SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS)
SENARAI LAGU-LAGU AKU (LIST OF MY SONGS) - click la kalau nak dengar...
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Ruang (rock), Syukurku (Rock), Pagi Tadi,Gonna Leave You Tonite, Permaisuri, Kembali, I'll Miss You Bro, Give Me Your Love, Syukurku (acous), Ceria di UTM (acous), Rindu Pada Mu (acous), Kasih Mu (acous), Ruang (acous), Selamat Tinggal UTM (acous), Mak dan Ayah (acous), Jauh Begini (acous), Arabic and Pentatonic (Gitar Solo), Apa Nak Jadi (Gitar Solo)
Wednesday, 16 January 2013
SHARIFAH LISTEN TU YANG BANGANG, APA KAIT DENGAN BN PULAK
Yang bangangnya si Sharifah Listen tu. So boleh tak kita fokus herdikan kita pada dia and to her alone tanpa libatkan kerajaan atau BN/UMNO kerana based on pengalaman aku, kerajaan tak buat macam ni. Berikut adalah pengalaman aku:
1) Dulu waktu PM Abdullah Badawi ke London, aku kritik sistem pendidikan Malaysia (sesi aku ni siap dua kali ditayang di TV). Instead of 'marah' aku balik, PAK LAH janji untuk hantar satu delegasi utk mendengar lebih lanjut permasalahan tersebut. Sebulan kemudian, delegasi diketuai oleh TOK PA dan Hishamuddin datang ke UK.
2) Malam pertama perjumpaan dgn TOK PA dan Hishamuddin, pegawai pengiring limitkan 2 soalan sahaja sebab consider dua2 menteri tu penat baru sampai dari Malaysia. Aku bangun membantah dan cakap "takkan la dah habis puluh ribu duit negara utk tambang delegasi, dua soalan saja?". Hishamuddin dan TOK PA terus menyampuk dan tegur pegawai pengiring sambil kata "takpa boleh teruskan dengan berapa banyak soalan pun sebab kami tak penat pun"
3) Dua hari lepas tu, sewaktu penghujahan aku, aku marah depan TOK PA (Hishammudin takde waktu tu) kenapa perlu delegasi yg datang dari malaysia, pengarah itu lah pengarah ini lah yang cakap lebih2 sedangkan tujuan PM PAK LAH hantar delegasi adalah untuk dengar suara kami di UK. Sekali lagi, instead of 'marah' balik, TOK PA panggil aku ucap tahniah dan mintak speech dn cadangan2 aku utk simpanan beliau. Kalau korang perasan, waktu TOK PA dulu, dia ada buat polisi mengurangkan penghantaran student undergrad ke luar negara sebaliknya banyakkan penghantaran post grad. Polisi ini sangat hampir dengan cadangan yang aku bentangkan.
So dalam kes Sharifah Listen ni (yang ntah sapa2 even orang BN/Umno dn kerajaan pun tak kenal), aku yakin kalo KJ contohnya akan beri respon yg berlainan. Kalau aku la, ini jawapan aku pada Bawani:
1. Pelajar2 Malaysia kena faham, bila Argentina bagi pembelajaran percuma itu maksudnya yuran percuma tapi tak da la pulak Argentina still bagi jugak duit poket dan lain2 pada student2 dia. Kita nak macamana? Nak yuran percuma tapi duit poket pun nak jugak? Itu bukan la mcm Argentina.
2. Yang kita rasa mahal sangat ni sebab PTPTN dah campur duit poket sekali. Yuran pembelajaran cuma 6k lebih je utk seluruh pengajian. Korang tau berapa yuran pengajian di UK? 9k Pound Sterling tau. Kan dah murah sangat tu. Tu one to one comparison tu, belum convert pound ke rm lg.
3) Di UK, badan yang macam PTPTN namanya Students Loan Company UK tapi sekarang, interest ratenya jauh lebih tinggi iaitu 3% + RPI berbanding PTPTN yang interestnya cuma 1% je. So nak apa lagi?
4) Lagi satu, pelajar2 tak ramai pun yang mengiktiraf usaha kerajaan meng'convert'kan lebih 12000 pelajar daripada pinjaman PTPTN ke biasiswa. Kalau korang pegi UK dan Argentina, possibility/kemungkinan ini langsung takda. Dah pinjam, sampai sudah la ko pinjam, reward2 ni takde punya.
5) Akan ada hujah yg kat UK ada biasiswa. Kita pun ada biasiswa dek oi, tp kena score la time SPM. Sama jugak kat UK, in fact kat UK lagi teruk, cuma top brains sangat2 (5%) je dpt biasiswa.
6) Hujahan typikal yg mengaitkan kadar yuran pengajian dgn perbelanjaan dan kekayaan negara, itu pelajar seluruh dunia pun cakap mcm tu. Bila yuran dinaikkan di UK tahun sudah, dari 3500 pound kpd 9000 pound, students UK buat mogok tapi kerajaan UK yang jauh lebih kaya dari Malaysia buat dek aje.
So please la, jangan kaitkan kerajaan/BN/Umno dengan Sharifah Listen. Unless korang sendiri tidak ikhlas dan objektif dlm isu ini, hanya berlagak kononnya korang memperjuangkan hak kebebasan bersuara dan ekspresi tapi dlm masa yg sama tidak sedar yg diri tu telah dimomokan dan dieksplotasi untuk memainkan agenda politik yg tersirat. Ini untuk yang kaitkan kes Sharifah Listen dengan kerajaan la, untuk yang hanya kutuk Sharifah Listen sorang sahaja semata-mata, korang ok pada aku.
| Reactions: |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

11 comments:
Assalamualaikum Dr..
Saya adalah pelajar UTM dan tertarik untuk memberikan pandangan saya terhadap isu/cadangan pendidikan percuma yang dibawa pakatan rakyat. Hujah yang akan sy bawa ini mengambil kira struktur ekonomi masakini dan ulasan jelas dari kedua dua pihak iaitu PR dan BN..
1).. terlebih dahulu sy nak berterima kasih kpd kerajaan BN kerana memberi “tongkat” kepada sy sehingga mampu sampai ke tahap ini..walaupun nanti sy perlu membayar “tongkat” ini secara ansurans sbnyk RM32000 sebaik melangkah ke alam pekerjaan..Utk pengetahuan Dr, sy mempunyai beberapa rakan yang belajar di Universiti swasta dimana mereka perlu membayar sbyk hampir RM65000..jika dicampur hutang pendidikan, rumah dan kereta sebaik meniti alam kerjaya nanti hutang kami bakal mencapai RM200000 atau lebih..sedangkan gaji minima yang dicadangkan pakatan rakyat sebanyak RM1200 pun sudah ditolak BN..Inilah nasib yang menimpa pelajar yang dtg dari keluarga middle class dan low class apabila pendidikan diniagakan….dan perkara ini mustahil dirasakan anak2 menteri dan anak golongan professional.
2)..seperti yg dikatakan saudari bawani, jika unjuran 10 billion(for free education) yang kecil berbanding 200billion yang diperuntukkan kerajaan setiap tahun tidak mampu dilaksanakan BN, kemanakah hilang duit Negara kita..Adakah dengan membantu rakyat akan membuatkan sesebuah negara bankrupt?.. Sy membaca beberapa buah blog yang menjawab isu ini dgn jawapan “sekiranya pendidikan percuma dilaksanakan,maka semua org pun layak mendapat ijazah..ijazah sudah tidak ada nilai..”..adakah nilai ijazah itu mampu dibeli dgn wang ringgit?..dimana letaknya nilai ilmu sekiranya disamakan dengan ringgit..
3).. sy memetik beberapa ucapan anwar ibrahim yg membandingkan Msia dan turki dlm soal pendidikan percuma..negara kita mempunyai hasil minyak dan kelapa sawit yang baik berbanding turki yang tidak ada telaga minyak..malangnya turki mampu melaksanakan free education terlebih dahulu selepas peralihan kuasa yg melanda Negara mereka..pada pandangan sy, sbenarnya masalah/halangan utama perlaksanaan free education hanyalah satu iaitu korupsi dlm kerajaan sedia ada..hendak seribu daya, x hendak seribu dalih.
4)..sy dan rakan2 seperjuangan yg lain amat berharap agar adik2 nanti dpt menikmati “tongkat” yg lebih baik berbanding kami...dari itu sy berpendapat adalah mnjadi tggungjwab kita semua utk “berubah” demi masa depan pendidikan generasi hadapan yg lebih baik..sekian.
Anon 07:57
1)Bukan awak shj yg berhutang, kami dulu pun berhutang juga. Waktu zaman saya belajar dulu pinjaman mara kitorang RM24,000 tapi bezanya duit poket kami dalam RM300 shj. Comparekan dgn duit poket korang, RM 32,000 tu mmg logical.
2) Ttg IPTS bayar double i.e. RM65,000 tau tak waktu zaman saya cuma ada 7 IPTA shj. Boleh tak awak
consider perasaan those yg tak dapat masuk universiti zaman saya dulu, betapa diorang akan kata, "takpalah, bayar double pun double lah asalkan boleh masuk universiti". Sekarang dah ada 20 IPTA dlm masa 15 tahun. Ini la buktinya yang kerajaan sgt2 ingin memberikan peluang ke uni kepada lebih ramai takyat. Dan bagi mereka yg tak layak, kerajaan sediakan alternative dgn wujudkan pula IPTS dan mmg lah lebih mahal sebab dia private, tapi kalau xde, langsung takde peluang pada yg tak dapat masuk IPTAkan? Lagi satu kita kena terima hukum dunia, sapa yang tak 'cemerlang' kena la bayar lebih kalau 'nak' jugak.
3) janganlah nak di exaggerate kan hujahan tu dgn kira sekali hutang kereta, rumah sampai 200,000. Itu bukan utk freshgrad saje, orang lepas SPM pun akan ada juga libiliti2 ini. Dan jumlah ini bergantung juga pada corak kehidupan yg kita pilih. Dulu lepas saya kahwin, walaupun saya dan isteri dua2 grad utm, saya pakai motor kapcai sahaja sampailah isteri saya mengandung 8 bulan, baru mampu nak beli kerea secondhand. Lepas tu selama 2 tahun lepas kahwin, kitorang duduk rumah murah dua bilik shj. Bukanlah saya nak suruh awak ikut saya, apa yg saya nak stress kan ia bergantung dgn carahidup.
4) Hujahan awak ttg minimum wage atau gaji RM1200 tu pun agak tak kena. Grad UTM tak apply pun dgn minimum wage sebb average UTM grad starting salary adalah RM2000. Malah, ramai yang start kerja dgn gaji RM3000 ke atas. Dulu, saya start dgn RM1300 tp ada juga kawan saya start bwh 1000.
5) Tentang perbandingan dgn negara macam Turki, Argentina,awak nak apa yg free, yuran dgn elaun sekali? Kalau elaun sekali, takde negara yang buat macam tu. Saya dah tulis ttg benda ni diatas, pls read again.
6) Ttg hujahan awak ttg kekayaan negara, saya juga dah ulas dalam artikel diatas. Pls read again.
Akhir sekali, ingin saya nyatakan, apa yg saya lihat ttg pelajar zaman ini adalah mereka senang keliru dgn isu2 kerana mereka hanya tahu tentang 'hari ini' dan tak tahu evolusinya dari 'semalam'. Amat senang mereka dipengaruhi oleh pembangkang kerana bukan sahaja pembangkang tidak bercerita akan evolusi ini, malah mereka juga menyajikan perkara2 yang di'ingini' oleh pelajar. At the end of the day, impression saya pada pelajar2 sekarang adalah 'its all about yourselves'. Pernah tak awak bandingkan nasib awak dengan nasib kawan2 awak dulu yang lepas SPM tapi tak layak pun pergi kemana dan sekarang ni settledown jadi posmen atau kerani?
Saya jarang sangat reply comment2 pembaca blog ni, tapi untuk awak, saya amat berminat utk mendengar ulasan awak lagi terhadap komen saya disini pula. Pls response kerana saya amat tertarik dgn behaviour dan pemikiran pelajar2 sekarang yang pada saya amat 'pelik' untuk difahami, tapi saya nak faham juga.
tq dr ats pencerahan pd persoalan sy ttg free eductaion..
merujuk perenggan terakhir dr,sbgai student mybe sy ada sikit sbnyk blh brkongsi ttg pemikiran n perspektive student pd politik msia skrg ni...
mgkin pndangan sy tidak mwakili majoriti...tetapi pd pndangan sy spnjg 4 tahun di UTM,student ni terbahagi kpd 4 jenis..separuh (hmpir 50%) x ambik peduli lgsg psl politik,suku pro kerajaan, suku pro pembangkang dan segelintir lg up to date dgn isu semasa tp tidak menyebelahi mn2 pihak...kat bwh ni sekadar pemerhatian sy...
1) student lelaki kbykan lebih up to date ttg politik berbnding student perempuan..
2) student sgr2 jrg bca newspaper tp tahu berita melalui twitter,fb n youtube...no wonder kes sharifah listen ni boom dlm beberapa hari je.
3) student jrg argue ttg perbezaan politik in real life tp ramai lebih suka jd keyboard warrior di internet..
4) sy lihat kecenderungan mahasiswa ambik tahu ttg politik ni makin meningkat 2 3 tahun kbelakangan ni...
5) majoriti student yg sy kenal x daftar mengundi..
6) skrg ni student lebih intend pd politik idea...bkn provokasi membabi buta..klu sy, sy lebih suka mnonton debat such rafizi N kj,then chua soi lek dgn lim guan eng, anwar n shaberi n byk lg..we want to see the idea they bring...
7) pd pendapat sy, ruang student utk bersuara lebih terbuka skrg brbanding dulu.,kita skrg dpt lihat org mcm adam adli n bawani mmpersoalkn tindakan kerajaan,..dulu x ada org yg berani bt..thniah utk najib.
mgkin tu sikit sbyk info yg sy blh share ttg pola/ behaviour student ttg politik dr pndgan sy...
Hmm menarik dan terimakasih atas maklumat yg diberikan.
Lagi satu saya nak tahu, dalam hujah awak yang asal, mana yang awak punya (fikirkan sendiri) dan yang mana hujahan itu 'diberikan' kepada awak oleh sumber yang lain i.e. tweeter, FB, blog, internet. Boleh awak tolong detailkan? Thanks in advance.
Salam..
Saya tertarik terhadap 2nd point Anonymous. Kalau ada jawapan daripada mana-mana blog, “sekiranya pendidikan percuma dilaksanakan,maka semua org pun layak mendapat ijazah..ijazah sudah tidak ada nilai..” sememangnya jawapan itu saya rasakan salah. Saya juga adalah seorang student yang masih menuntut dan sememangnya gembira jika dilaksanakan pendidikan percuma. Kenapa? Sebab saya tak perlu bersengkang mata untuk mengejar 1st class degree.
Saya hanya fokuskan pandangan saya tentang point kedua anonymous sahaja kerana kesemuanya telah Dr.Airil hujahkan. Pada pandangan saya, jika pendidikan percuma dilaksanakan, tak ramai yang menggenggam ijazah yang berkualiti. MUNGKIN setakat lulus sahaja disebabkan tiada semangat nak bersaing. MUNGKIN berhenti separuh jalan bila rasa 'tak boleh pergi'. Tak semua student mempunyai sikap/semangat berjuang bila hidup penuh nikmat. Saya faham sebab saya juga seorang student. Saya dan rakan2 pernah terfikir untuk berhenti separuh jalan. Tetapi bila memikirkan wang ringgit yang dibazirkan, rasa terpaksa meneruskan pelajaran. Saya percaya, bukan saya dan rakan-rakan sahaja pernah terfikir begitu. Andaikata jika kami tidak mengeluarkan satu sen pon selama ini untuk belajar? Berapa ramai yang akan berhenti separuh jalan? Berapa ramai yang akan ditendang disebabkan tiada persaingan? Berapa banyak WANG RAKYAT yang akan dibazirkan?
Sekarang ni kita diberi 2 pilihan samada untuk membayar balik pinjaman atau tidak. Jika mahukan pendidkan percuma, hanya dapatkan 1st class degree. Itu sahaja.
Apa yang saya rasa dan lihat sekarang ni,masalah yang timbul dengan student bukan disebabkan bebanan yuran tetapi 'duit poket'. Saya akui,duit perbelanjaan sepanjang kami belajar sememangnya tidak mencukupi. Masalah tersebut mungkin datangnya dari kos sara hidup yang tinggi. Tapi mengapa rakan-rakan saya yang lain, yang datangnya dari keluarga susah mempunyai budget perbelanjaan yang cukup? Sebenarnya bergantung kepada lifestyle kita. Jangan pulak salahkan kerajaan kalau duit tak cukup, salahkan sikap diri sendiri yang membazir. Berbelanja mengikut kemampuan seperti yang disebutkan oleh Dr. Airil pada point ke-3 balasan komen Dr. Airil tadi.
Sekadar nak berkongsi;
Pada pemerhatian saya, MAJORITI student di sekeliling saya yang pro-pembangkang hanya berpaksikan kepada sebelah sumber. Mereka lebih cenderung dengan unsur-unsur provokasi yang datangnya daripada laman sosial. Memang benar, mereka adalah 'KEYBOARD WARRIOR' tapi in a real life kebanyakkan terdiam sebab tak cukup hujah. Kebanyakkan blogger hanya memainkan isu sekadar untuk menghangatkan sahaja, bukannya isu fakta yang kukuh. Newspaper pula hanya dibaca pada halaman sukan sahaja. Mereka lebih suka menonton debat tetapi jika forum perbincangan memang jauh sekali. Ini yang saya perhatikan pada pro-pembangkang sekeliling saya. Bila meneliti pada satu sumber sahaja, tiada unsur PERTIMBANGAN dan kita akan totally accept. Mungkin takut terpengaruh dengan dakyah kerajaan MUNGKIN? Ini hakikat yang saya lihat. Hanya golongan pemerhati sahaja yang mengambil kedua-dua sumber ini dan bila duduk berdebat semeja, mentaliti mereka jauh lebih baik daripada golongan fanatik ini. Maksud saya, soalan yang diajukan adalah jauh berkualiti dan bukannya soalan tentang "Attantuya, Scorpene" dan sebagainya.
Itu sahaja pandangan yang saya cuba lontarkan. Sekian..
Assalamualaikum,
Kepada Anon 7.57
Saya juga merupakan student UTM dan juga merupakan student Dr. Airil, atas dua alasan ini saya merupakan pembaca blog ini dan juga merupakan ‘friend’ dalam FB Dr. Airil.
Saya tidak ingin mengulas mengenai Sharifah Listen, dan juga tidak ingin mengulas mengenai ‘Free Education’ yang dilaungkan kerana hujah-hujah Dr. Airil lebih padat dan lebih mudah difahami. Begitu juga Dr. Airil telah menjawab semua persoalan yang ditimbulkan oleh saudara anon 7.57 dalam komen beliau. Cuma disini saya ingin menambah sedikit sahaja terutamanya ketidak sampaian maksud yang diketengahkan oleh Dr. Airil mengenai “TONGKAT”. Dr. Airil telah memperdebatkan masalah ‘TONGKAT’ ini dalam FB beliau dan sepatutnya jika Anon 7.57 faham betul-betul dan menerima pedebatan Dr. Airil dan kawan-kawan beliau di FB dengan sifat ketebukaan pastinya isu terakhir dari anon 7.57 iaitu:
“sy dan rakan2 seperjuangan yg lain amat berharap agar adik2 nanti dpt menikmati “tongkat” yg lebih baik berbanding kami...dari itu sy berpendapat adalah mnjadi tggungjwab kita semua utk “berubah” demi masa depan pendidikan generasi hadapan yg lebih baik”, ini tidak timbul.
Konsep ‘TONGKAT’ yang dimaksudkan oleh Dr. Airil (Seperti pemahaman saya yang mengikuti perkembangan debat itu) adalah bagaimana kita mesti mempertahankan jumlah quota pengambilan anak-anak melayu dalam Universiti dan bantuan-bantuan yang diterima oleh anak-anak MELAYU. ‘TONGKAT’ yang dimaksudkan sama sekali tidak mengenai ‘free education for University level’. Seperti semua orang tahu, pembangkang terutamanya DAP dari dulu melaungkan konsep sama rata di Malaysia, dan sudah pasti jika mereka menang mereka akan pastikan konsep itu di adaptasikan terus dan pastinya konsep quota sekarang ini akan dibubarkan. Cuba bayangkan kalau ini yang terjadi, adakah kita akan mendapat tempat kerana seperti yang Dr. Airil selalu cakapkan MELAYU NI TAK SEDAR DIRI. Kita sepatutnya malu dan sedar kerana kita tak se excellent pelajar dari kaum dan bangsa lain (ini semua org tau). Kita kena ubah ini, sebab dari pedebatan Dr. dan kawan-kawan nya di FB, mereka juga tidak dapat membantu kita kerana mereka juga gagal untuk menjadi TONGKAT kepada kita. Jadi Dr. Airil minta supaya dikekalkan ‘TONGKAT’ yang diberikan kerajaan sekarang ini agar kita sekarang ini yang masih di Universiti berubah dan berusaha dengan lebih lagi dalam memahami ilmu kita (BACK TO BASIC and BACK TO MATHEMATIC –seperti Dr. AIRIL SELALU KATAKAN PADA KITA)supaya kita nanti tidak menjadi GAGAL seperti ‘ABANG-ABANG’ kita. Dan bagaimana kita tahu kita sudah berjaya menjadi “TONGKAT’ itu dengan melihat hasilnya dalam tempoh 10 tahun lagi iaitu adakah SAYA, SAUDARA ANON, KAWAN-KAWAN KITA di UNIVERSITI sekarang ini mempunyai SYARIKAT-SYARIKAT BESAR, KILANG-KILANG BESAR, KEDAI-KEDAI BESAR yang mana kita mampu membantu adik-adik kita nanti apabila semua ‘TONGKAT-TONGKAT’ itu ditarik balik. ACCEPT THE CHALLENGE BECAUSE WE THE ONE WHO WILL BE THE “TONGKAT” AND IT NOT JUST TALKING BUT THROUGH THE ACTIONS.
p/s: Tak ada yang free dalam dunia ni, YOU GET WHAT YOU DESERVE, and to help our younger brothers we have to do like this quote from Phillip McGraw "Sometimes you just got to give yourself what you wish someone else would give you."
Duit PTPTN, dah pinjam kena bayar.
Mana ada benda free, semuanya berbayar.
Kalau katakan korupsi jadi punca banyak masalah ekonomi, di Turki pun banyak juga korupsinya. CUma kita tak nampak sahaja. Cuba tukar kerakyatan, bilamana kita kena mengundi di sana, baru kita tahu, rupanya banyak masalah ketirisan yang ada di sana. Kalau sekadar dengar itu ini, baca blog itu ini, apalah sangat.
Apakata kita lihat gaya hidup pelajar sekarang, termasuk yang mengutarakan hujah-hujah. Berapa ramai daripada pelajar sekarang yang gunakan motosikal atau kereta? Basikal? Berapa ramai yang gunakan postpaid dan prepaid? Berapa ramai juga yang gunakan broadband persendirian? Berapa ramai yang masih beli baju raya sendiri wp dah ada yang ibu ayah belikan? Gaya hidup yang sebetulnya sepatutya menjadi agenda. Bukan mengetengahkan cadangan semuanya percuma. Betul kos sara hidup semakin meningkat, tetapi kita punya pilihan.
Ini pula pengalaman saya, sedikit berbeza tapi seakan sama dengan pengalaman Dr. Airil. Sewaktu berhenti di lampu trafik merah balik dari pasar malam sekitar Serdang, raga motor Honda Wave 100 saya penuh dengan barang, tiba-tiba kereta Mercedes di sebelah membuka tingkap dan pemandu menyapa saya. "En Zul banyak beli barang" Student saya rupanya. Nah.. apa itu?
Untuk PTPTN pula, sebagai orang yang mempunyai hubungan rapat dengan badan berkanun tersebut, pada saya cuma satu. Wp selepas 15 tahun beroperasi, PTPTN masih tidak maju ke hadapan. Tiada perubahan, tiada kemajuan. Hanya jumlah hutang yang bertambah. Selepas dapat arahan menteri baru nak bertindak.
*Sekadar berkongsi - Tawaran 1st class dapat pengecualian pernah dilaksanakan dulu, tapi ditarik balik semula kerana 8 daripada 10 pelajar penerima tawaran ni, adalah cina. Bangsa Melayu dan India terkebelakang.
teringat masa dulu kat UTM, dapat pinjaman JPA belanja makan pun tak cukup. Akhir semester sampai seminggu makan maggi. Nak minta mak bapak malu tapi mintak juga le hehehe...
Habis belajar, bayar le balik. Habis. Hati pun tenang.
Sekarang budak2 tak nak bayar dah pinjaman. Smartfon dapat RM200 off pun cebek bibir. Sekarang main banding2 dengan negara lain walaupun negara itu sape pun tak lalu nak duduk tapi semata2 ada free (yuran) education, depa angkat tinggi sampai ke langit ke berapa ntah.
Orang2 tua kata, masa itu juga pendidik. Aku dulu masa undergrad kat UTM ke hulu ke hilir ikut ceramah PR kat JB siap jadi sukarelawan pilihanraya lagi hahaha...
banyak arguments bawani boleh jawab sebenarnya.. :)
salam doc;
- aku 2nd batch yg fully ptptn, 1999/2000. suka sgt dpt duit ptptn masa tu, sbb masuk on time, walau lambat 2 minggu. risau time tu, sebab ada mitos JPA lepas satu sem baru dapat dengan tunggakkan.
- 2003 aku grad, hutang ptptn 48,000 lebih, jadi aku bangun berjuang tak nak bayar, dan ptptn ni adalah satu kezaliman.
- 2010 aku kawen, rezeki murah, banyak travel oversea. tapi kena blacklist, mengadap ptptn balik, bayar tunggakan, dan bayar installment.
- 2011 aku dapat anak, aku buka akaun sspn utk masa depan dia nanti. dan aku terus sampai la bayar ptptn, dijangka habis 2016.
- moral of the story: bila makin tua ni, banyak perpsektif kita pun berubah.
- sepanjang tempoh 2000 - 2012 ni, MAS makin rugi, Air Asia jadi giant, bank bumiputera dah pupus, dan lim goh tong and family bertambah business judi dari genting ke sentosa. hahahaha
ASSALAMUALAIKUM...
Pada pendapat saya, ramai pihak yang mempersalahkan BN diatas kejadian yang memalukan itu adalah oleh kerana ketidak puasan hati terhadap sistem kerajaan,secara jujurnya, mereka yang menyalahkan BN berikutan insiden ini terbahagi kepada dua:
1)rumusan secara ilmiah dan rasional
2)rumusan tidak ilmiah dan membuta tuli
tetapi kalau dilihat secara signifikan yang jelas didalam insiden ini,
1)tiada pembelaan yang diberikan dari segi liputan media yang adil oleh pihak kerajaan untuk kedua-dua pihak memberi hujah dan sebab yang relevan.
2)secara dasarnya,kesilapan tingkahlaku didalam insiden itu dilakukan oleh kedua-dua pihak, bawani yang melakukan provokasi selepas QnA session dan sikap ketidak professionalisme oleh Syarifah Listen.
3)reaksi government yang "underground" didalam isu ini menunjukkan kerajaan menindakkan hak pelajar secara impliedly didalam membawa suara dan melontarkan persoalan.
4)walaupun persoalan bawani adalah tidak relevan, namun rational sharifah listen adalah jauh menenggelamkan kesilapan bawani.
Jadi persoalannya bukan siapa antara mereka salah..
tetapi apa peranan kerajaan memerintah didalam membetulkan sistem dan isi yang dikandungnya yang salah.
berbalik kepada point:-
"pelajar zaman ini adalah mereka senang keliru dgn isu2 kerana mereka hanya tahu tentang 'hari ini' dan tak tahu evolusinya dari 'semalam'"
pertamanya kita berbalik kepada ayat "tidak tahu evolusinya dari semalam"
kita rungkaikan perkataan "tidak tahu dan evolusi semalam" bersama-sama persoalan yang mengandungi jawapan oleh sesetengah pembaca.
1)siapa yang tidak tahu?
2)bagaimana meraka tidak tahu.
3)apa yang meletakkan mereka yang berada pada "semalam" lebih tahu?
4)siapa yang membentuk "pengetahuan tentang evolusi semalam?".
5)adakah meletakkan kritikan diatas meja bulat korperat meletakkan seseorang itu "tidak tahu akan evolusi"
6)perbezaan mengkritik dan bersyukur.
-mereka yang tidak tahu adalah apabila mereka tidak berusaha mencari jawapan kepada persolan ataupun kita buat-buat buta sebagai alasan
kita ambil contoh pelajar yang meminta AUKU dipinda,sudah sekian lamanya cuba diketengahkan oleh pelajar seperti Fahmi Redza dan Khalid Ismath.
tekanan diberikan terhadap kerajaan, dan akhirnya AUKU di pinda dengan beberapa pengubahsuaian didalamnya.
tetapi siapa yang tahu bahawa hak kebebasan pelajar ini telah lama diperjuangkan secara terbuka di lapangan Malaysia?
tidak ramai yang tahu,sesetengah orang "semalam" hanya berkata ini semua jasa kerajaan semata-mata.
-perjuangan pelajar ini kemudiannya dijadikan "evidence" untuk menunjukkan pelajar yang berfikiran kritis didalam mempertikaikan dengan ilmiah adalah pembangkang yang tidak bersyukur.
-namun tidak dapat saya sangkal, majoriti pemikiran pembangkang hanyalah sekadar "typical"
-pembentukan "evolusi" sebenarnya dimainkan didalam media kerajaan hari ini amatlah bias dan tidak adil.
-baik lawan ditutup, baik sendiri dibuka, jahat lawan diserkup, jahat sendiri lenyap dimata.
-TV hendak dijadikan rujukan ilmia yang dipercayai?
-Utusan Malaysia?
-Harakah?
-Sinar?
kita tidak dapat nak kenal pasti kesahihan sesuatu cerita baik didalam media cetak mahupun elektronnik, tidak sehingga kita berada dilapangan sebenarnya.
"kadang-kadang" fundemental liberty yang diberi didalam FEDERAL CONSTITUTION hanya bertindak sebagai lapisan pengabur didalam memperkuatkan article 4(1), supremacy of FC.
namun......"siapa yang ambil tahu"
kita berharap kepada "evolusi semalam"...mencipta kesenangan dan ketenangan :)
*btw...saya penyokong kerajaan :)
*segala comment saya didalam blog ini hanyalah sekadar "fair comment" tanpa sebarang niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak atau memenggirkan individu dari "right thinking of the soceity"
Post a Comment