SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS)
SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS) - click la kalau nak dengar...
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Tuesday, 24 September 2013
RANKING UNIVERSITI DAN PERMASALAHANNYA DI MALAYSIA (published in Sinar Harian)
[this article of mine was published on 19th September 2013]
SETIAP tahun, kita akan sibuk membincangkan isu ranking atau kedudukan universiti-universiti Malaysia di persada dunia, yang terbaru adalah senarai yang dikeluarkan oleh QS World University Rankings di mana universiti-universiti kita berlegar di kedudukan 200-300 dunia.
Pandangan dan respon terhadap ranking ini terbahagi kepada dua. Pandangan pertama melihat penyenaraian universiti-universiti dunia ini adalah sesuatu yang positif kerana ia boleh memberikan satu bentuk ukuran kepada tahap pencapaian sesebuah universiti itu.
Pandangan kedua pula lebih melihat penyenaraian ini hanyalah satu bentuk eksploitasi di mana kriteria-kriteria yang digunakan tidak tepat dan tidak memberikan gambaran sebenar pencapaian dan falsafah penubuhan sesebuah universiti itu.
Malah, ada pihak yang menyatakan ranking ini adalah satu strategi pemasaran bertujuan untuk merendahkan kemampuan universiti-universiti dari negara membangun dan membanggakan seterusnya mempromosikan universiti-universiti di negara maju.
Namun, walau apa pun pandangan kita, sama ada pandangan pertama atau kedua, kita haruslah bersetuju bahawa universiti-universiti kita wajib menggiatkan usaha agar setaraf dengan universiti-universiti terkemuka dunia.
Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan dan keagungan sesuatu masyarakat dan negara bermula dan berjalan seiring dengan kemajuan ilmu dikalangan masyarakat dan universiti-universitinya.
Tamadun Yunani sinonim dengan pemikir-pemikirnya dan juga intitusi-institusi kelimuannya seperti Academy yang ditubuhkan oleh Plato dan Lyceum yang ditubuhkan oleh Aristotle.
Zaman kegemilangan Islam pula menyaksikan kelahiran ilmuan-ilmuan seperti Al-Ghazali, Al-Farabi dan Ibn Sina serta terbangunnya Bait Al-Hikmah di Baghdad dan Al-Azhar di Egypt. Di Morocco pula, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu(Unesco) telah mengiktiraf Al-Qarawiyyin sebagai institusi pertama yang mengeluarkan ijazah lantas diiktiraf sebagai universiti yang pertama di dunia.
Kemajuan ilmu seterusnya disambung oleh masyarakat di hemisfera barat bermula dari Zaman Pencerahan sehinggalah ke hari ini. Nama-nama seperti Isaac Newton, Gauss, James Clerk Maxwell, Einstein, Steve Job, Bill Gates mula terbit di jurnal-jurnal ilmiah bersama rekaan dan inovasi mereka.
Dan berdasarkan ranking QS yang terkini, universiti-universiti di UK dan US menduduki senarai sepuluh yang terbaik di dunia; MIT (1), Harvard (2), Cambridge (3), UCL (4), Imperial College (5), Oxford (6), Stanford (7), Yale (8), Chicago (9) dan Caltech (10).
Di Asia pula, universiti-universiti di timur jauh seperti Universiti Hong Kong, Universiti Tokyo, Universiti Peking dan Universiti Kebangsaan Seoul pula mengungguli kedudukan terbaik.
Maka, bukanlah satu kebetulan apabila masyarakat berkulit putih dan berkulit kuning ini yang mencaturkan dunia pada era ini dalam segenap segi. Ia bukanlah satu kebetulan kerana mereka hanya mengulangi sejarah “Siapa berilmu dialah kudrat”.
Berdasarkan ini, seharusnya kita berasa khuatir dengan kedudukan dan pencapaian universiti-universiti kita apatah lagi pada hakikat kedudukan kita adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara Islam yang lain.
Bagaimana kita hendak mencapai wawasan 2020 iaitu menjadi negara yang setanding dengan negara-negara maju jika universiti-universiti kita yang sepatutnya menjadi penjana kepada kemajuan masih lagi belum setanding?
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, permasalahan utama yang kita sedang hadapi ialah universiti-universiti kita masih belum mampu menjalankan tugas-tugas akademia yang sebenar iaitu melahirkan ilmu dan teknologi baru serta graduan-graduan yang mampu mencari ilmu secara kendiri serta bersifat inovatif.
Sebaliknya, universiti-universiti kita masih lagi ditahap pengajian teknikal dan vokasional dimana ia hanya melahirkan graduan yang lebih layak digelar juruteknik kerana hanya mampu membuat kiraan-kiraan yang telah ditetapkan dan melakukan kerja-kerja yang tipikal.
Pelajar-pelajar kita masih lagi hanya diajar menggunakan rumus-rumus terakhir, jadual-jadual yang telah tersedia dan mengikuti prosedur-prosedur piawai tanpa didahului dengan perbincangan berkenaan penerbitan dan prinsip serta falsafah saintifik yang membelakangi rumus-rumus, jadual-jadual dan prosedur-prosedur tersebut.
Tanpa pemahaman yang fundamental, bagaimana mungkin pelajar-pelajar dapat memahami sedalam-dalamnya sesuatu ilmu tersebut. Tanpa pemahaman yang mendalam pula,bagaimana mungkin kita dapat menghasilkan output saintifik seperti ilmu-ilmu dan rekaan-rekaan terbaru.
Dan tanpa output saintifik sebegini, bagaimana mungkin universiti-universiti kita dapat tersenarai tinggi di ranking dunia tapi lebih penting, tanpa output sebegini, bagaimana mungkin negara dapat menyediakan ekonomi lestari (sustainable economy) kerana ekonomi sebegini amat bergantung kepada inovasi dan produk berasaskan pengetahuan (knowledge-based product).
Tetapi pelajar-pelajar adalah pihak terakhir yang patut dipersalahkan kerana mereka hanya menerima apa yang diajarkan kepada mereka. Pihak yang sepatutnya dipertanggungjawabkan adalah pentadbir dan pensyarah-pensyarah di universiti itu sendiri.
Sama ada mereka tidak sedar akan permasalahan ini atau mereka tidak mampu menyelesaikannya.
Mereka tidak mampu kerana ada kemungkinan mereka sendiri tiada kepakaran dan kefahaman yang mendalam dalam bidang tersebut. Ini tidak mustahil kerana jika kita menilai semula kelayakan akademik terutamanya kajian-kajian PHD pensyarah-pensyarah kita, amat sedikit yang benar-benar berkecimpung dalam arena fundamental dan berunsurkan matematik.
Saya menyatakan perkara ini bukan sahaja berdasarkan pengalaman saya sebagai pensyarah, bukan sahaja melalui komunikasi saya dengan pensyarah-pensyarah yang lain tetapi berdasarkan juga keterlibatan saya dalam beberapa program yang berbentuk penjalinan subjek-subjek matematik, fundamental dan aplikasi terutamanya yang berkaitan dengan kejuruteraan. Program-program yang boleh saya nyatakan tidaklah begitu berjaya.
Mungkin di sini saya boleh mencadangkan dua kaedah yang boleh diambil untuk menyelesaikan permasahan ini. Yang pertama, proses pengambilan pensyarah-pensyarah dimasa akan datang dan perlanjutan pengajian PHD mereka perlu fokus kepada bidang yang fundamental tetapi masih hampir dengan aplikasi terutamanya yang berunsurkan inovasi. Bentuk pengajian sebegini kerap ditawarkan di universiti-universiti terkemuka di dunia, maka hantarlah mereka ke sana.
Yang kedua, pensyarah-pensyarah sedia ada perlu digalakkan untuk mengulang kaji aspek-aspek fundamental dan unsur-unsur matematik yang berkaitan dengan bidang mereka. Ini boleh dilakukan melalui kempen-kempen kesedaran ataupun melalui langkah yang lebih formal seperti menghadiri kursus dan bengkel.
Maka boleh disimpulkan bahawa ranking universiti dunia ini, walaupun mempunyai pelbagai pandangan dan respon, masih boleh menjadi kayu ukur kepada pencapaian universiti universiti kita.
Ukuran ini adalah penting kerana ia boleh menentukan halatuju universiti-universiti kita terutamanya dalam membantu negara menyediakan ekonomi lestari menjelang 2020 melalui penghasilan ilmu-ilmu dan rekaan-rekaan terbaru serta inovatif. Sesungguhnya, sejarah telah membuktikan “Siapa berilmu dialah kudrat”.
Dr Airil Yasreen Mohd Yassin
Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru
link to sinar harian: http://www.sinarharian.com.my/mobile/arkib/ranking-universiti-dan-permasalahannya-di-malaysia-1.203573
Saturday, 7 September 2013
MAHAL DAN NIKMATNYA ILMU
[Beautiful scenery at the back and a book on my lap,
how could I ask for more? Alhamdullillah. photo credit: Lynn the wife]
I would say, aku dpt ilmu in a hard way, I would not say the hardest as I believe ramai lg yg lagi susah dr aku but it was definitely hard. Tp jgn salah faham, belajar PhD nya senang, hidup semasa nak belajar tu yg susah. So, bukan aku sorg je susah, my wife and my kids too. Ceritanya macam ni....
Waktu aku dpt tawaran dari Prof David Nethercot utk buat PhD di Imperial College London (seriusly dia yg ajak aku buat PhD bawah dia after dia baca research proposal aku yg aku asalnya just nk mintak dia review aje), ramai senior di fakulti nasihat jgn pegi sbb London tu mahal sgt, tambah waktu tu currencynya 1GBP lebih kurang RM6.80, dan tambah lagi wife aku, lynn baru mengandungkn Nuha (anak aku yg ketiga).
Tapi the thing was, waktu tu aku dah obsessed gila dgn Beautiful Mind, I already obsessed with the idea that kalau nak buat PhD, paling cool kalo dpt pegi ke best school mcm Princeton ke, MIT ke kalau di US dan kalau di UK, Cambridge ke, Oxford ke or of course, Imperial College (IC). In fact, IC was and still the best engineering school in Europe hence UK and always at the mid of top 10 engineering school in the world.
Selain tu, paling cool kalau dapat buat PhD dgn famous professor dan as far as structural engineering is concerned, David Nethercot is a giant. At the time, he was the President of Institution of Structural Engineer (IStructE), UK. Dah la waktu buat Masters dulu, buku2 dia yg aku banyak baca, bila dia offer buat PhD dgn dia, terus angau la aku.
Tapi sebenarnya takde la aku terus terima offer Prof Nethercot tu, aku asalnya hesitated jugak sbb mmg aku tau london tu mahal sgt dan dgn allowance study yg cuma 850 GBP aje aku tau mmg x cukup utk aku dan lynn dan anak2 yg nak masuk 3 tu. Tp time ni lah aku appreciate sgt pepatah
"BEHIND A GREAT MAN, THERE IS ALWAYS A GREAT WOMAN".
Lynn yg tau sgt suami dia kemaruk "Beautiful Mind", kemaruk sgt kononnya nak jadi orang pandai, suruh juga aku accept offer Prof Nethercot tu. Dia kata dia sanggup susah dan dia akan jaga anak2. (Time aku tulis ayat ni, bergenang jugak air mata aku...hehe girl girl la ko! )
Dan memang betul, spjang almost 3 tahun setengah kitorg di UK (2004-2007), lynn tak pernah ngeluh susah, family dia uruskan semua, dua tahun terakhir, dia sanggup tinggal sorang2 di Loughborough dan Nottingham yg jaraknya dlm 200km dr london (aku balik weekend je selalunya), handle anak2 semua.
Dia x boleh drive (x de lesen) so bila pegi ke kedai beli barang, dia akan jalan kaki sambil tolak nuha dlm stroller dan dukung binish (pakai beg dukung) while haziq dan hasya jalan kaki. barang2 kedai dia akan sangkut pada stroller tu jugak. dan ini la sebabnya tulang belakangnya rosak (pasal tu dia operation haritu dan sekarang ni pakai tongkat). She was a very strong woman and still is and for that I admire her, love so her much and she has my greatest respect. I owed her my PhD, indeed I owed her everything.
If you guys wonder why aku belajar di London tp Lynn dan anak2 duduk di Midlands sebabnya adalah london tu mahal sgt.
Waktu first year study aku, kitorg mmg duduk di London dan menyewa di Hackney. Dan flat yg disewa tu bukan rumah pun tapi basement flat (bilik bawah tanah yg diubahsuai jadi flat). Flat tu kecik, satu bilik dan ada la ruang tamu sikit sambung dgn dapur dan bilik airnya bawah tangga tuan rumah di atas. tapi kecik2 pun, korang tau berapa sewanya? haha 700GBP sebulan sedangkan allowance study aku cuma 850GBP sebulan (duit gaji utm mmg dah takde sbb bayar rumah kt mutiara rini, bagi mak ayah, bagi adik ipar aku yg tgh belajar dan bayar personal loan, mmg habis).
Berbekal lebihan 150GBP tu la kitorg survive utk duit dapur, pampers dan susu anak, bayar telefon rumah (hp ada tp pakai bila emergency aje) dll. Sebb x cukup la, Lynn akan bekalkan aku makanan hari2 dan sbb x cukup la aku terpaksa travel gi school naik bas yg took 1jam suku belah pagi dan 1jam setengah bila balik belah petang. kitorang survive this way until Nuha lahir.
Pengalaman Lynn lahirkan Nuha di London lagilah horrified. Lynn pecah air tetuban pukul 3 pagi tp kitorang x de kereta so terpaksa call arwahnya, ustaz jaiz dn isteri (yg kitorang di london panggil mami) mintak tolong hantarkan ke hospital. kitorang sampai hospital pukul 4 pagi. ustaz dn mami nak tunggu tapi aku x nak susahkan diorang so aku cadangkn diorang balik dulu. bila masuk utk check, nurse hospital tu kata lynn lambat lagi nak bersalin so dia suruh balik dulu sbb mmg prosedur di sana kalau nak bersalin sgt baru boleh masuk ward; bukaknya tak cukup lagi. Nak balik macamana, bas bukan ada pagi2 tu. nak call ustaz aku dah segan. so kitorang tunggu la kt luar hospital sejuk2 pukul 5 pg tu sambil lynn tahan sakit. nuha lahir 21 Jun (anak aku no 3) so it was winter already, mmg sejuk sgt waktu tu. pukul 8 baru hospital bukak so baru la kitorang masuk dalam dn lega sikit sbb ada heater. dan lynn bersalin pukul 10 pagi tu. seminggu lepas tu lynn pun keluar tp aku bawak dia balik naik bas sbb aku x nak susahkn sapa2.
Bila dah ada 3 anak, flat tu mmg dh tak bole duduk so kitorang, Lynn especially, had to make a very difficult decision, kitorang kena hidup terpisah, Lynn dan kids akan pindah ke Midlands (Loughborough dan kemudiannya Nottingham) dan aku akan jadi weekend husband so that anak2 kitorang could have a proper home.
Midlands jauh murah dari London. Dengan sewa dlm 400GBP kitorang dapat la a complete house. So ok la sikit utk anak2. Tapi walaupun ada save 300GBP kalau comparekan dgn sewa diLondon, tp itu cuma cukup utk compensate travel mingguan aku dari Midlands ke London, makan harian aku dan extra perbelanjaan sebb haziq dah masuk reception/sekolah. So basically, takde lebihan cuma bezanya, dengan being apart macam ni, aku dgn lynn boleh provide a better home for our kids.
Dan aku pulak, bila time di London, since tak mampu nak sewa bilik, selalunya aku akan tidur di surau IC dan paling worst bila time winter sbb heater surau tu akan ditutup. Dan selalunya juga aku menyelinap masuk dalam Mara House. nasib baik ramai kawan2 kat situ yg faham situasi aku yg sudi bantu aku "masuk haram" belah malam. Cuma masalahnya, nak masuk kena tunggu En hafiz dan pak Said (manager2 mara house ni balik dulu) so kdg2 pernah sampai 1 pg aku tunggu kat luar mara house tgh snowing sbb diorang ni tak balik lagi. pergghh...mcm citer oshin kan? hahaha
Dan since duit mmg limited sgt, di london basically aku cuma mampu makan sekali sehari aje. Ye la sekali makan 5-6GBP so kalau 20hari itu aja dh lebih 100GBP. so apa yg aku buat, bila lapar aku akan potong dgn minum kopi dan hisap rokok. nasib baik la kat IC tu ada coffee machine yg murah, latte ke cappucino ke americano ke, cuma 40pence je secawan. Aku sehari adalah 4,5 cawan. So kalau student2 aku yg wonder knp aku ketagih coffee dgn rokok, haa ini la sebabnya.
tapi Allah tu adil. hardship aku dan family digantinya dgn kesenangan aku buat PhD. Pada aku PhD tu senang sgt dan belajar tu seronok sgt. Alhamdullillah, ngam 3 thn 3 bulan, aku submitted thesis aku. Dan being the student of David Nethercot mmg tak ternilai pengalamannya. Walaupun dia sibuk (aku selalunya dpt jumpa dia sebula sekali aje) tapi senior2 aku (student2 dia) mmg best brains dan cukup baik hati utk ajar aku mcm2 walaupun ada yg mulut bisa gila. Mcm aku pernah citer sebelum ni, sebab semuanya tak tau, sebab asyik tanya je, pernah senior aku cakap “Airil, you know what, Malays are not only ugly but stupid” haha...aku x kesah, asalkan diorang snggup ajar aku sudah.
dan setiap pagi aku masuk school, bila lalu depan bilik prof nethercot (dia head of dept waktu tu) aku akan at least tengok papan tanda nama yang tulis "PROFESSOR DAVID A NETHERCOT" dan always reminded myself "Airil, believe it or not, youre his student", a motivation that survived me another day. Dan selalu juga bila rasa susah, aku try to pujuk hati dgn kata at least dapat juga la aku rasakan sedikit, ulang yer, SEDIKIT pengembaraan dan adventure yg dilalui oleh scholar dulu2 mcm Imam Al Ghazali yg mengembara dan bersuluk selama 10 tahun. Aku tak kata banyak aaa, sikit je...ok sipi sipi.
Dan Alhamdullillah, akhirnya, with all the hardship yg aku, lynn dan anak2 lalui, I got a word DR in front of my name and the knowledge that comes with it (initial knowledge though, because as i said before, PhD is just a training, your knowledge adventure begins after that). For this aku syukur sgt pada Allah yg bestowed upon me His blessing and I owed so much so many, mak, ayah, lynn, adik2 (Je siap jual laptop nak bagi aku duit), anak2, sepupu2, saudara mara, kawan2 di UK, majikan aku UTM dan of course, KERAJAAN MALAYSIA. Terimakasih tak terhingga.
Dan sebabkan hardship ini juga, lepas aku hantar thesis, walaupun prof nethercot suh aku stay buat post doc dgn dia dan offer luxurious allowance, I told him "I can’t, my country needs me". Sebab bila dah taunya susah nk dapat ilmu, baru la aku tau knp negara kita agak kurang maju; sebb ilmu tu susah nak dapat. Jadi bila dah ada sorang rakyat malaysia yg akhirnya berjaya dapatkan "ilmu" tu, perlulah dia balik cepat2 supaya dia boleh sebarkan "ilmu" tu pulak kat negara dia, kat anak bangsa dia. banyak sgt dah orang berkorban utk aku, so its time for me to berkorban balik utk orang lain.
*tujuan aku tulis adalah utk bacaan semua mereka yg masih belajar, tak kisah la, undergrad ke, post grad ke. aku harap it can be:
1. a motivation supaya diorang pun terus kuat dlm menempuh hardship semasa belajar. hati kena besar, cita2 kena tinggi. if you want to survive, niat knp nak belajar tu mesti dibesarkan. kita akan lagi kuat kalau kita work for a greater cause. Kita akan lebih kuat dlm belajar kalau niat kita nak bangunkan agama, ummah, dan negara berbanding belajar hanya utk diri sendiri saja. beza motovasinya kalau belajar sebab nak jadi mcm Einstein berbanding nak jadi engineer biasa kat kuala kangsar.
2. like a panduan, jika dah berkahwin, kejayaan hanya akan datang jika pasangan kita benar2 faham akan perangai dan niat kita dan sanggup berkorban utk kita. dan if they do that, always2 hargai segala pengorbanan mereka.
3. a hint on what to expect, and most of all as a benchmark on how to put a price on knowledge. for me and my family, we have paid dearly menyebabkan pada kitorg knowledge itu mahal tapi priceless.
4. an explaination kpd knp perangai aku mcm ni yg agak "tak serupa orang” dan "keras sangat".cthnya, aku selalu ckp pada students post grad aku, "aku appreciate korang punya kesusahan tapi aku tak boleh nak kasihan, sebab that what it takes".
5. dan pengalaman aku juga, bila lihat society dinegara maju, mengajar aku tentang how kemakmuran sesebuah negara dan masyarakat itu bukan sahaja bergantung kpd kerajaan ttp rakyat juga perlu memainkan peranan yg sama banyak. dan pada pandangan aku, banyak sgt lagi yg kita perlu lakukan sebagai sebuah masyarakat.
Wednesday, 28 August 2013
WAHABI AND SUFISM: MY OWN EXPERIENCE
Lama dah tak blogging, kena sindrom post general election burnt out...haha.
Ok lah, aku revive writing aku kat sini dgn discussion on wahabi and sufism through my own experience. First time aku ada experince ttg wahabi dan sufism ialah suatu aku buat PhD di Imperial College London dan uniknya, aku encounter dua2 perkara ni serentak. Bila aku fikirkan balik knp benda ni terjadi, of course dgn kehendak Allah, tapi as sebabnya ialah surrounding aku waktu tu, being in Imperial and doing my PhD somehow turned on my appetite for knowledge, i want to know more, be it my engineering subjects or the "life" itself. Everything became mysterious till I couldnt help myself from venturing more and deeper. Itulah aura budaya ilmu disana.
First time aku tau ttg wahabi/salafi bila aku attended this lecture given by a Muslim Professor in Theoretical Physics dari University College London yg bertajuk "Quantum Mechanics and the Existence of God". Aku tak sabar nak attend lecture ni sbb aku was informed yg dia juga Al-Hafiz (hafal Al-Quran). Mmg la best sgt lecture dan dia basically cakap ttg how agama, terutamanya Islam tidaklah anti-science malah sentiasa terbuka utk scrutinize (meneliti) penemuan2 terbaru. Secara khususnya beliau relatekan beberapa hypothesis quantum mechanics dgn beberapa konsep yg sediaada dlm ilmu Islam.
Tapi yg lebih meninggalkan kesan kpd aku adalah apabila beliau menyatakan how he used to love buku2 tulisan Stephen Hawking, Richard Dawkin, John Gribbin dll (buku2 yg aku pun suka baca) dan sgt kagum dgn buku2 ini sehinggalah dia membaca buku2 ibn taimiyya. Selepas membaca buku2 ulama islam yg agung ini, beliau terus merasakan buku2 hawking, gribbin tadi hanya so-so aje atau biasa2 aje.
Wow, saat tu aku teruja gila sbb this professor, bukan shj mengajar di worldly famous university, expert in theoretical physics, hafaz al-quran pulak tu, read all the books by hawking, gribbin dll suddenly puji dan mengagumi 700-800 years writing of ibn taimiyya. Dia bukan tak tau science (theoretical physics is the most difficult topic) dan dia juga alim dan warak (hafaz al-quran).
so start dari tu aku berazam to learn more about ibn taimmiya, attended discussion (usrah), baca buku2 yg secara naturalnya mmbawa aku kpd konsep wahabi/salafi. aku tak nak cerita panjang on konsep of wahabi kat sini (mungkin lain kali) tp secara ringkasnya wahabi cuba mengembalikan syiar islam dgn menghujahkan al-quran dan as-sunnah itu kekal sepjng zaman tetapi pemahamannya, di ulang, PEMAHAMANYA perlu dibuat mengikut zaman krn pemahaman perlu berdasarkan ilmu dan ilmu pula bertambah dari semasa ke semasa dan berdasarkan konteks.
Kemudian aku pun terdedah lah kepada penulisan2 Ziauddin Sardar, Muhammad Iqbal dll dan seterusnya mengikut dgn minat tulisan2 Dr Maza.
Pengalaman aku dgn sufism atau tasawuf, spt aku ckp tadi, juga bermula serentak. Waktu aku sampai di London, aku berkenalan dgn sepasang suami isteri staff UKM (ke UPM) yg both buat PhD kat Imperial dlm chemical engineering, Bro Saiful namanya dan dia selalu bercerita ttg tasawuf dan tariqah menyebabkan aku nak tahu lebih lanjut.
Sehinggalah satu hari, selepas bersembang beberapa kali ttg sufism, tasawuf dan tarikat, bro Art Fazil aka Rilek Brader (aku baik dgn dia dulu dan harap dia tak kesah aku petik nama dia ni hehe, boleh kan Art?) ajak aku join dhikir tarikat Naqshbandi kat satu masjid di North london. Dan sejak haritu, aku kerapla join session dhikir ni kat masjid2 dgn dia dan ada sampai ke Luton.
Aku berpeluang bersembang dan berbincang dgn kawan2 tarikat ni dan mula kenal dan membaca buku2 syeikh nazim, syeikh hisham kabbani (the former learned chemical engineering and the latter chemistry during undergrad ) dan of course my favorite scholar, MIT masters in physics and harvard's phd, Syeikh Hossein nasr. Bila balik msia, aku discovered that Dr Osman Bakar professor di UM adalah student PhD Hossein Nasr dan masternya dlm mathematics and algebraic group theory. So aku start la baca buku2 dia juga.
Sama jugak, aku tak nak cakap in detail ttg sufism/tasawuf ni (lain kali aku ckp) cuma yg menarik pada aku adalah konsep ihsan yg dipromotekan oleh oleh sufism ini. Apa yg aku faham, ihsan inilah yg akan menjadikan kita cemerlang, baik hati, kerja kuat2, belajar rajin2 sbb whilst rukun islam dan rukun iman adalah berkaitan affair kita dgn Allah, ihsan pula berkaitan dgn affair kita dalam kehidupan alam ini. utk jadi orang islam yg syumul, kita kena berpegang dan beramal dgn kuat ketiga2 ni, rukun islam, rukun iman dan ihsan.
Tu la pada aku, bila syed qutb cakap di negara bukan islam ada islam ttp tiada orang islam ttp di negara islam ada ramai org islam ttp tiada islam, dia merujuk kpd ketidakfahaman kita terhadap konsep ihsan ini. Sebab tiadanya ihsan la kita tak pandai, mundur, miskin dan bergaduh sana sini.
Dan berdasarkan pada pengalaman aku ni, aku dapati perbincangan, tak kesahlah wahabi ke atau sufism ke, semuanya highly intelectually. Dan nama2 yg aku sebut diatas, kesemuanya scholar islam masa kini yg berkongsikan satu characteristic yg sama, mereka habiskan dulu pengajian scientific mereka sebelum venture into the debate on islamic view and philosophy. aku senaraikan ok:
1. professor physics yg bg lecture tu
2. ziauddin sardar (undergrad in physics, master in IT both from City U london)
3. muhammad iqbal (undergrad cambridge, phd munich)
4. Dr maza (post doc oxford)
5. Syeikh nazim (chemical engineering)
6. Syeikh hisham kabbani (degree in chemistry then degree in islamic devine law)
7. syeikh hossein nasr (MIT master in pysics and Harvard phd in history of science)
8. Prof. Dr Osman bakar (bachelor in physics, master in mathematic both from bedford college and phd in philosophy from temple u)
so apa yg aku harap dr tulisan aku ni:
1. students aku belajar la rajin subject engineering dan juga agama
2. tapi belajar tu biarlah dgn hati yg terbuka, tidak berat sebelah dan considerlah pelbagai sumber dan belajarlah dalam2. subject engineering tu belajar mechanicsnya, mathematicsnya, jgn setakat nak exam utk dpt A aje. belajar betul2 sbb ikhlas nak faham supaya boleh jadi pandai nanti bole bangunkan agama, ummah dan negara.
3. habiskan lah dulu pembelajaran, kuatkan lah dulu kefahaman and until that is achieved, kurangkan lah dulu hukum menghukum, salah menyalah.
BELAJAR DAN TERUS BELAJAR!!!
Allah knows best
Monday, 18 March 2013
SUSTAINABLE KAH KITA?
Ramai orang sekarang ni cakap tentang sustainability i.e sustainable economy, sustainable technology. Tapi apa maksud sustainability sebenarnya? Ia adalah kadar kita inputkan 'energy' (or effort) ke dalam sesuatu sistem untuk pastikan kesinambungan dan enhancement (or deterioration for that matter) sistem tersebut. Lagi kurang energy untuk kita teruskan operasi sesuatu sistem ataupun just dengan energy yang sikit tapi kita boleh hasilkan improvement/enhancement yang banyak, lagi tinggi sifat sustainability sistem tersebut. Sebaliknya, jika just dengan sedikit energy tapi sistem kita deteriorate teruk, itu bermakna sistem kita tu mempunyai sifat sustainability yang rendah.
Ok dalam konteks ini aku nak tanya korang, economy malaysia sustainable ke tidak?
Pada pendapat aku, selagi economi Malaysia bukan knowledge-based, selagi itu lah econominya tak sustainable. This is because anything that is knowledge-based is what really sustainable nowadays as it requires the least of the physical costs (modal, energy, time). Zaman sekarang ni, orang berniaga intelectual property and product. Owner2 IP dan product ni lah yang berada di hiraki paling atas dalam economic chain and making the most profit (with less energy) tapi kita masih hiraki di bawah as assemblers/distributors and worst, end users. Not only we make lesser profit, but kita exposed to sabotage/uncertainty. Katakan Samsung, BMW stop kan operation assembly diorang dan move everything to China dan India on the reason cheaper labor, terlopong kita.
Rulenya, lagi banyak kita bergantung/terikat dengan orang lain lagi kurang sustainability kita. Dan kebergantungan ekonomi kita pada sumber asli seperti minyak dan gas lagi la representative of our lacking of sustainability sebab once habis mineral2 ni, kita takkan boleh reproduce balik.
So nak tak nak, untuk ada sustainable economy, kita mesti berniaga product2 ilmu/knowledge (innovation and invention) dan ini mewajibkan kita untuk belajar rajin2 dan kerja kuat2 bermula dari sekarang, tak boleh tangguh2 lagi. Kata lainnya, we must start producing our own technologies and sell them..sell them quick, we must.
Sebenarnya aku pernah tulis on innovation dan sustainability ni dalam mode yang lebih serius. Sila klik SINI kalau nak baca.
REPORTS ON SHORT COURSE AND MALAM CITRA INOVASI KPT
23-24th Februari haritu aku buat this 2-Days FREE Short Course on Nonlinear Finite Element Formulation with Matlab. Nak tengok tentative nya sila click sini. Alhamdullillah berdasarkan registration, lebih 200 orang yang datang meliputi pelajar undergrad, masters dan yang ramainya PhD from various fields dan faculties i.e. civil, electrical, mechanical, chemical, petroleum, math dan physics serta dari computer sains. Pensyarah pun ada yang hadir. Lebih istimewa, ada peserta luar yang hadir, dari UKM, UNISEL, UMP dan Politeknik Behrang. It was very motivating, at least for me. And the the responses were good and ramai yg expressing their gratitude as well as their eagerness to attend the PART 2: Two Dimensional. Aku did promise to held this PART 2 this month (March) but when I looked at the schedule, I'm afraid I got to postpone it until end of April, insya Allah. Picture below is a snap shot at the event.
Lepas tu on 5th March, aku ke Marriot Putrajaya sempena malam Citra Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi. Acara ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada penyelidik-penyelidik IPTA dan IPTS yang berjaya menghasilkan produk penyelidikan dan inovasi sehingga ke tahap komersil. Setiap universiti hanya 3 produk yang terpilih dan untuk UTM, software aku ERCAD adalah salah satu yang terpilih. Untuk tahu lebih lanjut tentang ERCAD dan juga IRCAD, sila klik sini, sini, dan sini.
Ooo yer, aku lupa nak bagi tau kat blog ni yang haritu ERCAD, IRCAD, PERAK-5A dan Scylla Operation masuk Buletin Utama TV3. Videonya kat bawah.
Monday, 18 February 2013
A FREE 2-DAYS SHORT COURSE ON NONLINEAR FINITE ELEMENT FORMULATIONS
Assalammualaikum and good day to all,
I am going to conduct a FREE 2-days short course on “Nonlinear Finite Element Formulation with MATLAB Source-coding (PART 1: One-dimensional)” next weekends (23rd -24th Feb/Saturday-Sunday) in UTM JB. The learning outcome (LO) and tentative program are given underneath.
Since this is FREE, I would like to invite all interested parties (i.e. undergrad final year students, postgrad students, young lecturers etc.) to participate in this short-course. Also, since this program will be the prerequisite to the PART 2: Two-dimensional which is to be held next month, insyaAllah, to focus on computational fluid dynamics (solution of Navier-Stoke’s equations), this series of short-courses should be of interest to parties from various fields (i.e. solid and structures, fluid mechanics and dynamics, soil mechanics, electromagnetic etc), so again, all are invited.
However, I need interested parties to response to these emails (ayasreen@utm.my or airilyasreen@yahoo.com ) by giving their name as soon as possible (before 12 midnight Wednesday 20th Feb) as I need to make a headcount for the booking of the venue. I will response to each of these emails on Friday eve (21st Feb) to inform about the actual venue as well to provide hands-out.
Learning Outcome:
At the end of this short-course, participants are expected to:
1. Get a grasp of the fundamental understanding of Finite Element Method (i.e. What is FEM?, When it is needed? Why it works? How it works? Who needs to know FEM? Why is it nonlinear? How to solve nonlinear problem?)
2. Be able to write simple linear and nonlinear FEM source-codes using MATLAB
I am going to conduct a FREE 2-days short course on “Nonlinear Finite Element Formulation with MATLAB Source-coding (PART 1: One-dimensional)” next weekends (23rd -24th Feb/Saturday-Sunday) in UTM JB. The learning outcome (LO) and tentative program are given underneath.
Since this is FREE, I would like to invite all interested parties (i.e. undergrad final year students, postgrad students, young lecturers etc.) to participate in this short-course. Also, since this program will be the prerequisite to the PART 2: Two-dimensional which is to be held next month, insyaAllah, to focus on computational fluid dynamics (solution of Navier-Stoke’s equations), this series of short-courses should be of interest to parties from various fields (i.e. solid and structures, fluid mechanics and dynamics, soil mechanics, electromagnetic etc), so again, all are invited.
However, I need interested parties to response to these emails (ayasreen@utm.my or airilyasreen@yahoo.com ) by giving their name as soon as possible (before 12 midnight Wednesday 20th Feb) as I need to make a headcount for the booking of the venue. I will response to each of these emails on Friday eve (21st Feb) to inform about the actual venue as well to provide hands-out.
Learning Outcome:
At the end of this short-course, participants are expected to:
1. Get a grasp of the fundamental understanding of Finite Element Method (i.e. What is FEM?, When it is needed? Why it works? How it works? Who needs to know FEM? Why is it nonlinear? How to solve nonlinear problem?)
2. Be able to write simple linear and nonlinear FEM source-codes using MATLAB
Tentative Program:
(Saturday/23rd February 2012) – Linear Formulation
9.00am – 9.30am : Derivation of 1-D Differential Equations, Availability of Analytical Solutions and the Need for Numerical Solutions
9.30am – 10.30am : Introduction to Finite Element Method and Galerkin Weighted Residual
10.30am-11.00 : Break
11.00am-12.30pm: Descritization of the Linear Differential Equation by Galerkin Method
12.30pm-2.00pm: Lunch
2.00pm-3.00pm: Assembly of matrices and the solution of the descritized equilibrium equations
3.00pm-5.00pm: Development of Linear FEM source-code using Matlab
(Sunday/24th February 2012) – Nonlinear formulation
9.00am – 9.30am : Descritization of the 1-D Nonlinear Differential Equation by Galerkin Method
9.30am – 10.30am : Numerical Integration
10.30am-11.00 : Break
11.00am-12.30pm: Assembly of matrices and the nonlinear solution by Piccard’s Method
12.30pm-2.00pm: Lunch
2.00pm-3.00pm: Derivation of tangent stiffness matrix and the Newton-Raphson method
3.00pm-5.00pm: Development of Nonlinear FEM source-code using Matlab
Thank you so much and hope to see you all next week. InsyaAllah, its going to be FUN!!
Wassalam.
Monday, 4 February 2013
RUNNING, GUITAR AND JEALOUSY
I always told my students that I was a jealous man. So I ran and hit the gym to keep myself fit and my body in shape. I played badminton and other sports. I learned to play guitar and wrote song. I learned hard to be among the smartest guys and worked hard to be successful and got myself a BMW. I started to be expressive and rhetorical so that I could have followers. I basically tried to do many things and worked to be relatively good at them. Then I asked my student why all these?
So that I jealous no more. So that Lynn wishes no more. So that we can live happily ever after, insyaAllah. Because what jeopardizes marriage the most is jealousy. Once a man feels inferior, what comes next is a relationship crisis.
I told them that no man can stand his women having glary eyes at another man playing a guitar and sing beautiful love song. Or being outside the badminton court and watch his wife and children cheering at his officemates in an inter-department tournament, at time he was not good enough to get selected into the team.
And I told them that they still have 5 more years (more or less) to go before their marriage, so start to prepare. Start running, take guitar lesson, take up sports, learn hard, work hard etc. They still have time.
And I finally told them "Consider yourself as have been warned"
Oh ya, one more note on running. Dulu waktu supervisor PhD aku, Prof David Nethercot, datang Malaysia, dia tanya aku "Do you still run?" Aku jawab "Yes, I still do". Dia replied "Good. That's a smart guys activity Most people I know run". Dan aku setuju sangat dengan dia sebab to be smart all you need to do is to persevere in your learning and running trains you to be just that; persevere against your greatest enemy, that is YOU. When you run, you stop not because you are tired (although yourself keep telling you so) but because you are done. When you run, you run against the YOU in you. Same goes to learning. In fact, it goes the same in whatever we do. So guys, let's start running and train ourselves to persevere.
And one last note (I am actually saving record of my FB status related to this matter), this time its on the relationship between exercising and brain strength; my own hyphotesis. Brain, like any other muscles, can be made stronger by exercizing. What kind of exercize? Read n think, read n think. If you do this, believe me, you'll be suprised at the exponential relationship between these activities and your brains' strength; lower rate at first but a sudden jump after a decent period. Try it but like in other exercizes, you must presevere to see the result.
And one last note (I am actually saving record of my FB status related to this matter), this time its on the relationship between exercising and brain strength; my own hyphotesis. Brain, like any other muscles, can be made stronger by exercizing. What kind of exercize? Read n think, read n think. If you do this, believe me, you'll be suprised at the exponential relationship between these activities and your brains' strength; lower rate at first but a sudden jump after a decent period. Try it but like in other exercizes, you must presevere to see the result.
Tuesday, 20 November 2012
BOIKOT McD: AKU TAK SETUJU
Aku terfikir kenapa aku nak tulis jugak pasal ni sedangkan
ini just another never ending polemic masyarakat mcm yang sudah2. Tapi aku
tahu jawapannya, ini sifat ke‘cikgu’an
aku, somehow I still want to ‘teach’ those yang mahu menerima pendapat aku.
Yang x nak menerima nak buat macamana kan?
Ok polemic apa ni? Ala, yg tentang nak boikot ke tak McD
sebagai protes serangan ke atas Gaza. Dan seperti yang sepatutnya dijangkakan
oleh para pembaca, aku tidak on the side of boycotting (tak setuju la tu); reasons
being as follows.
Sebelum kita decide nak boikot ke tidak, kita kena tahu yang
McD tu seperti KFC, Marry Brown, Tutti Fruti, adalah satu franchising. Ia
adalah satu sistem perniagaan dimana seorang owner kedai McD di Malaysia yang
kita panggil franchisee akan bayar licensing fee dan royalty kepada pemilik
sebenar perniagaan tersebut, dalam kes kita ni McD US, yang kita panggil
franchisor.
Dimana dilemmanya? Dilemmanya bermula bila kita kata McD US
which is the franchisor gives financial
support to Zionist, tak tau lah direct ke indirect tapi just let say, directly.
So, sebagai protes kita terhadap serangan Israel ke atas Gaza, kita pun boikot
McD US (the franchisor) dengan cara memboikot kedai2 McD di Malaysia (the
franchisee). So apa masalahnya, ok what?
Masalahnya, this will never work, McD US (the franchisor)
takkan ter’affected’ atau terkena pun, yang terkena cuma kedai2 McD di Malaysia
sahaja (the franchisee). Eh, kenapa pulak? Nak tahu, kita kena tahu dulu how
franchising works, seperti yang aku terangkan kat bawah.
Keuntungan McD US
(the franchisor) dah tetap sebenarnya melalui pembayaran berkala licensing fee
oleh kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), so laku ke tak laku ke burger,
ayam dan roti kat kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), licensing fee yg dah
tetap (x fluctuate) mesti jugak kena bayar maka keuntungan McD US (the
franchisor) tidak terjejas pun. Yes, mmg ada keuntungan tambahan dari sale
melalui royalty tapi ni ciput je bro (aku x tau exact value tapi selalunya
royalty ni 3% - 5% of revenue); sale boleh dikatakan semuanya revenue milik
kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), kalau banyak jual UNTUNG kalau tak
banyak RUGI silap2 bankrap.
Mungkin ada yang kata, x pelah, sedikit sebanyak mesti ada
effect jugak, boikot je. Hmm, persoalannya berbaloi ke buat macam tu? Tak ke
bodoh buat sesuatu yang tidak objective sebaliknya hanya berdasarkan sentiment?
Adil ke pulak kita pada kedai2 McD di Malaysia (the franchisee) kalau kita buat
macam tu? Ramai tau, pemillik2 McD di Malaysia adalah orang Melayu dan
bumiputra yang bayar zakat setiap tahun. Kalau korang nak tau franchising ni
adalah antara strategi perniagaan yang dipromote khas oleh kerajaan untuk
membantu bumiputera berniaga. SO kalau korang memboikot je membabi buta, tak
tahu hujung pangkal, tak tahu mencapai objective ke tidak, korang sebenarnya
jeopardize diri sendiri, saudara sendiri, negara sendiri, tau tak. Haa, kenapa pulak macam tu? Nak tahu, sila
baca penulisan seterusnya.
Ok, semua setujukan kalau aku kata berniaga lah sumber
rezeki yang paing menguntungkan dan sustainable. Rasullullah sendiri bersabda
“Sembilan per sepuluh rezeki datang dari perniagaan” (Hadith Riwayat Bukhari).
Tapi dalam perniagaan apa yang paling penting? Ada empat:
1) modal
2) Standard Operation Procedure (SOP) i.e. book keeping,
account bla2
3) Networking (utk supply, promotion, sale bla2)
4) Experience
Dalam keempat-empat di atas, yang mana agaknya ada pada
Melayu dan Bumiputra by default? Jawapannya, TAKDE.
Korang x pernah wonder ke kenapa banyak bisness2 besar kat
Malaysia sahabat2 Cina dan India kita yang run dan punya? Honda Yong Ming di
JB, Honda Tian Siang dan BMW Tian Siang di Ipoh dan yang paling famous Boon
Siew Honda (ni cuma sebut sedikit je dan focus pada import kereta je). Korang x
pernah wonder ke, macamana diorang ni boleh dapat ‘line’ bawak/import kereta
awal2 lagi? Ceritanya macam gini. Waktu awal2 dulu, awal 1900an industry kereta
Jepun, German datang Malaya usha2 line nak bawak masuk kereta, so diorang pun
cari la runner utk jadi dealer. Sapa agaknya yang offer diri? Sapa agaknya yang
ada modal? Sapa agaknya yang mmg dah ada budaya meniaga yang established,
SOPnya, experiencenya, networking. Forefathers sahabat2 Cina dan India kita
lah, nenek moyang kita ada apa waktu tu. Ok, kita bukan nak dengki dgn sahabat2
kita ke apa ke, tak pelah itu mmg dah rezeki diorang.
Tapi macamana agaknya nak menggalakkan dan membantu Melayu
dan Bumiputra ni menceburi dan seterusnya jadi major player diwaktu kita
handicapped teruk (takde memiliki satu pun dari empat ciri diatas)?. Caranya franchising la dan
inilah yang Mahathir perkenalkan lewat 80an dan awal 90an dulu. Bila
franchising, kita tak perlulah risau sangat lagi tentang SOP, networking dan
experience sebab bisnes2 ni mmg dah established dan franchisor akan bertindak
sebagai mentor, memberi khidmat nasihat dan pengawasan kepada bisnes tu dari
semasa ke semasa. Benda ni macam technology transfer jugak la.
So apa yang diperlukan cuma modal, yang mainly untuk bayar
Licensing Fee pada Franchisor tu. Tu yang banyak skim2 pinjaman khas yang
disediakan khas oleh kerajaan untuk industry frachais tempatan. Having all
these taken care of, theoretically, now the Bumiputras can kick start rather
‘immediately’ their own business. That was the strategy and that was the story
yang nampaknya ramai dari kita yang pung pang di FB tak tau. So, from this
perspective, boycotting any franchising is not really boycotting the franchisor
but jeopardizing local industry/business and national strategy instead.
So macamana, nak terus boikot ke tidak McD? Ikut suka
koranglah, tepuk dada tanya selera. Cuma, sebelum aku sign off, ada sikit lagi
yang aku nak cakap. Ramai juga yang championing the boycott mengguna persuasive
tactic dalam bentuk soalan lepas mati. Ramai yang cakap, kalau kita boycott McD,
nanti lepas mati bila ditanya apa usaha kita dalam membantu saudara kita di
Palestine, kita boleh jawab yang kita Boycott McD. Hmm, apa pulak nak jawab ek
kalau kita seterusnya disoal, kenapa pulak kita nak menganiaya owner2 McD
Muslim yang membayar zakat setiap tahun, yang tak terlibat pun dengan apa2
urusan McD (the franchisor)? Kalau ditanya macam tu la. Wallahualam.
Dan last sekali (betul, kali ni mmg last punya), mungkin
akan ada yang kata, “ala, apa la tulis2 panjang, tak habis2 lagi ke hal McD ni?”.
Hmm, McD ni pada aku symbolic je, permasalahan yang sebenar yang menyebabkan
aku sanggup tulis panjang2 ni ialah kerisauan aku pada sikap masyarakat kita yang
terus berfikiran dan bersikap simplistic. Kita gagal hendak menerima hakikat
yang hidup ini tidak se’simple’ yang kita rasa, kita gagal untuk memahami yang
interaksi kita antara manusia dan manusia, society dan society, negara dan negara
adalah satu sistem yang sangat kompleks yang pengurusannya memerlukan kita
memandang sesuatu perkara dari perspective bird eyes view. Pemikiran yang simplistic
sebeginilah menyebabkan masyarakat kita amat sukar untuk mencari titik
persetujuan dan berterus-terusan berbalah sesama sendiri. Ini yang perlu kita
selesaikan terlebih dulu. Dan inilah juga reason kenapa aku terus menulis on
topics yang mungkin pada pandangan ramai adalah trivial dan tak penting.
*Note: Aku sokong perjuangan Palestine dan aku benci Zionist
tapi pada aku, cara yang paling sesuai untuk aku menyumbang dan berjihad adalah
dengan mengajar bersungguh2 dan research bersungguh2 supaya masyarakat dan
negara aku nanti akan cukup maju dan kuat untuk melindungi dan memperjuangkan
hak2 Palestine. Honestly, I am a true
believer of “there is always a smart way in anything” but never, never I
believe in short-cut.
Tuesday, 6 November 2012
MUSLIM TIDAK MERDEKA, DITINDAS, DIBULI: KENAPA?
As an ummah; be it as
society, nation or country, kita tidak merdeka lalu ditindas dn dibuli. Kenapa?
Sebab kita terus bergantung dgn teknologi org lain. Don't tell me the bullshit that
this is not the case. Smartphone sapa, tv sapa, aircond sapa, internet sapa yg
korang berabis duit gaji dn ptptn utk beli? Ini la org cakap neo-capitalism,
post colonization yg dirangkum bawah nama globalization yg istilah2 ni korang x
pernah tau pun sbb korang membaca pun malas, poyo je lebih heng sana heng sini.
If and only if, kita produce our own technology, baru kita bole betul2 merdeka dan bermaruah. Tapi susah sgt ke nak produce teknologi sendiri? Tak! langsung tak! Kalau semua orang islam belajar betul2, dapat kan knowledge yang sebenar, for sure boleh sbb takde geological material (semua benda dtg dr tanah ok, besi, nano fiber, even uranium) yg kita takde kt tempat kita. Yg kita perlu cuma ilmu untuk 'sambung2 benda2 ni jd smartphone'. Itu je. Bila dh x perlu nk beli brg org, bila dah tak perlu nk merayu 'harga murah' dgn orang lain, baru la kita merdeka dan bermaruah as an ummah.
Persoalannya, boleh x kita belajar? Kalo x boleh kenapa, terencat akal sgt ke kita? Kalau betul mcm tu buat malu islam saje.
Lagi satu pls la jgn mystical sgt. Jgn la asyik kata kita ditindas dn dibuli sbb ini adalah bala Allah atas kita dn semua ini boleh disettlekn dgn sembahyang, berdoa dn tutup aurat saja, dgr cakap ustaz dn pergi ceramah agama dh cukup. Tak sedar2 lagi ke kita dgn firman Allah on 1) Allah akan ubah nasib kalau kita usaha 2) tak sama kedudukan org yg berilmu dn x berilmu. Dan juga hadis Nabi on iman, islam dan ihsan, ketiga2 virtues yg wajib ada pada seorang muslim. Masalahnya, majoriti kita ada islam dan iman aje, ihsan takde.
Belajar dn kerja la rajin2 x yah nak sibuk2 tukar kerajaan ke, nak berperang ke. Kalau x nak jugak, duk diam2, jgn jadi hipokrit dan munafik.
If and only if, kita produce our own technology, baru kita bole betul2 merdeka dan bermaruah. Tapi susah sgt ke nak produce teknologi sendiri? Tak! langsung tak! Kalau semua orang islam belajar betul2, dapat kan knowledge yang sebenar, for sure boleh sbb takde geological material (semua benda dtg dr tanah ok, besi, nano fiber, even uranium) yg kita takde kt tempat kita. Yg kita perlu cuma ilmu untuk 'sambung2 benda2 ni jd smartphone'. Itu je. Bila dh x perlu nk beli brg org, bila dah tak perlu nk merayu 'harga murah' dgn orang lain, baru la kita merdeka dan bermaruah as an ummah.
Persoalannya, boleh x kita belajar? Kalo x boleh kenapa, terencat akal sgt ke kita? Kalau betul mcm tu buat malu islam saje.
Lagi satu pls la jgn mystical sgt. Jgn la asyik kata kita ditindas dn dibuli sbb ini adalah bala Allah atas kita dn semua ini boleh disettlekn dgn sembahyang, berdoa dn tutup aurat saja, dgr cakap ustaz dn pergi ceramah agama dh cukup. Tak sedar2 lagi ke kita dgn firman Allah on 1) Allah akan ubah nasib kalau kita usaha 2) tak sama kedudukan org yg berilmu dn x berilmu. Dan juga hadis Nabi on iman, islam dan ihsan, ketiga2 virtues yg wajib ada pada seorang muslim. Masalahnya, majoriti kita ada islam dan iman aje, ihsan takde.
Belajar dn kerja la rajin2 x yah nak sibuk2 tukar kerajaan ke, nak berperang ke. Kalau x nak jugak, duk diam2, jgn jadi hipokrit dan munafik.
Subscribe to:
Posts (Atom)









