Tuesday 20 November 2012

BOIKOT McD: AKU TAK SETUJU


Aku terfikir kenapa aku nak tulis jugak pasal ni sedangkan ini just another never ending polemic masyarakat mcm yang sudah2. Tapi aku tahu  jawapannya, ini sifat ke‘cikgu’an aku, somehow I still want to ‘teach’ those yang mahu menerima pendapat aku. Yang x nak menerima nak buat macamana kan?

Ok polemic apa ni? Ala, yg tentang nak boikot ke tak McD sebagai protes serangan ke atas Gaza. Dan seperti yang sepatutnya dijangkakan oleh para pembaca, aku tidak on the side of boycotting (tak setuju la tu); reasons being as follows.

Sebelum kita decide nak boikot ke tidak, kita kena tahu yang McD tu seperti KFC, Marry Brown, Tutti Fruti, adalah satu franchising. Ia adalah satu sistem perniagaan dimana seorang owner kedai McD di Malaysia yang kita panggil franchisee akan bayar licensing fee dan royalty kepada pemilik sebenar perniagaan tersebut, dalam kes kita ni McD US, yang kita panggil franchisor. 

Dimana dilemmanya? Dilemmanya bermula bila kita kata McD US which is the franchisor  gives financial support to Zionist, tak tau lah direct ke indirect tapi just let say, directly. So, sebagai protes kita terhadap serangan Israel ke atas Gaza, kita pun boikot McD US (the franchisor) dengan cara memboikot kedai2 McD di Malaysia (the franchisee). So apa masalahnya, ok what?

Masalahnya, this will never work, McD US (the franchisor) takkan ter’affected’ atau terkena pun, yang terkena cuma kedai2 McD di Malaysia sahaja (the franchisee). Eh, kenapa pulak? Nak tahu, kita kena tahu dulu how franchising works, seperti yang aku terangkan kat bawah. 

Keuntungan  McD US (the franchisor) dah tetap sebenarnya melalui pembayaran berkala licensing fee oleh kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), so laku ke tak laku ke burger, ayam dan roti kat kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), licensing fee yg dah tetap (x fluctuate) mesti jugak kena bayar maka keuntungan McD US (the franchisor) tidak terjejas pun. Yes, mmg ada keuntungan tambahan dari sale melalui royalty tapi ni ciput je bro (aku x tau exact value tapi selalunya royalty ni 3% - 5% of revenue); sale boleh dikatakan semuanya revenue milik kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), kalau banyak jual UNTUNG kalau tak banyak RUGI silap2 bankrap. 

Mungkin ada yang kata, x pelah, sedikit sebanyak mesti ada effect jugak, boikot je. Hmm, persoalannya berbaloi ke buat macam tu? Tak ke bodoh buat sesuatu yang tidak objective sebaliknya hanya berdasarkan sentiment? Adil ke pulak kita pada kedai2 McD di Malaysia (the franchisee) kalau kita buat macam tu? Ramai tau, pemillik2 McD di Malaysia adalah orang Melayu dan bumiputra yang bayar zakat setiap tahun. Kalau korang nak tau franchising ni adalah antara strategi perniagaan yang dipromote khas oleh kerajaan untuk membantu bumiputera berniaga. SO kalau korang memboikot je membabi buta, tak tahu hujung pangkal, tak tahu mencapai objective ke tidak, korang sebenarnya jeopardize diri sendiri, saudara sendiri, negara sendiri, tau tak.  Haa, kenapa pulak macam tu? Nak tahu, sila baca penulisan seterusnya. 

Ok, semua setujukan kalau aku kata berniaga lah sumber rezeki yang paing menguntungkan dan sustainable. Rasullullah sendiri bersabda “Sembilan per sepuluh rezeki datang dari perniagaan” (Hadith Riwayat Bukhari). Tapi dalam perniagaan apa yang paling penting? Ada empat:

1) modal
2) Standard Operation Procedure (SOP) i.e. book keeping, account bla2
3) Networking (utk supply, promotion, sale bla2)
4) Experience

Dalam keempat-empat di atas, yang mana agaknya ada pada Melayu dan Bumiputra by default? Jawapannya, TAKDE. 

Korang x pernah wonder ke kenapa banyak bisness2 besar kat Malaysia sahabat2 Cina dan India kita yang run dan punya? Honda Yong Ming di JB, Honda Tian Siang dan BMW Tian Siang di Ipoh dan yang paling famous Boon Siew Honda (ni cuma sebut sedikit je dan focus pada import kereta je). Korang x pernah wonder ke, macamana diorang ni boleh dapat ‘line’ bawak/import kereta awal2 lagi? Ceritanya macam gini. Waktu awal2 dulu, awal 1900an industry kereta Jepun, German datang Malaya usha2 line nak bawak masuk kereta, so diorang pun cari la runner utk jadi dealer. Sapa agaknya yang offer diri? Sapa agaknya yang ada modal? Sapa agaknya yang mmg dah ada budaya meniaga yang established, SOPnya, experiencenya, networking. Forefathers sahabat2 Cina dan India kita lah, nenek moyang kita ada apa waktu tu. Ok, kita bukan nak dengki dgn sahabat2 kita ke apa ke, tak pelah itu mmg dah rezeki diorang. 

Tapi macamana agaknya nak menggalakkan dan membantu Melayu dan Bumiputra ni menceburi dan seterusnya jadi major player diwaktu kita handicapped teruk (takde memiliki satu pun dari empat  ciri diatas)?. Caranya franchising la dan inilah yang Mahathir perkenalkan lewat 80an dan awal 90an dulu. Bila franchising, kita tak perlulah risau sangat lagi tentang SOP, networking dan experience sebab bisnes2 ni mmg dah established dan franchisor akan bertindak sebagai mentor, memberi khidmat nasihat dan pengawasan kepada bisnes tu dari semasa ke semasa. Benda ni macam technology transfer jugak la. 

So apa yang diperlukan cuma modal, yang mainly untuk bayar Licensing Fee pada Franchisor tu. Tu yang banyak skim2 pinjaman khas yang disediakan khas oleh kerajaan untuk industry frachais tempatan. Having all these taken care of, theoretically, now the Bumiputras can kick start rather ‘immediately’ their own business. That was the strategy and that was the story yang nampaknya ramai dari kita yang pung pang di FB tak tau. So, from this perspective, boycotting any franchising is not really boycotting the franchisor but jeopardizing local industry/business and national strategy instead. 

So macamana, nak terus boikot ke tidak McD? Ikut suka koranglah, tepuk dada tanya selera. Cuma, sebelum aku sign off, ada sikit lagi yang aku nak cakap. Ramai juga yang championing the boycott mengguna persuasive tactic dalam bentuk soalan lepas mati. Ramai yang cakap, kalau kita boycott McD, nanti lepas mati bila ditanya apa usaha kita dalam membantu saudara kita di Palestine, kita boleh jawab yang kita Boycott McD. Hmm, apa pulak nak jawab ek kalau kita seterusnya disoal, kenapa pulak kita nak menganiaya owner2 McD Muslim yang membayar zakat setiap tahun, yang tak terlibat pun dengan apa2 urusan McD (the franchisor)? Kalau ditanya macam tu la. Wallahualam.

Dan last sekali (betul, kali ni mmg last punya), mungkin akan ada yang kata, “ala, apa la tulis2 panjang, tak habis2 lagi ke hal McD ni?”. Hmm, McD ni pada aku symbolic je, permasalahan yang sebenar yang menyebabkan aku sanggup tulis panjang2 ni ialah kerisauan aku pada sikap masyarakat kita yang terus berfikiran dan bersikap simplistic. Kita gagal hendak menerima hakikat yang hidup ini tidak se’simple’ yang kita rasa, kita gagal untuk memahami yang interaksi kita antara manusia dan manusia, society dan society, negara dan negara adalah satu sistem yang sangat kompleks yang pengurusannya memerlukan kita memandang sesuatu perkara dari perspective bird eyes view. Pemikiran yang simplistic sebeginilah menyebabkan masyarakat kita amat sukar untuk mencari titik persetujuan dan berterus-terusan berbalah sesama sendiri. Ini yang perlu kita selesaikan terlebih dulu. Dan inilah juga reason kenapa aku terus menulis on topics yang mungkin pada pandangan ramai adalah trivial dan tak penting.

*Note: Aku sokong perjuangan Palestine dan aku benci Zionist tapi pada aku, cara yang paling sesuai untuk aku menyumbang dan berjihad adalah dengan mengajar bersungguh2 dan research bersungguh2 supaya masyarakat dan negara aku nanti akan cukup maju dan kuat untuk melindungi dan memperjuangkan hak2 Palestine.  Honestly, I am a true believer of “there is always a smart way in anything” but never, never I believe in short-cut.

Tuesday 6 November 2012

MUSLIM TIDAK MERDEKA, DITINDAS, DIBULI: KENAPA?

 
As an ummah; be it as society, nation or country, kita tidak merdeka lalu ditindas dn dibuli. Kenapa? Sebab kita terus bergantung dgn teknologi org lain. Don't tell me the bullshit that this is not the case. Smartphone sapa, tv sapa, aircond sapa, internet sapa yg korang berabis duit gaji dn ptptn utk beli? Ini la org cakap neo-capitalism, post colonization yg dirangkum bawah nama globalization yg istilah2 ni korang x pernah tau pun sbb korang membaca pun malas, poyo je lebih heng sana heng sini.

If and only if, kita produce our own technology, baru kita bole betul2 merdeka dan bermaruah. Tapi susah sgt ke nak produce teknologi sendiri? Tak! langsung tak! Kalau semua orang islam belajar betul2, dapat kan knowledge yang sebenar, for sure boleh sbb takde geological material (semua benda dtg dr tanah ok, besi, nano fiber, even uranium) yg kita takde kt tempat kita. Yg kita perlu cuma ilmu untuk 'sambung2 benda2 ni jd smartphone'. Itu je. Bila dh x perlu nk beli brg org, bila dah tak perlu nk merayu 'harga murah' dgn orang lain, baru la kita merdeka dan bermaruah as an ummah.

Persoalannya, boleh x kita belajar? Kalo x boleh kenapa, terencat akal sgt ke kita? Kalau betul mcm tu buat malu islam saje.

Lagi satu pls la jgn mystical sgt. Jgn la asyik kata kita ditindas dn dibuli sbb ini adalah bala Allah atas kita dn semua ini boleh disettlekn dgn sembahyang, berdoa dn tutup aurat saja, dgr cakap ustaz dn pergi ceramah agama dh cukup. Tak sedar2 lagi ke kita dgn firman Allah on 1) Allah akan ubah nasib kalau kita usaha 2) tak sama kedudukan org yg berilmu dn x berilmu. Dan juga hadis Nabi on iman, islam dan ihsan, ketiga2 virtues yg wajib ada pada seorang muslim. Masalahnya, majoriti kita ada islam dan iman aje, ihsan takde.

Belajar dn kerja la rajin2 x yah nak sibuk2 tukar kerajaan ke, nak berperang ke. Kalau x nak jugak, duk diam2, jgn jadi hipokrit dan munafik.