SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS)
SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS) - click la kalau nak dengar...
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Monday, 8 June 2015
WAWASAN 2020: LAGI 5 TAHUN, SEMPAT KE?
Hari ni adalah hari yg sgt penting utk negara kita. PM akan bentang budget terakhir sbelum 2020 iaitu RMK11. This is the last budget and the next 5 years are the last years sebelum apa yg dimomokkan kpd kita sejak kecik (aku form 2 umur 14) iaitu kita akan menjadi negara maju akan jadi kenyataan atau tidak.
Dan sedar tak sedar dah RMK11 dah. RMK yg aku ingat dalam keadaan "sedar" adalah RMK7 sbb Prof Karim atau Prof Mahmood bayar elaun aku waktu di STC as RA in 1999 guna baki grant dari budget ini.
So lagi 5 tahun nak 2020 dan persoalannya, dgn keadaan sekarang, boleh tak rasanya WAWASAN 2020 dicapai?
Maaf tapi tulisan aku kali ni mungkin bunyi pessimistic sikit. Sebab selepas duduk di UK 3 thn lebih dan dari pembacaan dan pengamatan aku, definisi negara maju lebih merujuk kpd tatacara kehidupan rakyat negara itu. Negara maju pada definisi aku adalah apabila:
1. Rakyatnya kurang bertelingkah dan cepat bersetuju lalu progress dan perancangan senang di capai.
- Bandingkan negara2 maju dgn kita, kerap tak kita dengar diorang bergaduh sesama sendiri macam kita? Kita sesama Islam bergaduh, sesama kaum bergaduh, antara parti bergaduh, sesama parti pun bergaduh. Bila asyik bergaduh, tiada kesatuan dan ketumbukan untuk buat kerja.
2. Rakyatnya bijak.
- Aku rasa rakyat kita belum lagi mencapai kebijakan rakyat negara maju. Graduannya belum lagi, pensyarahnya belum lagi, industrinya belum lagi dan ini terserlah apabila masih tiada lagi teknologi2 yg betul2 kita hasilkan dan pasarkan di seluruh dunia sedangkan untuk negara maju inilah trademarknya. Korea dgn Samsungnya, Jepun dgn Toyotanya, German dgn BMWnya, US dgn Levisnya, Miscrosoftnya, dll lah. Itu belum cakap lagi ranking universiti di waktu Spore dah berada di top 10. Pemimpin kita belum sepandai pemimpin negara maju, team sukan kita pun belum hatta artis dan hiburan kita pun belum. Bandingkan je lah Gag Concert Kpop dgn Maharaja Lawak dan Kpop idol dgn Akademi Fantasia.
3. Rakyatnya hidup dalam quality kehidupan yang tinggi pada kos kehidupan yang murah.
- Secara relatifnya, kehidupan kita susah. Handphone yg kita beli sama dgn harga sebulan gaji. Di UK minimum gaji waktu aku di sana GBP1k sebulan tapi Mercedes C200 yg baru GBP18k dan hp yg habis canggih baru GBP100. Tapi ini puncanya berbalik kpd point 1,2 iaitu kita tak cukup pandai utk hasilkan teknologi menyebabkan kita kena beli teknologi dari orang lain. Bila kena "beli" lagi mahal la. Tapi kenapa tak pandai? Sebabnya rakyat kita bergaduh aja dan susah bersetuju. Susah nak bersetuju dgn silibus dan kaedah pendidikan, susah bersetuju dgn perlaksanaan dasar2 negara dll. Takda progress, takda pencapaian, takda kecemerlangan.
4. Rakyatnya berdisiplin dan polite.
- Di UK, rakyatnya pembersih dan percakapan dan tingkah laku mereka penuh dgn politeness. Mereka amat menepati masa, lambat sikit cancel appointment untuk tidak ganggu appointment dgn orang yg seterusnya. Mereka berhemah di jalan raya dan sgt kurang kemalangan. Tapi kita sangat berbeza. Kita senang2 buang sampah tepi jalan. Kita selalu lambat dalam berjanji temu dan bila dah lambat itu yg bawak kereta laju2 dan merbahaya. Kita jarang bertegur sapa orang yang kita tak kenal.
5. Rakyatnya bersungguh2 (beriltizam) dalam melakukan sesuatu.
- Perasan tak banyak aktiviti2 "pelik" dan "power" hanya berlaku di negara2 maju? Moutain bike contohnya, diorang boleh buat big drop dan lompat segala bukit pusing2 semua. Boleh terbang pakai glider dan terjun bungee, jalan atas tali dari gunung ke gunung dan lain2. Benda ni walaupun nampak mcm tak berfaedah tapi itu represent sifat masyarakat mereka yang kalau dah minat satu benda, mereka akan bersungguh untuk jadi terbaik dan berfikir macamana nak majukan dan hebatkan lagi pencapaian mereka. Jadi kita boleh bayangkan la juga sifat ini didalam professsor mereka, pemain bola mereka, pemain gitar mereka, ahli saintis mereka, ahli perniagaan mereka dll. Kejayaan hanya datang dgn kesungguhan kerana Allah akan bagi kejayaan pada mereka yg bersungguh.
So banyaklah lagi yg boleh aku cakap tentang ciri2 rakyat negara maju hence definisi negara maju tapi cukuplah yang ini sebab aku rasa korang got the point already.
Jadi berbalik semula kpd persoalan kita, boleh tak kita capai ini semua dalam masa 5 tahun lagi kerana ia melibatkan perubahan sifat, pandangan, carahidup, norma masyarakat kita.
Ingat tak lagi 2010? Berbeza tak keadaan msykt kita sekarang dgn waktu itu?
Ingat tak lagi 2000? Berbeza tak masyarakat kita skrg dgn waktu itu?
1995? 1991?
Kalau tidak ketara perubahan msyrkt kita waktu15 thn dulu dan 20 tahun dalam aspek2 yg aku senaraikan diatas, apakah kemungkinan perubahan akan berlaku dalam hanya 5 tahun?
So macamana? Entah lah. Tapi yg aku tau something is always better than nothing. Masyarakt mungkin tak boleh berubah dalam 5 tahun tapi kita boleh. So pastikan kita berubah jadi masyarakat maju dgn cuba develop sifat2 yg tersenarai di atas. Dan bawa juga mereka yg dekat dgn kita berubah bersama2, kita mesti cuba tunjuk contoh yg baik dan cuba menpengaruhi adik beradik, kawan2, students2 agar mereka bersama2 dgn kita.
Yang lain kita serahkan lah pada Allah.
wallauhualam
QUANTUM COMPUTING DAN KITA
Ada student tanya tentang teknologi quantum computing. Teman takde ler terer sbb tak pernah lagi work dgn quantum mechanics. Tapi dah ditanya, teman explain le based on apa yg teman dah baca and lecture2 yg teman attended waktu kat Imperial dulu.
Quantum computing adalah teknologi yg exploit quantum mechanics. Quantum mechanics pula adalah teori iaitu sebenarnya event/kejadian sebenar boleh berlaku serentak. Contohnya, sebelum "being measured", kita ni sebenarnya berada kat sini dan kat sana serentak.
Dalam quantum mechanics, ini dinamakan quantum state. Utk satu particle, boleh ada lapan quantum state iaitu up,down dan enam lagi yang teman tak ingat.
Dalam konteks ini, quantum computing exploit binary state komputer iaitu 1,0. Dan kita tahu information dalam komputer adalah kombinasi binary number ni. Contohnya, 01000001 merujuk alphabet A dan 01000010 merujuk B. Jadi teknologi sekarang akan "running"kan secara turutan binary ni untuk membentuk maksud dalam komputer. Kalau tak turutan pun, iaitu secara parallel hence parallel computing, walaupun "serentak" tapi masih diruang yang lain.
Tapi quantum computing tak macam tu, ia jauhx10 lebih advanced. Quantum quantum operate serentak possibility untuk 0,1 iaitu pada "saat" yg sama dan "ruang" yang sama. Ingat aku cakap tadi tentang dalam quantum world, kita ni sendiri boleh berada (wujud) di banyak tempat pada waktu yg sama?.
Kelebihan ini iaitu kelebihan membuat banyak operasi serentak menyebabkan quantum computing adalah teknologi manusia yang tehebat yg akan dihasilkan. Contohnya, quantum computing boleh buat proses dalam masa beberapa saat saja untuk sesuatu yang computer sekarang perlukan berjuta tahun untuk selesaikan.
Dengan kiraan yg "laju" ini kita boleh boleh kenderaan terlaju, senjata terkuat, predict ekonomi dan saham dan lain2. Kita boleh pecah kod2 rahsia dan password2 bank, bayangkan.
Negara mana dan sesiapa yang dapat hasilkan teknologi ini dulu, dia akan control seluruh dunia. Pasal tu scientist seluruh dunia termasuk Google, Microsoft dan giant2 computer yang lain tengah berlumba2 berfikir, buat kajian dan research tentang perkara ini.
Kita macamana? Pada pendapat aku, dalam keadaan kita skrg, sgt susah untuk kita bersama2 dalam hal ini kerana masyarakat kita sangat lemah dalam matematik, fizik, mekanik dan engineering fundamental.
So habis lah kita? Tak, cuma apa yg perlu adalah kesedaran masyarakat kita ttg betapa perlunya kita lihat balik cara kita belajar, silibus kita dan persepektif kita.
Untuk dapatkan balik semula asas2 yg perlu tak susah. Pensyarah2 baca balik buku2 teks tapi betul2 punya baca, insyaAllah dua tahun boleh khatam.
Dan kalau betul2 kita adjust balik silibus kita, satu kohort undergrad kita (kohort bermaksud satu batch degree) akan capai level kohort Cambridge, Oxford, Imperial, MIT, Caltech dan mereka2 yg tengah study ttg quantum computing ni.
Dan bila undergrad kita dama level dgn undrgrad Cambridge, dan pensyarah2 kita sama dgn Cambridge (kan aku cakap 2 thn pun dh cukup utk khatam), bila mereka ini buat research PhD, insyaAllah akan ada peluang dan kemungkinan utk kita juga menguasai bidang quantum computing ini dan bidang2 advanced yg lain.
Sempat lagi sebab utk quantum computing ini untuk establish mungkin dalam 5-10 tahun lagi.
Tapi ye lah, aku tak mampu buat banyak sgt sebab aku bukan Perdana Menteri. Kalau aku PM mmg aku akan oversee sendiri transformasi universiti2 kita. aku akan paksa uni kita ikut silibus IC, Cambridge and alike. aku akan "paksa" pensyarah2 khatam buku2 teks diorang.
So since aku bukan Perdana Menteri, aku buatlah apa yg dibawah jangkauan dan capaian aku. Aku cuba terapkan apa yg aku "percaya" ini pada student2 aku dan aku ajak2 kawan pensyarah yg dekat dan bersetuju dgn aku untuk bersama2 berusaha as a group.
Selebihnya, aku serahkan pada Allah apa nak jadi.
Monday, 11 May 2015
UTP WILL BE LIKE MIT IN 5 YEARS
A friend who read my FB status about UTP will be like MIT in 5 years time asked, what is the plan, what is the mechanism that going to make this possible?
I answered by telling that it is the dynamic environment at UTP that going to make it possible.
You see, people at UTP are small in numbers thus it is easier to build the momentum and the momentum is there already.
Based on my observation, people in UTP are trained to work towards a common goal and it has been emphasized that along the away, continuos knowledge acquirement is one of the important keys to success.
Thus, wanting to learn more has been in the DNA of UTP and walla! this what we need.
So here is the plan. Me and my colleagues will make REVISION amongst ourselves on the fundamental topics i.e. engineering mathematics, mechanics and dynamics, finite element method and some computer programming. This all we need because other research knowledge and experience we got already.
With full commitment (not full time though, we will find times for this full commitment), we can cover these topics in two years. Meaning, after two years we will be equipped with the knowledge possesed by the supervisors at MIT.
The next three years is when we are going to put the knoweldge into action through research supervision and by the end of fifth year we can expect research output of MIT level.
So this is the plan. It is possible/feasible because of the dynamic environment at UTP that emphasizes on:
1. Working towards a common goal
2. The importance of continuous learning
On top, we are small in numbers, JUST LIKE MIT.
*for the time being, UTP referred herein specifically means Civil and Environmental Dept. of UTP.
WOKE TO A BEAUTIFUL MORNING
(Note: This article was written on 1st may, Labour day in FB)
I woke up to a happy morning all because of yesterday's events.
1. The department, during our meeting, has agreed to the proposal which Dr Ibrisam Akbar and I have prepared regarding the establishment of syllabus benchmarking committee. The department has also agreed that the benchmark will be made against Imperial College syllabus.
2. A senior staff has requested me to hold a workshop on Finite Element Method specially for the academic staff to which I immediately agreed.InsyaAllah we are going to have this end of May.
I am so happy because these only reinforced the fact that I have truely made a right and timely decision to be in UTP. To be in a progressive group where everybody wants to move forward as a team and at the same time knows what it takes and the quality to be aimed, is all I need, is where I want to be.
I told a colleague that our UTP will be like MIT in 5 years time. When asked how do I know? I answered, I know because I am going to work for it, we are going to work for it.
And the third event that made me a happy man today is when I was contacted by my very capable ex-student late last night, a very2 capable one indeed. She is so capable I was sad letting her go before (she was planning to study overseas). But now, she wants to be with me in UTP for her postgrad study.
I woke up to a happy morning today because things are falling into places and the dots are connecting, alhamdullillah.
Thursday, 23 April 2015
KERJA PENSYARAH IS THE BEST
Pensyarah bukanlah pekerja in a strict sense tapi someone who does exciting and important works and enjoying it.
We do have routine job, that is teaching classes, but we basically should and can do whatever we want.
If a pensyarah decides to build a rocket, he or she should and can start doing it immediately today and after few years, he or she will achieve it to certain extent (if not really building it fully).
If he or she decides to study the universe, in few years he or she might have a glance at the expansion of the universe and its creation from singularity.
This is the essence of being a pensyarah. Those not feeling and living it, then they are not pensyarah in a strict sense; they are merely workers. They are missing the best part of it.
So to all pensyarah, THINK AND DO EXCITING BUT IMPORTANT THINGS EVERYDAY because that is what we are supposed to be; because that is the best part of being one.
BE THE TEACHER YOU MISSED
If you dont understand your maths and physics, if you don't love them, if you find them difficult, that means science has been presented to you "WRONGLY".
And whose fault is that? This time its your "teachers'" fault; teachers as in school and university teachers to include your elders and your society. But should you blame them?
NO, there is no point in doing so.
JUST be the teacher you have missed by learning by yourself, all over again, your maths and physics, hence science, so that when the time comes for you to present science to your young ones, you will present it CORRECTLY.
You are the one who is going to make science easy to comprehend, loveable and useful, as it supposed to be.
NEGARA KAYA BARU KITA HIDUP SENANG!!
Tadi aku cakap dalam kelas, kita cuma akan hidup senang kalau negara kita kaya TAPI negara kita cuma akan kaya bila kita, the people, mula "jual barang" ke luar negara dan bawak masuk duit orang negara luar ke dalam negara kita. Ini basic equilibrium.
Aku bagi analogi. Katalah diorang (student2 aku) bukak company construction dan develop housing kat Perak. Yes diorang boleh kaya bila jual rumah2 tu tapi dari perspektif negara, negara masih tak kaya sebab diorang cuma ambil duit orang Perak bila jual rumah tu pada orang Perak; diorang cuma ambil duit rakyat Malaysia basically. Yes, they gain some but others are losing some.
In fact, negara makin miskin sebab waktu diorang construct housing tu, duit mengalir ke luar negara bila diorang beli crane dari German, excavator dari USA dan seterusnya.
So aku stress out pentingnya ilmu. Dengan berilmu sajalah baru kita boleh buat sendiri benda yang bagus sehingga orang luar negara sanggup beli dan bila ini berlaku, barulah duit negara kita bertambah dan kita dapat hidup senang.
Tapi kenapa sekarang kita masih survive sedangkan kita tak "jual" pun barang ke luar negara?
1. Yes survived tapi tak la senang. Kalau senang takda lah orang kita keluh kesah sana sini.
2. Kita survived sebab we are lucky Allah anugerahkan minyak pada negara kita. Tapi untuk survive boleh lah, untuk sustain tak boleh. Sustainable economy cuma bila kita tak bergantung kepada benda yang kita tak boleh control.
3. Lagipun what kind of people are we kalau kita tak makan rezeki yang kita buat dengan tangan sendiri? Aku cerita kat diorang tentang Nabi Sulaiman yang kaya sesangat tapi cuma makan rezeki dari jualan bakul yang dia anyam sendiri.
Aku harap diorang faham.
PERSEVERE
In last class I told the students that, to succeed we must persevere in everything we do. Perseverance, on the other hand, requires motivation, inspiration and expectation, for these three will keep us going.
1. MOTIVATION - To be motivated, we must have reasons to the things we do. Find them. (e.g in the name of God, for people, for money, for fame, for good deeds etc)
2. INSPIRATION - Know our heroes so as to get us inspired. Read autobiography (or biography) of them and watch movies about them (if any). Be their wannabe. This will keep us vibrant.
3. EXPECTATION - Know what to expect. Running too fast will only break us halfway (quit our last mile, orang puteh kata) but too slow, we will never catch up.
Remember, persevere is the ONLY keyword for success.
HOW AND WHY
Dalam kelas structural analysis pagi tadi aku bagitau kat students, kalau kita just tahu HOW, itu maknanya pandai kita takat boleh2 aje sebab pandai yg sebenar is bila kita tahu sampai WHY.
Contohnya, dalam moment distribution method, kita ni tak la cukup pandai kalau setakat tahu HOW nak buat prosedurnya je i.e. dapatkan fixed end moment, stiffness factor, carry over factor bla bla la.
Kalau betul pandai, kita tahu WHY the whole prosedur work, WHY carry over factor tu 0.5 utk certain condition, WHY stiffness factor tu 4EI/L bla bla bla.
Jadi start hari ni, kalau nak tahu kita dah cukup pandai ke tidak, utk setiap topik, sub-topik, sub-sub-topic, kita mesti dgn ikhlas tanya diri sendiri, aku ni cuma tahu HOW je ke atau tahu WHY nye sekali? Dan kalau betul nak pandai, kena usaha sungguh2 sampai boleh dapat jawap WHY.
Tapi ini bukan untuk student2 je, in fact kpd pensyarah lebih penting. Cuba assess dgn ikhlas diri kita, untuk setiap topic dan subject yg kita ajar, setiap calculation dan procedure yg kita ajarkan pada students, ADAKAH kita juga hanya tahu HOW ataupun sampai tahu WHY?
Kalau kita pensyarah masih hanya tahu HOW dan tak tahu WHY, itu maknanya kita masih bukan cikgu yang bagus. Itu maknanya, KITA KENA TERUS BACA BUKU DAN BELAJAR.
Cer check diri kite dgn ikhlas.
*teman alhamdullillah byk juga WHY yang teman tahu tapi masih banyak yang teman tak tahu. Pasei itu teman hari2 baca buku smile emoticon
7 YEARS YG BERBALOI-BIOGRAFI RINGKAS X-STUDENT2 AKU
Alhamdullillah ada good news to share. Pagi ni dapat message dari x-research student Firdaus Abdol maklumkan dia dah dapat scholarship UITM (skim tenaga pengajar) untuk sambung PhD dan sekarang tengah arrange ke Imperial College.
Bila I look back, aku rasa alhamdullillah memang berbaloi hidup. Almost semua students yang work dengan aku end up (dan akan end up) dengan PhD dan jadi pensyarah dan BESTnya semua mengajar dan work on Finite Element dan engineering mechanics. My dream of building Malaysia Intellectual Empire and me becoming the Caesar semakin menjadi kenyataan, chewahhh. Biografi ringkas x-students dan current students aku sekarang as below:
A. DAH ADA PHD DAN SEKARANG PENSYARAH
1. Dr Razin – Dr Razin aku consider x-student terawal aku. Dia attended kelas steel design aku sebelum aku buat PhD. Dia akhirnya graduated with PhD from Imperial College dan sekarang ambik tempat aku teaching Finite Element di UTM.
2. Dr Ridza – Dr Ridza attended kelas master Advanced Structural Analysis aku then buat Dissertation master dengan aku on finite element formulation. Dr Ridza graduated with PhD from Oxford university in fluid mechanics and now teaching in UTM.
3. Dr Dzulkarnain Ahmad – Dr Dzul was a friend of mine waktu aku buat degree and master di UTM. Bila aku balik dari Imperial, Dr Dzul buat PhD di UTM bawah aku punya supervision untuk tajuk finite element and meshfree method. Now Dr Dzul is teaching in UNISEL.
4. Dr Murni Rusli – Dr Murni Rusli sekarang adalah pensyarah matematik di UNIMAP. Aku supervised PhD thesisnya walaupun dia adalah student dept, mathematic UTM waktu tu. Tajuk yang kitorang buat adalah finite difference method untuk blood flow.
5. Dr Hairil – Dr Hairil dulu buat master by research dengan aku di STC, UTM tajuk finite element. Dia kemudian ke Busan Korea dan dapat PhD dari Pusan University. Sekarang Dr Hairil mengajar di UMT
6. Dr Yazmel - Dr Yazmel skrg pensyarah di UKM. Dia attended kelas master Advanced structural Analysis aku sezaman dengan Dr Ridza. He obtained his PhD from UKM.
B. PENSYARAH DAN SEDANG (ATAU AKAN) BUAT PHD
7. Erwan – Erwan dulu buat master di UTM dengan aku tajuk finite element untuk blood flow. Sekarang dia tengah buat PhD di Imperial College tajuk fluid dynamic. Erwan adalah pensyarah di UTM
8. Aizat – Aizat pun sekarang di Imperial College tengah buat PhD on finite element for structural dynamics. Aizat attended kelas Structural Dynamic aku waktu buat master di UTM. Aizat adalah pensyarah UMP.
9. Liza – Liza adalah pensyarah matematik di UMK. Dia buat PhD sekarang di UTM bawah my supervision untuk tajuk finite element formulation untuk fluid structure interaction.
10. Mokhtazul- Mokhtazul sekarang mengajar di UNISEL dan tengah buat PhD dengan aku untuk tajuk finite element formulation in wind-structure-interaction
11. Nurhidayah Rasin – Hidayah dulu buat master dengan aku tajuk finite element dan meshfree for plate analysis. Sekarang dia mengajar finite element di Linton. Bila follow FB dia aku perasan yang dia tengah arrange untuk sambung PhD.
12. Wan Firdaus – Wan dulu attended kelas Teory of Structure aku then kelas Finite Element. DIa dah dapat tawaran scholarship UITM as tenaga pengajar dan sekarang tengah arrange untuk sambung PhD.
13. Firdaus Abdol – this FB post is about her initially. As mentioned, macam Wan, dia dah dapat tawaran biasiswa tenaga pengajar UITM dan tengah arrange PhD di Imperial College.
C. PLAN JADI PENSYARAH DAN TENGAH (ATAU AKAN BUAT) PHD
14. Akhbar – Akhbar buat master dengan aku dan sekarang tengah buat PhD dengan aku on finite element modelling of FSI. Akhbar memang plan jadi pensyarah di UTP to be an expert in Finite Element and Computer programming.
15. Zhafri – Zhafri pun macam akhbar sedang buat PhD dengan aku dan of course plan nak jadi pensyarah dan finite element dan computer programming expert
16. Muhammad Nor – Muhammad Nor buat master dengan aku tajuk finite element dan meshfree untuk plate dan sekarang tengah apply untuk jadi pensyarah dan plan untuk sambung PhD ke Imperial atau Oxford.
17. Aik Ying Tang – Tang student PhD di Math Dept UTM under my supervision dan currently kitorang tengah work on blood flow with stenosis, of course in regards to finite element.
18. Tan Phay Hoon – Tan attended kelas finite element aku dan sekarang di bawah program UTM-CIAM dan OCIAM tengah tunggu interview untuk sambuang master/phd di Oxford
19. Saynie Lim – Saynie sama dengan Tan attended kelas finite element aku dan sekarang tengah habiskan master yang project nya aku bersama Dr Razin dan Dr Ridza tengh supervise on new numerical technique called IsoGeometric. Saynie dah expressed interest untuk apply scholarship (like tutorship scheme) UTP untuk sambung PhD dengan aku dan Dr Ibrisam.
So at least ada 19 pensyarah (ada ramai lagi yang aku segan nak claim ada influence on) di Malaysia yang aku yakin mempunyai pandangan dan fahaman yang sama dengan aku tentang ilmu, tentang cara pengajaran dan pembelajaran dan tentang piawai keintelektualan. Diorang tahu dan faham dan setuju pada apa yang aku definisikan sebagai bijak dan yang tidak. Walaupun diorang akan mempunyai cara masing2 tapi aku yakin standard yang aku dah mold dan set kan akan diorang uphold, kalau tak pada level yang sama, diorang akan tinggi lagi. And all these basically achieved in 7 years after I got back from Imperial, 7 years di UTM yang berbaloi. And now I have a new mission that is, to manifold (multiple) whatever I achieved in UTM here in UTP; I want to double, triple, quad (if it’s a word) my effort here in UTP (those above at where they are operating) for the sake of MALAYSIA and the establishment of the nation intellectual empire (non-precedent). And I believe ME and all the name above will keep being together and working towards what we have agreed upon for so long…the best results will come when everybody do the best for themselves and for the group.
Subscribe to:
Posts (Atom)









