca yang Chapter 2 ni, aku terus jadi tak faham. Kenapa? Aku cerita lepas ni.

Lepas tu, sama juga bila aku baca journal papers. Mula2 aku senang faham banyak paper yg basically dalam mode sama seperti chapter 6 di atas iaitu yang hanya berkaitan dengan design, i.e. table2, formula2, testing makmal dan software modelling. Tapi bila aku check reference, ada sejenis paper2 yang bila aku cari dan baca, aku dah start tak faham.

Dan bila aku amati, jenis paper ini lebih penting yang menjadikan asas kpd paper2 yang aku faham tu dan menjadi guidance dan hipotesis kpd paper2 yang aku faham tu.

Ok apa yang aku tak faham dan kenapa?

Rupa2nya ada PERSAMAAN antara Chapter 2 dan paper2 yang aku tak faham tu; kedua2 nya berkaitan dengan PARTIAL DIFFERENTIAL EQUATION (atau juga INTEGRAL EQUATIONS atau FUNCTIONAL) untuk permasalahan tersebut. Ini yang aku tak boleh nak faham!

Tapi satu benda yang aku perasan, EQUATIONS2 ini lah dan CONSERVATION LAWS yg ia patuhi lah, yang menjadi HIPOTESIS kpd kerja2 penyelidikan yang mendatang.

Disebabkan ini aku cuba juga faham Chapter 2 dan paper2 yg sewaktu dgnnya dan mula bertanya kpd kawan2, pensyarah2 malah professor2 BUT to my disappointment, tiada siapa yang tahu.

So takpe lah aku kata, mungkin ini semua "TAK PENTING" sbb bila aku check balik research aku dan research kawan2 aku yg lain di FKA malah UTM dan juga yang ada di Malaysia aku dapati, research kita semua berbentuk Chapter 6 atau paper yang aku boleh faham. Yang penting waktu tu, janji aku dapat habiskan Master aku.

Tapi semuanya berubah bila aku sampai ke Imperial College untuk PhD. Baru aku sedar, memahami Chapter 2 dan paper2 yg sewaktu dgnnya lah yang paling penting.
Hanya dengan faham Differential Equations dan Conservation Laws yg mereka patuhi, baru lah kita boleh menghasilkan "Chapter 6" yang baru, barulah boleh kita menghasilkan penyelidikan dan seterusnya ilmu yg baru.

Dan ya, ia masih berbentuk, kalau nak tahu effect element A, kita tambah element A tapi bukan terus secara fizikalnya tetapi dalam hipotesisnya.

Kita tambah element A dengan masih mematuhi conservation laws (mass, momentum, energy must be conserved), kita tambah element A dalam Differential Equation nya; ini lah maksud Hipotesis yang sebenar! Dan selepas ini semua, baru kita tambah element A secara fizikal dan jalankan ujian makmal sebab kita hendak uji hipotesis itu tadi. Inilah disiplin resarch yang sebenar.

Dan disebabkan di Malaysia, kita tak ditegaskan untuk bermula (memahami) dengan "Chapter 2", maka sebab itu lah research kita bersifat cuba-jaya dan teka2. Yes kita tambah element A, tapi kita tambah "suka2" je.

Kenapa ini tidak elok?

1. Permahaman sebenar tidak diperoleh lantas menghalang kita progress dalam menghasilkan ilmu dan teknologi sendiri

2. kerja2 makmal adalah sangat mahal. sepatutnya ujian makmal hanya "sedikit", perlu cukup2 shj untuk membuktikan hipotesis yg once terbukti ia akan menjadi teori dan akan digunakan untuk mendapatkan maklumat dan ilmu yg seterusnya. Maksudnya macam ni. Data2 dalam table/jadual bukannya datang dari ujian makmal (kalau ye, jenuh la nak test semua) tapi datang dari solution of Differential Equation yang dah dibuktikan secara makmal "ketepatan"nya.

Bila di Imperial baru aku sedar, aku sebenarnya takda ILMU yang sepatutnya aku ada untuk buat research.

BARU AKU SEDAR, selama ini kita di Malaysia berada dalam delusion bila buat research dan berilmu.

BARU AKU SEDAR kenapa Malaysia masih tak maju dari segi intelektual dan masih gagal hasilkan ilmu dan teknologi sendiri.

SEBABNYA, KITA TINGGALKAN ASPECT YANG SEBENAR DALAM PEMBELAJARAN IAITU KEPENTINGAN MATEMATIK, FIZIK DAN MEKANIK SERTA TIDAK MENGHIDUPI FALSAFAH DAN METODOLOGI SAINTIFIK.

SO SEKARANG, JIHAD AKU ADALAH UTK PASTIKAN KEADAAN INI TIDAK LAGI BERULANG. JIKA PUN AKU TAK DAPAT UBAH SELURUH MALAYSIA, AT LEAST AKU AKAN PASTIKAN AKU UBAH STUDENT2 AKU.

Kalau diorang tak work on "Chapter 2" punya mode pun, diorang mesti faham "Chapter 2", then baru boleh baca journal papers, then baru boleh fikir tajuk research, then baru boleh buat research dan then baru boleh tulis papers dan thesis. IT MUST BE IN THIS ORDER.

Harap ALLAH izinkan dan memberkati. Amiin.

Monday, 14 April 2014

AKU DAN AGENDA PENDIDIKAN


Dulu, masa awal2 aku tulis dan bercakap tentang pendidikan, iaitu tentang macamana pelajar kita perlu ubah cara belajar, macamana pensyarah perlu ubah cara mengajar, ada kawan2 jurutera yang dulunya belajar dengan aku di UTM cakap, pelajaran di universiti tidak relevan, tidak diguna sebenarnya di alam kerja kerana industri caranya lain.

Pada aku, mereka ini kata begini kerana tiga perkara berikut:

1. APA (silibus) yang mereka belajar dulu tidak relevan (hence, my call untuk pensyarah ubah cara mengajar).

2. CARA mereka belajar dulu (dan aku juga) SALAH (hence my call utk pelajar ubah cara belajar)

3. INDUSTRI yang mereka bekerja juga sebenarnya tidak relevan. industri di Malaysia tidak advanced, apa yang kita ada hanyalah industri yang hanya cukup untuk "meneruskan kehidupan".

Sbg contoh, kilang electronic di Malaysia hanyalah tempat syarikat2 besar dunia memasang barangan mereka tetapi R n D mereka, mereka lakukan di negara asal mereka. R n D inilah sebenarnya yang "mendatangkan" duit, R n D lah sebenarnya memerlukan jurutera2 mengaplikasikan kepandaian dan ilmu mereka.

Jika hanya menjadi jurutera utk tugas2 routine pemasangan, memanglah ilmu di universiti seperti tidak relevan sebb corak kerja ROUTINE sebegini hanya bertaraf "polytechnic".

Ok aku ulas point yang pertama iaitu silibus pelajaran perlu di ubah. Silibus di sini bukan sahaja bermaksud content tetapi kedalaman serta corak penyampaian.

Daripada segi content, topic yang diajar perlu dibanyakkan untuk fundamental science. Ini untuk menyediakan keupayaan untuk perbincangan yang mendalam dan topic2 kejuruteraan yang ketika ini terlalu "permukaan" sifatnya lantas menghasilkan pendidikan yang bersifat routine atau "polytechnic".

Dan ia perlu disampaikan dalam bentuk yang lebih philosophic sebab pensyarah sepatutnya bukan a straight-foward teacher. Dia mestilah orang yang menpunyai falsafah, idea dan pandangan tersendiri terhadap sesuatu topic. Inilah nanti yang akan melatih pelajar2 utk menjadi orang yang berfalsafah, beridea dan berpandangan sendiri seterusnya mampu menghasilkan pembaharuan, ciptaan, R n D dan penyelesaian baru.

TETAPI, tanpa pemahaman yang pure, kukuh dan dalam, falsafah, idea dan pandangan tidak juga akan dapat diterbitkan. APAPUN, ini juga bermaksud, pensyarah2 sendiri mesti buat reflection dan pastikan pemahaman mereka benar2 kukuh dan pure, sebabkan PENSYARAH WAJIB TERUS BELAJAR.

Untuk point kedua iaitu pelajar perlu ubah cara belajar, ini isu lama yang berterusan iaitu pelajar tidak boleh hanya inginkan SIJIL dan mampu menjawab soalan (exam oriented).

Mereka sebaliknya perlu belajar dengan penuh keseronokan dan kecintaan terhadap ilmu dan bidang mereka. Hanya jika mereka dapat "menghidupi" bidang mereka sewaktu di universiti, baru lah mereka boleh hidup dengan kerjaya dan bidang mereka sehingga mati.

Quality, quantity, creativity dan innovation cuma boleh terhasil dengan "hati yang gembira" dan dengan "cinta", betul aku tak tipu.

So macamana nak dapat ini semua? Itu yang aku selalu kata, pelajar must WONDER, mesti INGIN TAHU semua benda tapi dalam masa yang sama mesti ada sifat MERAGUI (DOUBT) iaitu tidak ambik things for granted and at surface value. Mereka mesti dengar tapi mereka mesti cuba cari verification kpd apa yg didengar iaitu cari kepastian kpd apa yang mereka dengar itu.

PERCAYALAH, saat mengetahui, saat mendapat kepastian akan sesuatu ilmu adalah satu KETAGIHAN, dan apabila pelajar mula ketagih dengan ilmu, dengan kepastian, disitulah bermulanya "kegembiraan" dan "kecintaan" dalam berilmu.

Perbincangan tidak akan lagi di paksa2, pembacaan tidak lagi perlu dipaksa2, datang ke kelas tidak perlu lagi dipaksa2, menulis, bertanya, BERFIKIR, memberikan pandangan, SEMUA LAH, takkan lagi di paksa2. Dan bila semua telah menjadi amalan dan habit, budaya ilmu ini akan diteruskan di alam kerja, alam dewasa, alam keluarga, alam masyarakat, dan insya Allah sehingga lah mati.

Dan yang terakhir iaitu point ketiga berkenaan industri itu sendiri, tidak banyak yang aku boleh katakan dan lakukan sebab ia luar dari realm aku tapi aku pasti jika TERLONGGOK nanti jurutera2 yang tinggi intellectuality dan tinggi expectationnya, tinggi standard dan kualiti, tinggi mentaliti dan disiplin kerjanya, InsyaAllah, industri akan secara evolusinya akan berubah.

Ye lah, boss mana yang tak nak buat untungkan? So nanti bila ada fresh engineer yang dikenal pasti yang boleh dieksploitasi, yang boleh dia bawa ke depan, yang boleh buat syarikat tersebut untuk membuat kerja2 yang lebih mencabar dan lebih menguntungkan, tentulah boss2 ini, lembaga2 pengarah ini akan menukar halatuju syarikat ke arah ini.

Dan bila telah nampak hasilnya, mereka akan nampak pula keperluan untuk mereka menubuhkan R N D department di syarikat masing2 since sekrang mereka sudah ada capacitynya (generasi jurutera yg baru tadi), since mereka dah nampak "untung"nya, dan mereka mula untuk bersetuju untuk melabur ke dalam activity2 R nD tersebut.

Jika evolusi ini berlaku dan tercapai, bukan shj industri kita akan berubah dan menjadi maju, tetapi negara as a whole hence rakyat akan maju BERSAMA.

So inilah pandangan aku, inilah ALASAN kpd usaha2 aku selama ini dan akan datang, moga ALLAH memberkati.

Atas pandangan ini juga aku selalu katakan pada students aku yang PRIORITY aku sekarang, maybe utk next 10-15 years mendatang, adalah TO PRODUCE LIKE-MINDED TEACHERS MORE THAN TO PRODUCE ENGINEERS.

Aku basically akan ambil students research yang memang merancang untk jadi pensyarah SEBAB ONLY BY HAVING A SIGNIFICANT AMOUNT OF LIKE-MINDED TEACHERS, point 1 dan 2 dapat dicapai dengan cepat (aku nak capai point 1 dan 2 dulu) dan point 3 , insya Allah, akan naturally menyusul.

wallahualam.