Wednesday, 18 April 2012

BERDAKWAH TAPI MISSING THE POINT

Peringatan: Tulisan ini adalah sebagai reaksi balas aku pada penyokong-penyokong PAS dan PKR yang fanatik yang aku kenal. Sehubungan dengan itu, tulisan ini aku tidak tujukan kepada penyokong-penyokong PAS dan PKR secara umum kerana aku menghormati pendirian dan keputusan setiap individu. 



Sekarang ni ramai orang nak kembalikan kegemilangan Islam seperti zaman nabi, sahabat dan tabi'in tapi  kenapa ramai sangat yang missing the point? Tak perasan ke, dahulu Islam tu gemilang kerana quality cara hidup yang tinggi; kaya sebab ramai berniaga, mencipta teknologi kerana sangat berilmu.

Tapi sekarang, bila cakap nak kembalikan Islam, orang asyik cakap tentang dosa, pahala, dan riwayat sahaja, kalau ilmu pun ilmu agama SAHAJA (aku cakap SAHAJA aa, ulang sekali lagi, SAHAJA). Kenapa sekarang bila berdakwah, kita tak suruh orang rajin berniaga, suruh orang belajar dan merekacipta?

Sebagai contoh, aku tak pernah dengar penyokong2 fanatik PAS dan PKR yang kononnya warak suruh orang Islam berniaga gila-gila, hasilkan teknologi gila-gila.

Umaiyah, Abassiyah, Fatimiah dulu punya kota-kota besar dan moden yang diduduki oleh orang-orang Islam yang moden, kaya dan terpelajar. Sebab quality inilah orang bukan Islam rasa rendah diri, not worthy, segan bila berhadapan dengan orang Islam lalu tunduk dan ikut je cakap kita.

Di kota-kota ini dipenuhi dengan teknologi termoden zaman itu, sistem pengairan, sistem jam dan waktu, mesin-mesin mekanikal yang semuanya membuatkan orang bukan Islam terutamanya orang Eropah yang ketika itu hanyalah orang-orang gasar (Barbarian) ternganga kekaguman.  Bila dah kagum, bila  dah rasa rendah diri, mereka pun ikutlah cakap kita.

Kenapa kita tidak ulangi intipati dan fakta ini? Kenapa kita tak berniaga sehingga sekaya orang Islam terdahulu?  Kenapa kita tidak belajar sehingga pandai dan melahirkan teknologi-teknologi sendiri seperti orang2 Islam di Andalusia, Cordoba, Baghdad, dan lain-lain.

Sekarang ni kalau nak berdakwah, kalau nak tegakkan syiar Islam mesti suruh tukar kerajaan, mesti ungkit dosa orang ini, dosa orang itu, sipolan confirm masuk syurga, si polan confirm masuk neraka. Nak tegakkan syiar Islam, pergi berhimpun, pergi berarak, pergi berdemo. Kenapa aku tak pernah dengar orang-orang PAS dan islam dalam PKR yang fanatik suruh kita semua berniaga, belajar, merekacipta, berinovasi?

Nak capai kegemilangan Islam seperti dulu bukan sesenang pegi demo atau tukar kerajaan, dek oi!. Islam dulu gemilang sebab peniaga Islam control Jalan Sutera (Silk Road), berniaga di seluruh dunia, jadi taukeh-taukeh besar dunia. Kalau sekarang ni taukeh2 besar dunia adalah orang US, UK, Jepun, China, dahulu taukehnya orang Islam. So, sepatutnya kalau kita benar nak kembalikan kegemilangan Islam, kita ni patutnya dah beramai-ramai berniaga, berniaga dan berniaga. Aku bet, mesti ada pembaca pro-pembangkang yang akan cakap, “tu la, macamana nak berniaga kalau kerajaan korup, penipu, rasuah?”. Untuk ini aku jawap macam ni:

1) rezeki tu Allah tentukan ke kerajaan? Just berniaga la sekuat mungkin, sebesar mungkin, jangan la setakat cukup makan aje, pikir macamana nak buat empayar perniagaan. Sekorup mana kerajaan, sejahat mana kerajaan, kalau rezeki tu Allah kata kita punya, tetap kita punya. 

2) Bukan tujuan aku tulis ni nak cakap kerajaan tu perfect, kat sini aku nak stresskan ramai orang, dalam aktiviti dakwah dan perjuangan, missing the point. Diwaktu korang dakwa kerajaan salah, korang tak pulak gerakkan kempen perubahan budaya seperti rajin bekerja, kuat berniaga, bijak berilmu, merekacipta dan berinovasi. Yang aku dengar, yang aku baca, kutuk sana, ngumpat sini ituuuuuuuuuuuuu ajeeeeee.

Dan, jika sekarang orang yang terpandai di dunia adalah Bill Gate, Steve Job, Mark Zuckerberg, Stephen Hawking, dahulu orang yang terpandai di dunia ialah Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Ibn-Khaldun, Al-Ghazalli, Umar  Khayyam, Ibn Rushd. Kalau sekarang kita terpaksa ikut barat sebab diorang yang cerdik pandainya, dahulu dunia terpaksa ikut cara hidup Islam sebab yang cerdik pandainya orang Islam. So, atas hukum atau rule yang  sama, kalau benar kita nak seluruh dunia ikut cara hidup Islam, kita kena beat dan kalahkan Bill Gates dan konco-konconya tu dengan cara kita jadi pandai sangat-sangat .

Sepatutnya dalam Harakah dan Suara Keadilan, selain retorik2 politik, mesti dipenuhi juga dengan tulisan suruh orang belajar kuat kuat dan rajin rajin, suruh orang  menyelidik, mereka cipta dan berinovasi supaya teknologi baru yang terhasil boleh diniagakan diseluruh dunia kemudian menjadikan Negara dan ummah kita kaya raya, sekaya ummah2 Umaiyah dan Abbasiyah dan sewaktu dengannya.

Kesimpulannya:

1)      Nak tegakkan Islam bukan boleh setakat ingatkan orang tentang dosa dan pahala sahaja, bukan boleh setakat berdemo dan berarak sahaja dan bukan boleh sesenang menukar kerajaan.

2)      Nak tegakkan Islam, kita mesti ulangi balik situasi Negara dan ummah Islam yang terdahulu; iaitu moden, kaya, terpelajar dan menjadi pemimpin dunia ketika itu.

3)      So, janganlah bergaduh lagi, jom start sama-sama beribadat kuat2, bekerja kuat2 dan belajar kuat2.

4)      Dalam politik, sapa nak sokong A sokong la, sapa nak sokong B sokong la. Tapi sokong la A contohnya sebab A is a better alternative than B tapi jangan la sampai kata A saja yang nak tegakkan Islam tapi B tidak,  sedangkan B mati2 kata dia pun nak tegakkan Islam. Sapa kita yang nak play God ni?

4 comments:

Orang Melayu said...

Orang zaman dulu adalah para ulama + ilmuan.Sebab tu diorang hebat.Abang saya selalu cakap, org Melayu ni selalu throw bad thing, tp bangsa lain improve bad thing..Pada pendapat saya org Melayu kene bersatu untuk meningkatkan kualiti bangsa sendiri, bukan mengutuk sesama sendiri. Macam org2 PR, dulu masa dengan kerajaan bukan main lagi sokong, sekarang bila masuk PR mengutuk pulak..

Anonymous said...

Salam Dr.

Saya amat setuju setiap post disini. Memamg amat diakui orang Melayu khasnya, tidak memahami konsep Islam itu sendiri. Malah, berfikiran sempit dengan menyokong dasar parti politik yang berunsurkan "Islamic" tanpa mengkaji kesan terhadap negara dan ummah Islam.

Jika kita lihat zaman kegemilangan Islam, orang Islam menjadi hebat bukan disebabkan kejayaan mereka mencipta, mengkaji dan berniaga sahaja, tapi tahap keimanan dan ibadah yang tinggi kepada Allah SWT. Tapi, zaman sekarang, Islam hanya dinama.

Saya tidak setuju bila kita kaitkan dengan kejayaan bill gate,Steve Job, etc (kejayaan orng Eropah) dgn kejayaan scholar Islam di zaman kegemilangan Islam. Kejayaan orang Eropah berdasarkan sistem yang mereka cipta. Riba, penindasan, dan sebagainya menjadikan mereka hebat dimata dunia. Seharusnya, kita mencontohi kejayaan scholar Islam yang hebat mental, spiritual dan fizikal.

kita lihat sahaja studnt UTM yg menjadi ahli "tabligh". Rata-rata mereka adalah 1st class student. Ini membuktikan kegiatan berdakwah yang seiring dengan usaha, menjadikan orang Islam itu berjaya. :)

MFTAQIYUDDIN said...

Assalamualaikum Dr

Dengar dengarnya baru angkat Gibson baru?

Review ler sikit...

Nik said...

Salam Dr,

Well said ...tapi saya nk tambah sedikit. kalau nak berdakwah elokla tambah sedikit maklumat tentang Bible orang Keristian tu.

Jangan jadi macam DSAI pakai hentam keromo sahaja bersetuju dengan Catholic Herald gunakan nama Allah untuk Bible versi Melayu mereka. Mungkin dengan harapan untuk mendapat sokongan orang Keristian tetapi dia tak perasan bahawa dengan sokongan itu, dia sendiri telah mengakui bahawa Allah ada anak !!! Nauzubillah.

Zaman ini maklumat begini sangat2 berguna dan mustahak, supaya tidak mudah terpesong akidah.Tak faham sila rujuk video clip Ahmad Deedat kat youtube tu.