Tuesday 24 September 2013

RANKING UNIVERSITI DAN PERMASALAHANNYA DI MALAYSIA (published in Sinar Harian)


[this article of mine was published on 19th September 2013]

SETIAP tahun, kita akan sibuk membincangkan isu ranking atau kedudukan universiti-universiti Malaysia di persada dunia, yang terbaru adalah senarai yang dikeluarkan oleh QS World University Rankings di mana universiti-universiti kita berlegar di kedudukan 200-300 dunia.

Pandangan dan respon terhadap ranking ini terbahagi kepada dua. Pandangan pertama melihat penyenaraian universiti-universiti dunia ini adalah sesuatu yang positif kerana ia boleh memberikan satu bentuk ukuran kepada tahap pencapaian sesebuah universiti itu.

Pandangan kedua pula lebih melihat penyenaraian ini hanyalah satu bentuk eksploitasi di mana kriteria-kriteria yang digunakan tidak tepat dan tidak memberikan gambaran sebenar pencapaian dan falsafah penubuhan sesebuah universiti itu.

Malah, ada pihak yang menyatakan ranking ini adalah satu strategi pemasaran bertujuan untuk merendahkan kemampuan universiti-universiti dari negara membangun dan membanggakan seterusnya mempromosikan universiti-universiti di negara maju.

Namun, walau apa pun pandangan kita, sama ada pandangan pertama atau kedua, kita haruslah bersetuju bahawa universiti-universiti kita wajib menggiatkan usaha agar setaraf dengan universiti-universiti terkemuka dunia.

Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan dan keagungan sesuatu masyarakat dan negara bermula dan berjalan seiring dengan kemajuan ilmu dikalangan masyarakat dan universiti-universitinya.

Tamadun Yunani sinonim dengan pemikir-pemikirnya dan juga intitusi-institusi kelimuannya seperti Academy yang ditubuhkan oleh Plato dan Lyceum yang ditubuhkan oleh Aristotle.

Zaman kegemilangan Islam pula menyaksikan kelahiran ilmuan-ilmuan seperti Al-Ghazali, Al-Farabi dan Ibn Sina serta terbangunnya Bait Al-Hikmah di Baghdad dan Al-Azhar di Egypt. Di Morocco pula, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu(Unesco) telah mengiktiraf Al-Qarawiyyin sebagai institusi pertama yang mengeluarkan ijazah lantas diiktiraf sebagai universiti yang pertama di dunia.

Kemajuan ilmu seterusnya disambung oleh masyarakat di hemisfera barat bermula dari Zaman Pencerahan sehinggalah ke hari ini. Nama-nama seperti Isaac Newton, Gauss, James Clerk Maxwell, Einstein, Steve Job, Bill Gates mula terbit di jurnal-jurnal ilmiah bersama rekaan dan inovasi mereka.

Dan berdasarkan ranking QS yang terkini, universiti-universiti di UK dan US menduduki senarai sepuluh yang terbaik di dunia; MIT (1), Harvard (2), Cambridge (3), UCL (4), Imperial College (5), Oxford (6), Stanford (7), Yale (8), Chicago (9) dan Caltech (10).

Di Asia pula, universiti-universiti di timur jauh seperti Universiti Hong Kong, Universiti Tokyo, Universiti Peking dan Universiti Kebangsaan Seoul pula mengungguli kedudukan terbaik.

Maka, bukanlah satu kebetulan apabila masyarakat berkulit putih dan berkulit kuning ini yang mencaturkan dunia pada era ini dalam segenap segi. Ia bukanlah satu kebetulan kerana mereka hanya mengulangi sejarah “Siapa berilmu dialah kudrat”.

Berdasarkan ini, seharusnya kita berasa khuatir dengan kedudukan dan pencapaian universiti-universiti kita apatah lagi pada hakikat kedudukan kita adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara Islam yang lain.

Bagaimana kita hendak mencapai wawasan 2020 iaitu menjadi negara yang setanding dengan negara-negara maju jika universiti-universiti kita yang sepatutnya menjadi penjana kepada kemajuan masih lagi belum setanding?

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, permasalahan utama yang kita sedang hadapi ialah universiti-universiti kita masih belum mampu menjalankan tugas-tugas akademia yang sebenar iaitu melahirkan ilmu dan teknologi baru serta graduan-graduan yang mampu mencari ilmu secara kendiri serta bersifat inovatif.

Sebaliknya, universiti-universiti kita masih lagi ditahap pengajian teknikal dan vokasional dimana ia hanya melahirkan graduan yang lebih layak digelar juruteknik kerana hanya mampu membuat kiraan-kiraan yang telah ditetapkan dan melakukan kerja-kerja yang tipikal.

Pelajar-pelajar kita masih lagi hanya diajar menggunakan rumus-rumus terakhir, jadual-jadual yang telah tersedia dan mengikuti prosedur-prosedur piawai tanpa didahului dengan perbincangan berkenaan penerbitan dan prinsip serta falsafah saintifik yang membelakangi rumus-rumus, jadual-jadual dan prosedur-prosedur tersebut.

Tanpa pemahaman yang fundamental, bagaimana mungkin pelajar-pelajar dapat memahami sedalam-dalamnya sesuatu ilmu tersebut. Tanpa pemahaman yang mendalam pula,bagaimana mungkin kita dapat menghasilkan output saintifik seperti ilmu-ilmu dan rekaan-rekaan terbaru.

Dan tanpa output saintifik sebegini, bagaimana mungkin universiti-universiti kita dapat tersenarai tinggi di ranking dunia tapi lebih penting, tanpa output sebegini, bagaimana mungkin negara dapat menyediakan ekonomi lestari (sustainable economy) kerana ekonomi sebegini amat bergantung kepada inovasi dan produk berasaskan pengetahuan (knowledge-based product).

Tetapi pelajar-pelajar adalah pihak terakhir yang patut dipersalahkan kerana mereka hanya menerima apa yang diajarkan kepada mereka. Pihak yang sepatutnya dipertanggungjawabkan adalah pentadbir dan pensyarah-pensyarah di universiti itu sendiri.

Sama ada mereka tidak sedar akan permasalahan ini atau mereka tidak mampu menyelesaikannya.

Mereka tidak mampu kerana ada kemungkinan mereka sendiri tiada kepakaran dan kefahaman yang mendalam dalam bidang tersebut. Ini tidak mustahil kerana jika kita menilai semula kelayakan akademik terutamanya kajian-kajian PHD pensyarah-pensyarah kita, amat sedikit yang benar-benar berkecimpung dalam arena fundamental dan berunsurkan matematik.

Saya menyatakan perkara ini bukan sahaja berdasarkan pengalaman saya sebagai pensyarah, bukan sahaja melalui komunikasi saya dengan pensyarah-pensyarah yang lain tetapi berdasarkan juga keterlibatan saya dalam beberapa program yang berbentuk penjalinan subjek-subjek matematik, fundamental dan aplikasi terutamanya yang berkaitan dengan kejuruteraan. Program-program yang boleh saya nyatakan tidaklah begitu berjaya.

Mungkin di sini saya boleh mencadangkan dua kaedah yang boleh diambil untuk menyelesaikan permasahan ini. Yang pertama, proses pengambilan pensyarah-pensyarah dimasa akan datang dan perlanjutan pengajian PHD mereka perlu fokus kepada bidang yang fundamental tetapi masih hampir dengan aplikasi terutamanya yang berunsurkan inovasi. Bentuk pengajian sebegini kerap ditawarkan di universiti-universiti terkemuka di dunia, maka hantarlah mereka ke sana.

Yang kedua, pensyarah-pensyarah sedia ada perlu digalakkan untuk mengulang kaji aspek-aspek fundamental dan unsur-unsur matematik yang berkaitan dengan bidang mereka. Ini boleh dilakukan melalui kempen-kempen kesedaran ataupun melalui langkah yang lebih formal seperti menghadiri kursus dan bengkel.

Maka boleh disimpulkan bahawa ranking universiti dunia ini, walaupun mempunyai pelbagai pandangan dan respon, masih boleh menjadi kayu ukur kepada pencapaian universiti universiti kita.

Ukuran ini adalah penting kerana ia boleh menentukan halatuju universiti-universiti kita terutamanya dalam membantu negara menyediakan ekonomi lestari menjelang 2020 melalui penghasilan ilmu-ilmu dan rekaan-rekaan terbaru serta inovatif. Sesungguhnya, sejarah telah membuktikan “Siapa berilmu dialah kudrat”.

Dr Airil Yasreen Mohd Yassin
Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru


link to sinar harian: http://www.sinarharian.com.my/mobile/arkib/ranking-universiti-dan-permasalahannya-di-malaysia-1.203573

Saturday 7 September 2013

MAHAL DAN NIKMATNYA ILMU

[Beautiful scenery at the back and a book on my lap, 
how could I ask for more? Alhamdullillah. photo credit: Lynn the wife]


I would say, aku dpt ilmu in a hard way, I would not say the hardest as I believe ramai lg yg lagi susah dr aku but it was definitely hard. Tp jgn salah faham, belajar PhD nya senang, hidup semasa nak belajar tu yg susah. So, bukan aku sorg je susah, my wife and my kids too. Ceritanya macam ni....

Waktu aku dpt tawaran dari Prof David Nethercot utk buat PhD di Imperial College London (seriusly dia yg ajak aku buat PhD bawah dia after dia baca research proposal aku yg aku asalnya just nk mintak dia review aje), ramai senior di fakulti nasihat jgn pegi sbb London tu mahal sgt, tambah waktu tu currencynya 1GBP lebih kurang RM6.80, dan tambah lagi wife aku, lynn baru mengandungkn Nuha (anak aku yg ketiga).

Tapi the thing was, waktu tu aku dah obsessed gila dgn Beautiful Mind, I already obsessed with the idea that kalau nak buat PhD, paling cool kalo dpt pegi ke best school mcm Princeton ke, MIT ke kalau di US dan kalau di UK, Cambridge ke, Oxford ke or of course, Imperial College (IC). In fact, IC was and still the best engineering school in Europe hence UK and always at the mid of top 10 engineering school in the world.

Selain tu, paling cool kalau dapat buat PhD dgn famous professor dan as far as structural engineering is concerned, David Nethercot is a giant. At the time, he was the President of Institution of Structural Engineer (IStructE), UK. Dah la waktu buat Masters dulu, buku2 dia yg aku banyak baca, bila dia offer buat PhD dgn dia, terus angau la aku.

Tapi sebenarnya takde la aku terus terima offer Prof Nethercot tu, aku asalnya hesitated jugak sbb mmg aku tau london tu mahal sgt dan dgn allowance study yg cuma 850 GBP aje aku tau mmg x cukup utk aku dan lynn dan anak2 yg nak masuk 3 tu. Tp time ni lah aku appreciate sgt pepatah

"BEHIND A GREAT MAN, THERE IS ALWAYS A GREAT WOMAN".

Lynn yg tau sgt suami dia kemaruk "Beautiful Mind", kemaruk sgt kononnya nak jadi orang pandai, suruh juga aku accept offer Prof Nethercot tu. Dia kata dia sanggup susah dan dia akan jaga anak2. (Time aku tulis ayat ni, bergenang jugak air mata aku...hehe girl girl la ko! )

Dan memang betul, spjang almost 3 tahun setengah kitorg di UK (2004-2007), lynn tak pernah ngeluh susah, family dia uruskan semua, dua tahun terakhir, dia sanggup tinggal sorang2 di Loughborough dan Nottingham yg jaraknya dlm 200km dr london (aku balik weekend je selalunya), handle anak2 semua.

Dia x boleh drive (x de lesen) so bila pegi ke kedai beli barang, dia akan jalan kaki sambil tolak nuha dlm stroller dan dukung binish (pakai beg dukung) while haziq dan hasya jalan kaki. barang2 kedai dia akan sangkut pada stroller tu jugak. dan ini la sebabnya tulang belakangnya rosak (pasal tu dia operation haritu dan sekarang ni pakai tongkat). She was a very strong woman and still is and for that I admire her, love so her much and she has my greatest respect. I owed her my PhD, indeed I owed her everything.

If you guys wonder why aku belajar di London tp Lynn dan anak2 duduk di Midlands sebabnya adalah london tu mahal sgt.

Waktu first year study aku, kitorg mmg duduk di London dan menyewa di Hackney. Dan flat yg disewa tu bukan rumah pun tapi basement flat (bilik bawah tanah yg diubahsuai jadi flat). Flat tu kecik, satu bilik dan ada la ruang tamu sikit sambung dgn dapur dan bilik airnya bawah tangga tuan rumah di atas. tapi kecik2 pun, korang tau berapa sewanya? haha 700GBP sebulan sedangkan allowance study aku cuma 850GBP sebulan (duit gaji utm mmg dah takde sbb bayar rumah kt mutiara rini, bagi mak ayah, bagi adik ipar aku yg tgh belajar dan bayar personal loan, mmg habis).

Berbekal lebihan 150GBP tu la kitorg survive utk duit dapur, pampers dan susu anak, bayar telefon rumah (hp ada tp pakai bila emergency aje) dll. Sebb x cukup la, Lynn akan bekalkan aku makanan hari2 dan sbb x cukup la aku terpaksa travel gi school naik bas yg took 1jam suku belah pagi dan 1jam setengah bila balik belah petang. kitorang survive this way until Nuha lahir.

Pengalaman Lynn lahirkan Nuha di London lagilah horrified. Lynn pecah air tetuban pukul 3 pagi tp kitorang x de kereta so terpaksa call arwahnya, ustaz jaiz dn isteri (yg kitorang di london panggil mami) mintak tolong hantarkan ke hospital. kitorang sampai hospital pukul 4 pagi. ustaz dn mami nak tunggu tapi aku x nak susahkan diorang so aku cadangkn diorang balik dulu. bila masuk utk check, nurse hospital tu kata lynn lambat lagi nak bersalin so dia suruh balik dulu sbb mmg prosedur di sana kalau nak bersalin sgt baru boleh masuk ward; bukaknya tak cukup lagi. Nak balik macamana, bas bukan ada pagi2 tu. nak call ustaz aku dah segan. so kitorang tunggu la kt luar hospital sejuk2 pukul 5 pg tu sambil lynn tahan sakit. nuha lahir 21 Jun (anak aku no 3) so it was winter already, mmg sejuk sgt waktu tu. pukul 8 baru hospital bukak so baru la kitorang masuk dalam dn lega sikit sbb ada heater. dan lynn bersalin pukul 10 pagi tu. seminggu lepas tu lynn pun keluar tp aku bawak dia balik naik bas sbb aku x nak susahkn sapa2.

Bila dah ada 3 anak, flat tu mmg dh tak bole duduk so kitorang, Lynn especially, had to make a very difficult decision, kitorang kena hidup terpisah, Lynn dan kids akan pindah ke Midlands (Loughborough dan kemudiannya Nottingham) dan aku akan jadi weekend husband so that anak2 kitorang could have a proper home.

Midlands jauh murah dari London. Dengan sewa dlm 400GBP kitorang dapat la a complete house. So ok la sikit utk anak2. Tapi walaupun ada save 300GBP kalau comparekan dgn sewa diLondon, tp itu cuma cukup utk compensate travel mingguan aku dari Midlands ke London, makan harian aku dan extra perbelanjaan sebb haziq dah masuk reception/sekolah. So basically, takde lebihan cuma bezanya, dengan being apart macam ni, aku dgn lynn boleh provide a better home for our kids.

Dan aku pulak, bila time di London, since tak mampu nak sewa bilik, selalunya aku akan tidur di surau IC dan paling worst bila time winter sbb heater surau tu akan ditutup. Dan selalunya juga aku menyelinap masuk dalam Mara House. nasib baik ramai kawan2 kat situ yg faham situasi aku yg sudi bantu aku "masuk haram" belah malam. Cuma masalahnya, nak masuk kena tunggu En hafiz dan pak Said (manager2 mara house ni balik dulu) so kdg2 pernah sampai 1 pg aku tunggu kat luar mara house tgh snowing sbb diorang ni tak balik lagi. pergghh...mcm citer oshin kan? hahaha

Dan since duit mmg limited sgt, di london basically aku cuma mampu makan sekali sehari aje. Ye la sekali makan 5-6GBP so kalau 20hari itu aja dh lebih 100GBP. so apa yg aku buat, bila lapar aku akan potong dgn minum kopi dan hisap rokok. nasib baik la kat IC tu ada coffee machine yg murah, latte ke cappucino ke americano ke, cuma 40pence je secawan. Aku sehari adalah 4,5 cawan. So kalau student2 aku yg wonder knp aku ketagih coffee dgn rokok, haa ini la sebabnya.

tapi Allah tu adil. hardship aku dan family digantinya dgn kesenangan aku buat PhD. Pada aku PhD tu senang sgt dan belajar tu seronok sgt. Alhamdullillah, ngam 3 thn 3 bulan, aku submitted thesis aku. Dan being the student of David Nethercot mmg tak ternilai pengalamannya. Walaupun dia sibuk (aku selalunya dpt jumpa dia sebula sekali aje) tapi senior2 aku (student2 dia) mmg best brains dan cukup baik hati utk ajar aku mcm2 walaupun ada yg mulut bisa gila. Mcm aku pernah citer sebelum ni, sebab semuanya tak tau, sebab asyik tanya je, pernah senior aku cakap “Airil, you know what, Malays are not only ugly but stupid” haha...aku x kesah, asalkan diorang snggup ajar aku sudah.

dan setiap pagi aku masuk school, bila lalu depan bilik prof nethercot (dia head of dept waktu tu) aku akan at least tengok papan tanda nama yang tulis "PROFESSOR DAVID A NETHERCOT" dan always reminded myself "Airil, believe it or not, youre his student", a motivation that survived me another day. Dan selalu juga bila rasa susah, aku try to pujuk hati dgn kata at least dapat juga la aku rasakan sedikit, ulang yer, SEDIKIT pengembaraan dan adventure yg dilalui oleh scholar dulu2 mcm Imam Al Ghazali yg mengembara dan bersuluk selama 10 tahun. Aku tak kata banyak aaa, sikit je...ok sipi sipi.

Dan Alhamdullillah, akhirnya, with all the hardship yg aku, lynn dan anak2 lalui, I got a word DR in front of my name and the knowledge that comes with it (initial knowledge though, because as i said before, PhD is just a training, your knowledge adventure begins after that). For this aku syukur sgt pada Allah yg bestowed upon me His blessing and I owed so much so many, mak, ayah, lynn, adik2 (Je siap jual laptop nak bagi aku duit), anak2, sepupu2, saudara mara, kawan2 di UK, majikan aku UTM dan of course, KERAJAAN MALAYSIA. Terimakasih tak terhingga.

Dan sebabkan hardship ini juga, lepas aku hantar thesis, walaupun prof nethercot suh aku stay buat post doc dgn dia dan offer luxurious allowance, I told him "I can’t, my country needs me". Sebab bila dah taunya susah nk dapat ilmu, baru la aku tau knp negara kita agak kurang maju; sebb ilmu tu susah nak dapat. Jadi bila dah ada sorang rakyat malaysia yg akhirnya berjaya dapatkan "ilmu" tu, perlulah dia balik cepat2 supaya dia boleh sebarkan "ilmu" tu pulak kat negara dia, kat anak bangsa dia. banyak sgt dah orang berkorban utk aku, so its time for me to berkorban balik utk orang lain.

*tujuan aku tulis adalah utk bacaan semua mereka yg masih belajar, tak kisah la, undergrad ke, post grad ke. aku harap it can be:

1. a motivation supaya diorang pun terus kuat dlm menempuh hardship semasa belajar. hati kena besar, cita2 kena tinggi. if you want to survive, niat knp nak belajar tu mesti dibesarkan. kita akan lagi kuat kalau kita work for a greater cause. Kita akan lebih kuat dlm belajar kalau niat kita nak bangunkan agama, ummah, dan negara berbanding belajar hanya utk diri sendiri saja. beza motovasinya kalau belajar sebab nak jadi mcm Einstein berbanding nak jadi engineer biasa kat kuala kangsar.

2. like a panduan, jika dah berkahwin, kejayaan hanya akan datang jika pasangan kita benar2 faham akan perangai dan niat kita dan sanggup berkorban utk kita. dan if they do that, always2 hargai segala pengorbanan mereka.

3. a hint on what to expect, and most of all as a benchmark on how to put a price on knowledge. for me and my family, we have paid dearly menyebabkan pada kitorg knowledge itu mahal tapi priceless.

4. an explaination kpd knp perangai aku mcm ni yg agak "tak serupa orang” dan "keras sangat".cthnya, aku selalu ckp pada students post grad aku, "aku appreciate korang punya kesusahan tapi aku tak boleh nak kasihan, sebab that what it takes".

5. dan pengalaman aku juga, bila lihat society dinegara maju, mengajar aku tentang how kemakmuran sesebuah negara dan masyarakat itu bukan sahaja bergantung kpd kerajaan ttp rakyat juga perlu memainkan peranan yg sama banyak. dan pada pandangan aku, banyak sgt lagi yg kita perlu lakukan sebagai sebuah masyarakat.