Sunday, 17 May 2009

TO Anonymous, bekas pelajar Fachhochscule

Dalam banyak-banyak respons yang aku terima dari pembaca blog aku, cuma satu yang aku tak boleh nak ignore, iaitu respon dari Anonymous bekas pelajar Fachhochscule, German (tah apa jenis sekolah/univerisit/kolej pon aku tak tau walaupon 3 tahun setengah aku duduk di Imperial College London). Aku tak de masalah dengan pendapat dia mengenai PPSMI, tapi aku cukup tak boleh terima dengan tuduhan dan persepsi dia pada student-student UTM, seperti yang aku turunkan kat bawah ni:

“Huh??Budak UTM je??Aku pula bekas pelajar Fachhochscule dari negara Jerman. Dan aku bantah PPSMI. Hanya budak yang result sains dan matematik yg cukup-cukup msakan saja yg sokongPPSMI ni.Ptuihh..”
(ditulis oleh Anonymous bekas pelajar Fachhochscule sebagai respons kepada artikel blog aku yang bertajuk: JANGAN JADIKAN JERMAN ALASAN UNTUK TIDAK LAKSANAKAN PPSMI)

Jadi, di sini ada dua perkara yang aku nak buat:
Pertama:
- aku cabar Anonymous of Fachhochscule untuk datang sendiri ke Steel Technology Centre (STC), Fakulti Kejuruteraan Awam, UNiversiti Teknologi Malaysia untuk dia menilai diri dia versus student-student postgraduates aku dalam bidang physics, mathematics, computational mechanics dan computer programming. Sila hubungi ofis aku (07-5531616).
Kedua:
- aku mintak agar student-student aku respons pada pernyataan Anonymous of Fachhochscule di atas. Korang boleh tulis dan emailkan pada aku pendapat korang di airilyasreen@yahoo.com atau tulis je kat bahagian komen di bawah. Kalo korang nak letak nama samaran pon tak pe tapi kalo letak nama betul dan contact address lagi bagus. Aku bukak blog aku selama sebulan untuk bekas2 student aku untuk diorang tulis apa sahaja berkenaan perkara ini.

Lastly, on PPSMI, apa yang Anonymous of Fachhochscule cakap cume menyokong/membenarkan apa yang aku cakap selama ni iaitu, kita perlu melahirkan Leibniz-Leibniz kita sendiri dulu baru boleh beria-ia nak menggunakan bahasa Melayu dalam sains dan matematik. Kepada Anonymous of Fachhochscule, ko pahamkan dulu apa yang ko cakap dan tulis...

15 comments:

Pelajar PHD STC said...

To Anonymous bekas pelajar Fachhoscule...

Saya rasa terpanggil dengan panggilan dr airil untuk menulis komen disini...

Pertama....
Persoalan yang ditimbulkan, mengenai Leibniz. Memang dia menyuruh bangsa german kembali menggunakan bahasa German sebagai bahasa pengantar dalam bidang sains dan matematik tapi selepas adanya dia yang memang seorang yang pakar dalam bidang matematik dan salah seorang yang mencipta ilmu-ilmu dalam bidang matematik dan sains. Sebelum itu, saudara ada ikut tak perkembangan biography Leibniz macam mana dia mulakan dengan bahasa latin dan france untuk menjadi seorang yang disegani dalam bidang matematik dan sains. Dan penyataan inilah yang ditegaskan oleh dr Airil. Kita kena ada orang-orang macam leibniz di malaysia, barulah kita layak untuk menggunakan bahasa kita dalam bidang sains dan matematik. Untuk menguatkan lagi penyataan saya, Leibniz untuk pengetahuan saudara merupakan pencipta kepada ilmu seperti "infinitesimal calculus","binary systems" dan juga yang mula mengunakan susunan secara "Array" atau dalam bentuk matrix untuk menyelesaikan masalah dalam linear equation dan lain-lain lagi. Maka layaklah dia untuk menyuruh bangsanya kembali ke pada bahasa ibunda mereka sebab dia sendiri mampu untuk menjelaskan matematik itu pada bangsanya. Tapi berbeza dengan malaysia, mereka mendengar suruhan-suruhan ahli bahasa seperti A Samad Said, Dato' Hassan dan lain-lain yang semuanya orang-orang bahasa, tidak ada satu buku atau ilmu matematik pun yang dihasilkan oleh org-org yang ingin membubarkan PPSMI. LAYAKKAH????

Pelajar PHD STC said...

Ohh terlupa saya nak tambah satu lagi...

ini khas untuk bekas pelajar Fachhochscule...

Jangan ingat duk belajar kat oversea tu dah pandai sangat. Ingat budak duk dalam UTM nie matematik dia ciput-ciput je ke.. Kalau betul dah pandai sangat kenapa tak tulis buku sains dan matematik dalam BM, pas tu bawak kat UTM nie bleh saya wat rujukan untuk PHD saya. Ingat budak UTM ini tak reti ke apa... saya nyer PHD MESHFREE FORMULATION FOR SURFACE RUNOFF ... all about new FORMULATION ... meh sini ajar dan tunjuk kat saya satu buku yang dalam bm untuk ini...cakap biar ada bukti... jangan main ikut sedap tangan nak menaip je...

Pelajar UTM said...

To Anonymous bekas pelajar Fachhoscule...

Who are you to judge UTM and its people? I don't care who you are and where you from, in fact I don't even know who are you. So, don't act like you knew UTM.

I am one of the people you mentioned that is working out my ass to study math and engineering and MAYBE i'm reading all the book written by A Samad Said, Dato' Hassan and etc,. Or maybe you can come to UTM and teach me in your own language so I can learn some of your "Fachhochscule".

We are the real deal who are the one learning the mathematics and engineering in the most efficient way so we could be one of the few Malaysian who truly understand the fundamental of engineering and sains through mathematics so that perhaps one day we could teach and apply what we know to the next generation.

Also, there are a lot of respected lecturer such as Dr. Airil who he was a great deal to UTM who he was the one who really care about sains and care about all of you who don't know how left out you are in this world of advancement. If you think you not left out then you are.

Word are said more than done. Before say anything, use your brain first. Ingat suka-suka saje nak comment. PLEASE THINK RELATIVELY NOT ONLY YOURSELF.

pawn(askar pencen calculus war) said...

hai bdak jerman....

Fachhoscule ade lagu rasmi x? camne ek? la.. la.. li.. lu..

mesti best kan? nyanyi la cket aku dgr..

lalalululililolo...

UTM said...

Mr. Fachhochscule,

If you can learn whatever you are learning in German. I'm sure you can learn it in English. Unless you shrew up yourself and keep thinking that you should learn the traditional way then maybe in your rational, PPSMI doesn't work. But hey, keep that to yourself and go back to your cave. I'm sure you'll meet someone there that can teach you science.

Anonymous said...

To Anonymous bekas pelajar "FACHHOSCULE" yg kt jerman tu...

ko xyah la nk berlagak sgt...
nama universiti ko pon slh eja...
ada hati nk btol kn org...
bluwekkk!!!

ni nama btol die...
FACHHOCHSCHULE or UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCES AND ARTS...

cermin diri dlu la...
bru tgk org lain...
jgn blame org je...
diri sendiri pon x btol...

HIDUP UTM!!!

Anonymous said...

To ex-FACHHOSCULE or ex-FACHHOCHSCHULE or whoever he is..

Obviously you are just one of those who knew not science and engineering. Have you been reading Dr. Airil blog? His explanations is so simple and understandable regarding of his concerns about the important of learning Engineering and science in a well establish language of themselves.

Ooh, Do you not understand English? Maybe someone need to translate it for you in German. Anyway, here's a tip for you; Do you homework before you post something. Read and understand. If you don't read then you don't post.

Why do I even bother trying to advice? You don't even know English or won't even read.

Anonymous said...

TO bdk yg bangga sgt ngan Fachhochscule dia tu..

hebat sgt ke ko blajar kat Fachhochscule tu...

x semestinya yg blajar kat overseas bagus norrr...

ko igt bdk2 UTM ni lekeh sgt ke??
aku sokong Pelajar PHD STC...
klo ko ni bagusss sgt, cuba la buktikan...

Anonymous said...

What Dr. Airil is trying to do is trying to change the society of our country. For those who don't agree with him, please don't just comment but feedback. For this anonymous, I think the way you try to voice up your opinion is very immature.

balal said...

aku kalau bab bab ludah budak UTM ni, mmg tader kompromi nyer...
letak tepi PPSMI dulu, aku nak focus pasal Anonymous bekas pelajar Fachhoscule memperkecilkan dan meludah budak UTM...
ko ingat belajar kat German atau oversea umumnya tu dan bagus sgt ker...bersepah yg balik jd customer service jer...aku bekerja skarang bercampur ngan ramai xstudent oversea...lauk jugak!!!!
aku bukan nak berlagak la...dulu kalau setakat aku nak gi german, UK,US,Jepun...nak dgn tanak jer...tapi aku pilih UTM nak tahu kenapa?
sbb nya aku dah di sedarkan oleh pakcik aku masa tu, katanya "ko takyah la pergi oversea, masuk utm jer, pastu amik kursus yg senang2 mcm Civil Engineering....senarnya masuk U setakat buat degree ni adalah utk mendapatkan segulung Ijazah tu jer, utk memberikan ko peluang utk mendapat pekerjaan yg baik...pelajaran yg sebenar2nya dan yg ko akan paham ialah bila ko kerja nanti...byk lg benda yg ko akan terima bila kerja nanti"
oleh yg demikian aku pun menurut kata pakcik aku...dan dgn yahoo2nya aku berjaya mendapat segulung ijazah...skarang aku di dlm bidang yg totally keluar dr Civil Engineering, kecuali kadang2 tu involve dgn steel structural...aku belajar byk pasal mechanical piping, pipeline, process dan E&I...dan aku berjaya bukan setakat menempelkan diri malah lead the whole team yg merangkumi bidang2 yg disebutkan tadi...
bukan aku nak berbangga diri, cuma aku nak mamat Anonymous bekas pelajar Fachhoscule tu, tarik balik ludah dia kat pelajar UTM...cit..pooooorahhhhh!!!!!

Jack Sparrow said...

mana gie budak fasola nie..??

Anonymous said...

Aku sudah pun belajar di UTM lama sebelum aku pergi Jerman.Malah aku duduk sekejap je kat UTM sebelum aku keluar dari UTM untuk ambik tawaran A-Level pergi ke Jerman.Fakulti,peralatan,mesin,kemudahan memang 100 tahun cahaya ke belakang kalau nak dibandingkan dengan Fachochschule.Akui sajalah fakta ini.Full stop.

Setakat tahu BI dan BM saja mana cukup untuk ikut arus sains sekarang.Baik belajar dekat Jerman terus,tempat teknologi tersebut berasal berbanding dgn mengharap orang inggeris menterjemahnya dari Jerman ke dalam bahasa inggeris dan kemudian taknak pula nak terjemah ilmu ke BM seperti mana2 lecturer Malaysia.Boleh pula ada lecturer kata pening dengan buku sains BI menurut post dia yang lain.Helloo.....aku pula dulu belajar sains guna BI dan Jerman sekali tau,aku tak mengeluh pun dgn kesusahan aku.Malah bila aku dilantik jadi engineer dekat syarikat multinasional pun,aku siap kena belajar bahasa Jepun istilah,huruf kanji dalam Nihon tau.Aku pening 3 kali lebih sebab kena belajar lebih 2 bahasa dari mana2 typical lecturer/student dekat Malaysia ni.

Buat yg dok suruh aku terjemah buku ke BM tu,kenapa tak suruh je lecturer kau atau kau sendiritu terjemah ke BM saja?Bukankah masa dia jauhhhh lebih free berbanding dengan pekerjaan aku ni?Kenapa tak mulakan saja dengan diri sendiri dulu sebelum tolak tanggungjawab dekat orang lain?Aku pun boleh terjemah semua ilmu sains ke BM,malah memang aku tulis dalam BM pun untuk kegunaan aku sendiri cuma aku tak rasa orang melayu akan baca buku sains kecuali untuk exam atau lecturer suruh.Dan lagi satu,bila PPSMI bermula,mana ada lagi gunanya tulis dalam BM sebab mentaliti melayu,mestilah beli buku sains yg kena mengena dgn exam.

Civil engineering aka kejuruteraan awam sebagai bidang susah?Yang ni aku betul-betul nak tergelak.Apa susahnya fizik fizikal ni?Kalau kamu dapat 1A fizik dan matematik tambahan dalam peringkat SPM,civil eng. bukan masalah besarlah hatta belajar dlm BI sekalipun.Aku dulu belajar Mechatronik mit Vertiefung Nanotechnologie tau padahal masa tu istilah Nanotechnology tak sampai kat Malaysia lagi.Semuanya diajar auf Deutsch,keine Englisch!

Kepada yang kata graduan UTM lebih baik dari graduan overseas tu,korang belum jumpa the best of them lagi.Buku belum bertemu ruas.Kalau korang betul2 dah terjumpa,silap2 korang lebih gerun dan respek(atau dengki) lagi berbanding dengan mana2 typical lecturer IPTA yg ada PHD 2 kali,tu pun kalau adalah.Tapi kebanyakan mereka bangsa cinalah.

Dan ini adalah posting terakhir aku sebelum aku akan disibukkan kembali dengan kerja aku sampai aku mati.Sekarang kerajaan dah buat keputusan pasal PPSMI pun dah cukup untuk memuaskan hati aku.Kalau aku mampu buka universiti,aku akan pastikan medium adalah BM dan teknologi yg diajar di universiti aku adalah teknologi yg tiada langsung di mana2 negara.Bukannya macam pro-ppsmi yg hanya belajar sains dlm BI,tetapi tak nak pula kembangkan dalam BM.Apa yg mereka mampu buat hanyalah sekadar pening memikirkan buku rujukan sains dalam BI padahal aku tak pening langsung pun di tahap A-Level walaupun aku belajar sains guna BM di sekolah dulu.Pandai mat/sains hal lain,pandai BI hal lain.

Dan kepada tuan blog ni.Anda tak tahu apa2 mengenai Fachhochschule?Memang ignorant.Sudah tiba masanya anda pergi berkenalan dengan mana-mana profesor/jurutera dari Jerman.Kalau anda rasakan "heat" kerana teknologi dalam BM susah nak catch up dengan teknologi berbahasa Inggeris,saya yakin anda akan "give up" as lecturer/profesor terus jika belajar pasal teknologi dari Jerman.Memang tak terlawanlah teknologi inggeris.Tolong jangan sekadar belajar sains dalam bahasa inggeris saja.Tidak semua teknologi Jerman diterjemah ke BI.Sains dalam bahasa Jerman jauh lebih banyak lagi sampai anda boleh merasakan teknologi Inggeris yang anda tahu tu hanya sedikit saja.

Dan sekian saja tulisan saya yang terakhir ni.Nak kutuk persilakan.Tapi fakta tetap fakta.

Pelajar PHD STC said...

Assalamualaikum,

Dah lama tak menjengok dr airil punya blog, sebab sibuk nak tulis paper nak hantar kat international jurnal, tapi bila tengok hari ni ternampak pulak ada komen baru dari budak melayu yang belajar kat jerman.... hmm kekadang rasa macam rugi sangat ada rakyat malaysia yang belajar kat tempat orang dan terus belagak seolah-olah dialah yang terbaik. memang dari penulisan dr airil dia tak kata orang jerman tu tak power, dah dalam sejarah jerman tu lebih power sainsnya berbanding dengan Inggeris, dan ini dah ditulis juga oleh dr airil yang ramai nobel prize kebanyakkannya datang dari orang jerman. itu adalah fakta.

Tapi apa yang memalukan, orang malaysia yang belajar kat sana... adakah mereka dah sepower orang jerman?.. atau adakah mereka cukup-cukup makan je?... tapi disebabkan mereka telah belajar ke oversea mereka merasakan merekalah Leibniz... sayang sekali.. duit rakyat dihabiskan kepada mereka tapi mereka akhirnya jadi engineer biasa sahaja. Pulang dengan bangga tapi hakikat kalau duk kat jerman dan jadi orang jerman sebenarnya tak layak pun digelar engineer yang hebat. Tapi orang di malaysia mana tau, yang penting dulu duk kat oversea.

Memang UTM tidak sehebat universiti di jerman dan profnya juga tidak ada yang sehebat prof di jerman, sebab tulah dr airil berkuat untuk kita kekalkan PPSMI sebab kita perlu lahirkan mereka yang sepower prof2 di jerman. Tapi sayangnya orang macam saudara anonymous yang baru balik dari jerman ni terlalu bangga dengan prof org lain sehingga tak terniat dihatinya untuk melahirkan prof itu di malaysia, apa yang penting padanya adalah kepentingan individu, mereka yang hanya mampu pergi belajar di negera jerman atau negara sains yang lain. Memang merugikan. Memang tidak salah jerman meletakkan syarat untuk pelajar malaysia mesti belajar bahasa jerman untuk belajar disana, kerana sekali lagi mereka adalah empunya ilmu tersebut, tetapi malaysia adalah negara yang secara jujurnya tidak memiliki apa-apa ilmu dunia yang boleh dibanggakan. Saudara bangga dengan kejayaan saudara, tapi sayangnya saudara tidak ada semangat untuk melihat kejayaan adik-adik dan anak-anak rakyat malaysia yang lain.

Pelajar PHD STC said...

(SAMB..)

Oklah sekarang mari kita ulas penulisan saudara anonymous nie… yang pada saya telalu emo dan ignorant…
“Boleh pula ada lecturer kata pening dengan buku sains BI menurut post dia yang lain.”
Buku apa yang dikatakan pening? Saintifik sikit bila nak menulis.. (yelah dah kata duk belajar dengan prof hebat jerman, kalau dia benar sehebat orang yang mengajar tu mesti dia tulis secara terang dan saintifik.. tapi yelah kan saya dah kata sayang..)
kalau setakat buku rujukan undergraduate… hello tu tahap engkau je tau.. buku BI yang prof jerman nak faham tu kita orang baca.. bukan buku budak undergraduate… so pity kat orang yang rasa hebat tapi buta, kalau buta mata boleh dimaafkan tapi buta hati susah nak di ajar…
“Buat yg dok suruh aku terjemah buku ke BM tu,kenapa tak suruh je lecturer kau atau kau sendiritu terjemah ke BM saja?”
Ehmm kan dah kata sayangnya dia nie… kita orang kat Malaysia nie baru nak maju, baru lagi… walaupun dah lama merdeka… kita orang masih nak belajar dan memahami ilmu orang, nanti kalau kita orang dah sehebat prof jerman tu kita orang buat, tapi kau kan dah terror buat apa kau tak sediakan sedikit masa kau untuk majukan bangsa dan Negara kau. Tapi yelah kau kan tak de perasaan nak tengok adik-adik kau maju… cukuplah engkau dah power????
“Bukankah masa dia jauhhhh lebih free berbanding dengan pekerjaan aku ni?”
Bila kita tak de fakta inilah jadinya… memang mungkin kebanyakan lecturer di Malaysia ada banyak masa.. tapi bukan dr airil… dia kerja 36 hour 8 jam seminggu.. dia bukan setakat ajar subjek dia tapi dia ajar student dia jadi manusia, pergi cari ilmu di dunia ni dan pulang untuk lahirkan lebih banyak orang yang boleh menjadi prof sehebat prof-prof di jerman. Dia ajar orang yang tidak pentingkan diri sendiri seperti saudara jerman kita ni.. “Aku pun boleh terjemah semua ilmu sains ke BM,malah memang aku tulis dalam BM pun untuk kegunaan aku sendiri”
“Civil engineering aka kejuruteraan awam sebagai bidang susah?Yang ni aku betul-betul nak tergelak.”
Kita orang tak kata bidang nie susah, yang susah adalah macammana nak faham supaya kita tidak lahirkan engineer aka technician, tapi kita lahirkan engineer yang setaraf dunia sama seperti prof jerman tu buat. Tapi saudara anonymous tak faham, sebab dia bukan mengajar, tapi dia belajar.. lepas tu dia belajar dengan prof jerman bukan nak jadi prof jerman tu.. kan dah kata sayang…
“Kepada yang kata graduan UTM lebih baik dari graduan overseas tu,korang belum jumpa the best of them lagi.Buku belum bertemu ruas.Kalau korang betul2 dah terjumpa,silap2 korang lebih gerun dan respek(atau dengki)”
Kan dr airil dah kata meh lah turun UTM, jumpa kita orang … kalau nak buku bertemu ruas.. ker yang the best tu orang lain bukan anonymous.. tapi tak pelah pergi panggil kawan-kawan saudara yang power tu meh turun sini dan tunjukkan apa yang korang ada.. kalau cakap saja tak guna.. dah suh tunjuk bukti tak kan itu pun gerun.. ker nie pun cakap kosong sama macam dada tu yang kosong…sayangnyer…
“Dan kepada tuan blog ni.Anda tak tahu apa2 mengenai Fachhochschule?Memang ignorant.Sudah tiba masanya anda pergi berkenalan dengan mana-mana profesor/jurutera dari Jerman.Kalau anda rasakan "heat" kerana teknologi dalam BM susah nak catch up dengan teknologi berbahasa Inggeris,saya yakin anda akan "give up" as lecturer/profesor terus jika belajar pasal teknologi dari Jerman.Memang tak terlawanlah teknologi inggeris.Tolong jangan sekadar belajar sains dalam bahasa inggeris saja.Tidak semua teknologi Jerman diterjemah ke BI.Sains dalam bahasa Jerman jauh lebih banyak lagi sampai anda boleh merasakan teknologi Inggeris yang anda tahu tu hanya sedikit saja.”
Dan untuk yang ini biarlah dr airil sendiri yang ulaskan… saya tak sabar nak baca ulasan dr airil.

TERIMA KASIH

Anonymous said...

"Habis kuat pun pergi Imperial college"..ushh..statement ape ni?Imperial college tu U yang ntah hape2 ke?Fachhochscule tu ranking no brape U dlm dunia compare dgn Imperial College?jahilnye anonymous.Adakah seorang engineer yang power kononye tak tahu kemashyuran Imperial College?..Eh aku nak sangat tahu sapa mr anonymous graduate FACHHOCHSCULE ni.Menurutnya, die pernah jadi ketua kepada prof2.ushh hebatnya.tahniah aku ucapkan..bagus la.tp kalo kalo org mcm ni yg lead the project, bertapa teruk la prof2 dibawah die tuh?aku bukan nk defend Dr Airil..tapi aku tahu sape die ni.mcm mane die keje,mcm mane ikhlasnye die utk agama, bangsa dan negara.mungkin Dr Airil tk seglamour prof2 yang hebat kat dunia?dia baru je blk dr UK 2thn lebih..so what we aspect dr die dlm mase 2 thn lebih ni..tggu la dlm 10 thn lagi..jadi aku rase kite tgk sape dr Airil ni dlm mase 10 thn akan dtg and kita juga tgk sape Mr anonymous Fachhosclue dlm tempoh yang sama.ataupun tk payah la dgn Dr Airil, kita bandingkan Mr Anonymous Fachhosclue dgn "ANAK2 DIDIK" Dr Airil yang ada skrg ni.Aku percaya Anak2 didik die lg POWER dr Mr Anonymous Fachhoscule by that time.Statement ni bukan OMONG kosong.Tp aku tahu mcm mane Dr Airil and Anak2 didik die buat keje..senang mcm ni la..kite tk payah nak bertengkar panjang tp aku cabar kedua2 pihak Dr Airil and Mr Anonymous.Korang tunjukkan kepada kitorg apa yang korang buat skrg.and pembaca lain akan nilai..SO ADA BRAN?