Saturday 19 July 2014

PENSYARAH: KERJAYA YANG SANGAT DINAMIK



Aku tak pernah putus dengan research students, sentiasa ada. For the past 7 years, 2 PhD dan 15 Masters (12 research and 3 taught course) dah graduated, dengan aku as supervisornya.

SEKARANG, aku ada 5 PhD students (Liza, Akhbar, Ijad, Jeff dan Tang). Fyi, Akhbar dan Jeff students Masters aku yg dulu.

Having PhD students and research only means, EVERYDAY IS A NEW DAY. Setiap hari sentiasa ada paper dan buku yg nak dibaca, perkara yang nak dibincang dan difikirkan dan ada progress yang nak di capai.

Tambah pulak, ramai student2 aku yg awal dah jadi pensyarah, Dr Dzul (PhD, UTM), Dr Razin (PhD Imperial) and Dr Ridza (PhD Oxford), Dr Salasawati (PhD, UTM) so mestilah aku nak keep working dengan diorang yang muda ni yang memang tengah energetic nak start research which only means, I MUST KEEP INTELLECTUALLY FIT myself utk aku buat networking dgn diorang, else, MALU lah aku.

Selain itu, Hairil is coming back with PhD from Busan. Erwan is one year already in Imperial. Aizat is going to Imperial this Sept. And I am arranging, through UTM-CIAM, the sending of Tan and Firdaus to Oxford for their MPhil-PhD.

And today, I just received a notification to become the referee for Muhd Nor who is also applying to Imperial for PhD.

Oh yer, we all work in Computational Mechanics.

So diwaktu aku sedang menyaksikan pembinaan sebuah EMPAYAR INTELEKTUAL MALAYSIA yang akan MATURE insyaAllah, dalam 4,5 tahun lagi (bila semua nama diatas dapat PhD dan work together by networking), takkan lah aku nak peluk tubuh aja.

NO, I MUST KEEP BEING DYNAMIC.

So, ni la sebabnya aku cakap;

Pensyarah adalah kerjaya yang sangat dinamik.

*Tujuan aku tulis ni:

1. supaya nama di atas dan student2 aku yang lain tahu expectation nya being a university teacher. Lets work together towards the "EMPAYAR".

2. pensyarah2 muda yang, JIKA, sekarang ni agak kurang Dynamic supaya "tersedar" dan menjadi lebih dynamik.

JAHIL BILA MERASAKAN SAINS ITU KUFUR



Dalam talk aku di Khizanat, Ipoh 6 June lepas, aku bincangkan tentang kejahilan orang kita tentang sains. Antaranya apabila merasakan sains itu kufur (bertentangan dengan agama).

Antara sebab tuduhan ini adalah apabila kita kata SAINS (BARAT) konsepnya bermula dengan keraguan; semuanya nak diragukan (doubt everything). Kemudian, kita katakan juga yang sains hanya menerima perkara yang telah dibuktikan secara eksperimen sahaja.

Tapi ramai kita tidak tahu, konsep sebegini bukannya di established kan oleh scholars barat tetapi sebenarnya oleh scholars Islam terdahulu.

Ibn Al-Haytham (AlHazen) lah yang established konsep ini, konsep dimana jangan percaya bulat2 pembacaan dan pembelajaran kita, mesti baca dan selidik dengan kritikal terlebih dahulu.

Ibn Al-Haytham kata;

The duty of the man who investigates the writings of scientists, if learning the truth is his goal, is to make himself an ENEMY of all that he reads, and,.. attack it from every side. He should also suspect himself as he performs his critical examination of it, so that he may avoid falling into either prejudice or leniency - Doubt Concerning Ptolemy

Terjemahan:

Tugas seseorang yang mengkaji tulisan ahli sains, jika tujuannya ingin mempelajari tentang kebenaran, ialah menjadikan dirinya MUSUH kepada apa yang dibacanya...dia mesti "menyerang" (tulisan itu) dari segenap penjuru. Dan semasa dia membuat penyelidikan itu, dirinya sendiri juga dia tidak boleh percaya, ini supaya dia tidak prejudis dan berat sebelah - Doubt Concerning Ptolemy

Dan Ibn Al-Haytham jugalah orang pertama establishedkan konsep yang ilmu sains hanya boleh diterima setelah dibuktikan oleh ekperimen terlebih dahulu.

Dia lah yang membuktikan secara eksperimen yang cahaya bergerak lurus. Dan dia yang pertama menjalankan eksperimen secara berasingan untuk komponen tegak dan ufuk cahaya2 yang dipantul dan dibias.

Untuk pengetahuan, sewaktu zaman sains Islam, scholars Islam berkonsepkan mempelajari tulisan2 ilmuwan Greek terdahulu (Ptolemy, Euclid, Aristotle etc) tetapi bersikap kritis atas mereka. Mereka baca betul2 dan faham betul2 dan kemudian kritik dan berikan alternatif dan penambahbaikan kepada ilmu2 tersebut.

So bukankah ini konsep sains yang kita amalkan sekarang? Yang kita kata Barat yang mulakan dan kita katakan ia kufur?

Sebaliknya, kita sekarang ni bukan lagi nak kritik dan provide alternatif dan betterment, nak baca dan faham ilmu2 sedia ada pun tidak, yg kita tau terus kata SAINS ITU KUFUR.

*pasal tu Muslim dulu maju dan advanced tapi Muslim sekarang mundur dan ketinggalan