Tuesday, 3 April 2012

UNIVERSE AND THE EXTRA DIMENSIONS (PART 2)

This is Part 2, to read Part 1 click HERE

Ok, jom sambung balik. Jadi, walaupun string theory (yang kemudiannya menjadi superstring theory atau M-theory) berjaya menyatukan Relativity dan Quantum Mechanics, ahli matematik dan sains masih enggan mengiktirafkan teori ini sebagai the Theory of Everything (TOE). Ini disebabkan jika  teori ini benar, 10 dimensi (11 dimensi dalam M-theory) perlu wujud dalam universe ni. Even the maddest scientist pun masih reluctant untuk accept benda ni as a sure fact sebab masih tiada bukti. Tapi bukan senang nak buktikan these extra dimensions, kalau ikutkan memang tak terfikir dek akal. Tapi scientist sekarang ni tengah menggandakan usaha untuk membuktikan teori ini dengan cara mengesan kewujudan the seven extra dimensions (4 lagi memang kita tahu macam aku dah cakap dalam Part 1).

Ada cara ke kita nak kesan these extra dimension? Kalau ikutkan teori boleh, mungkin bukan secara langsung tapi dengan cara mengesan kesan yang dihasilkan oleh extra dimensions ini. Kalau mengikut teorinya, 7 dimensions ini pada asalnya iaitu semasa just after the big bang, bersaiz agak 'besar', sebesar 4 dimensi yang ada sekarang ni so waktu itu ia boleh dirasa. Kerana diwaktu ini, saiz universe masih sangat kecil lalu ia sangat panas dan mengandungi tenaga yang amat amat besar. Tetapi selepas universe ini berkembang dan  menjadi sejuk menyebabkan 7 dimensions ini 'mengecut' lalu 'tangled' atau cakap melayunya 'tersimpul' pada space-time fabric (pada 4 dimensions yang besar dan yang kita rasa sekarang ni). Disebabkan 7 dimensi ini 'terlalu kecil' dan 'tersimpul' inilah, kita sekarang ni tak dapat nak 'rasa' kewujudan dimensions yang extra ni. So, based on this arguments, scientist yakin, tujuh dimensions ini boleh dirasai kewujudannya kalau kita dapat menghasilkan dalam makmal keadaan yang sama seperti diwaktu just after the big bang iaitu satu keadaan yang mempunyai suhu yang amat-amat panas dan tenaga yang amat-amat tinggi.

Jadi macamana nak hasilkan keadaan yang ekstrem macam ini? Caranya ialah dengan melagakan particles sesama sendiri dalam arah yang bertentangan, kerana apabila berlaga, mereka akan 'annihilate'  satu sama lain lalu menhasilkan tenaga yang amat-amat besar. Tetapi sebelum perlagaan itu, particles-perticles perlulah dipecut/accelerated selaju-lajunya agar momentum yang tinggi dapat  dicapai sebelum perlanggaran. Untuk eksperimen ini, ahli saintis barat telah membina particles accelerator sepanjang berkilo-kilo meter seperti di Caltech dan yang terbaru ialah LHC atau Large Hadron Collider sepanjang 27 kilometer jarak lilitan seperti gambar dibawah.

Gambar lingkaran LHC di Geneva, 175m di bawah tanah

LHC ini dibina di Geneva, Switzerland oleh European Organization for Nuclear Research atau CERN. Lilitannya yang panjang diperlukan untuk memecut particles-particles tersebut; lagi panjang lagi lama la particles tu bergerak dan memecut dan mencapai momentum dan tenaga perlanggaran yang diharapkan.So apa yang diharapkan, apabila perlanggaran ini berlaku, ia mungkin me'nimbul'kan  atau meng'keluar'kan tujuh extra dimension yang selama ini tersembunyi. Jika ini dapat dibuktikan, maka ia akan menjadi bukti pertama kepada string theory dan insyaAllah, TOE juga dapat dijumpai. Untuk pengetahuan, kos pembinaan LHC ini bernilai 6.2 billion pound sterling bersamaan lebih kurang RM30billion. 

Tapi macamana agaknya jika kita dapat rasa tujuh dimension tersebut? Ini sebenarnya yang berlegar dalam kepala aku waktu drive balik dari UTHM seperti yang aku tulis sebelum ni dalam Part 1. Fikir punya fikir, aku rasa kita cuma dapat rasa dalam bentuk konsep. Sebagai contoh, masa juga adalah dimensi tapi kita dapat rasakan ia berbeza dengan tiga dimensi spatial yang lain iaitu depan-belakang, kiri-kanan, dan atas-bawah. Kita dapat rasakan masa sebagai waktu yang bergerak dari dulu ke sekarang dan ke masa hadapan. Begitulah kita perceive atau menerima  waktu seadanya dan kita tak pernah 'complain' pun; ia adalah satu concept yang kita dah took for granted. Dan aku rasa, jika kita diberikan nikmat oleh Allah untuk merasai the extra dimensions, kita akan merasakannya dalam keadaan yang sama iaitu satu konsep yang sensation nya akan berbeza sepertilah berbezanya antara masa dan spatial dimensions yang lain.

Tapi ada satu persoalan yang besar yang perlu dibincangkan. Pengalaman aku bila berbicara perkara sebegini ialah, akan ada yang bertanya, "apa dapat?". Apa dapat kalau kaji benda macam ni? Apa dapat kalau invest pada penyelidikan macam ni?

Para saintis berlumba untuk membuat penyelidikan sebegini kerana mereka sangat ingin tahu hakikat sebenar alam semesta yang mereka duduki ini. Adalah sifat saintis sebegini not to leave anything. Pada perspektif Islam, usaha sebegini sepatutnya sangat mulia kerana dengan mengenal alam sebenar-benarnya maka kita akan lebih merasai kebesaran Allah SWT. Aku yakin, Allah mahu kita cuba untuk mengenal kebesaranNya sedalam-dalamnya dan sebenar-benarnya. Memanglah kita boleh mengkagumi kebesaran Allah melalui ciptaanNya seperti bunga, ikan dan matahari tetapi adakah kita mahu berhenti setakat itu sahaja? Tidakkah ingin kita mengetahui ciptaan Allah di alam particles dan ciptaan Allah yang lain seperti black holes, ruang yang melengkung, masa yang boleh terhenti pada kelajuan cahaya dan lain-lain. Adakah kita mahu kebesaran Allah ini tidak kita ketahui, adakah kita mahu ia terus tersorok dari 'kesedaran' kita? Aku tak tahu orang lain, tapi aku tak nak. Aku nak terus tahu sedalam-dalamnya kebesaran Allah. Aku masih ingat perasan gemuruh dan gementar apabila mengetahui kelajuan cahaya adalah dalam 3x10 kuasa 8 meter sesaat dan cahaya ambil masa selama lapan minit untuk bergerak dari matahari ke bumi dan untuk kita pergi ke Andromeda iaitu galaxi yang terdekat dengan kita, jaraknya adalah 20 juta tahun cahaya dan sesungguhnya ada 100 billion galaksi di alam ini (yang dipanggil observable universe). Mengetahui perkara ini, aku hanya boleh sebut SUBHANALLAH, SUBHANALLAH, SUBHANALLAH...........

Sebelum aku akhiri tulisan ni, jom la saudaraku semua, jom la belajar rajin rajin supaya kita dapat nikmat mengenali kebesaran Allah. Setakat ini, golongan saintis Islam amat-amat sikit terutamanya dalam bidang fizik dan matematik. Aku ada jumpa statistik (tapi sayang aku tak ingat kat mana) yang memberikan data cuma ada lebih kurang 300 saintis Islam seluruh dunia berbanding dengan US dan Jepun alone yang masing-masing ada 10,000 dan 5000 ribu saintis. Dimana kegemilangan sains Islam? Kita tak habis-habis ungkit kegemilangan dulu  tapi sekarang kita tak pernah nak sedar dan berubah. Tak habis-habis bergaduh sesama sendiri. Ingatlah, 'orang lain' cuma gelak kat kita aje, dah lah tak da ilmu, asyik nak bergaduh aje.

6 comments:

MFTAQIYUDDIN said...

Assalamualaikum Dr.

Woww

Dulu sewaktu belajar sains dan matematik, saya selalu terfikir bila nak gunakan ilmu ilmu ni selain menjawab peperiksaan?

Sekarang semakin dewasa saya faham-knowledge is power.

Terima kasih Doktor.

Norhazilan said...

Terbaeeeekkk Airil. Masalahnya sekarang, kalau nak buat research, orang tanya paten. Lemah betol aku ...kendian orang tanya berapa medal menang ....adoiyiaiii... bagilah ruang pada researcher yang minat dengan theoretical research.

Unknown said...

terima kasih dr.

Anonymous said...

Firman Allah dalam Surah Al A'raf ayat179:

"Dan Sesungguhnya kami jadikan Jahannam itu untuk Jin dan Manusia yang punyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat kebesaran Allah, dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran nasihat, mereka itu seperti binatang ternakan malah mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang orang yang lalai"

MFTAQIYUDDIN said...

Update update

Airilsametok said...

dah update dah...