Thursday, 12 January 2012

KABINET BAYANGAN PR PADA PANDANGAN AKU

Aku kena ke ofis Scylla Operation malam ni tapi sementara tunggu diorang sampai dalam setengah jam lagi, biarla aku tulis sikit tentang tajuk ni. Aku bukan apa, dah lama aku menunggu PR umumkan kabinet bayangan (shadow cabinet) diorang, ye la, kita pun nak tahu la jugak sapa yang nak pegang pos apa, parti mana yang nak handle kementerian mana. Tapi tu la, tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul. So, sebabkan dah letih menunggu, biar la aku yang cadangkan barisan kabinet yang aku rasakan terbaik untuk PR. Di bawah ini aku senaraikan portfolio untuk kerusi-kerusi yang panas dan di bawah lagi aku berikan hujah dan rationale aku untuk penyenaraian ini. Korang setuju ke tak setuju ke, sila beri pandangan korang diruang komen.

1. Perdana Menteri: Anwar Ibrahim (PKR)
2. Timbalan Perdana Menteri 1: Tuan Haji Abdul Hadi Awang (PAS)
3. Timbalan Perdana Menteri 2: Lim Kit Siang (DAP)
4. Kementerian Dalam Negeri: PKR
5. Kementerian Pertahanan: PKR
6. Kementerian Pelajaran: PAS
7. Kementerian Pengajian Tinggi: PAS
8. Kementerian Kewangan: DAP

Aku cuma senaraikan kementerian-kementerian yang panas aje, kementerian kesihatan, kerjaraya dan lain-lain tu kemudian la ek, sapa-sapa pun boleh kan? Ok berikut adalah rationale aku untuk penyenaraian tersebut. Perdana Menteri mesti Anwar Ibrahim sebab kita boleh tengok yang memang beliau nak sangat jadi PM, even Hadi Awang dan Lim Kit SIang yang jauh lebih senior pun tak pernah se'iltizam' dan se'enthusiatic' macam beliau. On TPM, aku yakin PR akan settle down with dua TPM so as to be 'fair'. Selain dari solution ini, aku tak boleh fikirkan solution yang lain. Dan, Lim Kit Siang akan akur dengan TPM 2 sebab ini pun dah macam 'mimpi jadi kenyataan' untuk DAP, tapi utk PRU kali ini aje rasanya, PRU seterusnya, kalau diorang menang lagi, most probably DAP akan demand lebih.

Sebenarnya, mengalahnya DAP dalam pembahagian kabinet ini bukan setakat TPM2 sahaja, malah pengorbanan mereka diperlukan untuk kerusi-kerusi yang lain seperti yang terlihat dalam senarai. Pertamanya, mari bincangkan dulu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. Mungkin yang terbaiknya, since PKR dah dapat jawatan PM, jawatan-jawatan ini diberikan salah satunya kepada PAS dan lagi satu kepada DAP tetapi faktor2 berikut menyebabkan kedua-kedua kementerian tersebut akan dimiliki oleh PKR:
i. PKR adalah pihak yang paranoid (takut pada bayang-bayang sendiri) so dengan memegang kedua-dua kementerian 'bersenjata api', mereka akan berasa lebih selamat
ii. Orang melayu rasanya tidak akan menerima parti dipimpin bukan melayu untuk memegang mana-mana kementerian yang berkaitan dengan senjata
iii. PAS pula mungkin tidak dibenarkan memegang kementerian-kementerian ini kerana:
- untuk berlaku adil kepada DAP
- untuk menjaga reputasi negara diperingkat antarabangsa kerana PAS mungkin dianggap sebagai pihak radikal Islam terutamanya dari kacamata Amerika

Seterusnya, kementerian-kementerian yang berkaitan dengan pendidikan. Setelah PKR membolot PM, KDN dan Kem. Pertahanan, mahu tidak mahu, mereka mesti mengagihkan juga kementerian-kementerian penting kepada parti-parti yang lain. Untuk PAS memegang Kementerian Pendidikan dan DAP memegang Kementerian Pengajian Tinggi atau vice versa, continuity atau kesinambungan genre atau falsafah pendidikan akan sukar dicapai. Apakah silibus PAS diperingkat sekolah dan apakah silibus DAP diperingkat universiti atau vice versa? Bolehkah kesinambungan diantara dua falsafah ini dapat dicapai? Susah sebenarnya nak menyelesaikan dilema ini tapi hanya satu jalan sahaja yang available, DAP kena beralah sekali lagi. Kedua-dua kementerian kena diserahkan kepada PAS, ini pandangan aku la tapi kalau nak ikutkan kedegilan Dong Jiao Zhong, entah le. Mungkin kalau PAS tak usik langsung sekolah-sekolah kebangsaan Cina, Dong Jiao Zhong ok kot.

So selepas asyik beralah aje, at least Kementerian Kewangan mesti diberikan kepada DAP. Ye lah, memanglah kita risau juga, macamana nanti dengan usahawan2 Melayu yang baru nak naik? Adakah diorang akan dilindung hak-haknya? Adakah bantuan dan keperluan seperti sewaktu dibawah DEB masih diteruskan? Tapi ini lah risiko yang perlu diambil, takkan lah asyik nak minta DAP sahaja yang mengalah dan berkorban? So dah tau ni and since PAS masih pegang kementerian-kementerian yang berkaitan dengan pelajaran, orang melayu kenalah belajar rajin-rajin agar bila keluar kerja nanti, bila nak buka bisness nanti tak de la terlalu bergantung pada kuota dan 'tongkat'.

So, inilah barisan kabinet yang aku rasakan terbaik untuk PR jika mereka menang PRU13 nanti dan aku turut  berikan hujahan dan rationale aku pada penyenaraian barisan tersebut. Kalau diperhatikan, ia sebenarnya  amat bergantung kepada sejauh mana DAP sanggup beralah dan berkorban dalam memastikan parti-parti didalam PR terus bersama. Persoalannya, sanggupkah DAP berkorban dan beralah 'sebanyak' itu dan beranikah PAS bertegas dan menuntut 'sebanyak itu? Ini kerana, apa yang kita lihat sekarang adalah sebaliknya dimana DAP yang banyak bertegas dan PAS yang banyak beralah so adakah mereka akan bertukar watak selepas PRU13? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Korang rasa macamana? Sila bagi pendapat, pandangan dan cadangan di bahagian komen di bawah. Wallahuallam.

6 comments:

budakingusan said...

Salam tuan, satu pandangan yang baik. Pada pandangan saya pula, mungkin TPM dilantik dari kalangan PKR sendiri iaitu En. Azmin kerana jika sesuatu terjadi kepada PM, pengganti Anwar adalah jelas. Kementerian Luar Bandar mungkin akan dihapuskan. Menteri Penerangan amat sesuai diberi kepada Pas kerana propaganda dan doktrinisasi jentera Pas memang sangat berkesan. Kementerian Belia dan Sukan, harus diberi kepada DAP bukan kerana kesesuaian, tetapi sebagai imbangan kementerian lain yang telah diisi oleh Pas dan PKR.

Anonymous said...

Pada pendapat saya,artikel saudara menampakkan seolah-olah saudara memperkecilkan PR. Cara saudara olah & etc. Kenapalah saudara tidak boleh tulis dari sudut yang lebih positif? Pada hemat saya, saudara terkesan dengan propaganda kerajaan tanpa saudara mengkaji daripada pihak pembangkang. Saya mengharapkan artikel yg lebih matang dan positif dr saudara yang berpendidikan tinggi atau saya berpendapat saudara hanyalah berpendidikan tinggi tapi minda tipikal melayu sempit.

Anonymous said...

Anon 18:50. ...tolong gambarkan shadow cabinet bile PR menang PRU13 nanti..tolong!! Jgn nk pandai cakap je org tk bhemah n trpengaruh dgn propaganda pihak lain.jgn anggap org lain tk berotak..jgn anggap penyokong PR je yg bijak..sekali lagi sy mhon..tolong gambarkan shodaow cabinet PR...terima kasih

Anonymous said...

anon 18:50 bile anda mgatakn tipikal melayu sempit, sempit mcm mane yg anda mksdkan? Sy tidak nmpak artikel ini seolah2 mperkecilkan PR..tp ianya lebih kepada penerangan kemungkina toleransi antara pihak2 di dlm PR.bg sy anda terlalu emotional dlm memberi komen..

Anonymous said...

Anon 18:50 & Anon 19:48 - "Perdana Menteri mesti Anwar Ibrahim sebab kita boleh tengok yang memang beliau nak sangat jadi PM, even Hadi Awang dan Lim Kit SIang yang jauh lebih senior pun tak pernah se'iltizam' dan se'enthusiatic' macam beliau". Bagi saya ayat ni ayat sakastik yg menunjukkan seseorang gila kuasa utk menjadi PM. Bukankah jika PR menang pilihanraya Anwar akan jadi PM tu dipersetujui oleh PR bersama? penerangan kemungkina toleransi antara pihak2 di dlm PR?

Anonymous said...

Jgn gaduh-gaduh. Ini baru hal kabinet bayangan. Tapi kenapa PR tak keluarkan senarai kabinet bayangan lagi? Yang geng-geng PR boleh lah tolong tanyakan.Kalau boleh dapat keluarkan senarai tu kan senang, boleh bertengkar sekarang, takdelah nanti bila menang pilihanraya baru nak gaduh dan berebut-rebut. Sebab lepas pilihanraya ni pengundi-pengundi semua nak jalan-jalan menikmati keamanan. Selamat buat SENARAI!