Sebelum ini pemerintah dibalun sekarang ahli akademik yang tak sehaluan pun dibalun. Nak tahu ceritanya? Sila klik SINI. Apa hak yang nak balun orang ni? Tahu ke pengalaman orang lain? Tahu ke ilmu orang lain? Tahu ke circle of friend orang lain? Buku orang lain tak betul, buku kita je betul, sedangkan buku orang lain seluruh dunia penerbitannya termasuklah yang di Malaysia, tapi buku kita cuma diterbit dipasar malam, kenapa buku kita masih lagi yang betul?
Lepas tu hujahan yang tipikal, "jangan hanya membaca, kena berguru". Tahu tak mana datangnya phrase ni? Phrase ini datang dari pengajian tasawuf. Al-Qushayri berkata dalam Al-Risalah:
Kemudian wajiblah ke atas seseorang murid supaya dia
dididik oleh syeikh; kalau sekiranya dia tidak ada guru (yang membimbingnya)
selamanya dia tidak akan berjaya (dalam perjalanannya menuju Allah).
Abu Yazid al-Bistmi juga mengatakan:
Sesiapa yang tiada guru, maka pembimbingnya adalah syaitan
So in context la, memang dalam amalan tasawuf, dan untuk bersuluk, perlu ada guru kerana perjalanan ke makam itu amat 'berisiko' dan pengalaman 'kashaf' itu perlukan syeikh untuk kita rujuk kan dan hakikat ini memang diakui oleh semua ilmuwan Islam termasuk lah ahli-ahli sains Islam. Kita tahu tak banyak ahli fizik dan matematik Islam peringkat dunia kebanyakannya ahli Sufi? Mereka ini semua berguru, dan ramai berbaiah pun when it comes to amalan tasawuf. Tapi untuk dunia yang fana, yang fizikal, mereka yang ada PhD ni lah dan yang bijak pandai ni la, gurunya. Habis tu sapa lagi? Dan dari proses PhD yang mengajar tentang belajar lah, ramai guru-guru ini tidak terbatas dalam sesuatu bidang sahaja. Mereka telah dilengkapi dengan 'ilmu bagaimana hendak belajar dengan sendiri'. Itu la PhD. Bukanlah sebab aku ada PhD aku cakap macam ni tapi masyarakat itu sendiri yang tak reti membezakan budak mentah tak habis belajar dengan ilmuwan-ilmuwan sebenar. Apa layaknya, ahli akademik yang ada PhD dihina sebagai Kang Kong dan lain-lain. Sedar lah diri tu sedikit dik. Aahhh, kita apa tau, fizik dan matematik pun kita tak tahu. Dan masalahnya kita sentiasa rasa kita tahu dan orang lain tak tahu.
Jadi untuk ilmu-ilmu lain selain Sufism, membacalah medium terbaik untuk penyebaran ilmu. Tahu tak, penulisan tesis yang mana perlu ada literature review, methodology, analysis dan kesimpulan, yang selama ini kira rasakan adalah terapan orang barat dan kafir sebenarnya adalah tertib penulisan yang dicetuskan oleh Ibn Khaldun, Al-Ghazali dan kontemporari mereka. Bacalah Al-Mukaddimmah (Prolegomenon), bacalah Tahafut-Al-Falasifah, akan jelas terlihat dimana mereka me'rationale'kan dulu, memberikan dulu rujukan2 mereka sebelum mereka mengutarakan hujah2 dan pendapat. Tapi kita apa tahu? Dulu belajar malas! Membaca pun malas! Kalau ada yang rajin pun, baca buku-buku Melayu sahaja sebab nak baca buku Islam antarabangsa, English tak faham dan ilmu nak faham pun tak sampai. So nama-nama seperti Muhammad Iqbal, Fazlur Khan, Reza Aslan, Seyyed Hossein Nasr, Ziauddin Sadr, Dr Ismail Raji Al-Faruqi dan lain-lain lagi begitu asing bagi kita. Dr Osman Bakar, Universiti Malaya, pun silap-silap kita tak pernah dengar. Tapi bila artis jadi warak, terus kecoh.
Dan selalu sangat juga kita kata Barat begitu prejudis, sentiasa mahu menidakkan nama dan sumbangan sarjana dan ilmuwan Islam. Tapi sebenarnya siapa yang menidakkan siapa? Tahu tak, nama2 di atas, serta nama-nama lain seperti Lofti Zadeh (founder of Fuzzy Logic), Abdus Salam (founder of weak interaction and the only Muslim Nobel Prize winner in Physics), Ahmed Zaweil (Nobel Laurette in Chemistry) dll semuanya di 'rai' kan di Barat. Kita di sini, bukan lagi nak meraikan, kenal pun tidak.
Nak bercakap agama memang senang, tapi nak beragama, melaksanakan agama itu yang susah. Orang tanya kita mana bukti amalan agama kita? Sembahyang aje? Dengar kuliah aje? Tulis kat FB aje? Macamana kita di pejabat, cemerlang? Macamana kita dengan perniagaan, cemerlang? Macamana kita dengan teknologi, cemerlang? Macamana kita dengan ilmu, cemerlang? Macamana kita dengan kekayaan, cemerlang? Ataupun memang agama kita ajar tak perlu cemerlang dalam semua ini?????
Bila orang lain rujuk ulama adalah saintis, kita tak nak terima. Sebab kita kecil-kecil lagi dah diberitahu yang ulama itu perlu berserban, berjubah dan memberi ceramah agama. Bang, itu orang warak, tak semestinya ulama. Itu lah kita, alim dan warak pun tak boleh nak dibezakan. Bercakap tentang ulama adalah saintis, aku tak nak cakap panjang, aku nak quote terus Dr Asri aka Dr MAZA. Korang nak terima, terima, tak nak terima sudah.
Manusia yang memburu ilmu dengan penuh kejujuran, menemui Tuhan di setiap penjuru ilmu. Firman Allah: (maksudnya)
“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan warnanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur putih dan Merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam. Dan demikian pula antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun” (Fatir: 27-28).Ayat ini sering dijadikan dalil bahawa golongan ulama yang paling takutkan Allah. Lalu, ditonjol ulama yang berserban dan berjubah, atau ahli fekah, lebai atau ustaz sebagai golongan yang takutkan Allah. Namun, jika kita perhatikan ayat ini ia membicarakan tentang mereka yang memerhati kejadian alam dengan segala keajaiban, selepas itulah diikuti dengan penegasan ‘yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)’.
Jika berserban dan jubah tanpa meneroka rahsia alam, atau menelaah penemuan keajaiban ciptaan Tuhan tidak akan menimbulkan rasa kegerunan. Maka, tidak salah untuk kita katakan bahawa saintis itulah yang paling dimaksudkan mereka yang takutkan Allah. Saintis itulah ulama dalam konteks ayat ini. Sesiapa mengkaji alam dalam segala bidang kebendaan dan pemikiran, merekalah ulama dalam bidang mereka. Adapun yang mendaftarkan diri dalam persatuan ulama, atau badan ulama belum tentu terangkum dalam ayat ini.
- DR MAZA, Minda Tajdid sila klik http://drmaza.com/home/?p=1678