Thursday 17 May 2012

GRADUAN KITA DAPAT KERJA: AKU SENYUM DAN SEDIH




Hujung semester dan tahun pengajian macam sekarang ni, ramai la students UTM post kat FB yang diorang dah dihubungi dan ramai dah ditawarkan job as an engineer. Aku senyum sebab aku tau perasannya bila dah belajar sikit punya lama akhirnya dapat jadi engineer. 

Aku senyum  sebab aku tau dalam hati tu mesti berbunga-bunga sebab nak melangkah ke dalam satu hidup yang baru, hidup yang berduit, hidup yang berkerjaya, hidup yang boleh membuat keputusan sendiri, hidup yang berteman (dgn  bakal isteri) dan yang paling penting hidup yang boleh menyenangkan mak bapak dan buatkan diorang bersyukur ada anak macam kita. 

Dan aku senyum juga sebab sekarang ni mesti diorang rasa amazing giler sebab belum habis belajar lagi dah dapat offer.  Aku senyum.

Tapi lepas tu aku tak senyum, in fact aku rase sedih (may be the best word kot) sebab keadaan ini, keadaan dimana ‘belum habis kerja dah dapat offer’ di ‘taken for granted’ oleh kita semua.  In fact, all the stability atau kestabilan, keamanan, peluang mobility dalam hidup, semua nya kita dah taken for granted. 

Disebalik bersyukur dengan ‘keamanan’ ini dan disebalik cuba untuk mempertahankan keadaan ‘belum habis kerja dah dapat offer’ ini, kita ghairah untuk memomokkan diri kita secara berlebih-lebihan (exaggerate) dengan aduan dan ketidakpuasan hati. Kita memomokkan dan menyemarakkan api ketidakpuasan hati dengan menyamakan keadaan negara kita dengan negara-negara  Arab, kononnya kita patut bangkit seperti kebangkitan rakyat-rakyat Arab.

Sedangkan kebangkitan rakyat- rakyat Arab bermula apabila Abdelwahab Zaydoun (Morocco), Mohamed Bouazizi (Tunisia), Hichem Gacem (Algeria), Mohsen Bouterfif (Algeria) dan ramai lagi membakar diri kerana kecewa tiada pekerjaan walaupun mereka kelulusan universiti. Ulang, MEREKA BAKAR DIRI SEBAB TIADA PEKERJAAN WALAUPUN BERKELULUSAN UNIVERSITI.

Sedangkan, students kita belum habis belajar lagi dah dapat offer kerja. Itu yang aku sedih tu. Ulang, STUDENTS KITA BELUM HABIS BELAJAR DAH DAPAT OFFER KERJA. 

Berkali-kali aku katakan, bukanlah sistem negara kita perfect, memang banyak kepincangannya cuma aku masih rasa belum sampai lagi ke tahap teruk sangat macam di negara-negara Arab sehinggakan terpaksa menukar kerajaan. Apatah lagi, alternative yang ada iaitu PR jauh lagi ber’serabut’nya. Kalau keadaan politik negara kita macam Labour Party dan Conservative Party di UK tak pe jugak, mana-mana pun kita boleh confident. 

So, dalam keadaan:

1)      yang tak de la teruk sangat lagi dan boleh diperbaiki ‘dari dalam’ dengan  semua orang bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa  dan tanahair

2)      Tiada parti alternative yang betul-betul solid, jelas kerjasama dan persefahamannya serta prinsip-prinsipnya

I SIMPLY DON’T THINK IT IS WORTH THE RISK!

Wednesday 9 May 2012

JOM DISCUSS NONLINEAR ANALYSIS PULAK

Dah letih sembang hal politik, jom kita sembang balik hal belajar...ha! ada yang tak jadi nak baca le tewww! haha. Hari ni aku nak sembang pasal nonlinear analysis dalam finite element...korang jangan risau, mesti korang faham punya, just read on.

Apa dia nonlinearity? Macamana nonlinearity ni boleh wujud? Macamana nak solve? Semua persoalan ni kita boleh jawab kalau kita mula dengan bandingkan differential equations (DE) antara linear problem dan nonlinear problem. Untuk memudahkan persembangan kita, just ambik DE yang paling mudah sekali, iaitu DE untuk struktur bar. Untuk linear problem, DEnya boleh diberikan seperti berikut:
Dan untuk nonlinear problem pulak, DEnya seperti kat bawah ni:
So, kalau kita tengok betul betul, beza antara dua equations kat atas (antara linear dan nonlinear) ialah pada variable material property E tu. Kalau linear, E tu tak berubah tapi kalau nonlinear, E berubah ikut value u. Apa benda E dengan u tu? Ala, E tu kira  macam  sifat sesuatu benda tu la, kekerasannya ke, kekuatannya ke, kelembikannye ke etc dan u tu pulak, kita boleh contohkan sebagai pemanjangan benda tu. So, based on definition ini, boleh la kita kata untuk problem linear, tak kesah la benda tu makin lama makin panjang, E tetap juga tak berubah sampai sudah. Tapi, berbeza dengan non linear problem, makin panjang benda tu, makin 'lembik' E jadinya. Kata lain, E benda tu bergantung pada u. Dan, untuk memudahkan lagi persembangan kita, apa kata kita assume E berubah secara berkadar terus dengan u so kita boleh kata:
Pas tu, apa kata kita masukkan balik Equation (3) ke dalam Equation (2), nanti kita akan dapat equation berikut:
So, Equations (1) dan (4) adalah DE untuk linear dan nonlinear problems. Now, boleh la kita buat kesimpulan yang pertama iaitu nonlinear ni wujud disebabkan sifat bahan tu yang bergantung kepada perubahan fizikal (makin panjang ke, makin lebar ke, makin kecik ke etc) yang berlaku kepada bahan tersebut. Ok, so apa masalahnya? 

Haha...masalahnya ialah, DE linear (or Equation (1)) tu senang giler nak solve tapi DE untuk nonlinear (or Equation (4)) giler babi susah nak solve. Sebab tu la orang kecoh-kecoh... nonlinear sini la, nonlinear situ la, nonlinear susahla. Kat mana yang susahnya? Ha..ni aku nak bagitau la ni.

Ok, macam yg aku selalu cakap (contohnya kat SINI), DE boleh dijadikan algebraic equation kalau kita 'Galerkin'kan DE tu. Tak payah la aku tunjukkan prosesnya, tapi kalau kita 'Galerkin'kan Eq (1) kita akan dapat matrix system kat bawah ni:
Dan kalau kita 'Galerkin'kan pulak Equation (4) kita dapat matrix system kat bawah ni:
Ok, semua ingat balik subjek matrix yang kita belajar time SPM dulu. Kalau korang dapat ingat, vector yang betul-betul sebelah kiri simbol '=', yang mengandungi u1 dan u2 tu la, yang kita nak nak sangat, sebab itu lah penyelesaian kepada DE kita yang kat atas tadi. Tapi itu la, Equation (5) mmg la senang nak dapat jawapannya, even SPM dulu dah kita buat....Equation (6) ni yang payahnya. Tak payah? Aaa, kalo tak payah, cuba buat!

Ok nak tau payah ke tak payah nya, cuba kita expandkan atau kembangkan Equation (5) dan Equation (6). Kita kembangkan Equation (5) dulu seperti kat bawah:
Dan kalau kita kembangkan Equation (6) kita akan dapat:
Haaa, sekarang nampak dah payah tak payah nya? Equation (7) tu persamaan serentak yang kacang gila babi nak solve, even SPM dulu dah buat tapi Equation (8), kita ada satu set persamaan kuadratik serentak yang bermakna, kalau kita nak solve juga persamaan nonlinear tu,  kita kena dapatkan 'roots of the polynomial'...haa itu yang payah tu. Dan pasal tu la orang kecoh nonlinear sana, nonlinear sini.

So macamana nak buat? Satu je caranya, kalau betul kita nak jugak solvekan Equation (8) yang nonlinear tu, kita kena 'iterate'kan solution nya sampai converge. Ha, pasal ni la dulu waktu tahun satu kat U kita ada belajar kaedah Newton untuk cari 'roots of polynomial' tapi kita tak pernah nak faham pun kan? hahaha.....tapi Newton method yang kita belajar tu untuk single equation je, untuk satu set equation macam Equation (8), kita kena la guna Newton-Raphson. Nak belajar method ni? Bagus! Bagus! Sapa yang nak belajar, teruskan pembacaan anda di bawah. Sapa yang dah tak larat  tu, dah gi rehat....nanti kita sambung lagi.


(Nota: Penerangan untuk Newton-Raphson method kat bawah ni aku bagi terus dalam bentuk gambar la ek sebab aku malas dah nak tulis...haha. Aku sebenarnya tengah siapkan satu buku dengan Erwan Hafizi (ex-masters student aku dan sekrang dah jadi colleague aku and he's also a Scylla Operation) bertajuk NONLINEAR FINITE ELEMENT ANALYSIS with Matlab Codes. So, the pics below are actually taken from the draft of  the book la, grammar pun tak check lagi...kalau ada salah bagitau k. Betul siap nanti aku bagi korang baca. So.....kat bawah ni la cara untuk kita solvekan nonlinear equations,,,SEKIAN)











Friday 4 May 2012

SCORPENE AND NAJIB: SERIUS AKU TAK PAHAM


Jap, jap, serius aku tak faham...SUARAM kata diorang ada evidence from France berbentuk fax yang dalamnya tertulis kononnya Najib mintak USD 1 billion 'rasuah' dari DCNI (pembekal kapal selam) dan perlu dibayar ke Perimekar Sdn Bhd (accused as Najib's proxy company). Eh? bukan ke total pembelian dua submarine tu RM 3.6 billion (hampir bersamaan dengan USD 1 billion) as mentioned by Guan Eng? So, macamana bayar USD 1 billion tapi 'mintak balik' USD 1 billion? Abis tu apa untung yg tinggal kat DCNI tu? serius ni aku tak faham...ke aku ada missing kat mana2 ni...jap aku triple check

Nak baca apa yang SUARAM cakap? Click ni: malaysia-chronicle

Nak baca apa yang Lim Guan Eng cakap? Click ni: dapmalaysia

Ok, ok...ikut kata Guan Eng, total pembelian termasuk maintenance ialah RM 4.23 billion (so RM 3.6 billion utk kapal dan RM630 juta untuk maintainance). Ok, and currency waktu tu kalau tak silap lebih kurang RM 3.5 = USD 1 so USD 1 billion confirm untuk 'beli kapal'. So kalau DCNI 'bayar balik' (atau rasuahkan' Najib USD 1 billion, tinggal duit maintainance je la RM630 juta bersamaan dalam USD 180 million atau dalam EURO 150 million. Tu harga dua bijik submarine tu, sedangkan Spain beli dengan harga EURO 439 million untuk satu je submarine (gi check wikipedia)...kalau camtu, jatuh murah pulak Malaysia beli ngan DCNI...Eh, serius aku tak paham nih.

Ke RM630 juta for maintenance adalah apa yang SUARAM dakwa sebagai commission? Adakah maintenance dan commision tu dua benda yang sama? Sebab, walaupun dalam malaysia-chronicle nilai commision tersebut dinyatakan sebanyak Euro 114.9 million tapi dalam source yang lain (click SINI) Suaram kata total commission adalah sebanyak Euro 136.5. So kedua dua nilai dekat2 jugak dengan RM630 juta tu. Ini aku tak sure la, tapi kalau betul maintenance dan commission tu benda yg sama, bukan ke duit tu dikongsi Perimekar, Tabung Haji dan Tabung Angkatan Tentera. Katalah 'real cost' untuk maintenance tu RM300 juta (ye la takkan la tak buat maintenance langsung), dapat la 'margin' 50 % so dapat la untung dalam RM300 juta. Kita tak tahu macamana profit sharing nya tapi katakan la bahagi sama rata, so Tabung Haji, Perimekar dan Tabung Angkatan Tentera masing masing dapat RM100juta. Yang dapat ke tabung haji tu, itu la yang utk bayar bonus simpanan kita yang menyimpan, sama juga untuk tabung angkatan tentera. So banyak sangat ke Perimekar  dapat? Tony Fernandes setahun untung baper ek? Ok, ok la, still Perimekar tak betul sebab kroni ( itu pun kalau betul la si Razak Baginda  tu kasi kat Najib sikit) tapi Azmin pakai ferrari tu macamana pulak? Ok, aku takde la kata Najib confirm tak salah, cuma aku tak rasa kegopohan SUARAM ni justified. Itu je. Tapi kalau memang dah terbukti Najib tu salah, apa masalah, tangkap je lah dia nanti. Tapi sementara nak tunggu Najib didakwa, seize fire dulu, SUARAM jangan hebahkan dan exaggeratekan benda benda yg masih tak pasti. Nampak macam ada agenda pilihanraya je SUARAM ni.

Lagi satu, dalam malaysia-chronicle tu, untuk support bukti fax tu, Suaram kata diorang juga terima dokumen nombor 144 yang dalam nya ada invoice yang menyuruh pembayaran dibuat ke Alliance Bank, Petaling Jaya, sebanyak EURO 359,450.00. Hmm, diorang dah check ke dgn Alliance Bank samaada transaction ni betul betul telah berlaku pada 2004 atau tidak? Aku rasa tak, sebab diorang tak mention pun tentang sebarang pengesahan dari Alliance Bank. Ataupun, nak check kena minta warrant mahkamah dulu, itu aku tak sure. Tapi whatever pun, pelik la kenapa SUARAM boleh terburu-buru buat press conference tu semalam walaupun ada contradiction yang jelas dan belum lagi mendapat pengesahan dari Alliance Bank berkenaan transaction tu. Dan dalam keadaan yang terburu buru ni, adakah patut untuk SUARAM melabelkan dengan begitu drastic bahawa ini adalah The Great Malaysian Robbery sedangkan dakwa di mahkamah pun belum, sabit kesalahan jauh sekali la. Pelik, sebab rasanya SUARAM ni ramai lawyers, sepatutnya diorang mesti detail gila. Ke, ada yang aku miss ni? 

Dan, kalau betul pembayaran tu dah dibuat, akaun tu sapa punya? Mungkin tak pembayaran tu memang bayaran progress untuk kerja-kerja maintenance? Senarionya mungkin begini. Kerajaan tak boleh nak buat direct award tender maintenance tu tapi kerajaan nak bagi juga pada Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera dan of course, Perimekar. So, kerajaan deals dgn DNCI, pembelian tu inclusive maintenance tapi DNCI, 'atas capacity' dia sendiri, akan awardkan balik pada tiga-tiga pihak ni tadi. Ada kemungkinan kan? So, again aku tak kata ini betul, dan mungkin ada penyelewengan cuma aku pertikaikan kenapa SUARAM tidak kritikal and tak consider semua possibilities dulu. Ini siap kata:

"It has become apparent that this constitutes one of the Malaysian government’s greatest robberies over its people! It is no longer just the Euro 114.9 million commission to Perimekar that formed the basis of the complaint to the French Courts that is in question.
It has magnified into a web of lies involving a slew of companies formed to complicate the concealment of the blatant robbery of Malaysian and French tax-payers’ money. More retro-commissions have surfaced allowing the misuse of such bodies as the pilgrimage funds (Lembaga Tabung Haji) and the military pension funds (Lembaga Tabung Angkatan Tentera)."

Tak boleh kah SUARAM consider dulu apa yang diorang nampak as a web of lies involving a slew of companies mungkin sebenarnya a 'natural' evolution hasil dari satu business arrangement yang walaupun nampak macam morally incorrect tapi it would be still legitimate by laws. Takpelah, sama sama lah kita tunggu perkembangan yang seterusnya. Wallahualam.